Wednesday, November 16, 2011

sedikit pemahaman tentang kutu dan hama

Saya ingin membawa sedikit perbincangan tentang pemahaman dari perspektif saya sendiri tentang masalah kutu hama kucing. Bagi pendapat saya sebagai doktor haiwan yang melihat beberapa kes ini, saya berpendapat masalah kucing yang mengalami gatal atau kutu hama tidak akan berakhir. Jika anda telah membawa kucing untuk rawatan ke vet dan mendapatkan suntikan ivermectin atau pun mendapat frontline spot on.. ia adalah rawatan jangka masa pendek. Dengan kata lain, apabila kucing anda sihat sejahtera, masalah ini akan datang balik selepas 4 hingga 5 bulan. Bukan nak mengatakan ubat ini tidak berkesan, ia memang berkesan dan ia memang dicipta untuk rawatan yang sekejap.

Saya ambil contoh seharian, untuk menyenangkan memahami perkara ini.

Anda mempunyai masalah kelumumur dan anda membeli shampoo khas untuk kelumumur atau ubat anti kelumumur. Sekejap sahaja masalah ini berakhir, tapi jika anda berhenti menggunakan shampu ini selepas 1 2 bulan maka masalah ini akan datang kembali.

Jadi untuk memudahkan tuan kucing, untuk mengelak masalah ini berulang perlu selalu gunakan produk antikutu hama ini at least 4 bulan sekali. Sebab untuk kucing saya sendiri pun setiap 3 bulan saya akan apply frontline spot on untuk mengelak kucing saya menggaru-garu.

Ok la cukup setakat ini sahaja post saya kali ini. Apa yang saya tulis di sini adalah pendapat peribadi bagi membantu pada sesiapa yang masih merasa rungsing menyelesaikan masalah ini. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan harap dapat dipost komen kepada saya supaya saya boleh menjawab persoalan ini.

Wassalam

Dr Hafidz

Thursday, November 3, 2011

oral ulser, uhh sakit tu!!





Salam sejahtera semua,

Satu topik yang akan saya bincangkan. Oral ulser atau ulser mulut, terjadi tak kira samaada di bibir kucing, lidah atau gusi. Sangat pedih dan kucing akan tidak selesa. Ia sama macam ulser mulut apabila kita kena.

Puncanya memang banyak, jangkitan virus bakteria. Kalau kucing tua tu, gigi patah pun boleh buat ulser gusi. Kalau ada makan atau tergigit benda yang bukan-bukan pun leh cederakan mulut dan jadi ulser.

Senang kalau kita nak kesan atau pun simptom kucing tu ada ulser mulut. Dia akan jadi kurang makan, termenung sebab sakit mulut. Kalau yang berlarutan dia jadi kurus dan turun berat badan. Yang mana lebih kritikal, mula la keluar air liur meleleh, kadang-kadang brbuih mulut.



So bila rasa kucing ada keadaan macam tu, bawa ke vet. Vet akan buka mulut kucing perlahan-lahan dan nampak la macam2 kesan ulser. Hampir kebanyakan kes ulser mulut tidak banyak keluar darah cuma pedih tu.



OK la setakat sini dahulu, untuk pagi yang indah. Saya akan sambung berkenaan oral ulser ini pada waktu petang nanti dengan lebih terperinci dan juga cara rawatan yang akan dilakukan vet. Dan juga rawatan rumah yang mungkin anda boleh cuba sebagai rawatan awal untuk kucing anda. Harap anda tunggu petang nanti ya. BYE