Friday, March 13, 2015

Tikus Makmal Kartun






Adakah masalah kulit atau bulu menghantui kucing anda? Jom kita baca

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Apakah yang dikatakan masalah kulit atau bulu? Kucing anda mungkin akan menunjukkan simptom bulu gugur, terlalu grooming, asyik gatal sahaja dan macam-macam lagi tanda-tanda, maka itu yang menunjukkan kucing awak ada masalah kulit. 

Apakah pula petunjuk yang menunjukkan kucing anda mempunyai kulit atau bulu yang sihat. Seharusnya jika kucing anda sihat dari segi kulit dan bulu, ia mesti mempunyai bulu dan kulit yang lembut, licin dan tiada habuk, tiada menggerutu, atau tiada perubahan warna yang mendadak. Malahan ia tidak sepatutnya terlalu kering atau terlalu berminyak atau terlalu lembap. Yang paling penting tiada bahagian yang botak, sepatutnya seluruh badan mesti ada bulu. 

CONTOH KUCING YANG SIHAT BULU DAN KULITNYA.

Tanda-tanda utama masalah kulit.

1 Keguguran rambut
2 Kulit ada kelemumur atau bersisik
3 Kulit ada bau yang tak menyenangkan, bau busuk.
4 Gatal, terlalu banyak menggaruk,
5 Ada kesan merah-merah
6 Kulit menjadi keras, tebal

Punca kepada kejadian ini, memang banyak. Bermula dari pemakanan yang tidak betul, alergik, hormon, punca ektoparasit,sehingga masalah fungus. Yang penting jika anda nampak perubahan pada kucing anda, bawa ke klinik vet untuk pemeriksaan lanjut dan bukan ke petshop. Why saya berkata begitu kerana, kalau dah bawa ke klinik vet mereka akan diagnosis dan tahu punca sebenar dan mereka boleh berikan ubat yang akan terus menyembuhkan masalah ini. Kalau cara lain, mungkin anda akan tersalah caranya dan boleh membuatkan kucing anda menderita. 

Jadi moral of the story, nampak tanda macam itu, consult dengan vet tanyakan hal ini. Dan besar kemungkinan anda tak perlu keluarkan kos terlalu banyak untuk mengubati ia.

Sekian, terima kasih.

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...