Saturday, December 15, 2012

maafkan saya

Salam semua

Saya ingin memohon maaf kalau ada pembaca yang bertanya kan soalan pada saya di formspring dan saya tidak menjawab. Insya Allah selepas ini saya akan lebih peka, malah saya akan cuba membantu. Maybe saya juga akan membuka akaun twitter untuk kemudahan anda. 


Satu lagi Insya Allah saya akan memulakan my own mobil klinik, saya akan pergi ke rumah mengikut appointment. Saya akan start memulakan mobile klinik ini Januari 2013 nanti; So nantikan khabar berita terbaru saya. Wassalam


Dr H

Tuesday, December 11, 2012

Hak dan kebebasan haiwan

Tahukah anda haiwan juga mempunyai hak sendiri yang perlu dihormati. Animal Right and Freedom ini bermula dengan memberi perhatian kepada haiwan ternakan namun kini ia digunakan meluas untuk semua spesis haiwan. Ada 5 hak semua:


  • Freedom from hunger and thirst - bebas dari keadaan lapar dan dahaga
  • Freedom from discomfort - Bebas dari keadaan ketidakselesaan
  • Freedom from pain, injury and disease - Bebas dari kesakitan, cedera dan penyakit
  • Freedom to express normal behaviour - Bebas untuk berkehidupan normal
  • Freedom from fear and distress - Bebas dari perasaan takut, trauma dan masalah mental


5 hak atau freedom ini sesuai dijadikan garis panduan untuk owner haiwan terutamanya dari segi penjagaan kucing dan haiwan. Jadi nilaikan sendiri cara anda menjaga haiwan capai tak matlamat di atas. Haiwan tidak boleh berkata-kata atau tuntut hak mereka namun kita sebagai manusia yang bijak pandai seharusnya berfikir sewajarnya. Kita tidak mahu kes kucing mati dan terbiar semasa di boarding di hotel terjadi lagi.

Saturday, December 8, 2012

Nutrisi kucing yang perlu anda check yang bagus antioksida



Kesihatan kucing juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan nutrisi yang seimbang. Doktor Veterinar telah mengenalpasti bahawa setiap peringkat umur kucing mereka memerlukan pemakanan nutrisi yang berbeza. Malahan cara atau gaya hidup kucing itu sendiri mempengaruhi keperluan nutrisi yang secukupnya.

Apakah ciri-ciri atau criteria kucing itu sihat?


Mari kita lihat satu persatu,


  •       Tinja – kecil, tidak terlalu keras, kurang bau.
  •             Tapak kaki – kasar tapi tidak terlalu keras
  • ·        Otot – tegap dan pembentukan lengkap
  • ·        Hidung – bersih, lembut dan perlu sedikit lembap
  • ·        Gigi – kuat, gusi merah sihat dan pernafasan tanpa bau busuk
  • ·        Mata – cantik dan bersinar
  • ·        Bulu – berkilat dan tebal
  • ·        Tulang – kuat dan pembentukan sempurna

Pemakanan kucing yang bernutrisi atau tinggi nutrisi perlu mempunyai formula antioksida bersama vitamin C, karotin beta, selenium dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Dengan keseimbangan yang saya sebutkan mampu untuk member perlindungan daripada radikal bebas yang merbahaya kepada kucing dan memastikan sistem imuniti kucing kuat.

Apakah pakej lengkap pemakanan kucing yang bernutrisi tinggi untuk melindungi dari radikal bebas.

Seperti yang saya sebutkan, pemakanan kucing yang bagus untuk antioksida perlu mempunyai kadungan yang akan saya sebutkan dibawah:

  • ·     Vitamin E – membantu proses pemulihan tubuh badan dari penyakit. Membantu mengurangkan kemungkinan penyakit jantung dan saraf. Mengurangkan kesan penuaan
  • ·   Vitamin C – akan memberikan kuasa tambahan atau boster kepada keupayaan vitamin E. Membantu melindungi daripada penyakit kanser.
  • ·       Selenium – meningkatkan keupayaan keperluan vitamin E. Membantu menghasilkan enzim tertentu untuk melindungi badan dari kerosakan proses oksida.
  • ·        Beta- carotene – membantu membina sistem imuniti yang kuat. Kompenen penting untuk melawan kebanyakan penyakit kucing

Sumber makanan vitamin E boleh didapati dari bijirin, manakala vitamin C boleh didapati kebanyakan buah-buahan seperti sitrus. Manakala selenium didapati dari makanan laut serta bawang putih, dan akhir sekali sumber makanan bagi beta-carotine sudah tentu dari lobak dan tomato.

Dengan kombinasi komponen makanan antioksida di atas maka ia dapat membantu kucing anda :
·        











  •      Membina sistem imuniti yang sihat dan kuat
  • ·        Melindungi kucing dari risiko penyakit
  • ·        Secara klinikal mampu mengurangkan kerosakan sel.


Jadi secara kesimpulan saya boleh katakan keperluan nutrisi yang betul perlu mempunyai komponen anti oksida yang mana terbukti boleh member pelbagai manfaat bagi anda dan kucing. Ingat apabila membeli makanan kucing yang pelbagai brand, perlu ada komponen antioksida yang tinggi iaitu vitamin E, vitamin C, selenium dan beta-carotine. Insya-Allah, tanpa usaha pasti tidak berjaya itulah ramuan ke arah pemakanan sihat.


Sehingga kita berjumpa lagi pada tulisan saya yang lain. Semoga hidup anda dan kucing anda dirahmati tuhan. Wassalam