Thursday, October 18, 2012

Kenapa nak kena bawa kucing ke Klinik Vet, ada ker Klinik Vet yang ok

Salam semua pembaca, Assalamualaikum,

Apa khabar, topik kali ini agak ringan, membicarakan tentang kenapa anda membawa kucing anda ke klinik vet dan kebaikannya serta jenis klinik vet yang sesuai untuk anda. 

Baiklah selalu tak anda membawa kucing ke klinik, setahun sekali ker, atau kekerapan dalam bulan seminggu sekali. Klinik mana yang anda gemar, klinik kucing sahaja atau klinik yang campur dengan anjing. Kucing anda seeloknya dibawa sekurangnya setahun sekali ke klinik betul kan kan..Bukan apa. mungkin hanya untuk medical check up. Ada setengah tuan kucing tak suka kucing diperiksa banyak kali atau diselalu enjit lah katakan. Kepentingan untuk membawa kucing anda ke klinik bergantung pada anda. Namun ini nasihat saya, kalau kucing anda sakit jangan lah tunggu sehingga kronik keadaan kucing tu baru nak bawa ke klinik vet. Dah tu lak, bila Vet tak dapat betulkan keadaan sakit tu atau kucing itu mati awak pergi salah kan vet tu. Kucing macam manusia, tak boleh terlalu lewat dirawat jika sakit. Vet pulak bukanlah magician, kami hanya boleh membantu merawat tetapi kuasa menyembuhkan sakit itu masih lagi terletak di tangan tuhan. Saya berharap selepas ini janganlah di salahkan lagi vet-vet diluar sana kalau kucing anda still tak sihat, atua mati di tangan vet. 

Ok selalunya ada tuan punya haiwan atau pet tak tahu tujuan mengapa perlu dibawa haiwan belaan ke klinik. Tapi mungkin ada yang tak pasti, saya jelaskan serba sikit. Kebiasaan adalah untuk medical check up, untuk diberi vaksin untuk tahunan, diberi ubat cacingan atau kutu, kalau yang pregnant mungkin nak check bila nak beranak kucing itu ker, ada yang nak kasikan kucing, mungkin ada kucing yang sakit so kat klinik vet lah dituju. Kucing juga terdedah pada risiko kemalangan, kalau dah terlibat maka ke klinik vet juga untuk dirawat kucing. 

Ada sedikit isu yang ingin diterangkan, ada yang fobia nak bawa kucing ke klinik vet kerana kos perubatan yang dikatakan lebih tinggi dari rawatan manusia. Begini, rawatan untuk haiwan memang agak mahal, kerana satu kos untuk ubat itu sendiri sudah mahal dan spesifik tempat boleh dapat. Malah prosedur untuk haiwan juga lebih susah berbanding dari manusia, sebab itu sesiapa belajar vet memang sebenarnya lebih susah dari belajar medic. Saya tak nafikan bil untuk rawat kucing boleh mencecah ratusan ringgit, tapi percayalah doktor vet juga penyayang haiwan. Mereka akan sedaya upaya membantu anda untuk menyelesaikan kos bayaran perubatan. Ada antara vet menawarkan ansuran bulanan untuk meringankan beban serta ada juga menawarkan potongan diskaun untuk pelanggan yang tetap. Jadi nasihat saya jangan fobia untuk datang klinik vet, just singah dahulu tengok keadaan klinik. Saya juga nafikan ada klinik yang high klass memang agak cekik darah, charge terlalu tinggi. Ini kerana ada antara mereka ini buat rawatan yang tak perlu, buat ujian yang takde kaitan. Alaa macam awak hantar kereta ke workshop, kereta awak cuma masalah aircon tapi mekanik kata awak punya brek tak makan lah dan macam2 lagi.


Kita ke subtopik last sekali, jenis klinik vet yang sesuai untuk anda bawa kucing ke sana. Anda perlu tahu ada klinik haiwan yang betul-betul kinik diuruskan Vet bertauliah. Ada klinik diuruskan oleh orang yang menyamar sebagai vet sebab nak cari untung tapi hanya tahu sikit aje pasal vet. Ada juga kedai haiwan atua petshop buat side income kata mereka juga ada klinik vet dalam tapi sebenar takde pun vet, mereka pandai-pandai jadi vet pun ada. So nasihat saya hati-hati pada yang menyamar dan penipu ini. Cara terbaik tanya mereka sapa doktor vet, kelulusan mana serta tanya no APC atau amalan perubatan. Kalau diorang boleh jawab soalan betullah tapi kalau ragu-ragu gak masuk google taip senarai veterinar kemudian carilah nama vet yang disebut tu. 

Ok seterusnya ada klinik vet yang serba lengkap, mereka boleh buat ujian makmal disitu juga serta ada boleh buat autopsi disitu juga. Malah ada klinik vet siap ada wad yang sangat selesa beraircond dan sebagainya. Itu memang 1st class klinik tapi masalahnya kos bil mesti mahal-mahal belaka. Ada klinik vet yang cuma menjalankan pembedahan dan ada wad biasa-biasa shaja. Itu kos perbelanjaan sederhana dan mampu untuk semua. Ada juga klinik vet yang hanya ada khidmat rawatan asas, itu jenis klinik mini. So kena cari klinik vet sesuai untuk anda dan kucing, cuma ingat kalau mereka ini vet asli maka mereka akan memberikan khidmat terbaik untuk anda tak kiralah murah atau mahal kos tersebut. Apa yang penting bagi kami veterinarwan ialah memperbaiki kualiti kesihatan dan kehidupan kucing anda. 


Itu sahaja dari saya buat masa ini, semoga bertemu lagi dan ingat pesan saya. Anda ada kemusykilan atau nak komen sila dna dialu-alukan. Wassalam

Dr.H

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...