Saturday, October 10, 2015

Tips penjagaan karpet rumah anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya kembali untuk berkongsi satu perkara atau tips. Tips macamana nak buat karpet freshener atau pewangi karpet. Selalu ada pewangi kereta kan so kali ini saya nak kongsi pewangi karpet. Almaklumlah, nak basuh karpet pun payah,saya paham sangatlah. Jadi ini cara-caranya.

Pertama sediakan bahan-bahan dahulu

1 CAWAN HERBA KERING YANG DAH DIKISAR ATAU DITUMBUK HALUS
1 SUDU BUNGA CENGKIH
1 SUDU CINNAMON
1 SUDU BAKING SODA

Senang je, campurkan semua sekali bahan dan digaul rapi. sebati dan secukup rasa. Kemudian tabur rata di atas karpet anda dan biarkan beberapa minit tau. Bukan dibiarkan beberapa jam, hanya beberapa minit. Last sekali vakum atau guna penyedut hampagas untuk bersihkan karpet anda. Confirm lepas tu karpet anda berbau harum. 

Saya benarkan anda mencuba atau mencopy tips inilah. Ingat cuba yer pastu ceritakanlah keberkesanan idea saya ini.

Bye-bye.

Friday, October 9, 2015

KEDAI PETSHOP

Assalamualaikum

Saya ingin bawakan satu tajuk iaitu kedai petshop, yess anda pun tahu apa itu petshop. Tempat yang jual macam2 barangan makanan dan apa jua yang diperlukan untuk haiwan kesayangan anda. Kira macam Shopping complex untuk haiwan anda la. Kat situ ada macam-macam produk kan untuk kucing pun ada, anjing, arnab sehingga ada jual untuk kambing dan lembu iaitu dedak.

                                 

Ok di Malaysia industir petshop ini sangat maju sebenarnya dan ia tumbuh macam cendawan laris, bukan macam cendawan dah macam pisang goreng cheese asyik laris ye. Kemudian anda tengok dalam petshop tu ada yang simple, dan ada yang pelbagai servis diberikan. Saya lebih suka kalau petshop boleh pelbagai servis, antaranya Hotel, Grooming atau Spa, dan juga urusan jual beli. Sebab apa petshop ini boleh dikatatakan sebagai one stop cetre untuk segala keperluan haiwan anda. Sebab apa di luar negara ada orang sanggup perhabiskan untuk kucing tau.

                                 

Malah ada petshop yang jual barangan seperti multivitamin, tonik pelembat bulu laa. Saya suka lihat petshop begini berkembang. Ia akan memudahkan pelanggan tak perlu cari 10 petshop lain. Satu lagi idea yang saya rasa petshop kena letak ia jual bahan bacaan berkaitan haiwan, seperti majalah kucing, buku perihal haiwan ke, CD atau DVD berkaitan haiwan ke.

                                     

Sekarang ini saya nak tanya anda si pembaca setia saya, petshop yang macamana jadi kemahuan dan kehendak hati anda. Kiranya petshop yang anda selesa datang dan pergi dan petshop yang pasti akan anda pergi tiap-tiap hari. Servis apa yang anda nak tengok ada kat petshop, macam ada satu ni servis pengebumian haiwan kesayangan. Itu satu contoh, so bagitau saya servis apa awak nak..


                                       
Satu lagi berita saya nak habaq ni, saya bakal membuka petshop pertama keluarga kami Januari 2016. So kalau ada feedback dari anda petshop impian anda lagi bagus, saya boleh jadikan ia kenyataan. Tunggu cerita terbaru dari saya pasal petshop yang akan kami bangunkan yer.

Bye...

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...