Friday, July 29, 2011

10 cara memastikan kucing anda selamat dan selesa dari KEPANASAN (HEAT STROKE)









Salam semua.

Saya datang lagi.. esokkan cuti so malam ni lebih sikit saya menaip. Banyak tips dan perkara-perkara yang ingin saya kongsi berkenaan penjagaan kucing yang terbaik dan boleh dilakukan di rumah. Nak masuk bulan Ramadhan ini, kebiasaannya cuaca akan menjadi lebih panas daripada kebiasaan, maka saya ada tips untuk pastikan kucing kekal sihat walau hari panas terik.

Kali ini saya akan terangkan serbaringkas, 7 cara yang boleh digunakan untuk memastikan kucing kita semua selamat dari mengalami keadaan kepanasan atau heat stroke. Bayangkan jika kita sebagai manusia berat lebih dari 50 kg duduk atau berada di dalam bilik yang hangat panas ataupun berada di tengah panas.. Pasti kita akan cari jalan untuk lari dari keadaan itu, dengan minum air ker berteduh ker. Maka samalah kucing, jadi jangan biarkan kucing anda terseksa.

7 cara adalah:

1)ELAKKAN KERETA- kita mungkin gemar membawa kucing bersiar menaiki kereta. Atau untuk membuat rawatan ke vet perlu juga dibawa kucing menggunakan kereta. Point penting saya ialah jangan tinggalkan kucing anda di dalam kereta dalam keadaan lama, walaupun anda hanya nak ke tandas kemudian dimatikan enjin. Walaupun anda hanya keluar 10 min sahaja, kucing akan cepat menunjukkan perubahan reaksi disebabkan kehangatan yang terhasil didalam kereta. Suhu dalam kereta akan naik mendadak walaupun anda biarkan kucing selama 10 min. Malah kalau anda biarkan tingkap kereta dibuka sekalipun, perkara seperti 70% boleh berlaku. Rakan saya pernah mengalami ini apabila ditinggal kucing selama 15 min, kucing mula menunjukkan simptom sesak nafas. Kucing baka jenis brachycephalic iaitu kucing hidung kemek seperti Persian lebih tinggi risiko berbanding kucing kampung mendapat Heat stroke.



2)Pastikan kucing diberi bekalan atau mendapat air minum secukupnya dan mempunyai kawasan yang redup untukkucing anda berehat. Ini penting untuk waktu tengahari apabila matahari panas terik, dah tu sangkar kucing anda betul2 tidak dilindungi daripada hangat matahari. Maka kucing anda akan mudah sesangat mengalami masalah ini. Tolong berikan mereka jumlah air secukupnya seperti dalam bowl. Kucing jika terasa haus mereka akan automatik pergi mencari sumber air terdekat untuk hilangkan haus. Jika rumah anda mempunyai air-cond bawalah kucing anda berada di dalam bilik penghawa dingin itu untuk dalam 2 jam.

3)Jangan diberi exercise yang mencabar pada kucing ketika hari panas terik. Maksudnya kalau anda suka dan gemar bermain kucing, ia akan cepat letih. Jika suka bawa kucing anda berjalan-jalan, pastikan dibawa waktu pagi dan petang, kalau perlu dibawa ke vet atau boarding center pastikan dibawa ketika waktu pagi atau lewat petang.

4)Jalan raya atau jalan bertar juga boleh membunuh kucing anda. Ketika waktu panas terik, kucing mungkin akan berada di atas jalan bertar seperti di laman rumah, atau jenis kucing outdoor. Pernah berlaku paws kucing atau tapak kaki kucing tercedera malah terkoyak akibat kepanasan yang terlampau di jalan raya. Kurungkan kucing untuk 2 jam di waktu tengahari, dan mungkin boleh lepaskan kucing anda selepas pukul 2 atau 3 petang apabila matahari kurang terik.



5)COOL DOWN - jika anda dapati kucing asyik terbaring kelihatan lemah dan keletihan dan anda dapat rasakan badan kucing panas tidak seperti biasa, perlulah basahkan bahagian kepala kucing dengan air yang sejuk. Atau ambil pek ais dan bungkus dengan towel untuk diletakkan di bawah antara kaki kucing, dekat pinggang kucing.



6)Kenali tanda-tanda kucing anda mengalami heat stroke -

  • kucing akan kelihatan tercungap (panting),
  • air liur yang pekat akan keluar dari mulut secara berterusan, jika diperiksa gusi kucing akan kelihatan merah menyala (keadaan normal gusi kucing patut berwarna pink).
  • Suhu kucing menjadi terlalu tinggi iaitu 40 ke 41 celcius.
  • Apabila ia berada di dalam suhu ini, organ dalaman akan berhenti berfungsi seperti dalam keadaan koma. Ketika itu hanya rawatan kecemasan VET boleh membantu menyelamatkan kucing anda.


7)Bawa kucing ke VET jika ternyata kucing anda alami masalah heat stroke. Ini kerana ia dikira kes kecemasan, kebanyakan kes heat stroke adalah yang tidak boleh berbalik (reversable), bermakna kucing itu tidak dapat mengembalikan sistem badan normal. Malah yang lagi teruk, kucing boleh juga jatuh pengsan atau collapse dan tidak dapat dibangunkan semula, sangat sadis. Apabila keadaan ini berlaku bermakna ia kritikal, organ badan dalaman telah shut down system. Cuba dapatkan towel basah atau blanket basah dan sejukkan kucing ini sehingga ia sampai ke klinik VET untuk rawatan selanjutnya.


NASIHAT YANG BOLEH DIBERIKAN SAYA, CUBA ELAK DARIPADA MENGUBATI. KASIHANILAH KUCING-KUCING INI.

WASSALAM

p/s- segala foto di atas bersumberkan internet.

TIP untuk kesihatan kucing : Rawatan Kutu, Hama

Salam sejahtera,

Saya mulakan malam indah ini dengan sedikit tips kesihatan kucinglah, just ringkas-ringkas. Rawatan kutu dan hama atau dipanggil 'Flea Treatment' ini bukan sahaja penting untuk kucing luar atau kucing outdoor, malahan dilihat ramai tuan kucing lupa bahawa ia merupakan aspek kesihatan penting untuk kucing dalam rumah atau Indoor cat.

Kalau kucing kita ini suka berjalan luar rumah berkawan dengan kucing-kucing baru, mencari pasangan hidup ker..memang patut kita mementingkan sangat rawatan untuk kutu ini.

Tapi kalau anda, dan saya ni bekerja dengan kucing seperti menjadi vet, kerja di klinik atau pusat kebajikan kucing dan sebagainya..kita juga boleh membawa kutu hama ni ke rumah. Maka di rumah pula kutu hama akan berpindahlah ke kucing indoor secara tak sengaja.

Penting juga anda dan saya sebagai pemilik kucing, pencinta kucing membuat penilaian jenis rawatan kutu hama yang perlu diamalkan. Di pasaran ada pelbagai jenis ubat untuk tujuan ini, sebagai satu contoh yang saya pakai Frontline Spot On. Perlu dipastikan ubat-ubat ini mendapat perakuan veterinar yang sah serta selamat digunakan. Kadangkala kedai Haiwan biasa mereka akan menawarkan juga ubat kutu anjing sebagai ganti ubat untuk kucing kita. Ubat kutu anjing adalah sangat toksik pada kucing dan pernah berlaku kes kucing mati akibat kelalaian ini.

Maka nasihat saya perlu ambil tahu keperluan ini, dan juga dapatkan maklumat jenis ubat yang sesuai dipakai.

Sekian dari saya

Berilmu Berbakti

Monday, July 25, 2011

Anorexia





Salam seMalaysia, hehe hari ini saya ingin membawa anda kepada satu tajuk yang ringan.

walaupun ringan tapi kucing-kucing boleh mempunyai masalah jika tidak diberi perhatian sepenuhnya. Iaitu masalah anorexia, atau dalam bahasa seharian ialah masalah pemakanan yang tidak seimbang. Ok la kalau manusia yang ada masalah anorexia anda akan lihat kesannya ialah orang tersebut sangat kurus, kalau makan pun dia mungkin ada memilih atau ada simptom di mana dia akan memuntahkan kembali makanan itu.

Kucing juga boleh mendapat masalah ini. Kalau anda nak lihat macamana rupa kucing anorexia atau anorexic, cuba tengook kucing-kucing jalanan yang tidak dijaga. Kebanyakannya kurus sampai nampak tulang, cengkung nampak sangat kekurangan makan. Tapi kucing-kucing ini bukannya kurus sebab nak cantik macam yang selalu tengok manusia cuba buat sampai dapat penyakit scurvi. Dia ada punca kenapa jadi macam ni pada kucing, tanda-tanda menunjukkan ke arah anorexic dan jalan penyelesaian. Kesemua ini akan saya ulas dengan cara ringkas dan mudah faham.

Anorexic yang berlaku pada kucing adalah kerana ia hilang keinginan untuk makan, bukannya mereka kebuluran atau lapar. Kalau kucing anda di rumah dapat bekalan makanan diberi 3 kali sehari minum lak air REVERSE OSMOSIS tu bukan disebabkan kucing tidak mendapat zat secukupnya. Ini adalah disebabkan kucing anda mempunyai masalah kehilangan apetite atau selera makan.

Keinginan untuk makan ini dipengaruhi oleh Sistem saraf pusat dan interaksi dengan sistem saraf lain dalam badan. Banyak punca yang boleh saya terangkan dan senaraikan, tapi untuk bacaan ringan ini biarlah saya senaraikan punca-puncanya terdahului supaya boleh dilihat idea kenapa masalah ini boleh terjadi.

  • masalah keseimbangan asid bes dalam badan
  • masalah ubatan yang diberi dan toksin
  • kesakitan yang dirasai sistem badan berpunca dari masalah-masalah tertentu
  • kegagalan jantung
  • SERTA MASALAH-MASALAH LAIN
Senang kata, anorexic dalam kucing adalah masalah am, kalau dia sakit sikit sahaja seperti selsema berpanjangan, dia akan hilang selera makan dan mulalah buat hal tak nak makan sikit pun. Maka, sebelum kucing mula taknak makan kita kena cari punca masalah. Kalau kucing mula tak nak makan agak sukar nak kembalikan kepada normal.

Konsepnya begini, kalau kucing tak selesa disebabkan sesuatu masalah, dia tak akan merasa selamat dan tenteram. Maka sistem dalam badan akan mula shut down temporary sistem-sistem tertentu untuk menyelesaikan masalah utama badan seperti selsema, batuk ker. Tak kecuali selera makan. Oleh itu wajib kita selesai masalah utama seperti bawa kucing itu berjumpa VET dan dapatkan penyelesaian masalah yang terbaik dari VET. Jika kucing menjadi tak mau makan lebih dari 3 atau 4 hari, ia boleh menjurus kepada kerosakan hati yang tidak boleh dibaiki, iaitu HEPATIC LIPIDOSIS. Kebanyakan kes-kes hepatic lipidosis ini berakhir kepada kematian, tapi jika kita cepat merawat dan di bawa ke klinik VET, maka rawatan yang diberi juga terbaik boleh membantu menyelamatkan kucing kita.

Jika masalah utama kucing itu dapat dibereskan, kita fokus pada masalah sekunder iaitu tak mau makan. Antara rawatan yang biasa dilakukan ialah memberi air secukupnya untuk badan iaitu menghidrasikan badan, memberikan makanan yang mempunyai tinggi tenaga bagi mengecas kembali ion-ion badan berfungsi seperti biasa. Selalunya kalau makanan tinggi tenaga dan mudah dimakan adalah soft food yang dalam tin. Ia bagus sebab mudah dihadam dan senang dimakan.

Ada juga ubat-ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini, tetapi saya sebagai vet menggalakkan masalah kucing anda diselesaikan dengan cara yang saya cadangkan. Ia adalah lebih selamat dan jimat kos anda.




Harap ini dapat memberi pemahaman yang terbaik kepada anda semua dan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi ini. Sehingga brjumpa lagi bye bye.

Sekian Terima Kasih

Berilmu Berbakti

dR hAFIDz

Tuesday, July 19, 2011

TIKUS SPRAGUE DAWLEY

SEBAGAI PERMULAAN TOPIK SAYA BAGI ANDA SEMUA MELIHAT BEBERAPA GAMBAR HAIWAN NI IAITU TIKUS (RATTUS NORVEGICUS) JENIS SPRAGUE DAWLEY. NANTI DALAM POST LAIN SAYA CERITAKAN APA HAL DENGAN TIKUS NI.. OK



Kenapa Vets but not human doctor?



Salam Sejahtera, pertama sekali terima kasih kerana melawat blogku ini. Untuk permulaan saya mulakan cerita berkenaan vets. Kenapa dipilih kerjaya vet, apakah vet dan siapakah vet ini..

Sejak bila bidang veterinar ini bermula. Pada zaman dinasti China iaitu sebelum 1800 lagi, telah terdapat usaha-usaha awal yang boleh didakwa mempunyai kaitan dengan perubatan veterinar. Pada masa itu haiwan kuda memang amat diperlukan di dalam perang mahupun pengangkutan. Maka aspek penjagaan kuda diberi perhatian, malah pada masa itu ubat-ubatan yang cuba digunakan pakai untuk kuda yang bermasalah kesihatan adalah daripada herba dan tumbuhan semulajadi. Satu-satunya teknik yang diguna pakai dan masih kekal sehingga hari ini untuk merawat masalah urat saraf kuda adalah dengan teknik akupuntur.. menarik bukan..



Bukan itu sahaja terdapat rujukan awal yang tidak berapa pasti kesahihannya mendapati masyarakat zaman Firaun juga ada terlibat dengan bidang perubatan veterinar. Namun sejak berlakunya peperangan-peperangan di Eropah dalam tahun-tahun 1800 dilihat haiwan juga telah terlibat sama dalam perang. Anjing terutamanya digunakan menjadi ahli intipan perang. Ada kala anjing juga tercedera, maka pada masa itu tiada perubatan veterinar yang sebenar, rawatan kecederaan yang diberikan pula hanya menggunakan prinsip rawatan manusia.

Hanya mulai tahun 1900 sahaja, dilihat aktiviti berkaitan perubatan veterinar mula berkembang. Terutama di Eropah dan Amerika Syarikat iaitu puluhan sekolah veterinar dibuka. Pada masa itu, tumpuan skop perubatan veterinar hanya tertumpu pada perubatan haiwan ladang.

Sehingga ke hari ini walaupun bidang veterinar mengalami zaman kemerosotan akibat kurangnya sokongan kerajaan di Eropah sana, namun perubatan veterinar masih bertahan sehingga masa kini. Malah perubatan veterinar kian berkembang dan tidak mustahil bidang ini akan menjadi kegemaran dan pilihan para pelajar negara kita untuk melanjutkan pelajaran bidang ijazah pertama kelak. Semoga semakin banyak sekolah veterinar dan peluang untuk anak-anak muda memasuki bidang veterinar dibuka kelak. HIDUP VET.

Baiklah itu bahagian pertama topik saya. Skang mari kita bongkar pula apakah maksud veterinar atau veterinarian yang sebenar supaya yang nak tahu lebih tahu pasal veterinar. Veterinar perkataan ini datang dari bahasa Latin 'veterinae' bermaksud 'working animals. Mungkin dari pemahaman sebenar bermaksud bekerja untuk haiwan. Yup so siapa-siapa yang nak jadi vet dan dah jadi vet mesti tau yang Veterinarian ni memang bekerja untuk haiwanlah dalam bahasa kasarnya.



Di seluruh dunia kalau anda tengok nama doktor tu kat belakang ada akronim, DVM tu memang la dia vet. Tapi ada gak dari sesetengah negara mereka yang mempunyai ijazah tertentu masih boleh jadi vet contoh : (Doctor of Veterinary Medicine), DVM., VMD ( Veterinaria Medicina Doctoris), MVB (Medicina Veterinaria Baccalaureate), BVS (Bachelor of Veterinary Surgery), BVMS (Bachelor of Veterinary Medicine and Surgery), BVetMed or VetMB (Bachelor of Veterinary Medicine) or B.V.Sc. & A. H. (Bachelor of Veterinary Science and Animal Husbandry). So kalau mengikut akta Vet 1974 sekiranya sseorang berkonvo dengan kelulusan seperti di atas terutama DVM maka layak anda berdaftar sebagai vet dan dipanggil doktor vet.


Seharusnya kita apabila menjadi doktor vet atau dapat berjaya mengharungi tahun-tahun sebagai pejar vet dan bergraduasi mungkin ada yang ambil masa 4 atau 5 tahun, mungkin 6 7 tahun bergantung dari kemasukan diploma laa dan seharunya kita patutny berbangga mempunyai title Dr. Kerana vet memang layak mendapatnya dan layak dipanggil doktor. Bagi saya apabila dipanggil doktor Hafidz, saya merasakan diri saya lebih bertanggungjawab. Kerana ketika kita akujanji sebagai vet bertauliah, kita akan menyandang title doktor vet tu keseluruh dunia. Jika kita memandu dan melihat anjing keadaan kehausan atau keadaan seperti memerlukan pertolongan perlulah sebenarnya vet membantu. Kerana itulah janji kita pada hadapan semua manusia dan janji kita pada Yang Maha Esa.



Apa sebenarnya kerja vet ni, macam2 ada yang kata kerja dia mencabul lembu betina.. sebab kena masuk tangan dalam dubur lembu tu... nak check lembu tu hamil tak. Ada lagi contoh kerja lain vet:

Macam-macam kerja lah kalau saya nak simpulkan tugasan vet ni, kira semua masalah haiwan boleh dibereskan. Vet ni memang all rounder dan sangat-sangatlah hands on doctor. So next things want to share is that vet ni kerjaya bukan sahaja di klinik rawat anjing kucing. Ada vet kerjanya di hutan memastika haiwan liar sentiasa dapat hidup normal, ada kerja di zoo supaya kebajikan dan kesihatan haiwan zoo ini tip-top, ada yang kerja di laut, kolam sebab mereka fokus pada ikan, haiwan laut sahaja, malah ada kerja dengan haiwan2 kajian seperti tikus. Dan ada juga yang kerja tak jumpa haiwan langsung sebab kerjaya dia hanya pada benda-benda halus mcam virus dan kerja hanya buat ujian makmal.. So memang meluas, saya sendiri dah berada di beberapa subbidang veterinar dan saya boleh katakan setiap subbidang ni seronok sangat bekerja, setiap masa ada sahaja perkara baru belajar.



So kalau orang tanya kenapa pilih vet saya boleh katakan sebab saya seronok kerja vet. Saya seronok merasa pengalaman kena gigit tikus makmal, gigit kucing. kena macam2 lagi. Pengalaman merbahaya juga ada dirasai apabila bekerja dengan singa di zoo, tapi itu yang membuatkan vet ni sangat berdisiplin sebab segala tugasannya perlu ikut prosedur dan tak boleh main2..



Kalau tanya saya orang macam mana leh jadi vet, well orang tu yang penting mesti suka haiwan sangat2 sebab kalau ada rasa geli dan jijik nak pegang kambing so agak susah sangat nak jadi vet ni. Orang tu kena kuat semangat sebab kalau doktor manusia pun nak bagi habis belajar dah susah, jadi student lagi banyak susah. Tapi saya lihatlah walau sussah mana, bila kita dah jadi vet ni semua akan nampak lebih senang..



Maka nasihat saya, jangan malu-malu memilih kerjaya vet. Semua sektor terutama biotek industri terutama sangat memerlukan vet. Selamat menempuh hari baru. WAssalam..

Saturday, July 2, 2011

What topic do you like to talk about??

Ok before saya memulakan topik-topik yang menarik, apa kata saya memberi peluang pada anda kalian pembaca untuk memberikan topik yang ingin dikupas saya. Topik tersebut perlu berkaitan kucing atau berkenaan dengan haiwan, vet. Insya-Allah jika anda bagi topik yang anda minat untuk dibaca, saya akan berikan yang terbaik untuk anda. So apa lagi, respon lah dengan jemputan saya untuk memberi cadangan topik2 yang perlu dibincangkan .. Saya akan menunggu cadangan terbaik anda semua.

Wassalam

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...