Salam sejahtera anda kenal tak dengan tikus makmal dan mencit makmal.
Tahu apa rat dan mice. Rat tu tikus, manakala mice or mouse tu mencit. Ok untuk pengetahuan semua tikus makmal dan mencit makmal tak sama dengan binatang yang awak jumpa dalam longkang, dalam rumah tengah curi makan. Walau famili diorang sama tapi yang sebenar mereka yang duduk makmal ini lagi baik, jinak dan tak mengganas. Mereka tetap mengigit tapi tak lah seteruk dengan tikus liar. Malah mereka ini kurang pantas dari yang liar, kalau terlepas dalam makmal pun mereka dapat ditangkap balik senang. Mereka ini lagi suka duduk dalam kandang makmal tu sebab dapat makan, minum free. Saya pernah biar diorang main atas meja luar kandang, last-last diorang ni masuk balik kandang sebab tak tahu nak pergi mana. Itu serba sikit perihal haiwan makmal untuk membuka mata dan pemikiran perbezaan haiwan yang ada di muka bumi. Apa guna haiwan makmal ini, well haiwan ini digunakan untuk membuat kajian tentang ubat, penyakit dan juga untuk rawatan baru. Saya Dr Hafidz kini berkhidmat dalam bidang ini sangat gembira mengenali haiwan ini kerana bidang haiwan makmal sangat baharu di Malaysia.Jadi apa lagi yok, mana nak jadi doktor haiwan jom jadi doktor haiwan makmal.
Wassalam
DR Hafidz
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2025 tahun yang hebat
Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
No comments:
Post a Comment