


Baiklah, saya akan memberikan sedikit sebanyak info secara ringkas penyakit yang mudah menjangkiti kucing di negara kita.
Penyakit ini akan berjangkit kepada kucing lain melalui bersih, batuk kucing atau dibawa oleh pembawa penyakit ini.
Penyakit Pernafasan Atas Kucing ini hanya akan menjangkiti bahagian hidung, mata. Ia berpunca daripada jangkitan beberapa kuman iaitu
- Virus Herpes
- Virus Calici
- Chlamydophilia
- Bakteria mycoplasma
- bakteria bordetella
Apakah simptom atau tanda-tanda menunjukkan kucing anda tidak sihat dan lebih menjurus menunjukkan ia merupakan penyakit pernafasan:
- Bersin yang berulang kali
- Hidung berair (kucing pada normal akan mempunyai hidung berair tetapi tidak akan mengeluarkan cecair hidung yang berlebihan)
- Kedua-dua belah mata berdaki atau mempunyai pengeluaran tahi mata yang berlebihan (Jika kucing anda hanya menunjukkan simptom ini tetapi melibatkan sebelah sahaja mata, ia mungkin tanda kucing anda mengalami penyakit mata sahaja)
- Batuk (hakikatnya kucing tidak akan selalu batuk jika sihat)
- Ulser pada bahagian dalam mulut atau hidung (jika terdapat bahagian yang bengkak, merah dan agak panas)
- Demam
- Hidung tersumbat (Anda akan mendapati kucing anda berbunyi kuat ketika cuba bernafas dan bunyi tersebut seperti keluar dari kerongkong)
Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai kucing jenis Parsi, mereka lebih mudah untuk dujangkiti kerana struktur anatomi hidung mereka yang agak pendek dan kurang panjang berbanding kucing lain (Ruang dalam hidung yang pendek akan menyebabkan saluran pernafasan lebih mudah untuk tersumbat, menghasilkan lebih banyak bendalir).
Jika dilihat dari struktur umur pula, anak kucing adalah lebih mudah dijangkiti kerana mereka mungkin masih mempunyai fungsi immuniti badan yang belum lagi sempurna.
Selsema kucing ini kebanyakan akan mempunyai jangka masa jangkitan dalam 7 hingga 10 hari.
Tetapi yang paling penting yang perlu kita fahami tentang penyakit ini ialah, jika kucing anda mengalami stres yang teramat sangat hingga mengganggu fungsi normal fisiologi badan mereka atau mengganggu sedikit sebanyak perilaku mereka, maka lebih mudah untuk mendapat penyakit ini. Apa yang ingin saya maksudkan ialah, kucing tidak akan mudah mengalami stres, tetapi jika ada faktor luaran terutamanya yang mengubah kehidupan mereka dan membuat mereka stres, kucing akan mudah dijangkitinya. Contohnya jika kucing baru sahaja mengalami pembedahan seperti dikasi, atau diletakkan di tempat baru seperti boarding, atau terdapat kucing baru di rumah anda atau juga berpindah rumah.
Adakalanya kucing ini tidaklah memberikan kesan atau mengganggu kehidupan kucing ini sepenuhnya jika dijangkiti penyakit ini. Namun jika anda masih boleh membawa kucing anda ke Vet yang berhampiri untuk mendapatkan rawatan awal sebelum melarat. Apabila penyakit ini membawa kepada tahap kronik atau melarat kepada kucing, anda perlu membawa segera ke klinik vet. Cuba perhatikan kucing anda, samaada mereka menunjukkan tanda seperti yang saya senaraikan di bawah:
- Tidak ada selera makan, ini kerana penyakit ini telah mengganggu sistem saraf pusat (otak) dan menyebabkan kucing anda tidak mempunyai keinginan makan.
- Bernafas dengan mulut terbuka terjadi apabila saluran pernafasan kucing dari hidung hingga ke bahagian trakea telah tersumbat sepenuhnya, maka untuk mendapat oksigen terpaksalah kucing bernafas melalui hidung.
- Demam yang panas, bukan setakat boleh dilihat menggunakan termometer malah anda juga dapat merasakan badan kucing anda panas apabila memegangnya. (Suhu normal bagi kucing secara amnya adalah antara 38.5 ke 39.2 Celcius)
Bagaimana Vet diagnos penyakit ini?
Secara amnya penyakit ini akan mula-mula dikenal pasti melalui tanda-tanda dan simptom yang ditunjukkan.
Kemudian disusuli soal siasat atau pertanyaan berkenaan sejarah kucing ini yang ada menunjukkan kucing tidak pernah di vaksin juga menjurus kepada penyakit ini.
Bagi mendapat hasil yang lebih baik, sesetengah klinik yang lebih kompleks akan mengambil sampel kucing tersebut seperti tahi mata, air liur kucing untuk dihantar ke makmal dan dikenal pasti kuman penyebab kerana ini akan lebih mudah untuk dirawat.
Bagaimana untuk mengubatinya..
Boleh diubati, yang pertama apabila kucing anda dibawa ke klinik veterinar, mereka pasti akan perlu memberikan pengganti bendalir badan kerana kucing itu telah kehilangan banyak sangat air dalam badan. Kucing anda akan perlu di letakkan di wad sekurang 1 ke 2 hari untuk diberi rawatan bedalir untuk kembali keseimbangan air dalam badan.
Kemudian baru dimulakan dengan rawatan antibiotik kerana ada diantara kuman punca penyakit adalah bakteria. Antara antibiotik yang mungkin akan digunakan ialah doxycycline. Antibiotik ini akan disuntik ke dalam badan mengikut sukatan yang diperlukan. Begitu juga ubat titik mata akan turut serta diberi untuk mengurangkan simptom penyakit.
Pendapat saya yang penting jika anda mempunyai beberapa kucing di rumah atau kerap kali anda menghantar kucing ke kedai haiwan untuk boarding terutama waktu perayaan, maka wajiblah anda membawa ke klinik vet untuk divaksin demi keselamatan kucing anda. Bayangkan jika kucing anda berharga RM700 atau dijaga dengan rapi dari kecil dan apabila sudah gemuk dan cantik secara tiba-tiba sahaja jatuh sakit akibat penyakit ini, pasti anda menyesal kerana tidak vaksin kucing tersebut.
Well, semua terletak di tangan anda. Wassalam
salam dr., slps sy bc artikel ni baru sy tahu sakit kucing sy.sebelum ni da gak sy tgk kucing sy bersin bbrapa kali. tp sy x syak apa2.
ReplyDeletecuma, start ari selasa lepas kcg sy keguguran slps bgaduh ngan kcg jntn. dlm tmpoh masa tu, dia xnk mkn.sy bg minum guna syringe.
masuk ari ni, ari ke 3 dia xnk mkn sy bawa ke klinik haiwan. pmbantu vet bg 3 shot- vitamin/antibiotik/masuk air. pg tu dia cuma selsema sikit, tp bbrapa jam slps tu selsema yg kuar dr hidung kcg sy smkin pekat and berdarah. skrg dia trpaksa bnafas ikut mulut.
sy x penah tau ttg vaksin sblm ni, adakh sy dh terlambat utk bg vaksin 2 utk kcing sy?
Salam semua, maaf lambat membalas, kalau kucing anda dah mengalami simptom perlu rawat dahulu sehingga sihat sejahtera, berkenaan vaksin tu memang boleh divaksin kalau kucing itu sudah sihat. Tapi ada vet tak syorkan sebab kucing tu memang dah menjadi pembawa penyakit2 berjangkit maka kalau divaksinkan pun memang merugikan. sebab kucing tu akan menjangkiti kucing lain, walaupun dia sihat sejahtera.
ReplyDeleteank kucing sy slsma tp kt kwsn sy ni xde vet....mcmn nk kuarkn ingus 2 dr idung dia?sy ksian sgt tgk dia xsdp tdo..idung tsumbat :'(
ReplyDeleteSalam Dr..saya baru tau flu ni boleh sampai bawak maut..anak kucing saye kena flu..pnyakitnya makin teruk hingga kan die trpakse mendongak untuk brnafas,dan prnafasannya jugak trsekat2..bnd ni brlarutan smpai smggu lbih.atlast kucing sy mati..pnyakit kucing sy bukn je sbb flu ke?or maybe smpai bwak effect paru2 die? :'(
ReplyDeleteSalam mungkin agak terlambat saya memberi komen balas, baiklah saya just bagi sedikit pendapat, kalau nak bagi keluar hingus memang susah bagi kucing. Tapi saya pernah buat pada satu kucing, saya sapukan sedikit vicks pada area hujung hidung untuk mencairkan hingus dan ia agak berkesan. Cuma kalau mahu cuba untuk satu hari boleh lah tapi saya tak galakkan untuk dilakukan berulang kali. Ataupun anda boleh dapatkan wet food atau can food, panaskan sehingga nampak wap keluar dan bagi kucing makan. Ia juga membantu saya dulu dalam mengurangkan keadaan idung tersumbat.
ReplyDeleteSalam Zarina maaf tak dapat membalas awal, flu ini kalau yang biasa disebabkan bakteria. tapi kalau jenis sampai kucing tepaksa mendongak untuk bernafas tu sebabkan virus. Selalunya virus ni takde ubat dan kebanyakan membawa maut. Cuma apa yang selalu vet buat, ia akan diwadkan selama 2 minggu dan dimasukkan cecair atau fluid dalam badan, dan diberi berterusan antibiotik. Selepas 2 atau 3 minggu kucing boleh pulih, cuma ia akan menjadi pembawa penyakit flu tu dan menjangkiti kucing lain. Jadi berhati-hati jika kucing menunjukkan sign flu sila bawa ke Vet untuk rawatan awal dan elakkan kucing anda stress
ReplyDeletesalam , doc kucing sy 3 ekor selsema . sekor ibu tgh bunting . n anak2 dia .. skrng camane nk atasi ...vet jauh ...
ReplyDeleteterima kasih doc
asingkan anak2 dan ibunya, sebab selalu punca dpt selsema dari ibu.
ReplyDeletekalau saya, tanpa ubatan apa yg kita boleh tolong mereka ialah supportive treatment. bagi air yang banyak untuk mereka minum, kalau taknak minum beli picagari kat farmasi saiz 1 ml. apabila beri mereka minum dengan picagari, pastikan anda masukkan muncul picagari ke tepi mulut bukan tengah utk elak air tu masuk paru-paru.masuk air sikit2.
kemudian bagi mereka makanan dalam tin yg dah dipanaskan dengan oven atau air panas, cuba suapkan makanan pd mereka kalau mereka cuba elak. kerana dgn membri makanan panas, akan menaikkan suhu badan dan mengurangkan selsema.
last sekali cari minuman yang berglukosa, yg sesuai glukolin seperti kt farmasi. atau beli 100plus dn bagi mereka minum. ini untuk memberi tenaga dan elektrolit kat mereka, dan mengelak kesihatan mereka menjadi lebih teruk.
itu peringkat awal yg boleh dibantu, kalau masih tidak kurang sy cadangkan terpaksa cr klinik vet, sebab ada kemungkinan besar ada jangkitan virus yg susah diubati.
harap perkara yg diterangkan boleh membantu
salam dr. kucing saya selalu je batuk dan bersin. lg2 kalau malam2 ataupun bila cuaca sejuk dia macam susah nak bernafas. hidung berair. berat badan pun skrg makin kurang. tak ada tahi mata. ni selsema ye ? apa yg patut buat untuk dia sihat.
ReplyDeletekucing boleh juga mendapat masalah asma, terutama waktu sejuk. malam cuba beri ia selimut tebal pada tempat tidur atau jika tinggl dalam sangkar cuba tutup sangkar untuk elak kesejukan. saya pernah mendapat kes kucing macam ini sesak nafas, possibly tinggi untuk asma
Deleteminta tolong.. kucing sy nie Sytom dye kerap sgt bersin .. 3 hari dah x makan. . air minumam pon berusik sket2 je. . now anak Sytom y baru lahir tue pon dah berjangkit bersin2. . mcmana sy nak buat. . umur anak kucing tue baru 2minggu lebih. . pg td sekor da xgerak kan tubuh nya mati da sekor tinggal 5. . kesian la sy kt beliau. . macamana sy nak rawat anak2 sytom y lain supaya mereka cepat sembuh ? nak asing kan Sytom dgn anak2 nya takut diorang x dpt myusu lak. . sy just bg dye nyusukan anak dia 5kali sehari. . pastue sy letak sytom kt luar. .nak petua. .plss puas da cari x jumpa. . nak bawak g vet xde mase. . harap ada y sudi membantu ~
ReplyDeleteok kalau awak ada ibu kucing lain yg sedang menyusu boleh diberi la unutk jadi ibu angkat. tapi kalau tkde, first u boleh make sure kandang tmpt sytom tu tak sejuk, beri selimut kain untuk di alas atau tutup. terutama waktu malam. ok cara lain u beli air kelapa jangan sejuk, bagi sytom minum perlahan2 guna picagari mesti buat selalu, atau beli 100 plus, ni untuk menaikkan balik tenaga sytom dan juga menaikkan antibodi lawan bersin. hopefully ia bantu, kerana mengikut kenyataan awak ia seperti sytom itu telah membawa penyakit virus selsema kuycing dan disebarkan ke anak2nya.
Deleteemail sy kt gsoftz@yahoo.co.uk kalo ade sebarang maklumat atau petua. .terima kasih semua. .
ReplyDeleteDoc,klu bg papase (papaya enzim) blh jg kn? Utk cair kahak
ReplyDeletepapase itu mostly untuk mengurangkan bengkak, bisul. tapi ia tiada masalah jika guna untuk kahak cuma saya tidak pernah lihat ia berkesan.
Deletekucing saya selsema dan selalu bersin..tgk dia bernafas pun sush.mkn pun dh kurang.n dah bwa jumpe vet,then doc dah cucuk ubat demam n flu..tp belum nmpak perubahan.so,ade tak cara lain yg bolh membantu?
ReplyDeletedr. sy nk tny,,kalo kucen tu terbersin dekat muke kite ade pape effect x kat manusia,,,kucen sy ade symtom2 kt atas neh,,nnt nk try bg 100plus,,tp tula da byk kali terbersin kat muke sy..
ReplyDeletekucing sy pn sama.
DeleteKalau bersin kat kita dan time tu kita sihat takde selsema batuk ok la. Tapi jika awak time tu ada selsema batuk atau sedang stress pening kepala, maka chances awak dapat selsema demam tinggi. Takpe minum air banyak dan kalau dah demam selsema makan ubat panadol n awka akan pulih. 100 plus ia bagus untuk membuang panas dalam badan mahupun toksin disebabkan demam dan banyak kucing saya telah cuba dan ia berhasil kucing selepas sehari demam panas badan serta selsema kurang, cuma kena istiqamah dengan perbuatan itu In cha Allah
DeleteSalam Dr.H,
ReplyDeleteSaya amira, nak bertanya sedikit tentang penyakit kucing selsema ni. kucing2 saya pun terkena penyakit yang sama, suda bawa pergi vet doktor bagi ubat pil. Tapi tetap x baik2. Masalahnya kucing saya sudah lama selsema non stop tapi yang peliknya, mereka tetap aktif bermain x kira masa da juga sangat berselera bila makan.Seingat saya sudah berbulan penyakit ini berlarutan, tapi kucing saya xde apa2 simptom seperti kurang selera makan, tidakk aktif da sbgainya. Cuma baru2 ni salah seekor kucing saya hingusnya berwarna kuning bercampur dgn warna merah yang seakan-akan darah. Saya sangat risau. Minta jasa baik Dr.H tolong saya berkenaan perkara di atas. Terima kasih ye
ACS jika ia ada hingus tapi still sihat kemungkinan kucing anda bermasalaah dengan kawasan sekeliling. kucing anda alah pada habuk atau persekitaran. tu yg membuatkan hidung gatal dan berair tapi badan still sihat. Cuba tgk jika kawasan bermain, tmpt tidur kucing atau pasir kucing tk sesuai, tukar dan bersihkan. Hidung hingus kuning dan seakan berdarah, kemungkinan sebabkan maslaah alahan terlalu lama, dan kotoran debu abuk dan melekat dalam hidung lalu merosakkan hidung sehingga berdarah. Bawa ke doktor ia akan bagi ubat antibiotik melawan masalah ini.
Deletesalam doc.. kalau bg air 100plus tu kena tambah air masak x???
ReplyDeletekalau nak jumpe vet jauh and x tau kat mana...
100plus x perlu tambah air masak, bg jer 100 plus pure
DeleteDr... Kucing persian saya jenis garfield hidung kemek...kat leher dia ada satu benjolan..saya xtaw apa benjolan tu sama ada penyakit tyroid atau else.. Tolong saya jelaskan apa benjolan tersebut dan apa perlu saya buat...tq dr.
ReplyDeleteemma kalau di leher ada kemungkinan bisul, cancer ataupun bonjolan lymph nodes. Tgk samaada kedua belah kiri kanan ada atau sebelah sahaja. Sebab kalau sebelah kemungkinan masalah bisul, cancer atau jangkitan setempat. Pastikan pertama garfield, tu masih makan minum normal. dia tk rasa sakit murung atau tk de la rasa selesa pasa bonjol tu. Kalau awak tgk ada perubahan pada garfield maksudnya ada kaitan dengan masalah kelenjar thyroid, sebab kelenjar ini mempengaruhi hormon, kalau hormon berubah disebabkan bonjolan maka perubahan sifat berlaku juga. Check betul2 kalau bonjolan tu ada mata macam bisul atau tak.
DeleteTindakan yg boleh dibuat, tunggu seminggu tgk jika masalah bisul atau masalah jangkitan setempat ia akan terus hilang dan ok. Tapi jika masih ada, awak kena bawa ke vet klinik. Kita risau ia melibatkan organ dalaman lain terutama jika masalah kancer. Di klini vet ia akan cek, jenis bonjolan. Maybe X-ray perlu dilakukan. Rawatan yg mungkin dibuat, pecahkan bonjol tu, kucing perlu dibius dan bonjol akan dipotong untuk dibuang. Maybe ada makan ubat antibiotik.
Ingt perkara pertama tgk ada perubahan tk kat garfield, makan minum, perangai jadi muram ker. Ada kelainan bawa ke vet, we dont want it become too late baru nak bawa...
Salam. Nak tanya. Kuching saya selalu selsema dan bersin2. Bernafas pun kuat bunyinyer. Mcm org asma. Tp still lg aktif n kuat makan. Jd kenapa dier ader symptoms nie yer? Kene sakitkah?
ReplyDeletesalam wani150, kucing masih muda atau dah tua? salah satu mungkin alahan pada sekeliling macam kawasan tempat mainnya berabuk, agak dusty dan itu selalu bersin dan selsema. Mcmana warna selsema kalau warna hijau atau kuning itu teruk, tapi kalau setakat warna air biasa itu disebabkan alahan sekeliling dan tidak ada kena pasal penyakit, bersihkan kawasan, kurang kucing main kawasan kotor habuk atau kawasan pasir. nafas kuat masa tidur atau waktu bermain. Ada tak lepas main dia macam semput. kucing kalau ada masalah hernia atau masalah dalamam paru-paru boleh menyebabkan nafas kuat dan selalu selsemal. kucing ini memang aktif tapi disebabkan defect masa lahir yang buat paru-paru kurang normal. lama kelamaan ia akan menyebabkan kucing ini ada asma mcm manusia. atau kanser di kawasan paru-paru juga boleh menyebabkan symptom mcm ini, memang masa ini awak lihat ia sihat tapi kalau dah sampai kanser stage 4 memang terlambat. sebab itu saya nak tahu muda atau tua kucing ini.well tindakna yang mungkin awak boleh lakukan ialah pergi vet buat medical check up terutama x ray paru-paru tgk ada abnormalities tak. ini sekadar saranan
Deletekucing saya berumur dlm lingkungan 4-5 tahun. nafas berbunyi waktu biasa dan masa tidur. warna selsema jernih tapi semakin pekat. sebelum ini ada bawa ke klinik tapi doktor bagitahu keadaan sekeliling yang berabuk. klo nak buat x ray paru-paru mahal ker?
ReplyDeleteSelalu X ray paru-paru dalam rm50 ke rm100. Mungkin berabuk sekeliling puncanya. Tapi awak boleh beri suppliment untuk tingkatkan antibodi dan mengurangkan alahan. try tanya petshop atau vet untuk suppliment tu strengthen immune system, rasa banyak produk jenama
DeleteSalam doktor,
ReplyDeleteKucing saya dah seharian takmakan, lepastu ada cecair keluar dari mulut dia, dah bagi air kelapa, air glucolin pon dah,
tapi takda apa-apa perubahan pon, malam ni dia takboleh tidur sebab sesak nafas, kesian saya tengok dia. Vet jauh, dekat mana pon tak tahu..
Ada apa-apa lagi yang boleh buat tak kalau tak bawak pegi vet ?
Kalau tak ada klinik vet, awak pergi jabatan haiwan pun boleh juga mereka boleh tolong. Tapi rasa ada juga perkar ayang awak boleh bantu. Sesak nafas tu merbahaya mungkin boleh mati, mungkin cecair itu datang dari paru-paru so apa yang awak boleh buat kalau tempat awak ada farmasi awak boleh dapatkan ubat ini. clavamox drop, ubat tu drop dalam mulut kucing dan ia kurangkan jangkitan kalau ada. Awak boleh juga bekalkan tempat tido yang ada beberapa lapis kain supaya tak sejuk waktu malam. Kalau ada baju kucing boleh pakaikan juga. Kalau ada Vicks boleh sapu dihidung dan di dada, ini akna bantu legakan sejuk.
DeleteIni akan bantu kurangkan seksa kucing itu, saya rasa awak still kena bawa ke vet, ini dah kira jangkitan dalaman yang kritikal. Kalau masih peringkat awal, kucing takkan sampai sesak nafas. Harap awak dapat cari vet. Boleh saya tahu mana awak tinggal mana, mungkin saya boleh cari klinik vet member saya
Takapalah dr, kucing saya dah arwah esoknya tu..maybe dah teruk sangat sakit dia. Anyway thanks for the info .. :)
DeleteTapi kan dr, dia ada anak empat ekor, umur tak sampai sebulan lagi. Ada kemungkinan tak penyakit dia berjangkit kat anak2 dia ? Then kalau ada kemungkinan , nak kena kasi ubat clavamox drop tu ke?
Saya tinggal kat Baling, Kedah.
ok boleh bagi clavamox tersebut. Saya saran memandangkan ketiadaan klinik vet terdekat, awak amalkan bagi kucing scoot emulsion setiap hari. cairkan scott emulsion dengan air bagi sesudu kecil sehari sekali guna picagari. or masukkan dalam wetfoodnya. amalan bagi wetfood sekali seminggu juga tiada masalah, ia bagus meningkat deria bau dan untuk penghadaman perut. dengan pemberian wetfood dan scott emulsion seperti di atas akan membantu meningkatkan imuniti badan. selamat mencuba.
DeleteSaya dah cari kat farmasi berdekatan tapi tak jumpa lah clavamox drop tu , so sekarang ni saya dah start bagi scott emulsion kat anak2 kucing tu ,
DeleteJust seekor ni, dia takda selera makan and nafas dia bunyi kuat sangat. Umur baru sebulan lebih, patut tak saya kerap letak Viks kat hidung and dada dia ? Risau jugak sebab dia kecik lagi..
kecil lagi tengok keadaan, dia kurus ker atau badan berisi kalau kurus tak perlu laa sebba viks ni agak panas so kalau kucing kurus tak berlemak saya risau ia akan efek dari segi suhu badan. kalau lebih 3 bulan umur boleh, less dari umur tu tak digalakkan
DeleteSalam doc, kucing sy selsema,..mulut dia berbuih td..knp ye?
ReplyDeletekucing apabila selsema, tahap kritikal selsema itu akan mempengaruhi cara kucing bernafas. jika cecair selsema dah masuk ke saluran pernafasan kucing seperti bronchus kucing akan jadi susah nafas. Begitu juga kalau warna selsema bertukar ke kuning atau hijau makna dah menjadi serius. Jadi bila serius keadaan selsema, dan kucing akan cuba bernafas melalui mulut. Sebab itu mulutnya berbuih sebab air bubble yang keluar dari paru-paru bercampur cecair selsema. Ini hanya kemungkinan besar berdasarkan kenyataan awak bagi. Tiada kecederaan pada mulut hanya buih itu terjadi bila salur pernafasan mempunyai selsema atau hingus dan bila bernafas, ia bercampur dengan hingus dan terhasil buih
DeleteSalam doktor
ReplyDeleteAnak kucing saya baru berusia 9 hari. Dua hari lepas saya perasan hidung dia sebelah tertutup dek selsema.Sekarang tiap2 hari saya cuci tapi ia tetap masih ada dan size dia pun lebih kecil dari anak kucing yang lain. Apa yang patut saya buat?
Dan saya ingin minta pendapat doktor, sebelum kucing saya ada anak. Saya ada mengambil anak kucing lain yang masih menyusu dan anak kucing tu menyusu dengan kucing saya. Takpe ke kalau saya biarkan anak kucing lain tu berkongsi susu dengan anak kucing yang bru lahir saya? Atau saya patut kurung dulu anak kucing lain tu?
awak jgn terdedahkan ia pada sejuk sekeliling, selalu naturally anak kucing 9 hari akan sentiasa duuduk bawak perut maknya. so awak kena letak dalam gumpalan baju atau kain untuk comfort dan beri ia haba. saiz lebih kecil itu kadang kala normal, tengok pada anak keberapa ia lahir, sebab jika baby tu yang paling last keluar mungkin saiz lebih kecil tapi bila masuk umur 3 bulan, saiz kembali normal dan ia lebih makan.
Deleteberkongsi anak kucing dengan anak kucing lain tak jadi masalah. cuma hari pertama tu emak kucing maybe akan terasa tak selesa dengan kedatangan orang baru. anda perlu teman ia dan perhatikan ia untuk beberapa jam awal. encourage ia untuk menerima dengan memberi ia bau anak kucing itu, letakkan bersebelahan dengan anak kucing lain. cuma adakah umur kesemua anak kucing itu hampir sama, jika terlalu jauh mungkin jadi masalah anak kucing yang lagi muda akan jadi mangsa buli dan tak dapat susu. foster mom, selalu dilakukan untuk anak kucing yang bermasalah. jangan risau cuma be patient.
nama saya mariam,saya nak tanya,mcm mne ngan kucing sye yg bru kne penyakit tu.sye nk thu mcm ne nk ubati penyakit kucing tu klau kita ubati dengan sendiri
ReplyDeletehai mariam untuk ubati sendiri iitu dibolehkan kalau penyakit itu masih ditahap awal. Sekiranya ia dah sampai ke tahap teruk better bawa ke klinik. Saya boleh bagi tips untuk membantu. Kalau kucing ada tahi mata sentiasa, bersihkan setiap hari bagi ubat mata drop gentamicin atau yang mempunyai antibiotik, ini boleh dibeli farmasi tapi jangan guna eyemo sebab ia tiada antibiotik dan x guna.
DeleteBagi makan dalam tin, yang berkhasiat, saya syor id diet, itu kat petshop banyak. ia bagus untuk memberi tenaga tambahan melawan penyakit. dan menambah selera kucing.ingat perlu panaskan makanan ini bagi cepat mencernakan makanan, kucing sakit bagi makanan sejuk akan lambat cerna.
beri minum air 100 plus banyak, at least 1ml - 3 ml sehari. cara bagi guna picagari perlahan-lahan suap.ini akan membuang toksin dan panas badan untuk elak demam.
adakala saya guna vicks untuk cairkan selsema. jika ada selsema pekat dan melekat, bersihkan untuk mudah nafas.
adakala petshop ada jual bronsyrup, ia akan membantu menyihatkan paru-paru
Satu lagi, saya dulu kalau ada pesakit macam ini saya selalu spend lebih masa untuk mereka. Kucing sakit macam ini perlukan perhatian tuannya. Bagi masa lebih waktu mereka sakit, belai mereka selalu dan saya rasa belaian kasih sayang akan memberi mereka tenaga tambahan melawan penyakit. jgn tinggalkan mereka keseorangan keseekoran.
kalau tgk dia susah nafas terus bawa klinik risau mungkin dah berjangkit ke paru-paru dan takut dah terlewat nak selamatkan.
moga ia membantu
As salam
ReplyDeleteanak kucing saya menghadapi masalah. anak kucing tu tak nak minum susu ibunya n selalu duduk berasingan. sekarang, mulutnya selalu mengeluarkan cecair seperti putih kekuningan n tak mampu berjalan. kawasan perumahan saya tiada klinik veterinar, jadi apa yang patut saya lakukan ?
mohon penerangan n bantu. Terima kasih.
salam azza,
Deletesy cuba boleh bantu sikit, tapi jika ia berjaya tidak bergantung pada kemampuan awak. anak kucing mungkin dah mengidap masalah virus dalam badan. anak kucing lebih 2 bulan ker. Kalau lebih try bagi makan wetfood, kalau paling susah bagi makan tuna supaya deria baunya berfungsi, ini penting supaya enzim perutnya masih digunakan dan sistem penghadaman perut juga dapat berfungsi normal. Seboleh panaskan dulu wetfood guna microwave ker, suapaya ia berbau dan mudah dihadamkan, sama mcm kita nak makan nasi mesti time tengah sedap panas. next, kalau dapat scott emulsion ini untuk antibodi, so campur dengan air sikit suap guna picagari. kalau x masukkan dalam wetfood, give sekali sehari sebanyak 1 sudu kecil.cecair putih kuning bermaksud kucing ini sedang depress, imune sistem masih down mudah kena penyakit lain. jgn terlalu pegang or ganggu, bagi tempat tidur bersesuaian mcm tidak terlalu sejuk. jika hidung ada hingus, try letak sikit aje vicks untuk cairkan dan perlu dibersih hidung setiap hari. dia tak mampu jalan itu sebab dia masih keadaan sakit dan otot tengah masih sakit, mcm kita tengah demam sure x nak jalan sangat. saya cadang pada yang ada kucing di rumah keluar duit sikit beli temometer yang boleh check kat telinga. so kalau kucing anda mcm tak mau jalan tak aktif, letak termometer kat telinga dan tekan punat, tengok berapa suhu, kalau demam kena la tak precaution sebab rawatan untuk demam lain. saya harap anda cuba untuk 2 3 hari perkara di atas. jika kurang berjaya, saya rasa ada cara lain boleh bantu, tapi saya tidak mempunyai maklumat cukup keadaan kucing mcm umur kucing, dia kurus ker, atau perutnya buncit, cecair tu keluar sepanjang masa atau waktu malam sejuk ker. harap maklumat sebegitu dapat membantu, so lebih banyak bantuan boleh diberikan.
hi doc..saya mempunyai sekor kucing berumo 5 bln..dia mghadapi selseme da sy bg dia minum ubat selseme y sy dpt di vet kerajaan..hari kedua sy bg dia minum dia melompat dari pegangan sy da tjatuh tp xtinggi tmptnye.dia berlari dan terkeluar air liur san tbe2 mcm lumpuh smbil tercirirt2. kemudianya hanya air liur y terkeluar2..sy suspect dia kn sawan..cume skrg dia xbleh d mandikan sbb bl sy trylap dia mula dia lari da keluar air liur..dia cume minum air dan xnk sentuh mknan biskut or y wet..bantu lah sy doc..sy cube suap mknan kegemaran dia spt ayam rebus..dia mcm hilang nafsu mkn..bl sy pksa..dia lari da keluar air liur..
ReplyDeletemasa jatuh tu landing kat kepala ker atau kaki. jgn paksa makan, ok macamana fungsi menjilat masih ok. bagi something yang dia boleh dia jilat. try calit kat atas mulut bawah mulut, letak wetfood atau benda manis yang penting jangan bagi perut kosong. Ok macam fungsi berjalan still ok ker. Ada tak time tertentu cam dia sawan terketar2. Ok pasal air liur tu salah satu sebab air liur selalu keluar mungkin ada benda asing dalam mulut contoh benang ker atau benda tak boleh makan. Kalau gigi ada patah sikit atau goyang pun boleh buatkan mulut keluar banyak air liur. Jadi start check mulut dia apa yang punca banyak air liur. nanti bagi tau
DeleteHi doc,sy nk tnya...knapa kucing sy slalu batuk sperti hendak muntah tapi xmuntah..agak risau jugak tgk keadaan dia...tlg bg pnerangan dan pndpt ye doc...thx.
ReplyDeleteok dia ada 2 keadaan tau, satu dpanggil vomiting dan satu lagi regurgitating. Kalau BM kedua2 dipanggil muntah. Untuk keadaan yang awak kata ini mungkin ia regurgitation, sebab apa ia cuba meluahkan apa yang ada di esophagus atau tekak.Vomiting lain ia cuba keluarkan benda yang ada dalam perut. Untuk kes awak ia cuba keluarkan benda yang ada sepanjang tekak. Ada kemungkinan kucing awak termakan sesuatu dan tersangkut seperti tulang ker tapi tak boleh keluar, atau benda asing mcm termakan serpihan benda yang tak patut makan. Atau kucing awak ada kecderaan di esophagus dan buatkan kucing awak tak selesa. Dia ok tak makan minum, cuba rasa sikit bahagian tekak, dia selesa tak ker dia rasa sakit bila awak sentuh. Cuba sentuh ada rasa bengkak ker. Jika serius sampai x makan minum, atau keluar darah atau awak rasa ada bengkak, jumpa vet dia akan buat x ray maybe dan akan berikan ubat untuk mengurangkan masalah tu . Semoga berjaya
DeleteSalam doc..saya nak tanya ape masalah yg ade pada kucing sy..sblm ni die sleseme..kemudian seleseme dah kurang,rase cm ade kahak je kt dlm mulut die sbb care die mkn bunyi2 dngn kahak tu ade n die bernafas pun cm de kahak je bunyi nye..ape perlu sy buat ye doc?
ReplyDeleteada kemungkinan your cat tak recover habis dari selsema. ada satu syrup selalu kat petshop or klinik ada. saya sendiri guna untuk masalah kahak kucing nama ubat bronsyrup bagi minum. u should get air berion untuk bg minum selama seminggu. ia akan membersihkan kahak sikit2.
DeleteAtau pergi klinik haiwan or petshop dapatkan clavadrop ni antibiotik untuk respiratory system, pernafasan
salam doc..ank kucing sy 4 bulan lebih badan dia panas, hidung tersumbat pas2 dia batuk mcm nk termuntah jgk tp dlm tekak ok, bila sentuh pn ok je..smlm dh bwk ke klinik cucuk ubat demam je..makan, minum ok tp xdela byk sgt~ sy tgk hidung dia tersumbat lagi..kdg2 bernafas bunyi "hmmm" tu..last week ada kucing sekor sakit mcm dia jgk tp lepas cucuk ubat demam dia ok hari tu jgk~
ReplyDeletepatut ke sy bwk jmp vet lg?