Friday, February 4, 2011

JIRANKU DAN LONGKANG YANG TERSUMBAT

Hari ini post cuma untuk berkongsi dengan kalian, aktiviti yang dijalankan satu hari ini sempena cuti CNY. Satu hari saya menghabiskan masa membersihkan longkang di depan rumah akibat tersumbat dengan sampah dan juga tanah. Memang banyak la saya menyangkul keluar sampah2 dari longkang itu, dan abis bersihkan area longkang saya still juga air tak jalan.. Maka terpaksa saya membongkok dalam longkang itu mencari punca tersumbat, so adalah dalam 5 meter ke hadapan jumpa banyak longggokan sampah. Abis juga saya keluarkan sampah itu, dalam hati saya jiran-jiran ni tak kisah sangat ke pasal longkang tersumbat.

Saya sebenarnya risau jikalau longkang yang tersumbat ini bakal menjadi punca berlaku demam denggi area tempat saya tinggal. Yang heran saya tengok jiran sekeliling mana ada kisah hal-hal macam ini. Ada pulak beberapa rumah tengok selamba badak ajer dah simen kawasan atas longkang. Jadi macam mana laa nak bersihkan longkang ker, panggil orang perbandaran pun pasti mereka pening sebab dah disimenkan. Tolonglah wahai rakyat Malaysia, prihatinkan lah persekitaran n janganlah memandai aje simenkan longkang susah nanti nak bersihkan bila dah tersumbat. Kalau ada yang mati akibat demam denggi, takkan nak salahkan nyamuk. Huh.
INI BUKAN LONGKANG UMAH SAYA, CUMA CONTOH APABILA LONGKANG TAK DIJAGA DAN TERSUMBAT.

Rezeki murah, baru ajer dapat gaji. Memandangkan semua ahli keluarga ku dah pulang umah arini, maka tergerak ati nak belanja.. Ibuku pun ada wat ayam golek, maka makan besau laa malam ini. Mula-mula rancang nak beli pizza, melihatkan dah ada ayam so belilah 1 kek kat Secret Recipe khas untuk my famili. Itu semua berkat rezeki Allah bagi, bulan depan belum tentu lagi ada rezeki murah. Maybe saya dah pergi utara ke kankan.

Ni bukan kek yang aku beli tapi contoh bagaiman lawa n cantiknya kek SR.


Itu Sahaja post pada malam yang indah ini, walau tanganku sakit2 akibat bekerja keras siang tadi aku tetap gagah diri membuka laptop ini. Harap esok tangan ok lah sebab sok dah kerja..

2 comments:

  1. wahhh cedapnye kek tu [DLAM BYGN JE LA]
    nape nk k utare plak.....kne posting ke....he he...mai lar kdah....

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...