Thursday, January 16, 2014

Sapa nak tikus belanda guinea pig betina secara percuma, ada 3 ekor

Assalamualaikum








Comel tak mereka ni semua, tapi sayang saya tak mampu nak menjaga mereka dan saya nak mencari sapa nak jadi tuan baru mereka. Jangan risau saya bagi free serta sikit makanan mereka, dan sebarang maklumat mcm surat beranak ker kalau nak.

Kalau anda berada di kawasan sungai buloh, kajang, puncak alam, saujana utama dan kawasan sekitar sahaja. Kalau minat sms saya 0162570097, bagi tau nama. atau email saya dr_hafidz@yahoo.com. 

Cepat2 la tanya nak ker.. Wassalam

Saturday, January 4, 2014

SALAM, SAYA ADA ANAK KUCING PARSI UMUR 2 BULAN BERHARGA RM650 BESERTA DIVAKSIN, UBAT CACING DAN UBAT KUTU









Salam semua di atas adalah 5 ekor anak kucing parsi umur 2 bulan saya tolong jualkan, harga yang diminta rm 650. Saya includekan vaksin, ubat cacing dan ubat kutu. Ada 2 ekor betina dan 3 ekor jantan. Yang bulu 3 warna tu betina, 2 ekor warna kelabu dan seekor warna hitam, manakala seekor lagi mix warna hitam dan kelabu. Bapa kucing ni hidung semi flat tapi maknya lak flat face. Untuk pengetahuan semua sebelum ini saya pernah jual anak kucing dari parent yang sama.

Sekiranya nak tengok wajah anak kucing terkini, Insya Allah minggu depan saya dapatkan. Jika ada yang nak tempah awal cepat2 sila contact saya 0162570097 atau 0134855923. Kucing ini ada di kajang sekarang, tapi kalau anda ada masalah untuk transportation mengambil sila maklumkan. Sekian..

Friday, January 3, 2014

AIR LIUR KUCING ANDA KELUAR BERLEBIHAN

Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua,



Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam untuk melipat ganda kan post berkenaan haiwan sebanyak mungkin dari tahun lepas. Ok untuk permulaan saya akan mulakan dengan menjawab persoalan dari tukang tanya. Soalannya ialah kucing dia banyak keluar air liur dan kurang makan, apa puncanya dan cara penyelesaian.


Begini anda kena melihat dari perspektif mulut kucing lebih kurang macam kita. Kalau kita ada gigi sakit, bengkak gusi or patah gigi pasti akan kurang selera nak makan asyik bising sakit gigi, or duduk diam aje tak nak makan  minum. Maka lebih kurang juga keadaan kucing tapi ada perbezaan sikit sahaja, kucing ia tak beritahu sakit mulut tapi dari perubahan wataknya boleh bagitau kita yg mulutnya atau badannya ada problem.

Air liur yang banyak meleleh atau berkumpul dalam mulut menandakan samaada ada something worng dalam mulut. Jika ada makanan tersekat di celah gigi atau gusi atau ia tersangkut sesuatu benda macam cangkut besi di gusi, maka akan keluar banyak air liur. Begitu juga kalau gusi tu bengkak atau gigi patah, bernanah gusi. Maka kesemua maslahah yang tidak normal berlaku dalam mulut akan menyebabkan air liur keluar dengan banyak. Dengan disebabkan perkara di atas juga kucing kita tak akan berasa selesa nak makan minum sebab ia sentiasa terasa sakit, kena ingat perkara ini bahaya jika kucing anda masih tidak menerima rawatan selepas seminggu menyebabkan keadaan hati kucing akan terus rosak. Kucing kalaupun ia tak mau makan tak boleh puasa lama-lama, sebab hatinya itu perlu bekerja. Hati atau liver yang tidak bekerja akan menjadikan ia lebih acidic dan akhirnya jadi permanent rosak.

Air liur yang banyak keluar juga boleh disebabkan oleh masalah sistem dalam badan yang tidak normal, contoh jika ia berkaitan dengan buah pinggang yang bermasalah ker, atau kadar penyerapan air dalam badan tak normal. Perkara ini akan menunjukkan simptom air liur yang banyak serta mulut akan berbau sangat busuk.

Air liur yang terhasil terlalu banyak juga boleh disebabkan oleh hormon tak betul dan perkara lain yang hanya boleh didiagnosis melalui ujian darah dna sebagainya.

Ok saya dah beritahu serba ringkas dan mudah punca-punca yang kerap berlaku kalau air liur terhasil terlalu banyak. Sekarang cara nak mengatasinya, salah satu ialah bawa ke klinik vet secepat mungkin. Tapi kalau dah jauh klinik, atau time tu cuti lak satu-satunya klinik vet di situ nak buat macam mana lak kan. Apa yang anda boleh buat dirumah ialah periksa dengan perlahan-lahan dan lemah lembut, dalam mulut kucing tu. Tengok gisi warna pink ker merah sangat, kalau dah merah sangat gusi tu bermakna ada pendarahan atau bengkak pada gusi. Kalau pink tu dikira normal gusi la. Kalau takde tengok gigi ada tak yang berdarah atau patah, cuba tekan dari luar mulut perlahan-lahan kawasan gigi, kucing rasa sakit atau tidak. Atau maybe ada benda asing dalam mulut contoh pin atau benda kecil yang kucing termakan. Anda boleh tolong keluarkan atau buangkan ia. Untuk sakit gigi, tak banyak awak boleh buat cuma elakkan makan benda keras, beri makan makanan dalam tin pastikan ikan itu hancur dan banyakkan minum air. Begitu juga untuk sakit gusi, beri makan makanan dalam tin dan banyakkan minum air. Last sekali kena bawalah ia ke klinik vet untuk pembetulan dan rawatan lanjut.

Sekian, saya akan sambung lagi selepas ini.

Wednesday, November 6, 2013

Soalan dari Siti Norfadzillah

Assalamualaikum doktor..saya nk minta tolong doktor..kucing saya selalu meleleh air mata bercampur dengan tahi mata,dia pown yg dulu suka minum susu,sekarang dah xsentuh air susu yg saya selalu buat cm biasa..kucing sya dh xlincah,asyik duduk dan rehat atau tido,saya persan gak ada ketulan dekat perut tepi kaki kanan dia..mcmmana ni doktor,apa yg perlu saya buat?



W'salam Ila ok begini perkara yang awak perlu buat. Ada banyak kemungkinan dan saya rasa perubahan kucing disebabkan ada infection awal. Maybe ada jangkitan bakteria dan menyebabkan ia banyak duduk dan mungkin tengah menahan sakit. Cuba pegang ketulan bawah perut tu panas tak, kalau pegang dia sakit tak mcm tak suka dipegang. Kalau benda ini berlaku bermaksud tolong bawa ke vet, maybe ia termakan sesuatu dan membesar dalam perutnya, tak tahulah kalau ia termakan benda tak sepatutnya makan. Atau ada jangkitan dalam perut sampai membesar. Ok ada dia nak makan benda lain tak, kalau boleh bagi makanan dalam tin tu. Rasa badan dia panas tak, kalau panas ia demam so kena bagi minum banyak air, maybe guna picagari suap dalam mulut sikit2. gunakan towel basahkan sedikit dan lap badannya untuk turunkan panas badan. kebersihan kena tetap dilakukan, so kena bersihkan mata juga nanti ia akan kurang kalau ada ubat mata yang mcm gel tu letak sikit kat kelopak mata bawah. Tapi yg penting awak bawa ke vet, sebab vet ada antibiotik untuk kasi kuat imunisasi badannya. Apa yg saya minta Ila buat, itu kena buat kat rumah disamping bawa ke vet. Sekurangnya kucing itu tahu tuannya risaukan dia dan nak dia sihat, jadi ini sebagai motivasi untuk kucing ila sihat. Selamat berjaya

Sunday, November 3, 2013

langkah kecemasan jika berlaku pada kucing anda

Salam sejahtera,


Bertemu lagi dan kali ini saya akan memberikan info tentang perkara asas untuk anda lakukan jika berlaku kecemasan di rumah yang berkaitan kucing kesayangan anda. Bayangkan anda balik rumah tiba-tiba nampak kucing anda berdarah ntah apa sebabnya, begitu juga jika anda nampak kuicng anda baru terjatuh dari tingkat 10 ker dan masih hidup. Atau ada lebah masuk rumah anda cuba halau dan tiba-tiba ia kena pada kucing anda. So keadaan macam ini mesti tak sempat anda bawa ke vet, tapi ada perkara pertama anda boleh lakukan.

SENGATAN LEBAH
Bila kucing anda terkena sengatan lebah ini atau penyengat, tanda yang anda nampak maybe lebam, pedih, kucing kesakitan mengiau, tak boleh nafas secara tiba2. Anda tengok jika ada kesan lebam dibadan dahulu untuk mengesahkan punca masalah. Dan ia perlu dilakukan dalam 10 saat pertama, ingat jangan panik tapi bertindak pantas sebab tindakan selepas ini akan menentukan nyawa kucing anda berjaya diselamatkan.


  • Jika kawasan gigitan lebam itu boleh dikesan, apa yang awak perlu lakukan ialah gunakan bucu kredit kad atau sebarang kad yang keras atau gunakan kuku anda untuk mengopek kawasan gigitan itu. Ini kerana cecair sengat itu akan terkeluar sekali dan ini akan mengelak cecair sengat itu tidak masuk ke dalam sistem badan. Ok tapi kena ingat, jika anda ada alergi pada sengatan lebah minta orang lain buat atau gunakan alat.
  • Ambil ais atau benda yang sejuk untuk ditekan atau diletak dikawasan luka selama 2-3 minit.
  • Buat satu krim dari baking soda dan air untuk dietakkan di kawasan luka itu untuk neutralkan sengat itu.
  • Kemudian bawa ke vet untuk dapatkan ubat tahan sakit atau pemeriksaan lanjut vet.
  • TAPI KENA INGAT - bila nak keluarkan sengat itu jangan guna penyepit sebab sebab bila awak menekan sengat ia akan menyebarkan cecair itu ke dalam badan lagi cepat. Dan jangan cuba untuk memberikan ubat tahan sakit manusia kepada kucing seba semua ubat ini toksik pada kucing ok.
PENDARAHAN 
ok perkara ini boleh berlaku akibat kecederaan, gaduh, kemalangan, didera atau perkara yang kita tak dapat bayangkan kan kan. Dan kena ingat pendarahan boleh berlaku luaran atau dalaman. Luaran kita boleh lihat macam dari hidung atau luka gigitan, gaduh. Tapi pendarahan dalaman agak sukar sebab selalu takde tanda-tanda luka tapi ia akan memenuhi kawasan dada dengan darah atau perut dan ia selalu dikaitkan dengan pendarahan organ dalaman seperti hati, paru-paru atau usus. Maka dengan ini saya akan terangkan perkara utama perlu dilakukan before awak hantar ke vet.

Untuk pendarahan luaran
  • Dapatkan kucing yang cedera dengan berhati-hati kerana kebiasaan kucing yang cedera lebih agresif dan boleh mencederakan kita.
  • Apabila dah tahu kawasan yang luka, letakkan gauze atau kapas pada luka untuk menghentikan pendarahan. Anda boleh guna kain atau apa sahaja kerana jika tidak dihentikan kuicng anda boleh kehilangan darah dengan lebih banyak.
  • Tekan luka itu sebolehnya selama 10 minit, sambil itu usapkan kucing anda dan tenangkan ia.
  • Jika kain yang ditekapkan luka itu telah basah dengan darah jangan dibuang, letakkan lagi kain atau kapas lain di atas supaya kain itu berlapis-lapis.
  • Ingat jangan cuba untuk tanggalkan kain atau kapas yang menutup luka sebab ia akan membuatkan luka itu terkoyak kembali.
  • Akhir sekali balut luka itu dengan kain pembalut seluruh kawasan itu. Kemudian bawa ke vet untuk rawatan lanjut seperti ubat untuk tahan sakit dan tambah darah.
Pendarahan dalaman
Selalu kes ini lagi merbahaya dan sukar dikesan jadi perkara pertama anda perlu lakukan ialah dengan melihat tanda-tanda berikut:
  1. Gusi kelihatan pucat tak merah
  2. Rasa tapak kaki atau kepala dah sejuk dan tak seperti biasa
  3. Lebih laju bernafas
  4. Perut nampak lagi buncit dan seperti ada cecair di dalam
  5. Tiba-tiba tak sedar diri
  6. Lemah yang teramat sangat tak lalu nak bangun
PERKARA INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN TAU:
  • Tenangkan kucing supaya ia tak bernafas laju.
  • Panaskan kucing dengan gosok badannya , atau letak lapisan tuala sekeliling badan agar lebih badan. Sebab dengan badan lebih panas maka organ akan still berfungsi dan darah masih berjalan baik
  • Last sekali bawa ke vet, ingat kena bawa ke vet supaya mereka boleh tarik darah keluar.


OK BUAT MASA INI SAHAJA DULU SAYA AKAN SAMBUNG KEMUDIAN UNTUK LAGI 3 FIRST AID YANG BOLEH ANDA LAKUKAN, IAITU KES TERBAKAR BADAN, TERMAKAN RACUN DAN BEBERAPA MASALAH LAIN. INGAT JIKA BERTAMBAH TERUK KENA BAWA JUGA KE VET, APA YANG SAYA SARANKAN DI ATAS IALAH STEP 1 SAHAJA AGAR KECEDERAAN ITU DAPAT DILAMBATKAN.


Wednesday, August 21, 2013

First Aid untuk kucing anda.. bantuan kecemasan untuk kucing yang boleh dipelajari I

Salam saya sedang menyusun info-info dan juga ilmu yang berkaitan first aid yang sesuai untuk anda apply di rumah bagi kucing anda. Maklumlah kadang-kadang klinik vet jauh atau tutup time tu, so perkara pertama yang selalu berlaku ialah anda panik.






Ok  saya kan cuba membantu jadi tunggu my post, saya akan selitkan maklumat apa yg patut buat jika kucing anda tiba-tiba jatuh pengsan tak bergerak. Apa yang patut jika kucing anda baru kena langgar atau jatuh dari tempat tinggi. Apa yang patut buat jika kucing anda luka berdarah dan berlobang juga beberapa lagi first aid keadaan kecemasan lain. So tunggu saya akan selitkan sedikit demi sedikit info khas untuk semua.



2025 tahun yang hebat

 Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...