Tuesday, March 5, 2013

kucing mempunyai mata berair

Salam sejahtera, saya hendak membawa kepada satu soalan yang ditanyakan kepada saya, Kepada Syazana saya cuba membalas menggunakan alamat email awak namun tidak dapat dihantar. Jadi saya ingin menjawab persoalan awak di sini. 


hai dr.hafidz......saya tinggal di kawasan pedalaman....saya mempunyai seekor kucing bernama junior....saya mendapati bahawa kucing saya mengalami sakit mata bengkak dan berair...apakah yang patut saya lakukan untuk merawat kucing saya,junior????? Harap dr. boleh membantu saya.Sekian.


JAWAPAN

salam mata kucing awak berair sebelah ker atau kdua-dua. Ok ini saranan saya, selalu ia petanda awal kucing awak nak demam. Tapi kalau sebelah sahaja mata jadi macam tu, selalu sebab local infection.Ok apa yg awak kena buat ialah kalau ada farmasi biasa beli ubat mata manusia yang titik, kalau nak nama salah satu yg bagus nicol eye drop. Jgn pakai eyemore, yg tu takde antibiotik.lepas beli, titik kat mata kucing 3 kali sehari selama seminggu, kemudian 2x sehari untuk seminggu lagi. selalu 3 minggu treatment dah ok. Selain itu kucing mata berair bengkak ada kaitan dengan masalah dehidrasi. beli air 100 plus bg minum at least satu sudu sehari, kalau susah masukkan air tu dalam tempat biasa dia minum. cara lain ialah awak blender timun sampai jadi air, campurkan dengan air kosong. guna kapas basahkan kapas dengan air tu, lepas tu kapas basah tu tekap sikit2 kat mata bengkak 3 kali sehari. ini membantu menyejukkan mata dan mengurangkan bengkak. buat 2 minggu.
In Sha Allah berjaya itu yg saya telah lakukan sebelum ini.

Wassalam DrHafidz

Tuesday, February 26, 2013

SENARAI SHAMPOO DIJUAL/






JIKA ANDA BERMINAT SMS SAYA 0134855923, 0162570097, EMAIL DR_HAFIDZ@YAHOO.COM UNTUK MENGETAHUI CARA UNTUK MEMBELI. STOK AGAK TERHAD KERANA BILANGAN CUSTOMER JUGA MASIH SIKIT JADI SIAPA BELI AKAN DAPAT HADIAH PERCUMA.

Saturday, February 23, 2013

Masalah anak kucing yang tiba-tiba lemah demam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pernahkah anda dapat anak kucing pada mula sihat, berlari-lari umur lak dalam 3 bulan macam tu dan tiba-tiba dia berubah keadaan. Dia tiba-tiba demam lembik, taknak gerak sangat berak cair(bahasa kasar) pastu tak bergerak sangat seolah macam takde harapan.

Saya pernah menerima kes-kes anak kucing macam ni sewaktu bekerja dan buat locum di beberapa klnik vet dulu. Memang susah sikit vet untuk menangani kes macam ni, selalu ia berakhir dengan mati di atas meja. Ok tapi harapnnya juga tinggi untuk sembuh, asalkan vet yang ambil kes itu berdedikasi untuk spend almost 24 hours cari jalan sembuhkan ia.

Bila awak bawa ke vet, then vet tu akan check. Dia akan lakukan beberapa diagnostik test dan macam2 lagi. Vet yang tahu risiko kucing ini akan buat keputusan betul. Kebanyakan kes seperti ini kalau anda hanya diberi ubat untuk dimakan anak kucing anda oleh vet dan vet minta kucing anda dibawa pulang, peluang untuk kucing awak sihat dan kembali normal agak rendah.

Sebaiknya kes macam ni ada baik anda minta vet wardkan anak kucing supaya full attention diberi doktor haiwan. Anak kucing sama seperti bayi, mana ada doktor manusia akan minta awak beri ubat pada baby awak di rumah sahaja,In Sha Allah mereka akan minta baby anda di wad supaya full attention diberi. jadi lebih baik anak kucing anda dirawat dan di wad di klinik vet. Kebanyakan klinik vet pasti akan ada wad.

Apa yang dilakukan vet di wad nanti. Ok kebanyakan mereka akan beri anak kucing anda makan secukupnya, kalau anak kucing anda tak nak makan sekalipun mereka akan tolong suapkan. Lihat betapa dijaga sepenuhnya keperluan kucing anda. Malah perkara ini dilakukan at least 2 x sehari. Malah kebanyakan kes anak kucing mcm ini akna memerlukan air di masukkan ke dalam badan, iaitu iv drip. Dan perkara ini hanya boleh dibuat vet. So bagi saya chances untuk anak kucing survive macam ni 60% lebih tinggi daripada membiar anak kucing itu dirawat dirumah.

Saya harap anda memahami post kali ni, dan dapat panduan sebaiknya untuk kes melibatkan anak kucing. Jika ia terjadi pada anda, bawa ke vet dan vet tak offer untuk di wadkan itu suatu mistake, yang membuat chances anak kucing anda hidup lagi rendah. Try tanya vet jika anak kucing anda boleh diwadkan supaya perhatian 100% dapat diberi. Saya pasti anda mungkin sanggup untuk keluarkan belanja dalam beberapa ratus supaya anak kucing anda masih lagi diberi peluang untuk hidup at least 5 tahun lagi sebagai peneman hidup anda. Jangan fikirkan sangat hal duit, kerana anda akan dibalas dengan balasan pahala sangat besar malah kucing ini akan jadi saksi diakhirat supaya anda masuk syurga. In Sya Allah.

Itu sahaja dari saya, maaflah terlebih panjang. Kita jumpa lagi Wasalam

DR Hafidz

Monday, February 18, 2013

tikus makmal dan mencit makmal

Salam sejahtera anda kenal tak dengan tikus makmal dan mencit makmal.

Tahu apa rat dan mice. Rat tu tikus, manakala mice or mouse tu mencit. Ok untuk pengetahuan semua tikus makmal dan mencit makmal tak sama dengan binatang yang awak jumpa dalam longkang, dalam rumah tengah curi makan. Walau famili diorang sama tapi yang sebenar mereka yang duduk makmal ini lagi baik, jinak dan tak mengganas. Mereka tetap mengigit tapi tak lah seteruk dengan tikus liar. Malah mereka ini kurang pantas dari yang liar, kalau terlepas dalam makmal pun mereka dapat ditangkap balik senang. Mereka ini lagi suka duduk dalam kandang makmal tu sebab dapat makan, minum free. Saya pernah biar diorang main atas meja luar kandang, last-last diorang ni masuk balik kandang sebab tak tahu nak pergi mana. Itu serba sikit perihal haiwan makmal untuk membuka mata dan pemikiran perbezaan haiwan yang ada di muka bumi. Apa guna haiwan makmal ini, well haiwan ini digunakan untuk membuat kajian tentang ubat, penyakit dan juga untuk rawatan baru. Saya Dr Hafidz kini berkhidmat dalam bidang ini sangat gembira  mengenali haiwan ini kerana bidang haiwan makmal sangat baharu di Malaysia.Jadi apa lagi yok, mana nak jadi doktor haiwan jom jadi doktor haiwan makmal.

Wassalam

DR Hafidz

flea lice earmites dan masalah ectoparasit mana datangnya, bukan salah kucingkan..


Salam sejahtera da Assalamualaikum

Bertemu kembali maaflah sebab saya cuba menulis sebanyak mungkin tapi masa tu jadi masalah. Ok Sekarang mari saya bawa anda kepada masalah flea lice serta kaum keluarga ectoparasit dan kucing. 

Sebelum mari kita lihat foto-foto diambil dari internet, ni keadaan bulu kucing kalau mereka terkena masalah di atas. 





So ini antara gambar yang biasa kita tengok kalau kucing kit mahupu kucing tepi jalan kena masalah kulit.

Saya faham mesti ramai geli tak suka dan rasa jijik tengok kucing ada masalah ini. Malah ada orang sampai sanggup buang kucing mereka ke pasar sebab tak sanggup hadap masalah mcm ini. Mereka pun mula menyalahkan kucing, kata pengotor tak pandai jilat bulu la. 

Ok yes memang ini masalah haiwan, tapi puncanya 70% bukan berasal dari kucing. Kalau 10 punca kucing dapat masalah ini, hanya 3 sahaja punca sebabkan oleh masalah kucing itu sendiri, tapi 7 lagi punca masalah datang dari faktor luaran. Ini bukan rekaan saya, tapi ia datang dari apa yang saya belajar sebagai doktor vet, dari pengalaman member saya di klinik vet, dari research study yang orang buat.

Tahukah anda klimate negara kita khatulistiwa pada suhu tropika macam ini adalah suhu yang sangat sesuai untuk parasit macam ini hidup riang ria membiak tanpa rasa terancam. Macam manusia la, mana ada manusia hidup di kutub selatan yang sejuk giler. Malah masalah ectoparasit ini dibuktikan kurang berlaku di negara iklim terlampau sejuk dan terlampau panas. Sebab ectoparasit ini tiada kulit luar untuk melindungi dari cuaca terlampau. Jadi jangan nak salahkan kucing, lihat dahulu bahawa negara kita beriklim sesuai untuk parasit ini hidup membiak.

Tahukah anda karpet, sofa, mahupun katil kita ini juga jadi punca kucing dapat masalah ini. Bayangkan sofa fabrik tidak dispray basuh atau dibersihkan guna fabriks spray, maka semua jenis parasit boleh hidup bawah tu senyap-senyap. Malah, awak mungkin terperanjat jika saya kata, maybe sofa awak jadi tempat sarang parasit letak telur mereka. Bila telur menetas barulah parasit ini cari mangsa. Jadi walaupun awak kata dah mandikan kucing dengan shampoo mahal pun, tapi katil sofa dan karpet anda tidak dicuci bersama kucing awak still akan mendapat masalah ini kembali. Ingat bila awak mandikan kucing, cuci dan bersihkan bersama  sofa dan kawasan dalam rumah. Ada juga kucing suka duduk di pakaian baju, kalau dilihat bawah mikrskop pasti awak terperanjat apa ada pada baju awak. Sebab tu kadang2 awak gatal sebab, benda ni ada tapi takdelah sampai hisap darah anda, cuma ia buat anda allergik.

Next, haiwan lain seperti arnab mahupun burung boleh jadi sebagai punca masalah di atas. Sebab mereka ini boleh jadi sumber pengangkut untuk parasit pergi ke kucing anda. Burung memang tidak akan menjadi mangsa pada parasit ini sebab tapi ia membantu menyebarkan masalah ini. Tapi selalu yang kita tengok bukan haiwan lain yang bawa masalah ini ke dalam rumah tapi kita sebagai manusia. Bayangkan anda baru pergi petshop, belek-belek kucing lawa kat situ, lalu melompat satu flea kat kepala awak. Memang agak gatal kepala, tapi flea itu flea kucing tkkan makan darah awak. Jadi awak bawa flea itu ke rumah, kat rumah awak terus jumpa kucing kesayangan dan terus peluk cium. Tatkala awak peluk cium anak kesayangan awak tu. maka lompatlah flea masuk celah bulu kucing. So faham maksud saya, better bila awak dah balik rumah dari mana-mana pun bersihkan diri, kaki rambut. Mandi dulu ker lepas balik kerja, baru jumpa anak kesayangan awak tu. 

Perkara yang perlu anda takut ialah telur mereka, sebab apabila betina mula bertelur, minmum telur dihasilkan ialah 100 biji.  Malah telur mereka ini mempunyai lapisan kerak sangat tahan lasak, dah tk mudah pecah. jadi jika ia jatuh ke tanah atau ke lantai rumah awak, ia masih boleh kekal di situ selama 2 minggu hingga menetas. Tahukah anda?Apabila parasit betina keluarkan telur ia memerlukan masa 2 minggu untuk menetas. Jadi sebab itulah apabila awak buat rawatan untuk bunuh parasit samaada guna injection ivermectin, awak kena datang ke balik untuk suntikan kedua 2 minggu kemudian sebab masa tu telur mereka baru menetas. Boleh lah kita bunuh anak-anak diorang sekali. 

Kucing sebaiknya kalau dah tahu kena masalah ini jangan dibiar main ke luar rumah sebab kita tak tahu diorang ini akan bermain dengan kucing lain ker. bergaduh dengan anjing ker. Takut macam-macam penyakit dan masalah dibawa, seperti masalah ectoparasit ini. 

Anda pernah lihat kucing menjilat jilat bulu. Ok itu mekanisme mereka mandi, gunakan air liur. Mereka jilat bulu, sambil tu akan makan apa jua ectoparasit ada pada kulit. Sebab tu kadang-kadang anda lihat kucing ambil berjam-jam lamanya menjilat. Kucing saya pun macam tu, dia ni suka jilat sampai bulu dia putih bersih takde pun kotor. Tapi kenapa masih ada juga kita jumpa flea celah bulu, dia ada earmites? Macam saya kata , setiap ekor parasit betina ini boleh hasilkan 100 telur dalam masa 2 minggu. Kucing kita dha cuba sebaik mungkin membunuh parasit ini tapi malangnya terlampau banyak. Itu yang still dapat dilihat bulu gugur, ada copak la..Jadi dah jadi peranan kita sebagai mak bapak mereka ini, dapatkanlah rawatan sewajarnya. Beli sendiri frontline spray buat kat rumah, mandikan setiap hari dengan spray ini mampu membuatkan kucing anda happy. Jadilah peminat kucing bertanggungjawab, jaga kesihatan kucing anda sepanjang masa. 

Saya rasa cukup untuk malam ini walau saya ada lagi nak tulis sebab ia hanya sebahagian kecil naper kucing boleh dapat masalah ektoparasit.Apa!! apa itu ektoparasit. Ok moh saya bagitau, parasit itu benda yang tak elokkan ia merosakkan perumah, ia ada 2 jenis satu ekto bermaksud kat luar kulit, satu lagi endo maksud dalam atau di dalam badan macam cacing. 

Jadi moga tulisan saya jadi sedikit pedoman berguna, maaflah dengan bahasa saya. Sebab dah terbiasa. Semoga kita faham kucing adalah pembersih, sepanjang masa mereka groom diri. bersihkan diri sahaja itu kerja mereka. Tapi masalah ini tak berakhir disebabkan punca luaran.

UBAT INI SANGAT BERGUNA ANDA SENDIRI BOLEH LAKUKAN DI RUMAH


Ok wassalam moga temu kita lagi 

Dr Hafidz

Thursday, February 14, 2013

POTONGAN HARGA RUNTUH UNTUK PRODUK MAKANAN KUCING

SAYA INGIN MEMBUAT JUALAN PENGHABISAN STOK UNTUK PRODUK MAKANAN KUCING DIBAWAH. POTONGAN HARGA TAMBAHAN BOLEH DIBERI JIKA ANDA MEMBELI DENGAN KUANTITI BANYAK. CEPAT SEMENTARA STOK MASIH ADA.

CHESTER

3KG - RM 20 KINI RM 18
2.5KG - RM 17 KINI RM 16
2 KG - RM 14 KINI RM13
1 KG- RM 8 KINI RM 7 SAHAJA


CAT TIME

2.5KG - RM14 KINI RM12
1KG - RM7 KINI RM5
1,5KG - RM10 KINI RM9
2KG - RM13 KINI RM 11 


PRODIET PERISA IKAN LAUT

1KG - RM12 KINI HANYA RM10
2KG - RM24 KINI HANYA RM21
1.5KG - RM16 KINI HANYA RM14


SMARTHEART MACAREL DAN CHICKEN TUNA

1.5KG - RM 13 MENJADI RM 11 SAHAJA
2.5KG - RM20 MENJADI RM 18 SAHAJA
2KG - RM 16 MENJADI RM 14 SAHAJA
3KG - RM 24 MENJADI RM 22 SAHAJA



BELI SEKARANG UNTUK HARGA TERRENDAH. 

SMS 0162570097 ATAU EMAIL SAYA DR_HAFIDZ@YAHOO.COM  NAMA ALAMAT DAN PRODUK YANG DIINGINI SERTA KUANTITI DAN SAYA AKAN RESPONS DENGAN SEGERA UNTUK PROSES PEMBAYARAN. 

DR HAFIDZ

Sunday, February 10, 2013

bentuk badan kucing ideal..

Salam,

Pentingnya bentuk badan kucing yg ideal, sama juga manusia kerana dari situ kita boleh melihat tahap keshatan kucing dan menentukan risiko penyakit. seperti manusia terlalu gemuk, gemuk, kurus atau terlalu kurung adalah tidak baik untuk kesihatan. kalau nk betul pemakanankucing, nk gemukkn kucing sebab terlalu kurus atau lain-lain bermula dengan melihat bentuk badan atau skor badan atau body score. post kali ini saya bagi intro, bg anda lihat carta yg st copy dari website. Akan datang kita akan berbincang bagaimana nak bagi kucing kita jadi sedikit gemuk atau untuk kurangkan berat badan kucing . Wassalam




2025 tahun yang hebat

 Assalamualaikum Kita telah memasuki tahun 2025 Dan sekarang ia telah memasuki bulan Mei. Ini bermakna sudah 4 bulan berlalu dan tinggal 8 b...