Thursday, January 20, 2011

PARVOVIRUS II DAN ANAK KUCING

Memang benar, anak kucing selalu dikaitkan dengan parvovirus, jika kita mempunyai anak kucing atau kitten di rumah pastikan mereka sudah divaksin. Sekurang-kurangnya suntikan vaksin bagi 2 booster yang pertama perlu dilakukan dahulu sebelum memberikan mereka pendedahan kepada dunia luar dan persekitaraan yang lebih luas seperti perkenalan dengan kucing-kucing lain yang lebih dewasa. Bagi pencinta kucing, ada kalanya memelihara jumlah kucing yang banyak boleh memberikan masalah kepada kucing itu kembali, kerana kebanyakan kes-kes melibatkan parvovirus adalah bagi kucing yang tinggal bersama beberapa ekor kucing lain bersama.

Saya ambil contoh, jika kita memelihara lebih dari 5 ekor kucing atau dalam bahasa lain sebagai catteries. Kucing kita akan lebih banyak bergaul bersama kucing-kucing lain yang kita bela. Kucing-kucing ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk memindahkan penyakit-penyakit merbahaya dari satu kucing kepada kucing lain tanpa kita sedari. Malah sampai ke satu tahap, kucing yang menghidap penyakit itu hanya menunjukkan simptom pada tahap kronik dan agak terlambat untuk diubati. Apabila kucing-kucing ini tinggal di satu rumah atau tempat tinggal dalam keadaan jumlah kucing yang banyak, ia akan memberikan stres pada mereka sendiri. Oleh itu nasihat saya jika kita peminat kucing, cuba minimumkan sebaik mungkin jumlah kucing yang ingin dibela ke tahap yang boleh kita beri perhatian speenuhnya. Terutama kepada anak-anak kucing ini.

Jadi perlulah kita memberikan perhatian dan penjagaan yang lebih kepada anak-anak kucing kita, supaya mereka boleh melalui satu jangka masa umur yang sangat mencabar, iaitu dari umur 1 minggu hingga umur 5 bulan. Setakat itulah yang boleh saya kongsi, sebarang persoalan berkenaan topik ini sudi saya jawabkan. Wassalam

3 comments:

  1. salam doc...kucing sy br kali kedua vaksin...3 hari kemudian die sgttt kuat makan...adakah itu normal? tq

    ReplyDelete
  2. Hi Sumayyah, sesetengah kucing di vaksin, ia hanya akan menunjukkan simptom demam dan juga kepada sedikit penurunan kualiti kesihatannya dan ia tidak akan berlaku selalu. tetapi jika kucing itu tiba2 jadi kuat makan selepas divaksin, sy boleh kata ia tidak normal. namun selalunya kita akan observed untuk 1 minggu, jika masih tinggi selera makannya mungkin ada sedikit masalah kesihatan yg perlu dibawa ke klinik. perlu diperiksa jika itu kcing betina adakah ktika divaksin ia sdng ingin mengawan, atau ia sudah mengandung. kalau kcing jntan yg telah dikasi pula, mngkin ada juga sdikit peningkatan selera makan. Sy harap Sumayyah perhatikan tingkah laku kucing anda, dan apa yg boleh dibuat cuba kurangkan pemberian makanan untuk beberapa hari shj. Harap ini boleh memberi bantuan pd anda.

    ReplyDelete
  3. Salam Doktor. 2 ekor kucing sy divaksinkan petang semalam. Untuk kali yg kedua tahun ni. Umur mereka 5 tahun. Kalau baru lepas balik dari Vet, dierg ni jd mcm trauma skit bila smpai rumah. Diam je. Hari ini lepas sy balik dari keje, kakaknye nampak aktif sebab mengiau2. Yang adiknya dia ni, nampak lemah je. Nak lompat panjat meja pun xsampai. Selalu klau nk minta sy bg wetfood, adik dia ni yg paling bising. Tapi tadi ni, dia cuma duduk sebelah saya, baring tgk muka sy. Kesian pula sy tgk. Tapi makan masih selera lagi. Mmg normal ke kucing lepas vaksin walaupun umurnya dah kira dewasa?

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...