Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Tuesday, January 17, 2012
Meh start shouting
Thats all guy, bye
Wassalam
DR H
Monday, January 16, 2012
Kejap yob, saya beir anda jadual nutrisi dan kebaikan pada kucing
Enjoy it.
| Nutrient | Nutritional benefits |
| Protein | Involved in building and maintaining the organism |
| Fats | Provide energy |
| Omega 6 fatty acids | Contribute to a healthy skin and beautiful coat |
| Omega 3 fatty acids | Have anti-inflammatories properties |
| EPA + DHA | Have anti-inflammatories properties |
| Linoleic acid | Contribute to beautiful coat |
| Arachidonic acid | Helps to prevent problems in growth and reproduction |
| Starch | Provide energy |
| Crude fibre | Procures regular digestive transit |
| Dietary fibre | Encourage digestive transit |
| Urinary pH | Helps to prevent formation urinary calculus |
| Calcium | Involve in bone construction |
| Phosphorus | Involve in bone construction |
| Magnesium | Conditions the organism’s state of hydration |
| Potassium | Conditions the organism’s state of hydration |
| Sodium | Conditions the organism’s state of hydration |
| Chloride | Conditions the organism’s state of hydration |
| Zinc | Involved in renewal of the epidermis / encourage beautiful coat |
| Manganese | Contributes to the correct functioning of the enzymatic system |
| Iodine | Essential to the functioning of the thyroid |
| Selenium | Contributes towards ensuring cellular protection |
| Iron | Helps in the conveyanceof oxygen |
| Copper | Contributes to pigmentation of the hair |
| Vitamin A | Encourages healthy skin, sight and growth |
| Vitamin D3 | Involved in osseous metabolism |
| Vitamin E | Antioxidant action |
| Vitamin C | Antioxidant action |
| Vitamin B1 | Helps in the correct functioning of the nervous system |
| Vitamin B2 | Encourage cellular growth |
| Vitamin B5 | Helps in strengthening tissue intergrity |
| Vitamin B6 | Involved in maintaining a healthy skin and coat |
| Vitamin B12 | Helps in protecting the liver |
| Vitamin B3 | Contribute to metabolism of amino acids |
| Biotin | Contributes to metabolism of protein, skin and hair |
| Folic acid | Helps in development new cells |
| Choline | Contributes to the prevention of cellular aging |
| L-carnithine | Helps in mobilizing reserves of fat |
| Polyphenols | Contributes to the prevention of cellular aging |
| Chondroitin + glucosamine | Helps in preserve joint mobility |
| Taurine | Encourage growth, sight, and cardiac function + antioxidant action |
Sunday, January 15, 2012
Pemakanan khas untuk kucing baka asli
Hari ini Doc kembali dengan satu topik perbincangan terbaru. Ia berkaitan pemakanan untuk kucing baka asli, contoh paling senang kucing parsi, macam yang saya ada di rumah. Selain parsi, kucing siam dan maine coon dikategori sebagai baka asli.
Kucing baka asli secara am aspek pemakanan memang macam kucing lain, cuma ada pertambahan dari segi memastikan kecantikan bulu kucing terjaga, penjagaan gigi melalui pemakanan dan meningkatkan pertahanan imuniti badan. Kenapa saya kata begitu, sebab kucing seperti ini telah dilahirkan dengan bulu kucing yang istimewa lebat dan berkilau cantik, serta mereka mempunyai set gigi yang agak berlainan bergantung pada bentuk muka seperti parsi. Juga kucing baka asli mereka mempunyai keunikan penyakit genetik yang hanya ada pada baka mereka, maka peningkatan pertahanan badan memang sangat perlu untuk dititik beratkan. So jangan ingat nak bela kucing baka asli ini sama macam jaga kucing kampung biasa, jika anda kurang mengambil berat perkara ini ia akan jadi masalah pada anda kelak.
Kita mulakan perbincangan pada peringkat anak kucing. Anak kucing pertumbuhan saya boleh letakkan ada 2 peringkat. Iaitu dari lahir sehingga umur 4 bulan, dan dari 4 bulan hingga umur setahun. Kenapa saya letakkan umur 4 bulan, kerana pada umur itu gigi kekal anak kucing akan mula menggantikan gigi susu. Secara tidak langsung pemakanan pada umur itu perlu diubah.
Dari umur lahir hingga 4 bulan, struktur badan dan tulang anak kucing akan dibina secara pantas. Malah semasa itu anda akan lihat berat badannya akan meningkat dari 5 hingga 7 kali ganda dalam 8 minggu. Ketika itu keperluan tenaga anak kucing sangatlah tinggi dan perlu di sokong dengan pemakanan berkhasiat supaya ia tidak bergantung kepada keperluan susu ibu sahaja.
Seterusnya dari umur 4 hingga 12 bulan bertumbuhannya akan mula perlahan. Ini kerana ia memberi ruang pada dalaman badan seperti tulang dan otot untuk menjadi kuat. Sebab itu kita lihat pada waktu umur ini anak kucing bertambah lincah dan sangat gemar bermain. Itu adalah fasa untuk badan kucing meningkatkan ketahanan tubuh, maka saya sarankan anda biarkan jika anak kucing terlalu cergas. Pada masa ini, keperluan tenaga anak kucing juga masih tinggi.
Pada kala umur ini juga, keperluan susu ibu kucing makin kurang, dan anak kucing itu sendiri akan mula membentuk petahanan badan sendiri. Pada ketika ini anda perlu perhatikan simptom pada anak kucing jika ia sakit. Walaupun ia berupaya membina pertahanan imuniti badan, tapi masih belum sempurna.
OK sahabat saya akan sambung sedikit masa lagi bab ini, sebab ia tajuk yang luas maka ia akan masa cukup untuk introduction. Harap anda enjoy membaca kerana ia boleh membantu sedikit sebanyak. Jumpa lagi
Wassalam
Dr H
Thursday, January 5, 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat tahun baru 2012, diucapkan dan semoga tahun yang masih baru lagi ini memberikan sesuatu pembaharuan dan peningkatan pada diri masing-masing. Insya-Allah saya akan lebih rajin untuk berblogging tahun ini dengan isu-isu atau topik lebih bernas. Sayang mendoakan dunia masih lagi memberi peluang pada penghuninya hidup seperti biasa... Amin.
Wassalam
Dr.Hafidz
Monday, December 19, 2011
Wednesday, December 14, 2011
Don't do thiS!!! Jangan lakukan ada kucing anda
SALAM semua,
Itu adalah intro situasi maybe boleh berlaku pada kita semua kalau anda lihat kucing yang comel itu berada dalam tahap kesihatan yang sangat kureng.. Dan kita pun buat andaian hmm
HHMMM kalau aku demam aku makan panadol atau nama paracetamol atau nama drug itu acetaminophen.. kemudian aku pun tido rehat. Esok sureee sangat aku dah tak demam. Horeey lalu dengan bijak kita bagi kucing kita bagi makan panadol tak kisah jenama apa pun, Actifast ker, Mestrual ker, Soluble ker, so kita ingat kalau kucing mesti kena bagi 1 biji.
Oppss anda semua dah pun membunuh kucing anda. Saya nasihatkan jangan bagi ubat itu pada kucing. Kerana panadol manusia adalah racun atau toksik pada kucing. Sekali makan tak kira sebiji pun mampu membunuh kucing tanpa rawatan segera. Ianya seperti menyuruh diri kita makan racun arsenik, konfirm you will die..
Kenapa kucing tak leh makan ubat tu. Sedangkan ia boleh sembuhkan demam.. Hoho saya akan bagi tau kenapa pada post akan datang. Tapi yang penting, PERKARA PERLU DIINGATI HARI INI DARI SAYA IAITU - JANGAN BAGI KUCING MAKAN PANADOL TAK KIRA DARURAT SEKALIPUN.
Anda pergi taip di internet, google ker.. acetaminophen or paracetamol toxicity on cat. Sure banyak artikel mengharamkan pemberian panadol pada kucing. Dah banyak kes di klinik mahupun sewaktu belajar dulu dpt melihat problem ni.
Setakat sini sahaja ingatan saya....Wassalam
Dr H
Tuesday, December 13, 2011
The End of 2011, what have we done yet?
Berbaloikah dengan kudrat kita, segala nikmat yang dinikmati dan rahmat dari Tuhan.
Lihat bakti kita sendiri, pertama untuk diri sendiri macamana kita perbaiki diri ok ker. Kemudian tengok bakti kita pada keluarga ibu bapa. Lihat pula bakti kita pada jiran dan sahabat. Bakti kita pada masyarakat sekeliling, Bakti kita pula pada bangsa dan negara. Bakti kita pada tumbuhan.
Kemudian yang lebih besar bakti kita pada haiwan.. Seterusnya bakti kita pada agama suci kita. Akhir sekali ialah bakti kepada Tuhan Yang terhebat, Maha Esa.
Kalau untuk saya bagi 11 bulan lepas maybe saya boleh bagi untuk diri saya 60%, mabe kurang kot. Tapi yang penting jangan judge orang lain, kita judge diri kita sendiri dulu yerk. Oklah hujan masih tak berhenti laa, nak pulang tapi hujan oh hujan.
Wassalam
DrH
2025 tahun yang hebat
Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Salam sejahtera, saya hendak membawa kepada satu soalan yang ditanyakan kepada saya, Kepada Syazana saya cuba membalas menggunakan alamat em...
-
salam Noor, Soalan anda adalah Ada seekor kucing jantan yang saya bela umur dalam lingkungan 1 th lebih, baru ni dia tak lalu makan da...