Monday, January 24, 2011

Kucing dalam proses sembuh dan pemulihan

Kucing mungkin dalam proses pemulihan, atas sebab-sebab tertentu seperti baru pulih dari kemalangan, pembedahan atau bagi kucing betina mereka mungkin baru pulih dari melahirkan baby kucing. Pada post kali ini akan saya bincangkan perihal membantu pemulihan kucing ini dari aspek pemkanan. Bagaimana untuk membantu kucng kita pulih dan sihat sepenuhnya dengan cara member makanan yang betul dan juga untuk melihat tanda-tanda simptom yg perlu diawasi. Memang sangat penting bagi kita sebagai pencinta kucing untuk mendapatkan makanan yang tepat.

Topik kali ini akan menbincang secara ringkas dan mudah berkenaan:

  • Proses pemulihan
  • Bantuan yang perlu untuk kucing semasa proses pemulihan
  • Pemakanan yang betul semasa proses pemulihan

Proses pemulihan

Sebenarnya akan ada masa dalam hidup kucing kita yang mana pertolongan seharusnya perlu diberi agar kucing-kucing ini dapat kembali kepada tahap kesihatan yang normal. Sepeti yang saya perkatakan tadi, kucing mungkin baru mengalami pembedahan, kemalangan atau baru pulih dari penyakit kanser atau penyakit yang lebih serius. Kucing akan memerlukan keperluan tenaga tambahan bagi meningkatkan keupayaan semasa pemulihan.

Betul ker kucing kita ini dah benar-benar pulih?

Sebagai pencinta kucing kita perlu tahu tanda-tanda atau symptom yang akan menunjukkan kucing itu tidak pulih sepenuhnya. Dengan kata lain, kucing anda masih lagi sakit atau belum lagi 100% sihat.

Tanda-tanda di bawah adalah yang perlu anda awasi sepanjang proses pemulihan:

  • Berat badan turun atau tidak pernah naik
  • Tiada selera makan
  • Kerap kehausan
  • Keletihan
  • Luka pembedahan itu semakin bengkak dan panas ketika disentuh
  • Luka masih berdarah dan terdapat nanah atau lendiran dari kawasan luka
  • Kadar pernafasan semakin meningkat atau tercungap-cungap

Jika tanda-tanda di atas berlaku ke atas kucing anda, perhatian yang serius perlulah dilakukan. Bawa kucing anda ke veterinar yang berkaitan untuk mendapatkan rawatan susulan. Nyawa kucing anda mungkin dalam bahaya.

Anda perlu membantu kucing anda untuk pulih

Anda sebagai pemilik kucing boleh membantu mereka untuk pulih. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

  • Berikan ubat pada kucing anda mengikut masa dan arahan yang diberi
  • Pantau keadaan luka dan kebersihan luka seperti yang di arahkan
  • Penting juga untuk anda memastikan kucing mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terutama selepas pembedahan, sebagai memberi penggalak dan motivasi untuk mereka sembuh. Kucing juga mempunyai perasaan

Kucing perlulah memberikan makanan yang hanya disyorkan oleh veterinary sahaja,

PENTING UNTUK KUCING ANDA MENDAPATKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI NUTRISI YANG SEIMBANG.

Kucing anda sedang dalam proses penyembuhan dan pemulihan, maka sukar untuk tubuh badan mereka untuk memperoleh keperluan tenaga yang secukupnya semasa ini, maka makanan yang anda perlu beri adalah yang tinggi tenaga, mudah dihadam seperti makanan dalam tin, dan kaya dengan protein, vitamin dan zat mineral.

Senarai perkara yang perlu anda ada sepanjang masa ketika membantu kucing anda semasa proses pemulihan

  1. Pantau perkembangan pemulihan dan penyembuhan kcuing anda, sekiranya anda merasakan proses itu semakin perlahan, maka minta pendapat veterinar.
  2. Hanya berikan makanan kepada kucing anda yang disarankan veterinar, jika diperlukan
  3. Sebaiknya berikan makanan kepada kucing anda dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap, seperti satu piring makanan tin sebanyak 5 kali sehari.
  4. Jangan beri kucing makanan yang tidak diperlukan, seperti ikan goreng, snack atau makanan yang tidak berkhasiat.
  5. Pastikan luka itu bersih dan kering sepanjang masa, dan yang penting jangan biarkan kucing anda merosakkan luka pembedahan itu seperti menggigit, menjilat kerana semakin kerap kucing menjilat luka maka makin lambat luka itu sembuh dan bercantum kulit.
  6. Pastikan ubatan dan rawatan yang telah diarahkan vet diberi mengikut masa dan aturan yang ditetapkan.
  7. Sediakan air yang bersih dan baru di sebelah kucing anda sepanjang masa, terutama waktu malam.
  8. Sediakan tempat tidur atau rehat kucing anda yang selesa dan tidak terlalu sejuk.

TIPS UNTUK MENGGALAKKAN KUCING MENINGKATKAN SELERA MAKAN.

MAKANAN TIN ATAU BASAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MAKANAN KERAS DAN KERING

Kerana makanan tin mempunyai aroma asli seperti ikan atau ayam, kucing mempuyai deria bau yang kuat sebagai membantu meningkatkan selera makan.

Panaskan makanan tin tersebut, kerana apabila dipanaskan aroma tersebut akan naik dan kucing pasti tidak akan sabar untuk merasai keenakaan bauan aroma itu.

Jangan biarkan makanan tin ataau basah diluar, ia akan cepat basi disebabkan makanan tin memunyai kandungan protein yang tinggi, simpankan ia dalam peti sejuk. Kucing cekap menangkap bau yang tidak menyenangkan seperti bau basi.

Makanan tin lebih baik kerana tinggi protein, apabila tinggi protein ia akan dapat memberikan keperluan tenaga yang lebih baik. Tapi awas jika kucing anda mempunyai masalah buah pinggang, perlulah mendapatkan nasihat vet terlebih dahulu kerana makanan kucing tinggi protein boleh menyebabkan kucing yang mempunyai masalah buah pinggang akan menjadi lebih kronik.

Makananan dalam tin juga tinggi dalam kandungan air dan kelembapan, kucing anda yang baru selesai pembedahan telah kehilangan banyak darah dan kandungan air dalam badan juga menurun, makan dengan memberikan makanan seperti ini, ia akan dapat meningkatkan kembali keperluan air badan.

JENIS MAKANAN YANG ADA DI PASARAN DAN KEDAI-KEDAI HAIWAN YANG SESUAI UNTUK KUCING ANDA

I/D DIET DARI BRAND PRESCRIPTION DIET.

IANYA SANGAT BAGUS BAGI KUCING YANG BARU PULIH DARIPADA PEMBEDAHAN DAN SAKIT YANG KRONIK. MEMPUNYAI KANDUNGAN NUTRISI YANG TINGGI UNTUK PEMULIHAN DAN PENYEMBUHAN YANG PANTAS. HARGANYA MUNGKIN AGAK MAHAL NAMUN IA MUNGKIN BERBALOI BAGI KUCING ANDA.

AVODERM DALAM TIN

INI LAH YANG SERING SAYA GUNAKAN UNTUK KUCING-KUCING YANG BARU PULIH DARI PEMBEDAHAN DAN JUGA YANG MENGHADAPI PENYAKIT KRONIK. MURAH DAN JUGA MUDAH DIDAPATI. ADA 3 PERASA, AYAM, SALMON DNA OCEAN FISH. TAPI SAYA LEBIH SUKA GUNAKAN PERISA OCEAN FISH KERANA KEBANYAKAN KUCING TIDAK SABAR APABILA SAYA HIDANGKAN MAKANAN INI.


Baiklah itu sahaja penerangan saya yang panjang lebar berkenaan topik ini, saya berharap ianya dapat membantu. Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari anda semua, jangan malu-malu segan. Sehingga bertemu lagi di post dan tajuk yang lain, wassalam.















Saturday, January 22, 2011

My work and meow



Meow, saya sayang kucing dan itulah salah satu sebab utama saya mahu jadi vets selamanya..kerja saya sekarang di klinik hanya menjadi doktor khas buat kucing-kucing ini. jadi, di sini saya paparkan beberapa kucing-kucing kiut-miut yang ada d klinik saya just untuk rileks kan minda jap.


Comel tahap ultraman



Sin Chan pun kalah comel..

















OK itu sahaja untuk pagi awal sangat ini, salam tido buat semua, esok saya nak kerja.

Thursday, January 20, 2011

IKLAN - IKLAN

American Curls








PERIBADI SI COMEL

Kucing yang mudah didekati, menyeronokkan dan sangat penyayang juga tak ketinggalan mereka ini sangat manja. Mereka ini sangat suka bermain dan sangat suka kanak-kanak. Mereka juga mudah mesra dengan kucing lain dan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran atau keluarga baru. Namun mereka ini tidaklah keluarga kucing yang banyak menggunakan suara untuk menunjukkan perhatian mereka, malah kebanyakan masa mereka adalah pendiam dan hanya bahasa tubuh sahaja yang mereka gunakan.

www.cutecatsite.blogspot.com


TELINGA


Mereka adalah satu-satunya keluarga kucing yang boleh dibezakan dari segi bentuk fizikal. Samaada mereka jenis kucing American Curl yang asli atau campuran. Itulah bentuk fizikal yang paling signifikan untuk dikenali, jadi jangan mudah tertipu dengan pembiak atau breeder yang mendakwa ada menyimpan kucing ini namun sebaliknya tipu. Ingin diingatkan, anak kucing American Curl yang baru lahir tidak akan menampakkan bentuk telinga yang unik ini, sehinggalah mereka berumur seminggu lebih. Kemudian kedua belah telinga akan perlahan-lahan membentuk atau membengkok ke belakang.


CARTA PERSONALITI
Rank dari 1 hingga 10. (1 - terburuk, 10 - terbaik)

Cergas/Aktif - 5 dan 6

Kepandaian - 5 ke 7

Kewaspadaan - 5 ke 7

Jinak - 5 ke 7

Vokaliti - 5

www.tedkarol.com
www.kattenplaza.nl

KAHWIN

Untuk mendapatkan baka seperti ini, mak kucing atau siibu itu perlulah merupakan baka dari American Curl. Manakala bapanya bolehlah datang daripada baka lain seperti Siamese, Persian atau Domestic Cat. Maka terhasillah ciptaan teragung Allah, American Curls. Insya-Allah.

Setakat ini sahaja info terkini berkaitan baka kucing, malah inilah post pertama saya berkaitan baka-baka kucing yang unik. Insya-Allah kita akan bertemu lagi selepas ini, mungkin esok atau sebagainya untuk saya menyampaikan lagi ilmu-ilmu atau info-info yang baik.

Wassalam

Bakal ada pembaharuan

Laman blog saya bakal berubah sedikit masa lagi. Diharap pada sesiapa yang menanti post terbaru dan juga maklumat-maklumat terkini tentang kesihatan kucing bersabarlah. Sesuatu yang menarik menanti semua.

PARVOVIRUS II DAN ANAK KUCING

Memang benar, anak kucing selalu dikaitkan dengan parvovirus, jika kita mempunyai anak kucing atau kitten di rumah pastikan mereka sudah divaksin. Sekurang-kurangnya suntikan vaksin bagi 2 booster yang pertama perlu dilakukan dahulu sebelum memberikan mereka pendedahan kepada dunia luar dan persekitaraan yang lebih luas seperti perkenalan dengan kucing-kucing lain yang lebih dewasa. Bagi pencinta kucing, ada kalanya memelihara jumlah kucing yang banyak boleh memberikan masalah kepada kucing itu kembali, kerana kebanyakan kes-kes melibatkan parvovirus adalah bagi kucing yang tinggal bersama beberapa ekor kucing lain bersama.

Saya ambil contoh, jika kita memelihara lebih dari 5 ekor kucing atau dalam bahasa lain sebagai catteries. Kucing kita akan lebih banyak bergaul bersama kucing-kucing lain yang kita bela. Kucing-kucing ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk memindahkan penyakit-penyakit merbahaya dari satu kucing kepada kucing lain tanpa kita sedari. Malah sampai ke satu tahap, kucing yang menghidap penyakit itu hanya menunjukkan simptom pada tahap kronik dan agak terlambat untuk diubati. Apabila kucing-kucing ini tinggal di satu rumah atau tempat tinggal dalam keadaan jumlah kucing yang banyak, ia akan memberikan stres pada mereka sendiri. Oleh itu nasihat saya jika kita peminat kucing, cuba minimumkan sebaik mungkin jumlah kucing yang ingin dibela ke tahap yang boleh kita beri perhatian speenuhnya. Terutama kepada anak-anak kucing ini.

Jadi perlulah kita memberikan perhatian dan penjagaan yang lebih kepada anak-anak kucing kita, supaya mereka boleh melalui satu jangka masa umur yang sangat mencabar, iaitu dari umur 1 minggu hingga umur 5 bulan. Setakat itulah yang boleh saya kongsi, sebarang persoalan berkenaan topik ini sudi saya jawabkan. Wassalam

Wednesday, January 19, 2011

mohdhafidz


Selamat Pagi semua pagi yang indah hari ini cerah kan kan.. Pagi ini 19hb Jan 2011, hari ke 19 untuk tahun ini. Takpe saya rehat and rileks sekejap, dari menulis perkara yang patut saya tulis. Berkenaan topik yang kita bincangkan sebelum ini, akan saya sambung hari ini iaitu parvovirus. Tapi sebelum itu apa kata kita tengok dulu matahari hari ini ye. Selamat bersarapan and selemat
bekerja.

Wassalam

Tuesday, January 18, 2011

PARVOVIRUS MENYERANG KUCING ANDA, hati-hati!!




Parvovirus, mesti ramai tak pernah mendengar namanya. Mungkin ada yang keliru dengan Parvovirus yang menyerang anjing. Banyak persoalan sebenar berkenaan virus pembunuh ini.












Pertama sekali, ianya adalah virus membunuh terhadap anak-anak kucing yang masih belum pernah divaksinkan. Maka jika kucing atau anak-anak kucing, belum divaksinkan AWAS! Jangkitan Parvovirus ini juga dikenali sebagai Panleukopenia, atau Feline Distemper. Cuma ianya tidak ada perkaitan dengan virus yang didapati pada Canine Distemper, atau distemper anjing. Malah jenis virus juga dari keluarga yang berbeza.

Anak-anak kucing boleh dapati penyakit ini dengan mudah dari pelbagai cara. Salah satunya ialah dari ibu kucingnya sendiri, jika ibunya pernah dijangkiti maka mereka sudah dikira menjadi pembawa. Selain itu perlu diingat bahawa hama kucing juga boleh menjadi vektor atau pembawa kepada virus ini. Seperti nyamuk aedes membawa penyakit demam denggi, begitu juga dengan hama kucing ini boleh membawa penyakit ini kepada kucing anda di rumah. Begitu mudah bukan, hama jika dibiarkan berpopulasi di badan kucing anda bakal membunuh haiwan dengan mudah. Sebab itu apabila Vet melihat adanya hama ini berpopulasi di badan kucing, maka satu rawatan yang sewajarnya mesti dan wajib dilakukan.


INI ADALAH SEEKOR HAMA YANG BOLEH MEMBERIKAN BENCANA YANG SANGAT BESAR PADA BABY KUCING KESAYANGAN KITA SEMUA, BASMINYA SEBELUM LEWAT!

Apakah yang akan berlaku apabila virus ini mula memulakan dominasi di dalam sistem immuniti kucing kita.?

Untuk pengetahuan semua apabila virus mula memasuki sistem immuniti kucing, mereka akan mula membiak selama 7 hari secara senyap-senyap tanpa menunjukkan tanda sakit. Apabila mereka mula membiak virus ini akan mencari tisu-tisu badan kegemaran mereka seperti tisu otak. Namun apabila virus ini mula merebak dan membiak di tisu-tisu tulang sum-sum, ini menandakan penyakit ini mula menjadi kronik dan ketika ini sel darah putih mula berkurangan dan tidak lagi dihasilkan secara normal. Perlu diingat sel darah putih ini berfungsi sebagai kilang pengeluaran askar dalam membina sistem imuniti perlindungan kesihatan kucing. Jika tiada lagi sel yang dihasilkan bagaimana agaknya kucing ingin melindungi tubuh badan dari serangan virus mahupun bakteria. Kesudahannya kucing kita akan mati terkulai layu, mati akibat tindakan bijak virus ini.



oklah itu sahaj setakat jam ini, kita bersambung dalam laporan yang lebih penuh berkenaan Felin Parvovirus. Well, i didn't wanna go tapi life must go on. Teruskan bersama . Wassalam

kembali aktif memberikan khidmat - khidmat pertolongan berkaitan kucing dan anda

Salam Tahun Baru jika masih belum terlambat,

sudah lama tidak bersua di laman ini. maka saya Dr.Hafidz akan kembali memberikan info-info yang lebih bermutu bagi semua peminat kucing mahupun peminat haiwan kesayangan lain. Gambar-gambar menarik mahupun video akan saya upload tidak lama lagi.. Buat pengetahuan saya sudah bekerja sepenuh masa menjalankan praktis vet di Klinik Haiwan Bangi.

Baiklah itu sahaja setakat ini sebagai mukadimah 2011. Salam buat semua