Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Tuesday, January 18, 2011
PARVOVIRUS MENYERANG KUCING ANDA, hati-hati!!
Parvovirus, mesti ramai tak pernah mendengar namanya. Mungkin ada yang keliru dengan Parvovirus yang menyerang anjing. Banyak persoalan sebenar berkenaan virus pembunuh ini.
Pertama sekali, ianya adalah virus membunuh terhadap anak-anak kucing yang masih belum pernah divaksinkan. Maka jika kucing atau anak-anak kucing, belum divaksinkan AWAS! Jangkitan Parvovirus ini juga dikenali sebagai Panleukopenia, atau Feline Distemper. Cuma ianya tidak ada perkaitan dengan virus yang didapati pada Canine Distemper, atau distemper anjing. Malah jenis virus juga dari keluarga yang berbeza.
Anak-anak kucing boleh dapati penyakit ini dengan mudah dari pelbagai cara. Salah satunya ialah dari ibu kucingnya sendiri, jika ibunya pernah dijangkiti maka mereka sudah dikira menjadi pembawa. Selain itu perlu diingat bahawa hama kucing juga boleh menjadi vektor atau pembawa kepada virus ini. Seperti nyamuk aedes membawa penyakit demam denggi, begitu juga dengan hama kucing ini boleh membawa penyakit ini kepada kucing anda di rumah. Begitu mudah bukan, hama jika dibiarkan berpopulasi di badan kucing anda bakal membunuh haiwan dengan mudah. Sebab itu apabila Vet melihat adanya hama ini berpopulasi di badan kucing, maka satu rawatan yang sewajarnya mesti dan wajib dilakukan.
INI ADALAH SEEKOR HAMA YANG BOLEH MEMBERIKAN BENCANA YANG SANGAT BESAR PADA BABY KUCING KESAYANGAN KITA SEMUA, BASMINYA SEBELUM LEWAT!
Apakah yang akan berlaku apabila virus ini mula memulakan dominasi di dalam sistem immuniti kucing kita.?
Untuk pengetahuan semua apabila virus mula memasuki sistem immuniti kucing, mereka akan mula membiak selama 7 hari secara senyap-senyap tanpa menunjukkan tanda sakit. Apabila mereka mula membiak virus ini akan mencari tisu-tisu badan kegemaran mereka seperti tisu otak. Namun apabila virus ini mula merebak dan membiak di tisu-tisu tulang sum-sum, ini menandakan penyakit ini mula menjadi kronik dan ketika ini sel darah putih mula berkurangan dan tidak lagi dihasilkan secara normal. Perlu diingat sel darah putih ini berfungsi sebagai kilang pengeluaran askar dalam membina sistem imuniti perlindungan kesihatan kucing. Jika tiada lagi sel yang dihasilkan bagaimana agaknya kucing ingin melindungi tubuh badan dari serangan virus mahupun bakteria. Kesudahannya kucing kita akan mati terkulai layu, mati akibat tindakan bijak virus ini.
oklah itu sahaj setakat jam ini, kita bersambung dalam laporan yang lebih penuh berkenaan Felin Parvovirus. Well, i didn't wanna go tapi life must go on. Teruskan bersama . Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
info yg bagus. heheee..
ReplyDelete