Wednesday, November 4, 2015

Suatu kisah yang perlu difikirkan bersama - diambil dari thehypermedia.com

Ia kisah seekor kucing yang dibakar di bahagian kaki belakang dan ekor.

Dan apa yang seterusnya terjadi si penjumpa hendak membawa ke klinik vet untuk rawatan. So bayaran untuk jumpa doktor sahaja dia bagitau dikenakan RM 160.

Bila jumpa doktor pula, doktor itu beritahu jikalau rawatan ini akan mencecah RM 800. Akhirnya berputus asa mereka untuk memberi rawatan.

Kemudian mereka cuba untuk memberikan rawatan sendiri di rumah kerana sifat kemanusiaan yang ada tak seperti di klinik vet tersebut.

Mula-mula ok juga untuk beberapa jam. Tetapi setelah 16 jam berlalu, kucing itu pergi jua.

Sadis tidak berperikemanusiaan apabila seekor kucing maybe dibakar dengan sengaja.

Juga sedih bila orang yang dipertanggungjawabkan untuk meletakkan kepentingan haiwan lebih penting dari diri sendiri mengelak untuk membantu secara ikhlas tetapi lebih bersikap kapitalis.

Berhati-hati bila berjumpa orang seperti ini.

Wallahualam


Saturday, October 10, 2015

Tips penjagaan karpet rumah anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya kembali untuk berkongsi satu perkara atau tips. Tips macamana nak buat karpet freshener atau pewangi karpet. Selalu ada pewangi kereta kan so kali ini saya nak kongsi pewangi karpet. Almaklumlah, nak basuh karpet pun payah,saya paham sangatlah. Jadi ini cara-caranya.

Pertama sediakan bahan-bahan dahulu

1 CAWAN HERBA KERING YANG DAH DIKISAR ATAU DITUMBUK HALUS
1 SUDU BUNGA CENGKIH
1 SUDU CINNAMON
1 SUDU BAKING SODA

Senang je, campurkan semua sekali bahan dan digaul rapi. sebati dan secukup rasa. Kemudian tabur rata di atas karpet anda dan biarkan beberapa minit tau. Bukan dibiarkan beberapa jam, hanya beberapa minit. Last sekali vakum atau guna penyedut hampagas untuk bersihkan karpet anda. Confirm lepas tu karpet anda berbau harum. 

Saya benarkan anda mencuba atau mencopy tips inilah. Ingat cuba yer pastu ceritakanlah keberkesanan idea saya ini.

Bye-bye.

Friday, October 9, 2015

KEDAI PETSHOP

Assalamualaikum

Saya ingin bawakan satu tajuk iaitu kedai petshop, yess anda pun tahu apa itu petshop. Tempat yang jual macam2 barangan makanan dan apa jua yang diperlukan untuk haiwan kesayangan anda. Kira macam Shopping complex untuk haiwan anda la. Kat situ ada macam-macam produk kan untuk kucing pun ada, anjing, arnab sehingga ada jual untuk kambing dan lembu iaitu dedak.

                                 

Ok di Malaysia industir petshop ini sangat maju sebenarnya dan ia tumbuh macam cendawan laris, bukan macam cendawan dah macam pisang goreng cheese asyik laris ye. Kemudian anda tengok dalam petshop tu ada yang simple, dan ada yang pelbagai servis diberikan. Saya lebih suka kalau petshop boleh pelbagai servis, antaranya Hotel, Grooming atau Spa, dan juga urusan jual beli. Sebab apa petshop ini boleh dikatatakan sebagai one stop cetre untuk segala keperluan haiwan anda. Sebab apa di luar negara ada orang sanggup perhabiskan untuk kucing tau.

                                 

Malah ada petshop yang jual barangan seperti multivitamin, tonik pelembat bulu laa. Saya suka lihat petshop begini berkembang. Ia akan memudahkan pelanggan tak perlu cari 10 petshop lain. Satu lagi idea yang saya rasa petshop kena letak ia jual bahan bacaan berkaitan haiwan, seperti majalah kucing, buku perihal haiwan ke, CD atau DVD berkaitan haiwan ke.

                                     

Sekarang ini saya nak tanya anda si pembaca setia saya, petshop yang macamana jadi kemahuan dan kehendak hati anda. Kiranya petshop yang anda selesa datang dan pergi dan petshop yang pasti akan anda pergi tiap-tiap hari. Servis apa yang anda nak tengok ada kat petshop, macam ada satu ni servis pengebumian haiwan kesayangan. Itu satu contoh, so bagitau saya servis apa awak nak..


                                       
Satu lagi berita saya nak habaq ni, saya bakal membuka petshop pertama keluarga kami Januari 2016. So kalau ada feedback dari anda petshop impian anda lagi bagus, saya boleh jadikan ia kenyataan. Tunggu cerita terbaru dari saya pasal petshop yang akan kami bangunkan yer.

Bye...

Friday, September 18, 2015

Khasiat kulit telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kita bertemu lagi selepas beberapa dekad menghilang. Haha saya bergurau maafkan saya jika sedikit terlebih ceria. Baiklah hari ini ingin saya berkongsi satu tips khasiat atau pun kegunaan kulit telur yang tidak banyak diketahui umum.




Maybe ada yang tahu kulit telur tiada gunanya akan tetapi ia ada boleh menyumbang untuk kebaikan manusia. Apa kegunaannya, bukan untuk dimakan tau dan bukan untuk diminum.

Ok begini ia berguna untuk menghalau dan maybe untuk membunuh serangga perosak seperti lipas, cicak, ulat gonggok ke. Jika anda ada masalah serangga perosak terutama yang merayap di rumah, ini mungkin penyelesaiannya yang murah dan mudah dan tidak menyusahkan sesiapa pun.


Baiklah kulit telur semua jenis haiwan boleh digunakan. Tak kira telur ayam atau telur itik ker. So manfaatkan kegunaan mereka. Caranya mudah, kalau dah guna isi telur kan, kulit telur tu dikeringkan dahulu, jangan dupecahkan. Biarkan kering sampai dah betul2 kering. Kemudian grind atau hancurkan kulit telur sampai jadi serbuk, tak kiralah apa jua cara yang anda nak gunakan samaada blender ker. Bila dah jadi serbuk kecil-kecil, simpan dalam balang kaca semalaman.

Esoknya tabur ditepi-tepi dinding dan juga di kawasan anda syaki adalah sarang mereka. Tunggu 1-2 malam dan anda tengok ada diantara mereka dijumpai mati atau dijumpai melarikan diri.

Itu sahaja tips kegunaan kulit telur, saya berharap anda mencubanya. Jika kurang berjaya ceritakan kepada saya apakah yang tidak berjayanya. Semoga berjaya.

Friday, March 13, 2015

Tikus Makmal Kartun






Adakah masalah kulit atau bulu menghantui kucing anda? Jom kita baca

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Apakah yang dikatakan masalah kulit atau bulu? Kucing anda mungkin akan menunjukkan simptom bulu gugur, terlalu grooming, asyik gatal sahaja dan macam-macam lagi tanda-tanda, maka itu yang menunjukkan kucing awak ada masalah kulit. 

Apakah pula petunjuk yang menunjukkan kucing anda mempunyai kulit atau bulu yang sihat. Seharusnya jika kucing anda sihat dari segi kulit dan bulu, ia mesti mempunyai bulu dan kulit yang lembut, licin dan tiada habuk, tiada menggerutu, atau tiada perubahan warna yang mendadak. Malahan ia tidak sepatutnya terlalu kering atau terlalu berminyak atau terlalu lembap. Yang paling penting tiada bahagian yang botak, sepatutnya seluruh badan mesti ada bulu. 

CONTOH KUCING YANG SIHAT BULU DAN KULITNYA.

Tanda-tanda utama masalah kulit.

1 Keguguran rambut
2 Kulit ada kelemumur atau bersisik
3 Kulit ada bau yang tak menyenangkan, bau busuk.
4 Gatal, terlalu banyak menggaruk,
5 Ada kesan merah-merah
6 Kulit menjadi keras, tebal

Punca kepada kejadian ini, memang banyak. Bermula dari pemakanan yang tidak betul, alergik, hormon, punca ektoparasit,sehingga masalah fungus. Yang penting jika anda nampak perubahan pada kucing anda, bawa ke klinik vet untuk pemeriksaan lanjut dan bukan ke petshop. Why saya berkata begitu kerana, kalau dah bawa ke klinik vet mereka akan diagnosis dan tahu punca sebenar dan mereka boleh berikan ubat yang akan terus menyembuhkan masalah ini. Kalau cara lain, mungkin anda akan tersalah caranya dan boleh membuatkan kucing anda menderita. 

Jadi moral of the story, nampak tanda macam itu, consult dengan vet tanyakan hal ini. Dan besar kemungkinan anda tak perlu keluarkan kos terlalu banyak untuk mengubati ia.

Sekian, terima kasih.

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...