salam semua,
ok hari ni saya akan berbincang hal atau masalah kucing secara santai. flutd atau feline lower urinary tract disease adalah masalah biasa yang boleh berlaku pada kucing. kenapa saya cakap macam tu, sebab apabila kucing mula makan makanan kucing yg dibuat kilangmaka pelbagai ragam dan masalah kesihatan boleh timbul. saya bagi contoh mudah, pernah dengar smartheart cat food, brand mempunyai kandungan garam atau sodium yang lebih tinggi dr makanan kucing biasa. so ia boleh memberi masalah terutama pada kucing baka parsi.
baiklah, saya akan cover part pertama perbincangan iaitu simptom atau sign lower urinary tract. antara sign yang biasa diketahui ialah kucing anda akan mula kencing di kawasan merata rata. maksudnya kucing anda tak sempat nak ke tandas lah tu. sign kedua yang perlu anda awasi ialah resah dam tak senang duduk kucing anda. kucing anda sentiasa menjauhi diri dan tak nak makan, sebab pundi kencing dia sakit. so bila sakit pundi kencing, ada kucing lak akan selalu ke pasir kucing. kucing juga akan kelihatan berasa sursah nak kencing. payah nak keluar air kencing. kalau dapat kencing pun anda akan dapat lihat air kencing berdarah.
semua sign di atas berlaku kerana kucing anda mempunyai saluran kencing yang tersumbat. ini mungkin terjadi kerana pemakanan yang kurang sesuai dan tak sihat. punca lain ialah kucing anda kurang bersenam atau membuat aktiviti fizikal asyik duduk dalam rumah ajer. atau kucing anda kurang pengambilan air secara harian. ada sebab kenapa kucing anda kurang pengambilan air. salah satu kerana kucing tidak akan minum air dalam mangkuk yang tidak penuh, atau mangkuk itu terlalu kecil, atau diletakkan di kawasan yamg bising atau diletakkan dekat dengan pasir kucing. kucing yang mengalami obesiti juga ada kemungkinan untuk mendapat masalah flutd jadi beringat lah kucing tabby pun tak bagus juga.
so apa yang terbaik untuk kucing anda jika masalah ini datang. yang terbaik anda kena bawa ia ke klinik vet kerana kami doktor vet biasa hadapi masalah ini dan tahu cara untuk membantu memulihkan.
ok lah ini sahaja dulu dari saya, semoga bertemu lagi.
wassalam
DR.H
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...