Friday, March 29, 2013

Soalan ada kesan bulu botak di tengkuk kucing


Soalan dari Azza


salam doc..blh sy tau knp kucing ade kesan botak kt tngkuk leher?mula2 sikit,tp makin bnyak pulak..sy dhmandikan dgn shmpoo machiko ade kurang skit jika tidak smpai merah2,luka di buatnye..


Jawapan dari Dr Hafidz

Ok azza just nak tanya dulu kat area tengkuk leher tu means kat bahagian trakea ker, atau belakang leher. 

Selalu biila berlaku begitu disebabkan hama, mites dan lice. Diorang ni duduk kt kulit dan area yg awak ckp tu kucing susah nak jilat, sebab tu kita tgk kucing jilat satu badan sebab nak buang prasit ni tapi ada area yg dia tak boleh jilat mcm tmpt tadi tu. 

Satu lagi kemungkinan kucing awak kena fungus maybe, ia dipanggil ringworm fungus. Mula-mula botak kecil kemudian area tu makin besar, So bagus awak mandikan dengan machiko. Amalkan sampai ok, tapi kalau takde kesan, maknanya machiko dah tk boleh lawan so kena g dapatkan injection ivermectin 3 dose setiap 2 minggu kena ambil baru pulih. 

Itu sahaja terima kasih untuk makluman masalah awak

Dr Hafidz

Tuesday, March 5, 2013

kucing mempunyai mata berair

Salam sejahtera, saya hendak membawa kepada satu soalan yang ditanyakan kepada saya, Kepada Syazana saya cuba membalas menggunakan alamat email awak namun tidak dapat dihantar. Jadi saya ingin menjawab persoalan awak di sini. 


hai dr.hafidz......saya tinggal di kawasan pedalaman....saya mempunyai seekor kucing bernama junior....saya mendapati bahawa kucing saya mengalami sakit mata bengkak dan berair...apakah yang patut saya lakukan untuk merawat kucing saya,junior????? Harap dr. boleh membantu saya.Sekian.


JAWAPAN

salam mata kucing awak berair sebelah ker atau kdua-dua. Ok ini saranan saya, selalu ia petanda awal kucing awak nak demam. Tapi kalau sebelah sahaja mata jadi macam tu, selalu sebab local infection.Ok apa yg awak kena buat ialah kalau ada farmasi biasa beli ubat mata manusia yang titik, kalau nak nama salah satu yg bagus nicol eye drop. Jgn pakai eyemore, yg tu takde antibiotik.lepas beli, titik kat mata kucing 3 kali sehari selama seminggu, kemudian 2x sehari untuk seminggu lagi. selalu 3 minggu treatment dah ok. Selain itu kucing mata berair bengkak ada kaitan dengan masalah dehidrasi. beli air 100 plus bg minum at least satu sudu sehari, kalau susah masukkan air tu dalam tempat biasa dia minum. cara lain ialah awak blender timun sampai jadi air, campurkan dengan air kosong. guna kapas basahkan kapas dengan air tu, lepas tu kapas basah tu tekap sikit2 kat mata bengkak 3 kali sehari. ini membantu menyejukkan mata dan mengurangkan bengkak. buat 2 minggu.
In Sha Allah berjaya itu yg saya telah lakukan sebelum ini.

Wassalam DrHafidz

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...