Wednesday, May 14, 2025

2025 tahun yang hebat

 Assalamualaikum



Kita telah memasuki tahun 2025


Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 bulan lagi sebelum 2025 habis. Perkara yang telah berlalu pastikan ia berlalu dan jangan menghantui kita. Kita pastikan untuk 8 bulan lagi, perkara hebat dan cemerlang bakal kita lalui dan menghasilkan kejayaan.


Jangan takut untuk kita melakukan perkara baru dan hebat, Ini kerana ia pasti merugikan kita jika peluang melakukan perkara baru ini tidak lagi mendapat peluang. Jika kita yakin nak buat pelaburan forex, saham atau memasuki alam pekerjaan secara online bole teruskan sedikit demi sedikit. Kerana yang pasti 2026 tidak akan sama dengan 2025. Ramai lihat zaman semakin berubah, nak dapat duit jika kita bijak boleh dapat secara mudah. Jangan tunggu peluang itu hilang grab that


Ini saranan tau 2025 tahun kita ambil peluang. Jika itu boleh menambahkan peluang kita untuk majukan diri dan keluarga. Silakan.

Nantikan lagi saya berkongsi pelbagai peluang, nasihat dan perkara berbangkit untuk renungan dan bantuan sesama kita. 





Tuesday, March 19, 2024

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024

Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024

Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal

Tapi seperti biasa bulan Ramadan perlu dimanfaatkan dengan amal ibadat dan berbuat baik kerana semua perbuatan disebutkan akan mendapat ganjaran berkali ganda. 


Satu lagi bagaimana kucing anda semua. Jangan dilupakan kucing anda ya walau anda sibuk berpuasa. Pastikan makan minum sakit dijaga. 


Nanti kita bincang lagi berkenaan kucing dan puasa. 


Saya rehat dulu

Dr H


Thursday, June 8, 2023

Jun bulan yang bertuah

 Salamat hari bulan Jun, kalau di Indonesia dipanggil Juni. 


So apa yang best bulan Jun ini. 


Ada apa yang ditunggu bulan Jun ini.


Tunggu 


Wassalam


Bye bye


 Dr H

Wednesday, October 13, 2021

Henp seed dan kelebihan

 Ada yang kenal hemp seed. Masih tak kenal ke?


Ok mari saya perkenalkan. Mula-mula kita tengok macamana rupanya. 





Inilah hemp seed. Yup ia daun ganja kalau orang kita cakap.


Kat Malaysia masih belum ada kelulusan untuk digunakan dengan sewenang-wenang.

Tapi di luar negara penggunaan dan kegunaan hemp seed dah digunakan meluas dalam pemakanan harian. Serta di dalam perubatan manusia dan perubatan veterinar.

Malah banyak kebaikan dan telah dibuktikan melalui kajian menyeluruh

Apa yang kita boleh harapkan ia doa agar boleh digunakan secara meluas di Malaysia suatu masa kelak.



Bye

Dr H


Monday, November 25, 2019

Perkhidmatan phlebotomi / sampling darah dan prosedur veterinar lain untuk haiwan makmal

Jika anda ada haiwan makmal dan memerlukan servis veterinar untuk prosedur pengambilan darah dan prosedur veterinar lain. Kalau anda ada penyelidikan menggunakan haiwan makmal dan memerlukan bantuan khidmat veterinar untuk menjalankan prosedur. Boleh hubungi Dr Mohd Hafidz, doktor veterinar bertauliah berpengalaman dalam bidang haiwan makmal selama 9 tahun.

Haiwan-haiwan makmal ialah tikus, mencit, arnab, hamster dan guinea pig.

Antara prosedur yang disediakan ialah

Pengambilan darah - intravenous, submandibular, intrasaphenous, intracardiac.
Oral gavage
Organ sampling
STZ / diabetes study
necropsy / post mortem servis
Suntikan ubat / cecair

Perkhidmatan pengajaran untuk prosedur haiwan makmal juga disediakan dengan harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi beliau melalui email dr_hafidz@yahoo.com. Email anda akan dijawab dalam masa 24 jam.

Tuesday, June 25, 2019

Salam semua

Selamat minggu baru, apa khabar


Anda dah bersedia untuk berlumba pada minggu baru. Minggu ini saya akan cuba kupas berkenaan masalah baby kucing, dari yang baru lahir sampai cerai susu. Apakah penyelesaiannya jika kita sendirian di rumah. Mampukah kita jaga baby kucing tanpa ibu kucing itu. Cara memastikan anak kucing gemuk dan cantik. Semua ini akan saya ceritakan minggu ini. Jadi tunggu.


Jika anda ingin mengiklankan sesuatu berkenaan kucing atau haiwan kesayangan. Contact saya di dr_hafidz@yahoo.com.


Bye bye dulu



Dr H

Friday, June 21, 2019

Salam Jumaat, dah vaksin ke kucing anda

Selamat Pagi dan salam jumaat.

Dah vaksin ke kucing anda. Ye la lepas raya ni sibuk beraya. Sampai saya dengar ada kes kucing mati sebab raya, kucing hilang sebab raya, kucing kena buang sebab raya. Saya tak mau ulas pasal tu, sebab itu kalau ulas mau sampai abis raya. Senang je, vaksin dah ke belum. Ada orang sibuk raya sampai tak perasan vaksin anak kucing anda dah due. Jangan sampai terlepas tarikh ye kesian mereka, kena pergi klinik sekali lagi. Selamat beraya

Dr H

Wednesday, June 12, 2019

Selamat Hari Raya Selamat 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Malaysia


Selamat Hari Raya sudah kita 2019. Semoga Raya kali ini penuh berkat, syukur dan dirahmati. Moga kita lebih kuat berusaha dan berbjaya hendaknya. Dah puasa 6 ke, ok la perlahan-lahan puasa 6 ok. Pada yang mempunyai anak kucing sila jaga elok-elok waktu raya, macam-macam boleh berlaku. Pada yang baru bekerja, sila kerja macam anda dah habis duit gaji sebab nak tunggu gaji punyala lama lagi. Pada yang sekolah lagi, sila ingat anda masih bersekolah dan masih boleh terima duit raya maka gunakan masa ini sebaiknya. Jangan nak sibuk gatal nak kawin lak. Nasihat-nasihat selamat hari raya ye.


Wassalam, nantikan banyak perkongsian selepas ini.


DrH

Friday, November 16, 2018

Motivasikan Diri ANda - Jumaat mulia

Hari ini sungguh indah. Ini kerana hari ini adalah hari Jumaat yang mulia. Jadi lebih baik kita memotivasikan diri untuk bertemu hari minggu yang ceria.

Dalam diri setiap orang, memotivasikan diri sendiri adalah penting. Kali ini saya ingin berbincangkan perihal memotivasikan diri dari sudut kata-kata positif dan negatif.

Pertama, yang mudah dahulu adalah kata positif. Semua orang suka apabila diri dipuji, diberi kata-kata semangat. Seperti anda hebat, anda berjaya lakukan. Malah kalau bos atau orang atas anda mahupun ibu bapa anda memuji anda pasti akan ada rasa aura baru memasuki diri anda. Malah untuk individu seperti ini, memang amat dahagakan pujian, kata semangat setiap hari. Jika tiada pujian, maka lembik la diri itu sepanjang hari. Oleh itu untuk individu seperti ini perlu dikeliling orang yang sentiasa positif dan gembira. Jika anda buat salah sekalipun, mereka tidak akan salahkan anda tapi mereka akan kata cuba lagi, takpe anda dah lakukan yang terbaik. Bukan itu sahaja anda juga perlu sentiasa berkata positif terhadap diri anda. Bangun pagi terus kan aku hebat, aku nak maju ke hadapan. Kata-kata positif ini bukan sahaja memberi kesan positif terhadap dalam diri malah ia boleh jadi doa.

Selain itu, kata-kata positif amat penting untuk kanak-kanak dan remaja. Golongan ini memang amat perlukan galakan positif. Walaupun mereka gagal, mereka buat silap atau mereka tidak mencapai prestasi yang diingini, yang penting kata positif boleh menjadikan sebaliknya. Bahayanya untuk golongan umur seperti ini ialah jika disajikan dan dijamu dengan kata- kata negatif seperti marah, kejian atau segala sumpah seranah, maka mereka akan membesar menjadi seorang yang penuh perasaan negatif. Dan tak mustahil mereka akan menjadi seorang yang berisiko untuk melakukan jenayah, atau berperilaku negatif seperti pembuli dan sebagainya. Kita lihat beberapa orang penjenayah terkenal Amerika, seperti pembunuh hacksaw dan sebagainya. Jadi penting bila anda ada anak, dan mood anda di rumah perlu lah selaraskan ke arah positif untuk mengelakkan ia menjangkiti keluarga anda.

Pemikiran positif juga mampu memberikan aura baik, untuk hari anda. Ambil contoh, mungkin di tempat kerja atau di kelas ada daya penarik yang cantik atau kacak. Jadi itu boleh menjadi penarik positif anda untuk bersemangat dan maju ke hadapan di pagi hari.

Jadi perlu diingat pemikiran positif, kata positif atau aura positif boleh memainkan peranan besar dalam hidup kita. Malah ada kajian mengatakan kita perlukan positif side lebih dari 60 peratus berbanding negatif side di dalam hidup kita.

Baiklah untuk setakat ini sahaja dulu, nanti saya sambung ceritakan bagaimana untuk pemikiran negatif baik untuk kehidupan dan memotivasikan diri kita. Sama-samalah kita menceriakan diri kita dan orang sekeliling. Manfaat kan hidup dari awal pagi hingga kita mati.


Thursday, November 23, 2017

Kucing Siapa ada masalah kutu hama? Angkat tangan


Ok saya datang lagi dengan menceritakan suatu produk yang saya lihat sangat berguna. Ia membantu anda mengelakkan anda punya kucing rasa gatal-gatal tergaru kerana kutu hama. Malah anda rimas jika lihat benda ini berjalan-jalan di badan kucing anda. 

Saya perkenalkan kolar antikutu. Ia diperbuat dari kain so tak memberikan kesan alergik. Ia boleh diubah saiz. 

Yang bestnya ia dikaji secara bioengineering dan dihasilkan dan mendapat pengiktirafan. Satu kolar boleh tahan selama 4 bulan. Jimat bukan. 

Yang best lagi ia hanya berharga RM 13 dan masalah kutu kucing anda selesai. Kalau ada berminat nak cuba contact saya whatsapp ke 0162570097. Penghantaran luar kawasan Kajang caj RM 4 sahaja. 

Ok bye..muah muah muah




Tuesday, November 7, 2017

Doa untuk Rakyat Penang

Lama sudah saya tidak bersua di pentas ini.


Baiklah saya akan mulakan balik apa yang sudah saya mulakan.


Kita bermula dengan apa yang berlaku di Penang. Dashyat saya katakan kejadian apa yang berlaku. Apa yang kita di luar Penang boleh buat ialah sama-sama berdoa dan berharap kejadian ini tidak berlaku dan semakin surut. Semoga sinar matahari semakin kuat memancar di Penang untuk memulihkan segala yang dimusnahkan.

Bertemu lagi ye kita selepas ini.


Bye.


 Dr H

Wednesday, November 4, 2015

Suatu kisah yang perlu difikirkan bersama - diambil dari thehypermedia.com

Ia kisah seekor kucing yang dibakar di bahagian kaki belakang dan ekor.

Dan apa yang seterusnya terjadi si penjumpa hendak membawa ke klinik vet untuk rawatan. So bayaran untuk jumpa doktor sahaja dia bagitau dikenakan RM 160.

Bila jumpa doktor pula, doktor itu beritahu jikalau rawatan ini akan mencecah RM 800. Akhirnya berputus asa mereka untuk memberi rawatan.

Kemudian mereka cuba untuk memberikan rawatan sendiri di rumah kerana sifat kemanusiaan yang ada tak seperti di klinik vet tersebut.

Mula-mula ok juga untuk beberapa jam. Tetapi setelah 16 jam berlalu, kucing itu pergi jua.

Sadis tidak berperikemanusiaan apabila seekor kucing maybe dibakar dengan sengaja.

Juga sedih bila orang yang dipertanggungjawabkan untuk meletakkan kepentingan haiwan lebih penting dari diri sendiri mengelak untuk membantu secara ikhlas tetapi lebih bersikap kapitalis.

Berhati-hati bila berjumpa orang seperti ini.

Wallahualam


Saturday, October 10, 2015

Tips penjagaan karpet rumah anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya kembali untuk berkongsi satu perkara atau tips. Tips macamana nak buat karpet freshener atau pewangi karpet. Selalu ada pewangi kereta kan so kali ini saya nak kongsi pewangi karpet. Almaklumlah, nak basuh karpet pun payah,saya paham sangatlah. Jadi ini cara-caranya.

Pertama sediakan bahan-bahan dahulu

1 CAWAN HERBA KERING YANG DAH DIKISAR ATAU DITUMBUK HALUS
1 SUDU BUNGA CENGKIH
1 SUDU CINNAMON
1 SUDU BAKING SODA

Senang je, campurkan semua sekali bahan dan digaul rapi. sebati dan secukup rasa. Kemudian tabur rata di atas karpet anda dan biarkan beberapa minit tau. Bukan dibiarkan beberapa jam, hanya beberapa minit. Last sekali vakum atau guna penyedut hampagas untuk bersihkan karpet anda. Confirm lepas tu karpet anda berbau harum. 

Saya benarkan anda mencuba atau mencopy tips inilah. Ingat cuba yer pastu ceritakanlah keberkesanan idea saya ini.

Bye-bye.

Friday, October 9, 2015

KEDAI PETSHOP

Assalamualaikum

Saya ingin bawakan satu tajuk iaitu kedai petshop, yess anda pun tahu apa itu petshop. Tempat yang jual macam2 barangan makanan dan apa jua yang diperlukan untuk haiwan kesayangan anda. Kira macam Shopping complex untuk haiwan anda la. Kat situ ada macam-macam produk kan untuk kucing pun ada, anjing, arnab sehingga ada jual untuk kambing dan lembu iaitu dedak.

                                 

Ok di Malaysia industir petshop ini sangat maju sebenarnya dan ia tumbuh macam cendawan laris, bukan macam cendawan dah macam pisang goreng cheese asyik laris ye. Kemudian anda tengok dalam petshop tu ada yang simple, dan ada yang pelbagai servis diberikan. Saya lebih suka kalau petshop boleh pelbagai servis, antaranya Hotel, Grooming atau Spa, dan juga urusan jual beli. Sebab apa petshop ini boleh dikatatakan sebagai one stop cetre untuk segala keperluan haiwan anda. Sebab apa di luar negara ada orang sanggup perhabiskan untuk kucing tau.

                                 

Malah ada petshop yang jual barangan seperti multivitamin, tonik pelembat bulu laa. Saya suka lihat petshop begini berkembang. Ia akan memudahkan pelanggan tak perlu cari 10 petshop lain. Satu lagi idea yang saya rasa petshop kena letak ia jual bahan bacaan berkaitan haiwan, seperti majalah kucing, buku perihal haiwan ke, CD atau DVD berkaitan haiwan ke.

                                     

Sekarang ini saya nak tanya anda si pembaca setia saya, petshop yang macamana jadi kemahuan dan kehendak hati anda. Kiranya petshop yang anda selesa datang dan pergi dan petshop yang pasti akan anda pergi tiap-tiap hari. Servis apa yang anda nak tengok ada kat petshop, macam ada satu ni servis pengebumian haiwan kesayangan. Itu satu contoh, so bagitau saya servis apa awak nak..


                                       
Satu lagi berita saya nak habaq ni, saya bakal membuka petshop pertama keluarga kami Januari 2016. So kalau ada feedback dari anda petshop impian anda lagi bagus, saya boleh jadikan ia kenyataan. Tunggu cerita terbaru dari saya pasal petshop yang akan kami bangunkan yer.

Bye...

Friday, September 18, 2015

Khasiat kulit telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kita bertemu lagi selepas beberapa dekad menghilang. Haha saya bergurau maafkan saya jika sedikit terlebih ceria. Baiklah hari ini ingin saya berkongsi satu tips khasiat atau pun kegunaan kulit telur yang tidak banyak diketahui umum.




Maybe ada yang tahu kulit telur tiada gunanya akan tetapi ia ada boleh menyumbang untuk kebaikan manusia. Apa kegunaannya, bukan untuk dimakan tau dan bukan untuk diminum.

Ok begini ia berguna untuk menghalau dan maybe untuk membunuh serangga perosak seperti lipas, cicak, ulat gonggok ke. Jika anda ada masalah serangga perosak terutama yang merayap di rumah, ini mungkin penyelesaiannya yang murah dan mudah dan tidak menyusahkan sesiapa pun.


Baiklah kulit telur semua jenis haiwan boleh digunakan. Tak kira telur ayam atau telur itik ker. So manfaatkan kegunaan mereka. Caranya mudah, kalau dah guna isi telur kan, kulit telur tu dikeringkan dahulu, jangan dupecahkan. Biarkan kering sampai dah betul2 kering. Kemudian grind atau hancurkan kulit telur sampai jadi serbuk, tak kiralah apa jua cara yang anda nak gunakan samaada blender ker. Bila dah jadi serbuk kecil-kecil, simpan dalam balang kaca semalaman.

Esoknya tabur ditepi-tepi dinding dan juga di kawasan anda syaki adalah sarang mereka. Tunggu 1-2 malam dan anda tengok ada diantara mereka dijumpai mati atau dijumpai melarikan diri.

Itu sahaja tips kegunaan kulit telur, saya berharap anda mencubanya. Jika kurang berjaya ceritakan kepada saya apakah yang tidak berjayanya. Semoga berjaya.

Friday, March 13, 2015

Tikus Makmal Kartun






Adakah masalah kulit atau bulu menghantui kucing anda? Jom kita baca

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Apakah yang dikatakan masalah kulit atau bulu? Kucing anda mungkin akan menunjukkan simptom bulu gugur, terlalu grooming, asyik gatal sahaja dan macam-macam lagi tanda-tanda, maka itu yang menunjukkan kucing awak ada masalah kulit. 

Apakah pula petunjuk yang menunjukkan kucing anda mempunyai kulit atau bulu yang sihat. Seharusnya jika kucing anda sihat dari segi kulit dan bulu, ia mesti mempunyai bulu dan kulit yang lembut, licin dan tiada habuk, tiada menggerutu, atau tiada perubahan warna yang mendadak. Malahan ia tidak sepatutnya terlalu kering atau terlalu berminyak atau terlalu lembap. Yang paling penting tiada bahagian yang botak, sepatutnya seluruh badan mesti ada bulu. 

CONTOH KUCING YANG SIHAT BULU DAN KULITNYA.

Tanda-tanda utama masalah kulit.

1 Keguguran rambut
2 Kulit ada kelemumur atau bersisik
3 Kulit ada bau yang tak menyenangkan, bau busuk.
4 Gatal, terlalu banyak menggaruk,
5 Ada kesan merah-merah
6 Kulit menjadi keras, tebal

Punca kepada kejadian ini, memang banyak. Bermula dari pemakanan yang tidak betul, alergik, hormon, punca ektoparasit,sehingga masalah fungus. Yang penting jika anda nampak perubahan pada kucing anda, bawa ke klinik vet untuk pemeriksaan lanjut dan bukan ke petshop. Why saya berkata begitu kerana, kalau dah bawa ke klinik vet mereka akan diagnosis dan tahu punca sebenar dan mereka boleh berikan ubat yang akan terus menyembuhkan masalah ini. Kalau cara lain, mungkin anda akan tersalah caranya dan boleh membuatkan kucing anda menderita. 

Jadi moral of the story, nampak tanda macam itu, consult dengan vet tanyakan hal ini. Dan besar kemungkinan anda tak perlu keluarkan kos terlalu banyak untuk mengubati ia.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 27, 2014

Salam semua pertanyaan anda akan dijawab

Saya mohon maaf atas kehilangan agak lama, insya Allah jika anda ada pertanyaan terbaru akan saya cuba menjawab. Semoga dengan perbincangan mendalam akan membantu kita memahami anak bulus kita.

Sekian,

Dr Hafidz

Wednesday, January 29, 2014

Promosi Jual 5 ekor anak kucing parsi 3 bulan dengan harga berpatutan dan boleh buat 2 kali bayaran.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera

Perkabaran baru saya, ada 5 ekor anak kucing parsi hidung separa flat ingin saya let go dengan harga berpatutan disertakan dengan vaksin, pemberian ubat cacing dan kutu. Ada 5 ekor, 3 jantan 2 betina. Jantan berwarna kelabu, hitam, dan hitam. Manakala betina pula berwarna tiga color kedua-duanya. Bawah ini saya bagi sedikit pertunjukan gambar gelagat mereka, mereka ini semua sangat suka bermain bola. Harga RM 600, tapi boleh buat 2 kali bayaran. Sapa cepat dia dapat, saya obleh tolong hantar anak kucing ini di kawasan sungai buloh, kajang, puncak alam, saujana impian dan sekitarnya. KALAU NAK TAK YAH TUNGGU LAMA2, harga RM 600 dua kali bayar rm 400 dan rm 200. Call me 0162570097 atau email dr_hafidz@yahoo.com sekarang...











































































2025 tahun yang hebat

 Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...