Thursday, February 3, 2011

Saya dan perubahan kerjaya sebagai vet






Saya sebenarnya sibuk beberapa hari ini. Al-maklum saya ni baru memasuki era atau alam pekerjaan yang serius. Lagipun dalam beberapa minggu ini saya mengalami dilema untuk meneruskan kerjaya dalam bidang small animal praktis atau memberi fokus kepada keinginan kerjaya saya yang sebenar. Ada kemungkinan jodoh saya bersama small animal industri ini tidak lama lah sebab mungkin saya akan join satu sub-bidang veterinar yang mungkin tak ramai masuk, tapi income dan skop kerjayanya sangat bagus. Dalam hati saya sebolehnya biarlah Allah tentukan dan ditetapkan iman dihati untuk mencari jawapan sebenar, kerana kerjaya yang saya bakal pilih selepas ini mungkin akan menjadi fokus saya yang terbaik untuk 20 tahun akan datang sebagai VETS.



Selepas ini saya akan memaklumkan perkembangan saya serta saya akan meneruskan penulisan blog berkenaan keperluan kucing-kucing. Buat masa ini biarlah saya lakukan perkara yang perlu dan lebih penting. Semoga bertemu lagi, Wassalam dan Selamat Tahun Baru Cina.

No comments:

Post a Comment

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...