Topik kali ini akan menbincang secara ringkas dan mudah berkenaan:
- Proses pemulihan
- Bantuan yang perlu untuk kucing semasa proses pemulihan
- Pemakanan yang betul semasa proses pemulihan
Proses pemulihan
Sebenarnya akan ada masa dalam hidup kucing kita yang mana pertolongan seharusnya perlu diberi agar kucing-kucing ini dapat kembali kepada tahap kesihatan yang normal. Sepeti yang saya perkatakan tadi, kucing mungkin baru mengalami pembedahan, kemalangan atau baru pulih dari penyakit kanser atau penyakit yang lebih serius. Kucing akan memerlukan keperluan tenaga tambahan bagi meningkatkan keupayaan semasa pemulihan.
Betul ker kucing kita ini dah benar-benar pulih?
Sebagai pencinta kucing kita perlu tahu tanda-tanda atau symptom yang akan menunjukkan kucing itu tidak pulih sepenuhnya. Dengan kata lain, kucing anda masih lagi sakit atau belum lagi 100% sihat.
Tanda-tanda di bawah adalah yang perlu anda awasi sepanjang proses pemulihan:
- Berat badan turun atau tidak pernah naik
- Tiada selera makan
- Kerap kehausan
- Keletihan
- Luka pembedahan itu semakin bengkak dan panas ketika disentuh
- Luka masih berdarah dan terdapat nanah atau lendiran dari kawasan luka
- Kadar pernafasan semakin meningkat atau tercungap-cungap
Jika tanda-tanda di atas berlaku ke atas kucing anda, perhatian yang serius perlulah dilakukan. Bawa kucing anda ke veterinar yang berkaitan untuk mendapatkan rawatan susulan. Nyawa kucing anda mungkin dalam bahaya.
Anda perlu membantu kucing anda untuk pulih
Anda sebagai pemilik kucing boleh membantu mereka untuk pulih. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
- Berikan ubat pada kucing anda mengikut masa dan arahan yang diberi
- Pantau keadaan luka dan kebersihan luka seperti yang di arahkan
- Penting juga untuk anda memastikan kucing mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terutama selepas pembedahan, sebagai memberi penggalak dan motivasi untuk mereka sembuh. Kucing juga mempunyai perasaan
Kucing perlulah memberikan makanan yang hanya disyorkan oleh veterinary sahaja,
PENTING UNTUK KUCING ANDA MENDAPATKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI NUTRISI YANG SEIMBANG.
Kucing anda sedang dalam proses penyembuhan dan pemulihan, maka sukar untuk tubuh badan mereka untuk memperoleh keperluan tenaga yang secukupnya semasa ini, maka makanan yang anda perlu beri adalah yang tinggi tenaga, mudah dihadam seperti makanan dalam tin, dan kaya dengan protein, vitamin dan zat mineral.
Senarai perkara yang perlu anda ada sepanjang masa ketika membantu kucing anda semasa proses pemulihan
- Pantau perkembangan pemulihan dan penyembuhan kcuing anda, sekiranya anda merasakan proses itu semakin perlahan, maka minta pendapat veterinar.
- Hanya berikan makanan kepada kucing anda yang disarankan veterinar, jika diperlukan
- Sebaiknya berikan makanan kepada kucing anda dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap, seperti satu piring makanan tin sebanyak 5 kali sehari.
- Jangan beri kucing makanan yang tidak diperlukan, seperti ikan goreng, snack atau makanan yang tidak berkhasiat.
- Pastikan luka itu bersih dan kering sepanjang masa, dan yang penting jangan biarkan kucing anda merosakkan luka pembedahan itu seperti menggigit, menjilat kerana semakin kerap kucing menjilat luka maka makin lambat luka itu sembuh dan bercantum kulit.
- Pastikan ubatan dan rawatan yang telah diarahkan vet diberi mengikut masa dan aturan yang ditetapkan.
- Sediakan air yang bersih dan baru di sebelah kucing anda sepanjang masa, terutama waktu malam.
- Sediakan tempat tidur atau rehat kucing anda yang selesa dan tidak terlalu sejuk.
TIPS UNTUK MENGGALAKKAN KUCING MENINGKATKAN SELERA MAKAN.
MAKANAN TIN ATAU BASAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MAKANAN KERAS DAN KERING
Kerana makanan tin mempunyai aroma asli seperti ikan atau ayam, kucing mempuyai deria bau yang kuat sebagai membantu meningkatkan selera makan.
Panaskan makanan tin tersebut, kerana apabila dipanaskan aroma tersebut akan naik dan kucing pasti tidak akan sabar untuk merasai keenakaan bauan aroma itu.
Jangan biarkan makanan tin ataau basah diluar, ia akan cepat basi disebabkan makanan tin memunyai kandungan protein yang tinggi, simpankan ia dalam peti sejuk. Kucing cekap menangkap bau yang tidak menyenangkan seperti bau basi.
Makanan tin lebih baik kerana tinggi protein, apabila tinggi protein ia akan dapat memberikan keperluan tenaga yang lebih baik. Tapi awas jika kucing anda mempunyai masalah buah pinggang, perlulah mendapatkan nasihat vet terlebih dahulu kerana makanan kucing tinggi protein boleh menyebabkan kucing yang mempunyai masalah buah pinggang akan menjadi lebih kronik.
Makananan dalam tin juga tinggi dalam kandungan air dan kelembapan, kucing anda yang baru selesai pembedahan telah kehilangan banyak darah dan kandungan air dalam badan juga menurun, makan dengan memberikan makanan seperti ini, ia akan dapat meningkatkan kembali keperluan air badan.
JENIS MAKANAN YANG ADA DI PASARAN DAN KEDAI-KEDAI HAIWAN YANG SESUAI UNTUK KUCING ANDA
I/D DIET DARI BRAND PRESCRIPTION DIET.
IANYA SANGAT BAGUS BAGI KUCING YANG BARU PULIH DARIPADA PEMBEDAHAN DAN SAKIT YANG KRONIK. MEMPUNYAI KANDUNGAN NUTRISI YANG TINGGI UNTUK PEMULIHAN DAN PENYEMBUHAN YANG PANTAS. HARGANYA MUNGKIN AGAK MAHAL NAMUN IA MUNGKIN BERBALOI BAGI KUCING ANDA.
AVODERM DALAM TIN
INI LAH YANG SERING SAYA GUNAKAN UNTUK KUCING-KUCING YANG BARU PULIH DARI PEMBEDAHAN DAN JUGA YANG MENGHADAPI PENYAKIT KRONIK. MURAH DAN JUGA MUDAH DIDAPATI. ADA 3 PERASA, AYAM, SALMON DNA OCEAN FISH. TAPI SAYA LEBIH SUKA GUNAKAN PERISA OCEAN FISH KERANA KEBANYAKAN KUCING TIDAK SABAR APABILA SAYA HIDANGKAN MAKANAN INI.
Baiklah itu sahaja penerangan saya yang panjang lebar berkenaan topik ini, saya berharap ianya dapat membantu. Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda semua, jangan malu-malu segan. Sehingga bertemu lagi di post dan tajuk yang lain, wassalam.