Friday, November 16, 2018

Motivasikan Diri ANda - Jumaat mulia

Hari ini sungguh indah. Ini kerana hari ini adalah hari Jumaat yang mulia. Jadi lebih baik kita memotivasikan diri untuk bertemu hari minggu yang ceria.

Dalam diri setiap orang, memotivasikan diri sendiri adalah penting. Kali ini saya ingin berbincangkan perihal memotivasikan diri dari sudut kata-kata positif dan negatif.

Pertama, yang mudah dahulu adalah kata positif. Semua orang suka apabila diri dipuji, diberi kata-kata semangat. Seperti anda hebat, anda berjaya lakukan. Malah kalau bos atau orang atas anda mahupun ibu bapa anda memuji anda pasti akan ada rasa aura baru memasuki diri anda. Malah untuk individu seperti ini, memang amat dahagakan pujian, kata semangat setiap hari. Jika tiada pujian, maka lembik la diri itu sepanjang hari. Oleh itu untuk individu seperti ini perlu dikeliling orang yang sentiasa positif dan gembira. Jika anda buat salah sekalipun, mereka tidak akan salahkan anda tapi mereka akan kata cuba lagi, takpe anda dah lakukan yang terbaik. Bukan itu sahaja anda juga perlu sentiasa berkata positif terhadap diri anda. Bangun pagi terus kan aku hebat, aku nak maju ke hadapan. Kata-kata positif ini bukan sahaja memberi kesan positif terhadap dalam diri malah ia boleh jadi doa.

Selain itu, kata-kata positif amat penting untuk kanak-kanak dan remaja. Golongan ini memang amat perlukan galakan positif. Walaupun mereka gagal, mereka buat silap atau mereka tidak mencapai prestasi yang diingini, yang penting kata positif boleh menjadikan sebaliknya. Bahayanya untuk golongan umur seperti ini ialah jika disajikan dan dijamu dengan kata- kata negatif seperti marah, kejian atau segala sumpah seranah, maka mereka akan membesar menjadi seorang yang penuh perasaan negatif. Dan tak mustahil mereka akan menjadi seorang yang berisiko untuk melakukan jenayah, atau berperilaku negatif seperti pembuli dan sebagainya. Kita lihat beberapa orang penjenayah terkenal Amerika, seperti pembunuh hacksaw dan sebagainya. Jadi penting bila anda ada anak, dan mood anda di rumah perlu lah selaraskan ke arah positif untuk mengelakkan ia menjangkiti keluarga anda.

Pemikiran positif juga mampu memberikan aura baik, untuk hari anda. Ambil contoh, mungkin di tempat kerja atau di kelas ada daya penarik yang cantik atau kacak. Jadi itu boleh menjadi penarik positif anda untuk bersemangat dan maju ke hadapan di pagi hari.

Jadi perlu diingat pemikiran positif, kata positif atau aura positif boleh memainkan peranan besar dalam hidup kita. Malah ada kajian mengatakan kita perlukan positif side lebih dari 60 peratus berbanding negatif side di dalam hidup kita.

Baiklah untuk setakat ini sahaja dulu, nanti saya sambung ceritakan bagaimana untuk pemikiran negatif baik untuk kehidupan dan memotivasikan diri kita. Sama-samalah kita menceriakan diri kita dan orang sekeliling. Manfaat kan hidup dari awal pagi hingga kita mati.


Thursday, November 23, 2017

Kucing Siapa ada masalah kutu hama? Angkat tangan


Ok saya datang lagi dengan menceritakan suatu produk yang saya lihat sangat berguna. Ia membantu anda mengelakkan anda punya kucing rasa gatal-gatal tergaru kerana kutu hama. Malah anda rimas jika lihat benda ini berjalan-jalan di badan kucing anda. 

Saya perkenalkan kolar antikutu. Ia diperbuat dari kain so tak memberikan kesan alergik. Ia boleh diubah saiz. 

Yang bestnya ia dikaji secara bioengineering dan dihasilkan dan mendapat pengiktirafan. Satu kolar boleh tahan selama 4 bulan. Jimat bukan. 

Yang best lagi ia hanya berharga RM 13 dan masalah kutu kucing anda selesai. Kalau ada berminat nak cuba contact saya whatsapp ke 0162570097. Penghantaran luar kawasan Kajang caj RM 4 sahaja. 

Ok bye..muah muah muah




Tuesday, November 7, 2017

Doa untuk Rakyat Penang

Lama sudah saya tidak bersua di pentas ini.


Baiklah saya akan mulakan balik apa yang sudah saya mulakan.


Kita bermula dengan apa yang berlaku di Penang. Dashyat saya katakan kejadian apa yang berlaku. Apa yang kita di luar Penang boleh buat ialah sama-sama berdoa dan berharap kejadian ini tidak berlaku dan semakin surut. Semoga sinar matahari semakin kuat memancar di Penang untuk memulihkan segala yang dimusnahkan.

Bertemu lagi ye kita selepas ini.


Bye.


 Dr H

Wednesday, November 4, 2015

Suatu kisah yang perlu difikirkan bersama - diambil dari thehypermedia.com

Ia kisah seekor kucing yang dibakar di bahagian kaki belakang dan ekor.

Dan apa yang seterusnya terjadi si penjumpa hendak membawa ke klinik vet untuk rawatan. So bayaran untuk jumpa doktor sahaja dia bagitau dikenakan RM 160.

Bila jumpa doktor pula, doktor itu beritahu jikalau rawatan ini akan mencecah RM 800. Akhirnya berputus asa mereka untuk memberi rawatan.

Kemudian mereka cuba untuk memberikan rawatan sendiri di rumah kerana sifat kemanusiaan yang ada tak seperti di klinik vet tersebut.

Mula-mula ok juga untuk beberapa jam. Tetapi setelah 16 jam berlalu, kucing itu pergi jua.

Sadis tidak berperikemanusiaan apabila seekor kucing maybe dibakar dengan sengaja.

Juga sedih bila orang yang dipertanggungjawabkan untuk meletakkan kepentingan haiwan lebih penting dari diri sendiri mengelak untuk membantu secara ikhlas tetapi lebih bersikap kapitalis.

Berhati-hati bila berjumpa orang seperti ini.

Wallahualam


Saturday, October 10, 2015

Tips penjagaan karpet rumah anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya kembali untuk berkongsi satu perkara atau tips. Tips macamana nak buat karpet freshener atau pewangi karpet. Selalu ada pewangi kereta kan so kali ini saya nak kongsi pewangi karpet. Almaklumlah, nak basuh karpet pun payah,saya paham sangatlah. Jadi ini cara-caranya.

Pertama sediakan bahan-bahan dahulu

1 CAWAN HERBA KERING YANG DAH DIKISAR ATAU DITUMBUK HALUS
1 SUDU BUNGA CENGKIH
1 SUDU CINNAMON
1 SUDU BAKING SODA

Senang je, campurkan semua sekali bahan dan digaul rapi. sebati dan secukup rasa. Kemudian tabur rata di atas karpet anda dan biarkan beberapa minit tau. Bukan dibiarkan beberapa jam, hanya beberapa minit. Last sekali vakum atau guna penyedut hampagas untuk bersihkan karpet anda. Confirm lepas tu karpet anda berbau harum. 

Saya benarkan anda mencuba atau mencopy tips inilah. Ingat cuba yer pastu ceritakanlah keberkesanan idea saya ini.

Bye-bye.

Friday, October 9, 2015

KEDAI PETSHOP

Assalamualaikum

Saya ingin bawakan satu tajuk iaitu kedai petshop, yess anda pun tahu apa itu petshop. Tempat yang jual macam2 barangan makanan dan apa jua yang diperlukan untuk haiwan kesayangan anda. Kira macam Shopping complex untuk haiwan anda la. Kat situ ada macam-macam produk kan untuk kucing pun ada, anjing, arnab sehingga ada jual untuk kambing dan lembu iaitu dedak.

                                 

Ok di Malaysia industir petshop ini sangat maju sebenarnya dan ia tumbuh macam cendawan laris, bukan macam cendawan dah macam pisang goreng cheese asyik laris ye. Kemudian anda tengok dalam petshop tu ada yang simple, dan ada yang pelbagai servis diberikan. Saya lebih suka kalau petshop boleh pelbagai servis, antaranya Hotel, Grooming atau Spa, dan juga urusan jual beli. Sebab apa petshop ini boleh dikatatakan sebagai one stop cetre untuk segala keperluan haiwan anda. Sebab apa di luar negara ada orang sanggup perhabiskan untuk kucing tau.

                                 

Malah ada petshop yang jual barangan seperti multivitamin, tonik pelembat bulu laa. Saya suka lihat petshop begini berkembang. Ia akan memudahkan pelanggan tak perlu cari 10 petshop lain. Satu lagi idea yang saya rasa petshop kena letak ia jual bahan bacaan berkaitan haiwan, seperti majalah kucing, buku perihal haiwan ke, CD atau DVD berkaitan haiwan ke.

                                     

Sekarang ini saya nak tanya anda si pembaca setia saya, petshop yang macamana jadi kemahuan dan kehendak hati anda. Kiranya petshop yang anda selesa datang dan pergi dan petshop yang pasti akan anda pergi tiap-tiap hari. Servis apa yang anda nak tengok ada kat petshop, macam ada satu ni servis pengebumian haiwan kesayangan. Itu satu contoh, so bagitau saya servis apa awak nak..


                                       
Satu lagi berita saya nak habaq ni, saya bakal membuka petshop pertama keluarga kami Januari 2016. So kalau ada feedback dari anda petshop impian anda lagi bagus, saya boleh jadikan ia kenyataan. Tunggu cerita terbaru dari saya pasal petshop yang akan kami bangunkan yer.

Bye...

Friday, September 18, 2015

Khasiat kulit telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kita bertemu lagi selepas beberapa dekad menghilang. Haha saya bergurau maafkan saya jika sedikit terlebih ceria. Baiklah hari ini ingin saya berkongsi satu tips khasiat atau pun kegunaan kulit telur yang tidak banyak diketahui umum.




Maybe ada yang tahu kulit telur tiada gunanya akan tetapi ia ada boleh menyumbang untuk kebaikan manusia. Apa kegunaannya, bukan untuk dimakan tau dan bukan untuk diminum.

Ok begini ia berguna untuk menghalau dan maybe untuk membunuh serangga perosak seperti lipas, cicak, ulat gonggok ke. Jika anda ada masalah serangga perosak terutama yang merayap di rumah, ini mungkin penyelesaiannya yang murah dan mudah dan tidak menyusahkan sesiapa pun.


Baiklah kulit telur semua jenis haiwan boleh digunakan. Tak kira telur ayam atau telur itik ker. So manfaatkan kegunaan mereka. Caranya mudah, kalau dah guna isi telur kan, kulit telur tu dikeringkan dahulu, jangan dupecahkan. Biarkan kering sampai dah betul2 kering. Kemudian grind atau hancurkan kulit telur sampai jadi serbuk, tak kiralah apa jua cara yang anda nak gunakan samaada blender ker. Bila dah jadi serbuk kecil-kecil, simpan dalam balang kaca semalaman.

Esoknya tabur ditepi-tepi dinding dan juga di kawasan anda syaki adalah sarang mereka. Tunggu 1-2 malam dan anda tengok ada diantara mereka dijumpai mati atau dijumpai melarikan diri.

Itu sahaja tips kegunaan kulit telur, saya berharap anda mencubanya. Jika kurang berjaya ceritakan kepada saya apakah yang tidak berjayanya. Semoga berjaya.

Motivasikan Diri ANda - Jumaat mulia

Hari ini sungguh indah. Ini kerana hari ini adalah hari Jumaat yang mulia. Jadi lebih baik kita memotivasikan diri untuk bertemu hari minggu...