Friday, August 20, 2010

Masalah Kecacingan, Rawatan, Protokol Deworming - Perlukah dilakukan untuk kucing atau tidak?

Sebelum saya pergi mendalam berkongsi sedikit ilmu dan tips untuk kucing anda tentang masalah cacing dan keperluan deworming. Berfikir dahulu, adakah kucing anda perlukan rawatan deworming?

Ini kerana bagi pendapat saya, ia merangkumi pelbagai faktor yang perlu difikirkan dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan rawatan cacing.

Yang pertama adakah kucing anda jenis yang tidak pernah keluar dari rumah (indoor) atau jenis yang sentiasa keluar masuk rumah (free roamer, outdoor). Jika kucing jenis yang indoor, maka kemungkinan untuk kucing menjejak kaki ke tanah atau tempat yang kotor, seperti sampah atau longkang mungkin tidak berlaku. Maka peratusan untuk mendapat jangkitan cacing ini amatlah kurang berbanding kucing yang sentiasa keluar rumah berada di tempat-tempat kotor.

Yang kedua ialah adakah di rumah hanya mempunyai seekor kucing atau lebih dari seekor? Jika lebih dari seekor maka kemungkinan untuk jangkitan cacing perpindah dari satu kucing ke kucing lain tinggi. Ini kerana ada beberapa jenis cacing yang boleh berpindah dari satu kucing ke yang lain melalui pengatara seperti kutu, hama. Ataupun cacing akan menghasilkan telur untuk membiak yang mana ia akan dilepaskan bersama tinja kucing. Kemudian kucing anda pasti akan mencium-cium tahi tersebut atau menyentuh tahi itu, lalu telur-telur akan melekat dan perpindah ke kucing atau perumah baru. Kucing yang mempunyai telur cacing melekat akan secara tidak sengaja menjilat telur yang melekat di bulu (kucing mempunyai tabiat suka menjilat bulu). Akhirnya, telur tersebut akan suvive di dalam sistem penghadaman kucing dan melengkapkan kitar hidup hingga ke dewasa kerana di dalam usus kucing mempunyai banyak nutrisi. Ini akan memulakan kembali satu jangkitan baru.

Jika kucing anda seekor sahaja yang dibela di rumah dan ia tidak pernah berjalan keluar rumah dan tak pernah menjejak kaki ke tanah, mari kita lihat apakah persekitaran kucing. Kucing yang hidup di persekitaran bersih dan sentiasa di kemas dan cuci seperti dirumah, tidak mudah mendapat jangkitan kucing.

Ada juga beberapa pendapat veterinar mengatakan jika kucing itu berdiet makanan dalam tin terutama yang jenis sukakan daging, masih mempunyai kemungkinan untuk mendapatkan jangkitan cacing.

Walau apa pun pendapat saya berikan di atas, atau betapa konkritnya pendapat saya dalam membuat keputusan keperluan untuk kucing mendapat rawatan cacing. Semuanya terletak pada tuan kucing itu sendiri. Jika anda merasa membazir untuk mendapatkan rawatan ini, maka tidak perlu dpaatkannya. Ada juga sesetengah pemilik kucing hanya mendapatkan rawatan cacing apabila kucing anda dilihat menghasilkan tahi yang diselaputi cacing kerawit atau kucing anda secara tiba-tiba cirit-birit.

Secara peribadi saya katakan, rawatan untuk cacing diberikan jika terdapat faktor yang mempengaruhi kucing itu untuk mendapat jangkitan cacing atau sudah mendapat bukti jelas kucing anda mengeluarkan cacing bersama-sama tahi.

Cuma perlu diingat, jika kucing anda terbukti dijangkiti masalah cacing, perlu segera ubati. Ini kerana walau hanya 1 ekor cacing kerawit yang kelihatan, ia mampu menyebarkan masalah ini kepada manusia.

Jika mempunyai pertanyaan mendalam tentang info di atas silalah berkunjung ke vet anda yang berdekatan. Wassalam

7 comments:

  1. Salam nama saya daniel kucing saya nama neko.. 2,3 hari nie di muntah keluar buih hijau.. pastu ada bengkak didalam perut nya.. saya bawa ke vet.. diorang ckp hanya bengkak biasa.. tp sampai skrang belum pulih.. kenapa.nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam daniel. saya muntah tu datang dari spleen, limpa. ia terletak tepi perut. kucing mungkin ada masalah spleen, dan ia membengkak. sy syor pergi check buat, x-ray tgk ape yg bengkak. ada kemungkinan kucing awak perutnya ada tersumbat atau infection juga. atau kemungkinan last yang saya fikir cancer kawasan perut. kucing awak muda ker dah lebih 5 tahun umur. Kalau muda ada kemungkinan jangkitan area situ. pastikan sebab bengkak tu buatkan ia tak mau makan,x aktif

      Delete
  2. salam..saya nk tnya..kucing sya dh hmpir 2 bulan batuk..dh byk kali dbwa ke vet..tp x sembuh2 gak..batuk makin teruk..pastu demam..aritu bwk g vet..kena cucuk sbb demam tggi sgt..sehari pastu..kucing saya nmpak ok skit..tp keesokan harinya jadi balik..byk tahi mata..tahi idung..cirit birit dan bernafas laju..tercungap2..apakah pnyakit kucing saya..??

    ReplyDelete
  3. Salam,sya nak tanya kucing sya dh 4 hari tak sihat.
    Ada pernah berak berdarah,selseme n mata penuh dgn tahi. I bg dia minum panodol. Tpu masih sama juga.. tak de selera nak makan.. dia suka duduk dkt air saja.. knp ye?

    ReplyDelete
  4. Salam.saya dah bagi kucing sy makan ubat cacing.tetapi tetap ada cacing..kenapa ye...

    ReplyDelete
  5. Salam.saya dah bagi kucing sy makan ubat cacing.tetapi tetap ada cacing..kenapa ye...

    ReplyDelete
  6. Salam.saya dah bagi kucing sy makan ubat cacing.tetapi tetap ada cacing..kenapa ye...

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...