Sunday, April 3, 2011

arrgghh kutu pada kucing ku!! flea on my cat!!

Pasti biasa mendengar apabila mereka tiba2 menjerit merisaukan tentang kehadiran parasit ini. Selak2 bulu nampak benda itu.. Sesetengah orang panggil flea tu kutu, tapi kena ingat kucing juga diserang dengan satu lagi parasit dipanggil lice, untuk post kali ini saya hanya bincangkan pasal Flea sahaja.

Ini gambar Flea dan Lice bagi melihat perbezaannya secara fizikal.


GAMBAR YANG KAT ATAS INI ADALAH LICE, IANYA LEPER SAHAJA, TAPI SENANG MEMBIAK. GAMBAR KEDUA IALAH BAGAIMANA RUPA KEADAAN BULU KUCING APABILA DIJANGKITI MASALAH LICE.


GAMBAR ATAS ADALAH FLEAS, ATAU SAINTIFIK NAMANYA CTENOCEPHALIDES FELIS.

FLEA.. sesuatu yang biasa menyerang kucing kita dan kalau tidak dirawat akan meyebabkan kegatalan dan juga keguguran rambut. Sebab itu kebanyak cat's lover yang sayangkan kucing akn membeli produk seperti frontline spot on atau frontline spray, atau preventive flea collar untuk mengelakkan kucing-kucing ini mengalami masalah flea. Kalau dalam bahasa orang kita kebanyakan akan memanggil kutu la. Tapi adakah kita tahu pasal flea ini.. Saya akan berkongsi dengan anda semua, fakta2 menarik tentang flea atau kutu ini. Fakta ini mungkin kelakar tapi mengkin juga akan menakutkan anda dan kucing2 di luar sana.. BACALAH


NI GAMBAR FLEAS SAYA CERITAKAN, MENAKUTKAN TAK TGK RUPA FIZIKAL NI. BAYANGKAN KALAU BERIBU2 BERADA DI BULU KUCING.


YANG INI RUPA KUCING DIJANGKITI MASALAH FLEA, DIORANG PANGGIL FLEA DIRT. SO KALAU NAMPAK KOTOR2 ITAM KAT BULU KUCING CAMNI, JANGAN LAK PIKIR KUCING INI MAIN TEMPAT KOTOR.. KALAU BASUH LEH ILANG LAK. NI KENA BAWA BERUBAT LAH..
  1. Flea boleh menarik bebanan 160 000 kali berat dari berat mereka sendiri, iaitu bersamaan kita menarik 2,679 bas dua tingkat.
  2. Flea boleh melompat 30 000X tanpa berhenti, hebat..
  3. Flea tidak ada telinga dan secara luaran mereka ini buta.
  4. Flea boleh juga penyakit merbahaya kepada manusia, iaitu Wabak Black yang mana flea memindahkan penyakit itu dari tikus kepada manusia padan tahun 1664 di London dan telah membunuh kira-kira 70 000 orang.
  5. Larva flea tidak suka pada cahaya, jadi mereka akan meredah ke dalam kulit berdekatan akar bulu roma dan mendiami tempat yang gelap.
  6. Apabila Flea melompat, kepantasan lompatan itu adalah 50X lebih pantas daripada kepantasan kapal angkasa.
  7. Dalam satu kitar hidup flea, mereka boleh menghasil lebih dari 1 500 telur.
  8. Flea boleh membuat lompatan 150X lebih tinggi daripada tinggi mereka sendiri..
  9. Kitar hidup flea yang biasa kita dengar adalah boleh mencapai 14 hari atau boleh melebihi 12 bulan, bergantung pada jenis dan spesis.
  10. 95% TELUR FLEA, LARVA FLEA, TINGGAL DI SOFA, KATIL, KARPET DAN PERABOT RUMAH (BUKAN DI BADAN KUCING KITA SEBENARNYA)
  11. DENGAN 1 EKOR FLEA SAHAJA, IA BOLEH MEMBIAKKAN LEBIH 1 000 FLEA DI BADAN KUCING ANDA DAN DI RUMAH ANDA DALAM MASA 21 HARI.
KAT ATAS INI KITAR HIDUP FLEA. DARI TELUR SAMPAI DEWASA.


INI ADALAH FLEAS YANG SAYA JUMPA MASA TENGOK SPONGEBOB SQUAREPANTS, TIME SANDY TERBAWA BALIK FLEAS INI DARI TEXAS.. SERAMKAN MUKA FLEAS INI.

ITULAH SEMUA FAKTA-FAKTA FLEA YANG BOLEH MENJADIKAN PANDUAN PADA KITA, APABILA HENDAK MENGGUNAKAN PRODUK ANTI FLEA ATAU BARU NAK BERKENALAN DENGAN PARASIT INI.

semua maklumat di atas boleh didapati dari website http://frontline.uk.merial.com

SETAKAT INI SAHAJA INFO BUAT KALI INI, TOMORROW KALAU TAKDE MASALAH SANGAT, AKAN DI POST LAK PRODUK2 YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT DAN MENGHALANG MASALAH INI DARI TERUS BERLAKU.

WASSALAM

Saturday, April 2, 2011

Lama tak blogging, April ini nafas baru bagi diriku



Salam semua,

Lama saya tak letak apa2 post baru kt blog ini. Entahlah mungkin sebab takde mood sikit laa. Sebab menunggu sesuatu yang baru.. Tapi tak per skang bulan April will be new me.. So saya akan post lagi perkara2 baru tentang kesihatan haiwan, pasal vet dan pasal mylife. Saya tengah mengarang beberapa post yang akan diletakkan dengan lebih informasi, teratur dan mudah difahami.. so baik2 ajer la, tunggu ajer post baru saya. Selamat berhujung minggu.

Tuesday, March 15, 2011

simpati kepada rakyat Jepun, mendoakan dimudahkan segala kesusahan di sana

11 Mac 2011 seperti semua ketahui sebahagian Jepun digegarkan dengan gempa bumi dan kemudian tsunami besar. Harta benda tergadai begitu sahaja, dan nyawa melayang.. Dianggarkan lebih 10000 mangsa tsunami masih hilang. Kini keadaan makin mencemaskan apabila reaktor nuklear di Miyaki tak silap saya masih tidak stabil.. Berkemungkinan besar boleh menyebabkan radiasi boleh tersebar luas.. Sungguh2 teruji kekuatan masyarakat Jepun sekarang. Seolah2 mereka ini di jatuhkan sekali lagi 2 bom atom yang meranapkan kesemua disekeliling. Saya hanya boleh mendoakan dimudahkan segala kesusahan mereka, moga mereka cepat bangun dan berdiri kembali membangunkan negara.Takziah buat yang kehilangan anggota keluarga, yang hidup perlu menjadi lebih kuat. Kita tunggu sahaja perkembangan terbaru Jepun dan radiasi nuklear mereka.

Wallahualam

Saturday, March 12, 2011

10th 18th dan 2nd tarikh penting

Salam sejahtera,

Bulan lepas saya ada menceritakan bahawa 3 tarikh penting 10th 18th mac dan 2nd april ini bakal berlaku sesuatu yang penting.. dan sangat penting. Well, 10th mac lepas memang tiada yang dasyat atau penting berlaku, namun agak terkejutnya diri ini apabila sehari selepas itu iaitu 11th mac berlaku satu gempa bumi yang dasyat disusuli tsunami besar melanda jepun.. ini adalah petanda Illahi bahawa kekuasaan-Nya melebihi jangkaan manusia.. Saya merasakan tarikh2 yang saya nyatakan sebelum ini adalah kebetulan. buat pengetahuan semua, saintis juga telah menjangkakan pada 19th mac ini kedudukan bulan adalah paling dekat dengan bumi malah amaran dikeluarkan kemungkinan berlaku bencana alam.. ianya hampir dengan tarikh yang saya katakan sebelum ini 18th mac..

Walau apapun, saya merasakan ini semua kebetulan apabila saya katakan pada bulan lalu bahawa 3 tarikh ini memberikan makna besar pada semua.. Apa yang penting sekali, kita berharaplah Allah tidak menurunkan musibah yang lagi dasyat, dan moga2 kita yang berada di Malaysia serta saudara2 kita yang beriman tidak ditimpa musibah yang dasyat, Wallahualam.

Thursday, March 3, 2011

14 days to go

about 14 days more to wait, equal to 336 hours more, similar with 20 160 minutes long to wait.. equals to 1 209 600 seconds to end this matters. HAha Haha u all just wait what will happen, tick ticks time running.

Saturday, February 26, 2011

Sehari bersama felis domestica


NIKMATI GAMBAR-GAMBAR INI, DAN BERILAH SEDIKIT KATA-KATA UNTUK MENGGAMBARKAN PERASAAN ANDA.

BARU BANGUN TIDO KER?

LENA TIDURNYA


KIMIE'S FAMILI


KUNING SI AMERICAN CURL


CHECK IN HOTEL PADA AWAL JANUARI 2011, SAMPAI SEKARANG TUANNYA TAK AMBIL2, ARNAB NI PUN DAH GEMUK SEGEMUK

MINUM2


TENGOK GAMBAR NI RASA NAK TIDO JUGAK LA


1, 2, 3 EH MANA LAGI SEEKOR ANAK KIMIE NI TAK MENYUSU KER..


INI KES, KUCING MAKAN KUCING, HABIS LENGAN KIRI BABY INI DAH KENA NGAP DAN BABY KUCING INI R.I.P


TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR....

10th, 18th dan 2nd yang akan ditunggu-tunggu

Salam kembali pada malam yang sunyi begini..

Tak lama lagi saya dan famili akan berpindah ke rumah baru, yang bakal siap tak lama lagi di Kajang. Lagi lah sunyi sebab kawasan tu memang, memang kurang orang tinggal. Tapi tak apa itu cerita seterusnya, buat masa ini saya nak fokus pada 10th, 18th dan 2nd seperti tertera di atas. Apa sebenar yang saya merepek ini, 3 nombor ini mewakili sesuatu yang sangat special, penting dan bakal memberi makna mendalam dalam kehidupan saya. Something will changing, samaada dramatik atau slow motion.. semuanya kerja Allah. Saya hanya merancang dan menantikan nombor2 ni menjelma setiap hari, yang melaksanakan segala-galanya Allah. So, saya mengharapkan sesuatu yang positiflah daripada-Nya.. Tapi mana leh nak arah-arah ajerkan, dahlah Allah tu Tuhan yang Esa lagi nak minta lebih2 dari-Nya. Saya sebenar hanya mendoakan ketiga2 nombor ini memberikan kesan positif kepada saya dan kehidupan, sebagai balasan saya akan memberikan tumpuan yang terbaik terhadap segala pekerjaan yang saya lakukan seperti solat, tidur, makan, kerja, belajar ker.

Saya sebenarnya mengharapkan sangat dan saya memang nak sangat Tahun 2011 ini adalah tahun perubahan bagi saya dan Tahun kebangkitan saya. Ini adalah motivasi saya sejak 1 Jan lagi. So so, bagi saya apa yang akan saya lakukan setiap hari will be something yang saya akan buat untuk perubahan. Setiap hari bagi saya adalah penting, sehinggalah tamatnya tahun 2011, itupun jika diizinkan-Nya.

Saya mohon undur diri dahulu untuk post kali ini yang tak seberapa, harap sesiapa yang membaca jangan tersinggung atau melatah tak tentu arah... Saya off my fingers sehingga ketemu lagi di post lain.

2025 tahun yang hebat

 Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...