Saturday, December 15, 2012

maafkan saya

Salam semua

Saya ingin memohon maaf kalau ada pembaca yang bertanya kan soalan pada saya di formspring dan saya tidak menjawab. Insya Allah selepas ini saya akan lebih peka, malah saya akan cuba membantu. Maybe saya juga akan membuka akaun twitter untuk kemudahan anda. 


Satu lagi Insya Allah saya akan memulakan my own mobil klinik, saya akan pergi ke rumah mengikut appointment. Saya akan start memulakan mobile klinik ini Januari 2013 nanti; So nantikan khabar berita terbaru saya. Wassalam


Dr H

Tuesday, December 11, 2012

Hak dan kebebasan haiwan

Tahukah anda haiwan juga mempunyai hak sendiri yang perlu dihormati. Animal Right and Freedom ini bermula dengan memberi perhatian kepada haiwan ternakan namun kini ia digunakan meluas untuk semua spesis haiwan. Ada 5 hak semua:


  • Freedom from hunger and thirst - bebas dari keadaan lapar dan dahaga
  • Freedom from discomfort - Bebas dari keadaan ketidakselesaan
  • Freedom from pain, injury and disease - Bebas dari kesakitan, cedera dan penyakit
  • Freedom to express normal behaviour - Bebas untuk berkehidupan normal
  • Freedom from fear and distress - Bebas dari perasaan takut, trauma dan masalah mental


5 hak atau freedom ini sesuai dijadikan garis panduan untuk owner haiwan terutamanya dari segi penjagaan kucing dan haiwan. Jadi nilaikan sendiri cara anda menjaga haiwan capai tak matlamat di atas. Haiwan tidak boleh berkata-kata atau tuntut hak mereka namun kita sebagai manusia yang bijak pandai seharusnya berfikir sewajarnya. Kita tidak mahu kes kucing mati dan terbiar semasa di boarding di hotel terjadi lagi.

Saturday, December 8, 2012

Nutrisi kucing yang perlu anda check yang bagus antioksida



Kesihatan kucing juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan nutrisi yang seimbang. Doktor Veterinar telah mengenalpasti bahawa setiap peringkat umur kucing mereka memerlukan pemakanan nutrisi yang berbeza. Malahan cara atau gaya hidup kucing itu sendiri mempengaruhi keperluan nutrisi yang secukupnya.

Apakah ciri-ciri atau criteria kucing itu sihat?


Mari kita lihat satu persatu,


  •       Tinja – kecil, tidak terlalu keras, kurang bau.
  •             Tapak kaki – kasar tapi tidak terlalu keras
  • ·        Otot – tegap dan pembentukan lengkap
  • ·        Hidung – bersih, lembut dan perlu sedikit lembap
  • ·        Gigi – kuat, gusi merah sihat dan pernafasan tanpa bau busuk
  • ·        Mata – cantik dan bersinar
  • ·        Bulu – berkilat dan tebal
  • ·        Tulang – kuat dan pembentukan sempurna

Pemakanan kucing yang bernutrisi atau tinggi nutrisi perlu mempunyai formula antioksida bersama vitamin C, karotin beta, selenium dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Dengan keseimbangan yang saya sebutkan mampu untuk member perlindungan daripada radikal bebas yang merbahaya kepada kucing dan memastikan sistem imuniti kucing kuat.

Apakah pakej lengkap pemakanan kucing yang bernutrisi tinggi untuk melindungi dari radikal bebas.

Seperti yang saya sebutkan, pemakanan kucing yang bagus untuk antioksida perlu mempunyai kadungan yang akan saya sebutkan dibawah:

  • ·     Vitamin E – membantu proses pemulihan tubuh badan dari penyakit. Membantu mengurangkan kemungkinan penyakit jantung dan saraf. Mengurangkan kesan penuaan
  • ·   Vitamin C – akan memberikan kuasa tambahan atau boster kepada keupayaan vitamin E. Membantu melindungi daripada penyakit kanser.
  • ·       Selenium – meningkatkan keupayaan keperluan vitamin E. Membantu menghasilkan enzim tertentu untuk melindungi badan dari kerosakan proses oksida.
  • ·        Beta- carotene – membantu membina sistem imuniti yang kuat. Kompenen penting untuk melawan kebanyakan penyakit kucing

Sumber makanan vitamin E boleh didapati dari bijirin, manakala vitamin C boleh didapati kebanyakan buah-buahan seperti sitrus. Manakala selenium didapati dari makanan laut serta bawang putih, dan akhir sekali sumber makanan bagi beta-carotine sudah tentu dari lobak dan tomato.

Dengan kombinasi komponen makanan antioksida di atas maka ia dapat membantu kucing anda :
·        











  •      Membina sistem imuniti yang sihat dan kuat
  • ·        Melindungi kucing dari risiko penyakit
  • ·        Secara klinikal mampu mengurangkan kerosakan sel.


Jadi secara kesimpulan saya boleh katakan keperluan nutrisi yang betul perlu mempunyai komponen anti oksida yang mana terbukti boleh member pelbagai manfaat bagi anda dan kucing. Ingat apabila membeli makanan kucing yang pelbagai brand, perlu ada komponen antioksida yang tinggi iaitu vitamin E, vitamin C, selenium dan beta-carotine. Insya-Allah, tanpa usaha pasti tidak berjaya itulah ramuan ke arah pemakanan sihat.


Sehingga kita berjumpa lagi pada tulisan saya yang lain. Semoga hidup anda dan kucing anda dirahmati tuhan. Wassalam

Thursday, November 1, 2012

sedikit maklumat tentang masalah pundi kencing kucing atau flutd

salam semua,

ok hari ni saya akan berbincang hal atau masalah kucing secara santai. flutd atau feline lower urinary tract disease adalah masalah biasa yang boleh berlaku pada kucing. kenapa saya cakap macam tu, sebab apabila kucing mula makan makanan kucing yg dibuat kilangmaka pelbagai ragam dan masalah kesihatan boleh timbul. saya bagi contoh mudah, pernah dengar smartheart cat food, brand mempunyai kandungan garam atau sodium yang lebih tinggi dr makanan kucing biasa. so ia boleh memberi masalah terutama pada kucing baka parsi.

baiklah, saya akan cover part pertama perbincangan iaitu simptom atau sign lower urinary tract. antara sign yang biasa diketahui ialah kucing anda akan mula kencing di kawasan merata rata. maksudnya kucing anda tak sempat nak ke tandas lah tu. sign kedua yang perlu anda awasi ialah resah dam tak senang duduk kucing anda. kucing anda sentiasa menjauhi diri dan tak nak makan, sebab pundi kencing dia sakit. so bila sakit pundi kencing, ada kucing lak akan selalu ke pasir kucing. kucing juga akan kelihatan berasa sursah nak kencing. payah nak keluar air kencing. kalau dapat kencing pun anda akan dapat lihat air kencing berdarah.

semua sign di atas berlaku kerana kucing anda mempunyai saluran kencing yang tersumbat. ini mungkin terjadi kerana pemakanan yang kurang sesuai dan tak sihat. punca lain ialah kucing anda kurang bersenam atau membuat aktiviti fizikal asyik duduk dalam rumah ajer. atau kucing anda kurang pengambilan air secara harian. ada sebab kenapa kucing anda kurang pengambilan air. salah satu kerana kucing tidak akan minum air dalam mangkuk yang tidak penuh, atau mangkuk  itu terlalu kecil, atau diletakkan di kawasan yamg bising atau diletakkan dekat dengan pasir kucing. kucing yang mengalami obesiti juga ada kemungkinan untuk mendapat masalah flutd jadi beringat lah kucing tabby pun tak bagus juga.

so apa yang terbaik untuk kucing anda jika masalah ini datang. yang terbaik anda kena bawa ia ke klinik vet kerana kami doktor vet biasa hadapi masalah ini dan tahu cara untuk membantu memulihkan.

ok lah ini sahaja dulu dari saya, semoga bertemu lagi.

wassalam

DR.H

Thursday, October 18, 2012

Kenapa nak kena bawa kucing ke Klinik Vet, ada ker Klinik Vet yang ok

Salam semua pembaca, Assalamualaikum,

Apa khabar, topik kali ini agak ringan, membicarakan tentang kenapa anda membawa kucing anda ke klinik vet dan kebaikannya serta jenis klinik vet yang sesuai untuk anda. 

Baiklah selalu tak anda membawa kucing ke klinik, setahun sekali ker, atau kekerapan dalam bulan seminggu sekali. Klinik mana yang anda gemar, klinik kucing sahaja atau klinik yang campur dengan anjing. Kucing anda seeloknya dibawa sekurangnya setahun sekali ke klinik betul kan kan..Bukan apa. mungkin hanya untuk medical check up. Ada setengah tuan kucing tak suka kucing diperiksa banyak kali atau diselalu enjit lah katakan. Kepentingan untuk membawa kucing anda ke klinik bergantung pada anda. Namun ini nasihat saya, kalau kucing anda sakit jangan lah tunggu sehingga kronik keadaan kucing tu baru nak bawa ke klinik vet. Dah tu lak, bila Vet tak dapat betulkan keadaan sakit tu atau kucing itu mati awak pergi salah kan vet tu. Kucing macam manusia, tak boleh terlalu lewat dirawat jika sakit. Vet pulak bukanlah magician, kami hanya boleh membantu merawat tetapi kuasa menyembuhkan sakit itu masih lagi terletak di tangan tuhan. Saya berharap selepas ini janganlah di salahkan lagi vet-vet diluar sana kalau kucing anda still tak sihat, atua mati di tangan vet. 

Ok selalunya ada tuan punya haiwan atau pet tak tahu tujuan mengapa perlu dibawa haiwan belaan ke klinik. Tapi mungkin ada yang tak pasti, saya jelaskan serba sikit. Kebiasaan adalah untuk medical check up, untuk diberi vaksin untuk tahunan, diberi ubat cacingan atau kutu, kalau yang pregnant mungkin nak check bila nak beranak kucing itu ker, ada yang nak kasikan kucing, mungkin ada kucing yang sakit so kat klinik vet lah dituju. Kucing juga terdedah pada risiko kemalangan, kalau dah terlibat maka ke klinik vet juga untuk dirawat kucing. 

Ada sedikit isu yang ingin diterangkan, ada yang fobia nak bawa kucing ke klinik vet kerana kos perubatan yang dikatakan lebih tinggi dari rawatan manusia. Begini, rawatan untuk haiwan memang agak mahal, kerana satu kos untuk ubat itu sendiri sudah mahal dan spesifik tempat boleh dapat. Malah prosedur untuk haiwan juga lebih susah berbanding dari manusia, sebab itu sesiapa belajar vet memang sebenarnya lebih susah dari belajar medic. Saya tak nafikan bil untuk rawat kucing boleh mencecah ratusan ringgit, tapi percayalah doktor vet juga penyayang haiwan. Mereka akan sedaya upaya membantu anda untuk menyelesaikan kos bayaran perubatan. Ada antara vet menawarkan ansuran bulanan untuk meringankan beban serta ada juga menawarkan potongan diskaun untuk pelanggan yang tetap. Jadi nasihat saya jangan fobia untuk datang klinik vet, just singah dahulu tengok keadaan klinik. Saya juga nafikan ada klinik yang high klass memang agak cekik darah, charge terlalu tinggi. Ini kerana ada antara mereka ini buat rawatan yang tak perlu, buat ujian yang takde kaitan. Alaa macam awak hantar kereta ke workshop, kereta awak cuma masalah aircon tapi mekanik kata awak punya brek tak makan lah dan macam2 lagi.


Kita ke subtopik last sekali, jenis klinik vet yang sesuai untuk anda bawa kucing ke sana. Anda perlu tahu ada klinik haiwan yang betul-betul kinik diuruskan Vet bertauliah. Ada klinik diuruskan oleh orang yang menyamar sebagai vet sebab nak cari untung tapi hanya tahu sikit aje pasal vet. Ada juga kedai haiwan atua petshop buat side income kata mereka juga ada klinik vet dalam tapi sebenar takde pun vet, mereka pandai-pandai jadi vet pun ada. So nasihat saya hati-hati pada yang menyamar dan penipu ini. Cara terbaik tanya mereka sapa doktor vet, kelulusan mana serta tanya no APC atau amalan perubatan. Kalau diorang boleh jawab soalan betullah tapi kalau ragu-ragu gak masuk google taip senarai veterinar kemudian carilah nama vet yang disebut tu. 

Ok seterusnya ada klinik vet yang serba lengkap, mereka boleh buat ujian makmal disitu juga serta ada boleh buat autopsi disitu juga. Malah ada klinik vet siap ada wad yang sangat selesa beraircond dan sebagainya. Itu memang 1st class klinik tapi masalahnya kos bil mesti mahal-mahal belaka. Ada klinik vet yang cuma menjalankan pembedahan dan ada wad biasa-biasa shaja. Itu kos perbelanjaan sederhana dan mampu untuk semua. Ada juga klinik vet yang hanya ada khidmat rawatan asas, itu jenis klinik mini. So kena cari klinik vet sesuai untuk anda dan kucing, cuma ingat kalau mereka ini vet asli maka mereka akan memberikan khidmat terbaik untuk anda tak kiralah murah atau mahal kos tersebut. Apa yang penting bagi kami veterinarwan ialah memperbaiki kualiti kesihatan dan kehidupan kucing anda. 


Itu sahaja dari saya buat masa ini, semoga bertemu lagi dan ingat pesan saya. Anda ada kemusykilan atau nak komen sila dna dialu-alukan. Wassalam

Dr.H

Sunday, August 26, 2012

hai semua salam raya

salam semua,

Maaf lama tidak ketemu di blog ini, saya kesibukan hari-hari ini kerana ada hal yang penting. Oh ya hari raya aidilfitri ini saya memohon maaf pada semua dan selamat hari raya... semoga beraya la kita di hari raya hehe. Wassalam

Saturday, July 28, 2012

Sambungan kepada Makanan yang tidak patut anda beri pada kucing



Saalam sejahtera semua pembaca,

Ok kita sambung sedikit, kalau hari itu saya hanya beri sehingga alkohol memang tidak boleh diberi pada kucing.

Next makanan yang tidak patut anda beri pada kucing ialah:

Anggur dan kismis adalah makanan yang agak merbahaya kepada kucing, tapi kepastiannnya  masih diragui. Kenapa saya cakap begitu sebab tidak banyak laporan kes atau kajian kes mengatakan jenis makanan ini akan memberi kemudaratan kepada kucing, cuma ada beberapa kes terpencil. Namun mereka percaya bahawa dengan makan anggur dan kismis boleh memberikan masalah buah pinggang kepada kucing. Dengan pemberian dalam bentuk kuantiti kecil diakatakan boleh menyebabkan kucing anda muntah-muntah

Kafein atau minuman makanan berasaskan kopi dan seangkatan dengannya juga boleh memberikan masalah pada kucing. Masalah yang dikatakan ialah kafein ketoksikan. Simptom keracunan kafein yang anda boleh lihat pada kucing ialah kegelisahan seperti orang dalam keadaan demam dan kepanasan, pernafasan yang laju iaitu boleh dilihat melalui pergerakan toraks atau dada kucing anda, kekejangan otot iaitu anda akan melihat kucing anda seperti dalam keadaan mengeliat atau kejang yang berlarutan beberapa minit. OK kat mana makanan yang anda rasa boleh dijumpai kafein atau kopi, banyak sekali..Kafein boleh dijumpai dalam beberapa minuman coklat, ubat slesema, painkiller dan juga minuman tenaga tambahan seperti Redbulls.

Macam kafein diatas, ia boleh membuat kucing anda terbunuh. Sama juga dengan kisah makanan seterusnya iaitu coklat boleh memberikan kesan maut yang sama kepada kucing anda. Didalam coklat atau koko ada bahan racun pada kucing iaitu theobromine. Jangan risau Theobromine ini hanya merbahata kepada kucing tidak kepada manusia. Apabila kucing memakan coklat ia akan menunjukkan simptom ketidakstabilan denyutan jantung menyebabkan kucing anda tiba2 keletihan, sawan dan terus menyebabkan kematian.



Seterusnya makanan ini adalah selalu dimakan kanak-kanak tapi merbahaya kepada kucing, iaitu gula-gula atau candy dan juga gum. Sama juga bahan dalam ubat gigi sangat merbahaya kepada kucing. Kesemua bahan yang baru saya sebutkan mempunyai bahan dinamakan xylitol. Xylitol ini dipercayai menyebabkan hormon insulin naik dan menjadikan tekanan darah kucing jatuh mendadak. Lalu kucing anda akan kelihatan tidak bermaya, seperti orang keletihan main bola dan akhirnya pengsan, sekiranya perkara ini tidak dibetulkan maka kucing anda boleh maut. Kesan xylitol pada kucing juga boleh membuat hati rosak dan kegagalan hati berlaku.


Tanda-tanda yang anda boleh lihat apabila kucing anda termakan xylitol ialah muntah, kelesuan dan jalan secara terhoyong-hayang dan tidak stabil.

Ada lagi satu makanan yang tidak patut anda beri pada kucing. Makanan harian ini biasa anda makan untuk menambah tenaga di permulaan hari. Ingat jangan beri kucing anda makan telur mentah, tak kisah laa telur ayam atau telur itik ker. Memang dari segi logik, telur boleh memberi tenaga tetapi kajian menunjukkan ia ada bahaya. Kerana telur mentah mempunyai jumlah koloni bakteria E.coli dan Salmonella yang tinggi dan boleh membuatkan keracunan perut. Telur putih pula mempunyai sebatian dinamakan avidin dan ia boleh mengganggu pengambilan atau penyerapan vitamin B iaiitu biotin oleh badan. Ini juga boleh memberikan masalah kulit pada kucing anda memandang biotin amat penting bagi kecantikan dan kesihatan bulu kucing.




OK-ok ada satu lagi makanan yang biasa anda bagi kepada kucing tetapi sebenarnya ia memudaratkan kucing tersebut. Apa dia yerk???

Hah makanan yang saya sebutkan ialah ikan dan daging  mentah, tolonglah sangat-sangat jangan diamalkan kepada kucing. Kerana pertama sekali ia adalah mentah dan boleh mengundang kepada keracunan makanan. Malah enzim dalam ikan mentah boleh memusnahkan thiamine di dalam tubuh badan kucing, Apa itu Thiamine, ia adalah vitamin B1. Vitamin B1 ini penting untuk penukaran karbohydrat dalam badan menjadi glukosa yang akan digunakan sebagai sumber tenaga utama badan. Kekurangan thiamine akan menyebabkan masalah neurologi pada kucing dna lalu koma.




Jangan bagi hati kepada kucing anda, tak kisah laa hati lembu ker hati kambing ker. Kerana ia boleh memberikan masalah keracunan toksik vitamin A. Sebab ia boleh menyebabkan kekurangan vitamin A dalam badan dan menjurus kepada masalah kerapuhan tulang seperti osteoporosis.


OK la sahabat itu sahaja maklumat saya hendak kongsikan sekiranya ada kesangsian atau perkongsian sila bersama-sama dikomen. Sama-sama kita memberikan yang terbaik untuk kucing kita, tak kira la kucing kampung sekalipun kerana Rasulullah SAW mampu menjaga kucing begitu juga kita, banyak pahala dan manfaatnya Insya Allah.

Dr H

Tuesday, July 24, 2012

aDAKAH BAWANG PUTIH ATAU gARLIC SELAMAT UNTUK KUCING ANDA?


Penggunaan bawang putih dalam haiwan peliharaan mungkin telah disalahfaham. Bawang putih dapat memberi juga manfaat dan ia juga boleh memudaratkan, bahkan maut kepada kucing. Apabila bawang putih berbahaya, ia menyebabkan anemia teruk atau kekurangan sel darah putih.




Kesan anemia bawang putih
Kucing yang mempunyai anemia akan mengalami denyutan jantung yang pantas kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membawa jumlah oksigen yang normal dalam darah mereka. Jantung haiwan kesayangan anemia berdenyut lebih pantas untuk mengedarkan oksigen dan menyimpan otak, buah pinggang, hati, dan otot berfungsi.

Sumsum tulang haiwan kesayangan kucing anda yang anemia cuba untuk menghasilkan RBCs baru pada kadar yang pantas, menarik nutrien, termasuk zat besi iaitu iron dan vitamin B daripada makanan dan tisu mereka. Limpa atau spleen membesarkan kerana ia berfungsi untuk mengenal pasti dan mengeluarkan semua RBCs yang yang telah dirosakkan oleh bawang putih. Jika badan tidak bertindak balas dan mengekalkan tahap hemoglobin yang normal, haiwan kesayangan akan memerlukan pemindahan darah atau perlu dapatkan bekalan darah dari kucing lain untuk terus hidup.

Mengapa kucing begitu mudah untuk bawang putih?
Kucing adalah lebih terdedah kepada anemia bawang putih akibat daripada anjing kerana hemoglobin kucing adalah berbeza daripada anjing-anjing. Hemoglobin adalah bahagian RBC yang membawa oksigen. Molekul dalam hemoglobin telah dioksidakan oleh sulfoxides dalam bawang putih, dan ini  merosakkan RBC secara kekal. Limpa akan menapis RBC dan membuang mereka yang mengalami kerosakan, menjadikan darah kucing anda tidak pekat tetapi cair Ujian darah menunjukkan kami bagaimana "cair" darah adalah dari jumlah hematokrit atau pack cell volume dan slaid darah menunjukkan kita yang Heinz body duduk dalam sel-sel darah merah.

Apakah dos toksik bawang putih?
Dos toksik untuk haiwan peliharaan adalah 1-2 ulas / kg, jadi haiwan peliharaan 4-kg menerima 4 atau lebih ulas sehari boleh mati. Satu sudu teh serbuk bawang putih adalah sama dengan 1 ulas. (Ulas bawang putih dan satu sudu teh serbuk bawang putih berat kira-kira 9 g.) Jadi, 4 sudu teh serbuk bawang putih (36 g) akan menjadi toksik kepada haiwan kesayangan 4 kg, seperti kucing purata anda.

Apakah dos yang selamat bawang putih?
Dos yang selamat bawang putih untuk kucing yang sihat adalah sekeping bawang putih 2-3 ulas kali seminggu. Walaupun ini dos bawang putih yang selamattetapi ia tidak cukup untuk deworm haiwan kesayangan atau menyembuhkan penyakit virus, ia mungkin merangsang sistem imun yang baik. Di samping itu, bawang putih mampu menyediakan "haba" untuk badan dari perspektif perubatan tradisional Cina (TCM), dan "haba" adalah bermanfaat untuk haiwan kesayangan lemah, kesejukan,demam, atau lebih tua.

Sekiranya terdapat gejala anemia; gusi pucat, degupan jantung yang pantas, edema, lemah, demam kuning. Jika mana-mana ini berlaku,segera ke Vet berhampiran.

Semoga anda mendapat sedikit manfaat darinya.

Saturday, July 21, 2012

Sedikit tips yang saya belajar: Makanan yang tidak patut anda beri pada kucing..

Salam sejahtera, ada kalanya kita suka beri makan kucing kita sesuatu yg biasa kita makan seharian, ataupun makanan tersebut menjadi kesukaaan kucing kita. Seperti makanan biskut jenama tertentu atau ikan mentah dan sebagainya.

Wahai sahabat kalian, tahukaH anda terdapat makanan ini adalah sebenarnya merbahaya pada kucing kita secara tak sengaja jika diberi kerap kali. Mari saya terangkan satu persatu, moga anda ambil tauladan darinya,

Pertama, tuna dalam tin. OK ia adalah makanan manusia yg dibubuh dalam tin, mcm sardin. Adakala kita ingt ia bagus untuk kucing maka diberilah. Memanglah kucing kita tu suka sangat tapi sebenarnya diet seperti itu tidak langsung seimbang.

Kedua, makanan kucing yg mengandungi onion atau bawang, garlic atau halia. YA saya tahu ada beberapa jenama makanan biskut kucing yang terkenal mengandungi halia, dan bawang. Jangan terperanjat, apabila kucing anda gemar memakan perisa ini, ia akan menjuruskan kepada simptom anemia atau kekurangan darah merah. Ini kerana bahan-bahan ini mampu memecahkan bahan yg membuat sel darah merah kucing lalu berlaku kekurangan darah merah. Maka kucing anda akan menjadi kurang bertenaga, tidak banyak berjalan, tidak aktif dan sebagainya. Ialah macam manusia kalau baru lepas derma darah mesti mcm lembik sikit. Malah makan bawang dalam jumlah yg besar juga boleh menjuruskan kucing anda mengalami keracunan bawang. Dasyat juga masalah ini yerk.

Ketiga ialah susu, ok memang lah masa anak kucing boleh minum susu. Tapi sebahagian besar kucing dewasa memang tak boleh tolerate susu. Malah usus mereka tidak dapat memproses susu dengan baik lalu menghasilkan masalah cirit-birit..

Keempat ialah alchohol. Sememangnya kita tak minum akohol tetapi sekiranya kita memberi makanan yg berakohol kucing akan menjadi koma kerana tahap keracunan itu sgt tinggi bagi otak.

Ok la shabat sy beri separuh dahulu, separuh lagi sy beri keesokan hari maklumlah nak tido. Esok dh mula puasa, nak bangun awal sahur. Selamat bersahur dan puasa pada Umat Islam

Wasalam

Dr H

Tuesday, July 17, 2012

Kenapa nak bela kucing??? yerk

Salam sejahtera, Assalamualaikum wahai pembaca sekalian,

Baiklah topik saya kali ini agak santai tapi mungkin akan memberi sedikit buah tangan untuk dibaca dan difikirkan. Tengok orang lain bela kucing, tiba-tiba lak kita ada keinginan nak bela kucing juga. Eh tunggu takkan senang camtu jer nak bela kucing. Ye la kan mentang2 kucing kampung jer takpun kucing kutip.Walau apa kucing sekalipun kena lah ingat bela kucing macam membela anak angkat, dan perlu tanya dulu naper saya dan bela kucing.

Terfikir atau tidak ramai orang bela kucing sebab pelbagai perkara, sayang, nak buat duitlah, bosan sorang-sorang. Haha saya sendiri ada 5 ekor kucing di rumah, tapi saya part time jer, yang full time my ibu. Ni pun ada newly birth 6 ekor, hope survive. So semua sekali dalam 11 ekor kucing parsi.

Ok la berbalik pada soalan, naper nak bela kucing. Saya bagi faktor-faktor yang mungkin berlaku..

1. Nak sayang kucing
2. Bosan sorang-sorang di rumah takde teman
3. Leh buat duit terutama jual anak  kucing eksotik macam Bengal.
4.Nak tangkap tikus
5. Sunnah Nabi
6. Halau hantu
7. Sebab minat / hobi
8. Nak jadi doktor vet
9. Kesian
10. Lain-lain

Ok la pembaca sekalian, anda di dalam kategori mana yerk.. Jom kita tengok satu-satu kelayakan atau faktor di atas. Kalau nak bela kucing sebab suka sayang kucing, itu bagus dan itu part yg best sebab dapat sayang kucing. Tapi part yang tak best nak kena bagi makan kucing, buang tahi kucing mandikan kucing dan macam-macam hal kebersihan diri kucing. Kalau anda jenis tak suka kotor-kotor najis like that lupakan.

Kedua sebab bosan, well thats nice sebab bosan nak bela laa kucing sebab jadi peneman. Malah jenis macam ni boleh la habiskan masa bosan itu dengan beri makan kucing, mandikan kucing, bersihkan tahi kucing, groom kucing.  That is ok la kalau anda sedang mencari kucing untuk menghilangkan kebosanan. Tapi takut lak bila dah tak bosan, kucing dibiarkan. Nanti kucing itu lak bosan.

Ketiga ni jenis bisnes punyer, dia sanggup kena kotor najis kencing kucing sebab nak pastikan kucing itu cantik molek dan dapat dijual.At least boleh beri balik modal jaga kucing. Kucing parsi di pasaran sekarang dalam RM 800 ke atas untuk yang anak kucing. Bayangkan awak ada 10 ekor anak kucing parsi dijual harga RM800. Mahu dapat RM8000 semudah itu. Jenis macam ini kurang penyayang, dan tau bermain duit. Takpelah bairkan luncai terjun dengan labu-labunya laa.

Nak tangkap tikus, eh biar betul nak bela kucing sebab nak tolong tangkap tikus rumah. Hampir semua kucing yang pernah famili saya bela langsung tak pandai tangkap tikus. So good luck laa bagi yang memilih faktor itu.

Sunnah Nabi, satu niat yang murni. Nabi Muhammad SAW memang ada seekor kucing yang rapat degan baginda. Baginda tak pernah mencederakan haiwan seperti kucing ini. Malah Nabi memberi nama Muazza pada kucing nabi. Nabi memberikan segala keperluan secukupnya untuk kucing baginda. Jadi bagaimanakah keperluan yang diberikan anda pada kucing, sangat memuaskan atau tidak.

Halau hantu ker... hahahaha ini first time saya dengar. Mentang-mentang la kucing ini sejak dari zaman Nabi Musa ada, maka macam2 cerita seperti ini berlaku. Well bagi saya it is least likely, walau orang Mesir kata Kucing ini boleh menakutkan Mumia dan Hantu. Bagi diri saya amat-amat kurang percaya.

Hobi dan minat bela kucing itu suatu nawaitu baik untuk menjaga kucing. Mereka ini jenis yang sangt suka dan penyayang pada haiwan terutama kucing. Malah ada diantara mereka sangat tahu menguruskan seharian kucing, malahan juga ada mereka yang lebih pandai dalam hal-hal berkaitan kucing seperti kesihatan daripada doktor vet sendiri.

Sebab nak jadi doktor vet maka u kena bela kucing. Haha, maybe sebab nak biasakan diri dengan haiwan so kena la pandai jaga kucing. Tapi sebenarnya tak berapa perlu laa.

Kesian, itu terms yang selalu didengari oleh tuan punya kucing di klinik haiwan terutama . Bila ditanya kenapa ambil kucing busuk tu dari sampah, si anak menjawab kesian ayah kaki dia kena potong la cederala. U memang bagus dan dapatlah pahala, tapi kena kuat hati menjaga kucing ini sebab ia bukan kucing kamu dan mungkin tuannya mencari maka u kenan bagi balik. Sekarang ini banyak sentimen bencikan kucing berlaku di negara kita, ada yang kena potong kaki sebab curi ikan la, kena air panas la.

Dan lain-lain faktor itu mungkin faktor yang tak terrungkai...

Oklah sahabat, saya cuma bagi sedikit mukadimah terbaru berkaitan hal ehwal kucing dan penjagaan,
Sehingga ketemu lagi lain hari, mata pun dah ngantuk nak tido. Byeee Wassalam

Dr H

Wednesday, May 30, 2012

Zoo Negara

Zoo Negara which is situated at Kg Kemensah Hulu Klang, I'm working as veterinarian here for more than 2 months already. At the zoo, I gather experience on treating various zoo animal. Such as tigers, giraffe, camel and a lot more. I'm really excited to become vets here and hope to be specialist in wildlife area. It is my ambition to work as wildlife and zoo veterinarian, not many people wanted to risk their life to treat wild animal. Being Zoo Veterinarian make me appreciate god creation and knowing more about animal. thank you Allah. Thats all folk, I will be writing again to talk about cat and wildlife medicine next time. Bye

Dr H

Thursday, April 19, 2012

genap 2 bulan

Salam sejahtera..... apa khabar semua

Saya ni sibuk memanjang, ish ish tak patut tau. Sampai lupa segala keperluan yang perlu dibuat sebenar. Oh ya semalam genap dah 2 bulan yerr, apa dia. Genap 2 bulan saya dan isteri berumah tangga, so syukur pada Allah masih lagi menerima nikmat itu. So pada yang disana.. ini ingatan saya kalau dah bekerja tu dan berkapel laa kan cepat-cepat lah kawin dan diijab kabul.. Moga lagi mendapat barakah dari Allah.

Ok sahaja itu saya darikan hahaha... lain kali saya akan beri post dan berblog dengan isu dan info yang lagi bernas ok. Selamat berhari kerja.

Wassalam.

Dr H

Monday, January 30, 2012

Detox pad

JUALAN MURAH, detox pad

Sebagai meraikan kemasukan awal tahun 2012, saya ingin memberi anda peluang hebat untuk merasa bersama memakai detox pad. Jualan murah detox pada bermula.

Dengan hanya harga sekeping RM0.10 saya jual pada anda 100 keping detox pada pada harga runtuh RM10.00 dan yang terkini. Saya memberi anda extra 20 keping jika anda membuat tempahan pada saya sebelum 15 Februari 2012.

Jadi apa lagi ditunggu email pada saya dr_hafidz@yahoo.com jumlah yang ingin dibeli.

Atau deposit jumlah wang tersebut ke akaun Maybank saya 162143076018. Setelah anda deposit wang, email kan pada saya tarikh, masa, dan jumlah yang anda depositkan untuk pengesahan. Setelah disahkan transaksi telah dilakukan saya akan meminta alamat untuk tujuan pengeposan. Tiada caj pos dikenakan malah saya akan melakukan Pos laju demi memberi kepuasan anda. Dalam masa 48 jam saya akan selesaikan segala transaksi agar anda boleh menerima detox pad anda dengan kadar segera.

Ingat emailkan jumlah yang dibeli dan depositkan ia secepat mungkin.

Hafidz

Tuesday, January 24, 2012

Manfaatkan ilmu, memberi keuntungan pada semua

Salam sejahtera, Assalamualaikum pembaca,

Hari ini hari cuti, maka ingin saya berkongsi sedikit satu tazkirah ringkas yang saya baca. Harap ini memberi manfaat berguna untuk kita berfikir dan gunakan kelak. Oh ya, saya akan sambung kembali dengan tajuk-tajuk berkaitan kesihatan kucing dan haiwan, sedikit masa lagi. Cuma buat masa ini mari kita baca tazkirah di bawah, hasil bacaan dari sahabat Siti Salmiah, my friend dalam facebook.

dari Dr Muhaya

Pada 1960 kajian pada 1500 pelajar business school. 2 kategori mereka1. Mereka dalam bidang itu untuk mendapatkan wang sahaja ( 1245 orang) 2. mereka yang ingin menggunakan ilmu mereka untuk buat sesuatu yang mereka prihatin dan berminat (255 orang). Selepas 20 tahun 101 orang dari 1500 menjadi jutawan. 100 orang dari jutawan ini dari kumpulan kedua yang niat belajar untuk berbuat sesuatu keatas yg mereka prihatin bererti mereka ingin memberi manafaat melalui ilmu mereka. Sama kita renung terutama pelajar sekelian kita belajar untuk pencapaian dan pandangan manusia atau untuk ilmu yng memberi manafaat. Jika niat ingin membeti manfaat insyaAllah senang di dunia dan di akhirat. Manusiapaling kaya ialah mereka yang paling bermanafaat. Perhatikan apa kitabtaip memberi manafaat atau sebaliknya. Setiap perkara ditaip dicatit malaikat dan akan dipertanggungjawabkan.

Wassalam

Friday, January 20, 2012