Sunday, April 3, 2011

arrgghh kutu pada kucing ku!! flea on my cat!!

Pasti biasa mendengar apabila mereka tiba2 menjerit merisaukan tentang kehadiran parasit ini. Selak2 bulu nampak benda itu.. Sesetengah orang panggil flea tu kutu, tapi kena ingat kucing juga diserang dengan satu lagi parasit dipanggil lice, untuk post kali ini saya hanya bincangkan pasal Flea sahaja.

Ini gambar Flea dan Lice bagi melihat perbezaannya secara fizikal.


GAMBAR YANG KAT ATAS INI ADALAH LICE, IANYA LEPER SAHAJA, TAPI SENANG MEMBIAK. GAMBAR KEDUA IALAH BAGAIMANA RUPA KEADAAN BULU KUCING APABILA DIJANGKITI MASALAH LICE.


GAMBAR ATAS ADALAH FLEAS, ATAU SAINTIFIK NAMANYA CTENOCEPHALIDES FELIS.

FLEA.. sesuatu yang biasa menyerang kucing kita dan kalau tidak dirawat akan meyebabkan kegatalan dan juga keguguran rambut. Sebab itu kebanyak cat's lover yang sayangkan kucing akn membeli produk seperti frontline spot on atau frontline spray, atau preventive flea collar untuk mengelakkan kucing-kucing ini mengalami masalah flea. Kalau dalam bahasa orang kita kebanyakan akan memanggil kutu la. Tapi adakah kita tahu pasal flea ini.. Saya akan berkongsi dengan anda semua, fakta2 menarik tentang flea atau kutu ini. Fakta ini mungkin kelakar tapi mengkin juga akan menakutkan anda dan kucing2 di luar sana.. BACALAH


NI GAMBAR FLEAS SAYA CERITAKAN, MENAKUTKAN TAK TGK RUPA FIZIKAL NI. BAYANGKAN KALAU BERIBU2 BERADA DI BULU KUCING.


YANG INI RUPA KUCING DIJANGKITI MASALAH FLEA, DIORANG PANGGIL FLEA DIRT. SO KALAU NAMPAK KOTOR2 ITAM KAT BULU KUCING CAMNI, JANGAN LAK PIKIR KUCING INI MAIN TEMPAT KOTOR.. KALAU BASUH LEH ILANG LAK. NI KENA BAWA BERUBAT LAH..
  1. Flea boleh menarik bebanan 160 000 kali berat dari berat mereka sendiri, iaitu bersamaan kita menarik 2,679 bas dua tingkat.
  2. Flea boleh melompat 30 000X tanpa berhenti, hebat..
  3. Flea tidak ada telinga dan secara luaran mereka ini buta.
  4. Flea boleh juga penyakit merbahaya kepada manusia, iaitu Wabak Black yang mana flea memindahkan penyakit itu dari tikus kepada manusia padan tahun 1664 di London dan telah membunuh kira-kira 70 000 orang.
  5. Larva flea tidak suka pada cahaya, jadi mereka akan meredah ke dalam kulit berdekatan akar bulu roma dan mendiami tempat yang gelap.
  6. Apabila Flea melompat, kepantasan lompatan itu adalah 50X lebih pantas daripada kepantasan kapal angkasa.
  7. Dalam satu kitar hidup flea, mereka boleh menghasil lebih dari 1 500 telur.
  8. Flea boleh membuat lompatan 150X lebih tinggi daripada tinggi mereka sendiri..
  9. Kitar hidup flea yang biasa kita dengar adalah boleh mencapai 14 hari atau boleh melebihi 12 bulan, bergantung pada jenis dan spesis.
  10. 95% TELUR FLEA, LARVA FLEA, TINGGAL DI SOFA, KATIL, KARPET DAN PERABOT RUMAH (BUKAN DI BADAN KUCING KITA SEBENARNYA)
  11. DENGAN 1 EKOR FLEA SAHAJA, IA BOLEH MEMBIAKKAN LEBIH 1 000 FLEA DI BADAN KUCING ANDA DAN DI RUMAH ANDA DALAM MASA 21 HARI.
KAT ATAS INI KITAR HIDUP FLEA. DARI TELUR SAMPAI DEWASA.


INI ADALAH FLEAS YANG SAYA JUMPA MASA TENGOK SPONGEBOB SQUAREPANTS, TIME SANDY TERBAWA BALIK FLEAS INI DARI TEXAS.. SERAMKAN MUKA FLEAS INI.

ITULAH SEMUA FAKTA-FAKTA FLEA YANG BOLEH MENJADIKAN PANDUAN PADA KITA, APABILA HENDAK MENGGUNAKAN PRODUK ANTI FLEA ATAU BARU NAK BERKENALAN DENGAN PARASIT INI.

semua maklumat di atas boleh didapati dari website http://frontline.uk.merial.com

SETAKAT INI SAHAJA INFO BUAT KALI INI, TOMORROW KALAU TAKDE MASALAH SANGAT, AKAN DI POST LAK PRODUK2 YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT DAN MENGHALANG MASALAH INI DARI TERUS BERLAKU.

WASSALAM

Saturday, April 2, 2011

Lama tak blogging, April ini nafas baru bagi diriku



Salam semua,

Lama saya tak letak apa2 post baru kt blog ini. Entahlah mungkin sebab takde mood sikit laa. Sebab menunggu sesuatu yang baru.. Tapi tak per skang bulan April will be new me.. So saya akan post lagi perkara2 baru tentang kesihatan haiwan, pasal vet dan pasal mylife. Saya tengah mengarang beberapa post yang akan diletakkan dengan lebih informasi, teratur dan mudah difahami.. so baik2 ajer la, tunggu ajer post baru saya. Selamat berhujung minggu.