Saturday, June 8, 2013

Nafas mulut kucing berbau busuk laaa

Salam sejahtera Assalamualaikum

Anda pasti pernah bertemu dengan masalah kucing mulut bau busuk atau pelik atau tidak normal. Yes, memang mulut bukannya bau wangi, malah mulut kita pun bukannya bau sedap tambah kalau lepas makan durian atau benda pelik2. Malahan  kalau kita ada masalah dental pun aka boleh menyebabkan mulut kita berbau pelik macam bau nanah. Jika kucing sayang awak mempunyai bau busuk pelik, mungkin kemungkinan besar kucing anda mempunyai masalah kesihatan dalaman yang tidak dapat dari luaran. Dari segi klinikal jika kucing berbau mulut busuk, boleh kita beri andaian awal bahawa kucing anda mungkin ada sakit gigi atau dental atau diabetes atau pun masalah buah pingang. Saya akan terangkan serba sedikit masalah biasa ini, so jom baca.

Simptom Kucing Berbau mulut busuk

Jika kucing anda mempunyai bau mulut atau nafas busuk macam bau nafas busuk manusia dan awak tengok lak gusi dia merah sangat macam berdarah ada kemungkinan besar kucing awak ada masalah dental. Gusi yang cantik dan sihat akan berwarna sedikit pink dan tak terlampau merah. Tapi jika gusi merah gilerr macam berdarah makna gusi kucing tidak sihat. Maka dengan ini apa yang perlu anda buat ialah membawa ke vet dan suruh si vet tolong bersihkan gigi kucing. Kemudian awak kena la buat regular bersihkan gigi kucing, nanti saya terangkan. 

Jika kucing anda pulak ada bau mafas mulut tu macam bau buah, bau buah oren ker bau buah manis, bau manis ker itu tanda kucing anda mungkin ada diabetes. Tanda lain kalau kucing dah ada diabetes ialah selalu haus, banyak kencing pastu ada turun berat badan. 

Jika bau nafas bau macam ammonia, atau bau telur tembelang kot, itu tanda ada masalah ginjal atau buah pinggang. Tanda anda masalah buah pinggang lain ialah, tiada selera makan dan ada mudah rasa haus dan banyak kencing.

Bau nafas atau mulut yang busuk sebusuk macam bau bangkai atau hanyir laa itu tanda kucing mungkin ada masalah hati. Masalah hati sangat bahaya dan tanda lain yang akan anda lihat ialah muntah-muntah, bahagian abdomen perut tu bengkak kembang sangat dan juga jaundice atau demam kuning. Anda boleh lihat warna kuning kat bawah mata atau digusi.

Diagnosis oleh vet

Ok Bila bawa kucing ke vet, Vet pertama sekali akan check tengok gigi dan gusi. Dan dia akan bau mulut tu tgk diagnosis betul tak macam saya kata kat atas untuk dapatkan punca penyakit. Malah vet akan check detail history atau soal siasat awak. Dan last mereka akan buat beberapa test untuk double confirmkan. Mungkin kucing anda perlu buat test darah atau check test air kencing.


Rawatan untuk masalah mulut berbau

Rawatan ini bergantung pada punca masalah yang dapat dikesan vet anda. Contoh jika betul masalah gusi dan gigi aje so tiap hari kena gosok gigi. Sama juga kalau ada masalah buah pinggang, hati ker diabetes. 

Petua semulajadi nafas berbau 

Untuk mengurangkan masalah nafas mulut berbau kita kena tengok masalah akar umbi atau bagaimana cara mulut tu boleh berbau busuk. Begini apabila terlampau banyak bakteria berkumpul di dalam mulut mungkin disebabkan masalah gigi ker, maka mereka akan menghasilkan bahan kimia yang merupakan bahan buangan bakteria dan ini yang menyebabkan ia berbau. Jika nak elak mulut berbau so kena la kurangkan jumlah bakteria dalam mulut. Tapi camner nak tahu jumlah bakteria tu dah normal, senang kalau takde mulut berbau makna bakteria dah kurang. Itu sahaja kan. 

Anda boleh beli produk semulajadi spray mulut khas untuk kucing. di mana anda kena tengok ingredient mesti colloidal silver, kalau takde benda ini jangan beli. 

Camner nak berus gigi kucing


Kena guna berus gigi yang khas untuk kucing jangan guna berus gigi manusia sebab berus gigi manusia keras dan nanti berdarah pulak gusi kucing yang lembut. Benda ini ada di kedai haiwan yang besar2. Malah beli ubat gigi yang khas untuk kucing sebab ia tiada florida, sebab benda ini tak bagus untuk kucing. So ingat beli ubat gigi dan berus gigi yang khas untuk kucing sahaja. OK cara menggunakan, letak sikit gel kat jari dan gosok pada gigi dan gusi kucing perlahan takut nanti ia tekejut dan gigit awak pulak. Kalau susah, letak jer gel kat bibir kucing ajer. Ulang ini setiap hari sehingga ia membiasakan diri untuk diberus gigi. Semoga berjaya dan ingat, kesihatan kucing 50% bergantung pada anda.

Dr H

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...