Kembali lagi saya ingin memberi perkenalan sedikit pada haiwan terbaru yang saya kenali ini, Guinea pig bukan seekor babi tau. Tapi ia tetap comel macam hamster, girbill, hedgehog, mice, mouse dan seplatun dengannya. Mereka adalah keturunan rodent iaitu satu susur jalur yang sama dengan tikus, hamster tu.. Mereka dipercayai keturunan pertama berasal dari pergunungan Andes, dan mereka sangat liar ketika itu.. Namun semenjak abad ke -17 banyak digunakan di makmal sebagai haiwan ujian.. Kini fungsi mereka di makmal telah digantikan dengan tikus makmal seperti yang selalu kita tengok. Mereka ini digunakan dalam makmal sebagai model kepada sistem badan manusia dalam membuat ujian perubatan berkaitan penggunaan ubat diabetes dan sebagainya.
Di sini saya senaraikan beberapa nota-nota penting tentang guinea pig yang kita harus tahu..
Berat lahir | 70 – 100g |
Suhu badan | 37.2 – 39.5 c |
Chromosome bilangan | 64 |
Jangka hayat | 4 – 5 thn |
Umur matang | Jantan – 3 ke 4 bulan |
| Betina – 2 ke 3 bulan |
Kitar estrus | 15 – 17 hari |
Bunting | 59 – 72 hari |
Bilangan anak lahir | 2 ke 5 baby |
Umur putus susu (wean) | 150 – 200 g atau 14 ke 21 hari |
Kadar pernafasan | 42 ke 104 nafas per minit |
Kadar denyutan jantung | 230 – 280 denyut per minit |
Tidal vol. | 2.3 – 5.3 ml/kg |
Isipadu darah | 69 – 75 ml/kg |
Tekanan darah | 80 – 94/ 55 – 58 mm Hg |
Sel darah merah | 4.5 – 7.0 X 106 /mm3 |
Sel darah putih | 7 – 18 X 103 /mm3 |
Trend zaman sekarang, kita hanya tahu yang guinea pig ini sesuai menjadi pet di rumah.. Maybe kerana ianya lebih besar daripada hamster, dilepaskan dalam rumah tidak mudah hilang.. Atau tidak memberikan lebih banyak masalah daripada kucing, boleh dibawa tidur peluk.. Manalah saya tahu kan. Tapi yang penting guinea pig masih makhluk Allah yang berisiko untuk sakit dan mendapat penyakit.. Maka di dalam post saya akan mendatang, saya akan perbincangkan lebih lanjut permasalah penyakit guinea pig dan cara mengatasinya, Incha Allah. Semoga ketemu lagi di blog ini Wassalam..
thank you saya akan promotekan guinea pig lagi
ReplyDelete