- Rhinotracheitis
- Calicivirus
- Chlamyodophilia
- Feline Distemper atau Panleukopenia atau Feline Enteritis
- Feline Leukemia
Rhinotracheitis (Herpes Virus) dan Calicivirus adalah penyebab utama penyakit pernafasan kucing yang menyebabkan kucing mengalami tanda-tanda mata dan hidung berair, demam.
Feline Distemper yang disebabkan oleh parvovirus akan memberikan tanda infeksi atau jangkitan pada usus yang menyebabkan kucing tidak dapat menghadam makanan dengan baik.
Manakala Feline Leukemia akan menyebabkan sel darah putih tidak dapat dihasilkan dalam kuantiti yang diperlukan terutama jika ada jangkitan kuman.
Baiklah seterusnya saya akan menerangkan secara ringkas beberapa produk vaksin kucing yang perlu anda tahu.
Pertama sekali kita ada vaksin yang memberi perlindungan kepada 2 kuman atau dipanggil vaksin 2 dalam 1.
- Felocell FVRC dikilangkan Pfizer merupakan vaksin dalam bentuk dititik ke dalam hidung mampu melindungi dari jangkitan penyakit pernafasan (Rhinotracheitis dan Calcivirus). Suntikan pertama akan diberi sekurang-kurang umur 12 minggu dan diulangi 4 minggu kemudian. Dan kemudian secara tahunan.
Seterusnya vaksin yang dikategorikan 3 dalam 1. Ia memberi perlindungan melawan penyakit pernafasan (Rhinotracheitis, Calicivirus) dan Feline Distemper.
- Feline Focus 3 keluaran Durvet juga merupakan ubat titik untuk hidung dan mata. Suntikan pertama adalah diberi pada umur 12 minggu dan diulang 4 minggu kemudian. Dan diberi secara tahunan.
- Felocell 3 keluaran Pfizer. Dos pertama diberi pada umur 12 minggu kemudian dos kedua adalah pada 4 minggu kemudian. Akhir diulangi secara tahunan.
- Fel-O-Vax PCT + Calicivax keluaran Fort Dodge. Suntikan pertama diberi pada umur kira-kira 8 hingga 10 minggu dan diulangi untuk dos kedua 4 minggu kemudian. Dan diakhiri suntikan secara tahunan.
- Fel-O-Guard Plus 3 (Fort Dodge). Dos diberi untuk kali pertama pada umur 8 minggu dan diulangi 4 minggu kemudian. Akhir sekali vaksin diulangi secara tahunan.
Terdapat juga versi lain untuk vaksin 3 dalam 1 iaitu ditambah dengan perlindungan melawan penyakit Feline Leukemia.
- Fel-O-Guard Plus 3 + Lv-K keluaran Fort Dodge yang memberi perlindungan melawan 4 mikrob, iaitu melawan penyakit pernafasan (Rhinotracheitis dan calicivirus), Feline Distemper (parvovirus) dan Feline Leukemia (FeLV). Dos pertama diberi pada umur 8 minggu, dan diulangi 4 minggu kemudian. Barulah kucing anda perlu mendapatkan vaksin secara tahunan.
Kini beralih kepada vaksin yang memberi perlindungan kepada kucing anda yang lebih meluas, iaitu vaksin 4 dalam 1. Kesemua jenis vaksin dibawah akan melindungi kucing anda daripada penyakit pernafasan (Rhinotracheitis, Calicivirus), Feline Distemper dan Chlamydophilia.
- Fel-O-Vax IV + Calicivax keluaran Fort Dodge. Dos diberi pada umur antara 8 ke 10 minggu dan diulangi pada 4 minggu kemudian. Dan barulah vaksin diulangi secara tahunan.
- Felocell 4 keluaran Pfizer. Dos pertama bermula pada umur 12 minggu dan dos kedua diulangi 4 minggu kemudian. Barulah kucing anda perlu mengulangi dos secara tahunan.
- Fel-O-Guard Plus 4 keluaran Fort Dodge. Vaksin ini akan diberi pada umur kira-kira 8 minggu dan diulangi 4 minggu kemudian. Akhir sekali diulangi secara tahunan.
Seterusnya jenis vaksin berikutnya akan memberi perlindungan kepada kucing anda secara maksimum. Ia dipanggil vaksin 4 dalan 1 ditambah Leukemia virus. Seperti yang 4 dalam 1, vaksin kategori ini melindungi kucing daripada penyakit pernafasan (Rhinotracheitis, calicivirus), Chlamydophilia, Feline Distemper dan Feline Leukemia Virus.
- Fel-O-Guard Plus 4 + Lv-K keluaran Fort Dodge ini diberi pada umur 8 minggu untuk dos pertama. Diulangi 4 minggu kemudian dan akhir sekali perlu diulang vaksin setiap tahun.
- Fel-O-Vax Lv-K IV + Calicivax keluaran Fort Dodge ini bermula dos pertama pada umur antara 8 hingga 10 minggu dan diulangi 4 minggu kemudian. Barulah vaksin perlu diberi secara tahunan.
Keputusan untuk memberi vaksin kepada kucing anda adalah tuan kucing itu sendiri. Yang mana pilihan hati terpulanglah. Mengetahui jenis vaksin dan jenis imunisasi yang diberi boleh membantu anda memahami masalah kesihatan kucing dengan lebih baik. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang vaksin, imunisasi, kesan pada kucing anda maka berkunjunglah mana-mana klinik veterinar di tempat anda atau bolehlah ajukan pada saya. Buat pengetahuan semua, diatas adalah merupakan vaksin yang boleh didapati di Malaysia, mungkin ada juga beberapa jenis vaksin yang tidak saya senaraikan. Oleh itu jika perlu maklumat lanjut, jumpalah doktor veterinar anda hari ini.
Pada posting akan datang, saya akan memberikan sedikit maklumat tentang permasalahan cacing yang kucing anda mungkin alami dan cara mengatasi. Semoga segala maklumat dan ilmu yang saya kongsikan dapat memberi faedah untuk semua.
Yang Baik itu datang dari Allah S.W.T. dan yang Kurang dan lemah itu datang daripada saya sebagai hamba-Nya. Wassalam
No comments:
Post a Comment