Saturday, February 26, 2011

Sehari bersama felis domestica


NIKMATI GAMBAR-GAMBAR INI, DAN BERILAH SEDIKIT KATA-KATA UNTUK MENGGAMBARKAN PERASAAN ANDA.

BARU BANGUN TIDO KER?

LENA TIDURNYA


KIMIE'S FAMILI


KUNING SI AMERICAN CURL


CHECK IN HOTEL PADA AWAL JANUARI 2011, SAMPAI SEKARANG TUANNYA TAK AMBIL2, ARNAB NI PUN DAH GEMUK SEGEMUK

MINUM2


TENGOK GAMBAR NI RASA NAK TIDO JUGAK LA


1, 2, 3 EH MANA LAGI SEEKOR ANAK KIMIE NI TAK MENYUSU KER..


INI KES, KUCING MAKAN KUCING, HABIS LENGAN KIRI BABY INI DAH KENA NGAP DAN BABY KUCING INI R.I.P


TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR....

10th, 18th dan 2nd yang akan ditunggu-tunggu

Salam kembali pada malam yang sunyi begini..

Tak lama lagi saya dan famili akan berpindah ke rumah baru, yang bakal siap tak lama lagi di Kajang. Lagi lah sunyi sebab kawasan tu memang, memang kurang orang tinggal. Tapi tak apa itu cerita seterusnya, buat masa ini saya nak fokus pada 10th, 18th dan 2nd seperti tertera di atas. Apa sebenar yang saya merepek ini, 3 nombor ini mewakili sesuatu yang sangat special, penting dan bakal memberi makna mendalam dalam kehidupan saya. Something will changing, samaada dramatik atau slow motion.. semuanya kerja Allah. Saya hanya merancang dan menantikan nombor2 ni menjelma setiap hari, yang melaksanakan segala-galanya Allah. So, saya mengharapkan sesuatu yang positiflah daripada-Nya.. Tapi mana leh nak arah-arah ajerkan, dahlah Allah tu Tuhan yang Esa lagi nak minta lebih2 dari-Nya. Saya sebenar hanya mendoakan ketiga2 nombor ini memberikan kesan positif kepada saya dan kehidupan, sebagai balasan saya akan memberikan tumpuan yang terbaik terhadap segala pekerjaan yang saya lakukan seperti solat, tidur, makan, kerja, belajar ker.

Saya sebenarnya mengharapkan sangat dan saya memang nak sangat Tahun 2011 ini adalah tahun perubahan bagi saya dan Tahun kebangkitan saya. Ini adalah motivasi saya sejak 1 Jan lagi. So so, bagi saya apa yang akan saya lakukan setiap hari will be something yang saya akan buat untuk perubahan. Setiap hari bagi saya adalah penting, sehinggalah tamatnya tahun 2011, itupun jika diizinkan-Nya.

Saya mohon undur diri dahulu untuk post kali ini yang tak seberapa, harap sesiapa yang membaca jangan tersinggung atau melatah tak tentu arah... Saya off my fingers sehingga ketemu lagi di post lain.

Friday, February 25, 2011

Hanya tinggal keseekoran di hutan, ibu bapanya serta abang telah lama mati, nasib baik ada yang prihatin

Kisah ini mengenai seekor gajah, 40 tahun Buyung Gagu di NS. Ibu bapa dan abangnya telah lama mati.. maka keseekoran diri di hutan, kadang kala mengganggu kampung2. Inisiatif dilakukan penduduk kampung memanggil PERHILITAN untuk menangkap gajah ini. Setelah berjaya menangkap Buyung, dia akan dihantar ke Kuala Gandah Pahang. Tempat koservasi Gajah Kebangsaan. Dapatlah dia hidup aman, takde dimarah manusia. Duduk kat Kuala Gandah ni pun senang, dapat makan tiap2 hari ada kawan2. Takde la sunyi sepi kesian pada haiwan ini. Moga Allah memberikan keselesaan pada si Buyung Gagu sepanjang perjalanan ke Pahang serta sepanjang kehidupannya di Pahang kelak.. Kisah ini saya ambil dari WWW.ONDSCENE.MY, thanks you abang ondscene, luv that website soo much. Itu sahaja kisah yang ingin dicoret corat di sini. Wassalam


(www.ondscene.my)

tengoklah Buyung Gagu ini happy sungguh dapat naik lori g Pahang.


Thursday, February 24, 2011

90 DESIBEL paling kuat dicatatkan kucing purring..ini dia Smokey dari UK


Bayangkan dengan 90 db ini, telinga mungkin boleh pekak seketika.. kerana kekuatan bunyi seperti ini sama kuat dengan bunyi traktor, kapal terbang boeng 747 mendarat dan bunyi sama bingit dengan bunyi mesin potong rumput. Yang dasyat, Smokey masih boleh purring ketika makan, sambil bercakap atau meow.. Menurut tuan kucing ini, ketika tidur sahaja mereka lagsung tidak kedengaran Smokey purring.. Menakjubkan.

itulah dia gelagat kucing, ciptaan Allah.. membuatkan kita tersenyum bukan. Gelagat haiwan memang tidak pernah membuatkan kita bosan. Berbanding gelagat segelintir manusia..dah diberi title Khalifah Allah di muka bumi tapi dia lak menjadi raja dibumi, Tuhan di bumi ini...lagi dasyat dasyat.

Bila saya investigate dari segi Vet Medicine, beberapa Vet mungkin mengatakan ini berpunca daripada polyps yang wujud di saluran pernafasan, menyebabkan purring kucing ini menjadi lebih kuat dari biasa..
Add Image

24 feb 2011, khamis

dah hari Khamis pun, entah berapa lama lagi saya masih menunggu, khabar belum kunjung tiba.. terpaksa pendamkan suara dan keinginan jiwa hati beta.. tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kemuncaknya.. Tak sanggup lagi melihat kalendar kerana harinya masih sama perlu menanti 28 hari dalam bulan Feb. Kawan2 nantikan 4 hari lagi

Wednesday, February 23, 2011

sapa nak kenal guinea pig. bukan babi tau..

SALAM,


Kembali lagi saya ingin memberi perkenalan sedikit pada haiwan terbaru yang saya kenali ini, Guinea pig bukan seekor babi tau. Tapi ia tetap comel macam hamster, girbill, hedgehog, mice, mouse dan seplatun dengannya. Mereka adalah keturunan rodent iaitu satu susur jalur yang sama dengan tikus, hamster tu.. Mereka dipercayai keturunan pertama berasal dari pergunungan Andes, dan mereka sangat liar ketika itu.. Namun semenjak abad ke -17 banyak digunakan di makmal sebagai haiwan ujian.. Kini fungsi mereka di makmal telah digantikan dengan tikus makmal seperti yang selalu kita tengok. Mereka ini digunakan dalam makmal sebagai model kepada sistem badan manusia dalam membuat ujian perubatan berkaitan penggunaan ubat diabetes dan sebagainya.


Di sini saya senaraikan beberapa nota-nota penting tentang guinea pig yang kita harus tahu..


Berat lahir

70 – 100g

Suhu badan

37.2 – 39.5 c

Chromosome bilangan

64

Jangka hayat

4 – 5 thn

Umur matang

Jantan – 3 ke 4 bulan


Betina – 2 ke 3 bulan

Kitar estrus

15 – 17 hari

Bunting

59 – 72 hari

Bilangan anak lahir

2 ke 5 baby

Umur putus susu (wean)

150 – 200 g atau 14 ke 21 hari

Kadar pernafasan

42 ke 104 nafas per minit

Kadar denyutan jantung

230 – 280 denyut per minit

Tidal vol.

2.3 – 5.3 ml/kg

Isipadu darah

69 – 75 ml/kg

Tekanan darah

80 – 94/ 55 – 58 mm Hg

Sel darah merah

4.5 – 7.0 X 106 /mm3

Sel darah putih

7 – 18 X 103 /mm3






Trend zaman sekarang, kita hanya tahu yang guinea pig ini sesuai menjadi pet di rumah.. Maybe kerana ianya lebih besar daripada hamster, dilepaskan dalam rumah tidak mudah hilang.. Atau tidak memberikan lebih banyak masalah daripada kucing, boleh dibawa tidur peluk.. Manalah saya tahu kan. Tapi yang penting guinea pig masih makhluk Allah yang berisiko untuk sakit dan mendapat penyakit.. Maka di dalam post saya akan mendatang, saya akan perbincangkan lebih lanjut permasalah penyakit guinea pig dan cara mengatasinya, Incha Allah. Semoga ketemu lagi di blog ini Wassalam..

today is 23 feb 2011 hari Rabu somethings will happen



hari ini rabu 23 feb 2011, tinggal 5 hari sahaja lagi.. sesuatu akan berlaku. Tapi saudara saudari sekalian, today rabu ada sesuatu yang akan berlaku, penting ke tidak saya tidak mahu jelaskan.. cuma tunggu sahaja. apa yang saya lihatkan bulan ini bukanlah bulan kasih sayang seperti yang digambarkan mungkin kerana ackward sangat dengan tanggal 14 feb hari valentine tuu. saya melihat bulan februari 2011 ini satu bulan penantian yang panjang sesangat, walaupun hanya ada 28 hari sahaja berbanding 11 bulan yang lain. bulan ni juga adalah bulan yang penuh penyeksaan, yang perlu untuk ditamatkan segera..

contohnya, di negara Asia belah Arab sana, berapa ratus sudah nyawa melayang kerana inginkan kebebasan sebuah negara baru, menggulingkan diktator2. mungkin..,mungkin bagi saya tamatnya bulan feb ni, akan bakal tamat juga penentangan rakyat. dan juga tamat bulan feb ini bagi saya akan memberikan saya menghirup udara yang lebih segar.. saya akan lebih tenang. itulah yang saya nantikan semenjak 1 feb lagi, suatu jangka masa sekejap iaitu lebih kurang 28 hari tetapi penuh emosi, cabaran, seksaan, keinsafan.

bila tiba masanya bulan mac, saya akan khabarkan seluruh dunia, tentang berita apa yang saya nanti-nantikan sangat. kerana itu semua anugerah Tuhan, kerana saya setiap hari bila tiba di rumah selepas bekerja saya akan bersyukur syukur. Begitu jua apabila berita ini telah tiba di tangan saya, perkara pertama saya akan buat syukur syukur sujud ke atas limpahan kebaikan Allah..


SYUKUR


jangan risau sahabat, saya akan berkongsi kesyukuran saya bersama semua sahabat saya kelak.. dan yang pasti saya akan teruskan perjuangan saya untuk haiwan-haiwan seperti selalu.. ikhlas saya berhenti di sini, sambil menanti 5 hari lagi mendatang syukur pada Allah, segalanya ada hikmah.

Wallahualam

Monday, February 21, 2011

HARI INI 21/2/11

HARI INI ISNIN 21 FEB 2011, TINGGAL 7 HARI LAGI SEBELUM KEBENARAN MENJELMA

kucing-kucing kucing



KALI NI NAK BAGI PERTONTONKAN KEHIDUPAN KUCING SEHARI HARIAN DI TEMPAT SAYA MENCARI DUIT HEHE DI DRPET LAA.


KES PADA HARI INI, AGAK2 LEH TAK SURVIVE KAKI TU DGN TULANG TERKELUAR..

KES TUAN DIA REVERSE TAK TGK BAWAH KETA LAA.





ANAK KUCING COMEL2




APA PANDANG2 KEH KEH


NAMA KU BOBOY HENSEM TAK..



AKU LAA THE STAR HENSEM TAK




IBU KUCING BERUSAHA MEMBESER KAN ANAK2, TAK MACAM MANUSIA2 BUANG ANAK

Saturday, February 19, 2011

kerjaya vet

ok la..post untuk pertengahan bulan ini ringkas-ringkas sahaja. sebab otak pening bila nak akhir bulan, sebab duit gaji pun dah nipis.. cerita kali ini adlaah kerjaya sebagai vet. Apabila student lepasan stpm atau matriks pikir2 nak masuk ape yerk kat u nanti. itu kerja mudah laa, boleh laa mereka kata i minat haiwan so nak jadi doktor haiwan la @ vets.. dari titik permulaan itu mereka meneruskan pengajian d bidang vets, macam laa saya dulu2. nak sangat jadi vet sebab dh loving animal..

but then bila dh abis belajar dpt ijazah n ada lesen apc sah.. kena buat pilihan nak kerja macamana lak.. nak masuk u senang jer, tapi bila dah nak start career agak susah. because ini melibatkan once in lifetime, takde turning back or leh kerja sebulan then quit nak cuba kerja lain. vets ni luas cabang, kalau suka kucing2 leh la kerja kt klinik2 swasta, tapi kalau suka nak kerja dgn haiwan ternakan leh jer ceburi bidang ni dgn dvs or swasta gak. kalau malas2 pegang binatang tp nak duit masyuk leh jer kerja jual ubat, promote ubat. but still minat gak binatang, tapi tk suka kena panas2 kena kuar g ladang.. korang leh jer kerja sebagai vet untuk animal lab.

tapi kalau ada gak yg payah nak wat keputusan kerja aper, jadi jer pensyarah..start dulu ambik master n sambung phd. semuanya up to u all, bila dh kerja kena buat keputusan ke mana arah u tuju.. kerjaya itu mesti yang u suka dan no turning back, at least paling kejap kerja di citu 3 bulan laa..

but then ada gak kerjaya vet yang buat mcm2 kerja...mcm saya ni buat masa skang fulltime dengan kucing (small animal vet).. maybe ada rezeki runtuh kat kepala saya, leh saya join sebagai vet untuk lab animal.. then lepas 10 tahun kerja ker, ada hati nak bekerja dengan haiwan ladang mungkin masuk dvs ker nanti. lepas 2othn ke atas, kalau dah letih sgt, leh jer jd pensyarah jer..

yang penting guys, u all bukan setakat kena plan nak pilih course ape masuk u. tapi bila dh nak abis belajar kt u, korang kena plan what area atau job yang u nak pilih selamanya. Sebab vet ni aje luas skop kerjaya.. buat yang terbaik buat mereka2 yang nak final exam dan viva.

ok laa i stop here first for sleep break down..
sebab sok still kerja.

wassalam

dr.H

Friday, February 4, 2011

JIRANKU DAN LONGKANG YANG TERSUMBAT

Hari ini post cuma untuk berkongsi dengan kalian, aktiviti yang dijalankan satu hari ini sempena cuti CNY. Satu hari saya menghabiskan masa membersihkan longkang di depan rumah akibat tersumbat dengan sampah dan juga tanah. Memang banyak la saya menyangkul keluar sampah2 dari longkang itu, dan abis bersihkan area longkang saya still juga air tak jalan.. Maka terpaksa saya membongkok dalam longkang itu mencari punca tersumbat, so adalah dalam 5 meter ke hadapan jumpa banyak longggokan sampah. Abis juga saya keluarkan sampah itu, dalam hati saya jiran-jiran ni tak kisah sangat ke pasal longkang tersumbat.

Saya sebenarnya risau jikalau longkang yang tersumbat ini bakal menjadi punca berlaku demam denggi area tempat saya tinggal. Yang heran saya tengok jiran sekeliling mana ada kisah hal-hal macam ini. Ada pulak beberapa rumah tengok selamba badak ajer dah simen kawasan atas longkang. Jadi macam mana laa nak bersihkan longkang ker, panggil orang perbandaran pun pasti mereka pening sebab dah disimenkan. Tolonglah wahai rakyat Malaysia, prihatinkan lah persekitaran n janganlah memandai aje simenkan longkang susah nanti nak bersihkan bila dah tersumbat. Kalau ada yang mati akibat demam denggi, takkan nak salahkan nyamuk. Huh.
INI BUKAN LONGKANG UMAH SAYA, CUMA CONTOH APABILA LONGKANG TAK DIJAGA DAN TERSUMBAT.

Rezeki murah, baru ajer dapat gaji. Memandangkan semua ahli keluarga ku dah pulang umah arini, maka tergerak ati nak belanja.. Ibuku pun ada wat ayam golek, maka makan besau laa malam ini. Mula-mula rancang nak beli pizza, melihatkan dah ada ayam so belilah 1 kek kat Secret Recipe khas untuk my famili. Itu semua berkat rezeki Allah bagi, bulan depan belum tentu lagi ada rezeki murah. Maybe saya dah pergi utara ke kankan.

Ni bukan kek yang aku beli tapi contoh bagaiman lawa n cantiknya kek SR.


Itu Sahaja post pada malam yang indah ini, walau tanganku sakit2 akibat bekerja keras siang tadi aku tetap gagah diri membuka laptop ini. Harap esok tangan ok lah sebab sok dah kerja..

Thursday, February 3, 2011

Saya dan perubahan kerjaya sebagai vet






Saya sebenarnya sibuk beberapa hari ini. Al-maklum saya ni baru memasuki era atau alam pekerjaan yang serius. Lagipun dalam beberapa minggu ini saya mengalami dilema untuk meneruskan kerjaya dalam bidang small animal praktis atau memberi fokus kepada keinginan kerjaya saya yang sebenar. Ada kemungkinan jodoh saya bersama small animal industri ini tidak lama lah sebab mungkin saya akan join satu sub-bidang veterinar yang mungkin tak ramai masuk, tapi income dan skop kerjayanya sangat bagus. Dalam hati saya sebolehnya biarlah Allah tentukan dan ditetapkan iman dihati untuk mencari jawapan sebenar, kerana kerjaya yang saya bakal pilih selepas ini mungkin akan menjadi fokus saya yang terbaik untuk 20 tahun akan datang sebagai VETS.



Selepas ini saya akan memaklumkan perkembangan saya serta saya akan meneruskan penulisan blog berkenaan keperluan kucing-kucing. Buat masa ini biarlah saya lakukan perkara yang perlu dan lebih penting. Semoga bertemu lagi, Wassalam dan Selamat Tahun Baru Cina.