Saturday, July 28, 2012

Sambungan kepada Makanan yang tidak patut anda beri pada kucing



Saalam sejahtera semua pembaca,

Ok kita sambung sedikit, kalau hari itu saya hanya beri sehingga alkohol memang tidak boleh diberi pada kucing.

Next makanan yang tidak patut anda beri pada kucing ialah:

Anggur dan kismis adalah makanan yang agak merbahaya kepada kucing, tapi kepastiannnya  masih diragui. Kenapa saya cakap begitu sebab tidak banyak laporan kes atau kajian kes mengatakan jenis makanan ini akan memberi kemudaratan kepada kucing, cuma ada beberapa kes terpencil. Namun mereka percaya bahawa dengan makan anggur dan kismis boleh memberikan masalah buah pinggang kepada kucing. Dengan pemberian dalam bentuk kuantiti kecil diakatakan boleh menyebabkan kucing anda muntah-muntah

Kafein atau minuman makanan berasaskan kopi dan seangkatan dengannya juga boleh memberikan masalah pada kucing. Masalah yang dikatakan ialah kafein ketoksikan. Simptom keracunan kafein yang anda boleh lihat pada kucing ialah kegelisahan seperti orang dalam keadaan demam dan kepanasan, pernafasan yang laju iaitu boleh dilihat melalui pergerakan toraks atau dada kucing anda, kekejangan otot iaitu anda akan melihat kucing anda seperti dalam keadaan mengeliat atau kejang yang berlarutan beberapa minit. OK kat mana makanan yang anda rasa boleh dijumpai kafein atau kopi, banyak sekali..Kafein boleh dijumpai dalam beberapa minuman coklat, ubat slesema, painkiller dan juga minuman tenaga tambahan seperti Redbulls.

Macam kafein diatas, ia boleh membuat kucing anda terbunuh. Sama juga dengan kisah makanan seterusnya iaitu coklat boleh memberikan kesan maut yang sama kepada kucing anda. Didalam coklat atau koko ada bahan racun pada kucing iaitu theobromine. Jangan risau Theobromine ini hanya merbahata kepada kucing tidak kepada manusia. Apabila kucing memakan coklat ia akan menunjukkan simptom ketidakstabilan denyutan jantung menyebabkan kucing anda tiba2 keletihan, sawan dan terus menyebabkan kematian.



Seterusnya makanan ini adalah selalu dimakan kanak-kanak tapi merbahaya kepada kucing, iaitu gula-gula atau candy dan juga gum. Sama juga bahan dalam ubat gigi sangat merbahaya kepada kucing. Kesemua bahan yang baru saya sebutkan mempunyai bahan dinamakan xylitol. Xylitol ini dipercayai menyebabkan hormon insulin naik dan menjadikan tekanan darah kucing jatuh mendadak. Lalu kucing anda akan kelihatan tidak bermaya, seperti orang keletihan main bola dan akhirnya pengsan, sekiranya perkara ini tidak dibetulkan maka kucing anda boleh maut. Kesan xylitol pada kucing juga boleh membuat hati rosak dan kegagalan hati berlaku.


Tanda-tanda yang anda boleh lihat apabila kucing anda termakan xylitol ialah muntah, kelesuan dan jalan secara terhoyong-hayang dan tidak stabil.

Ada lagi satu makanan yang tidak patut anda beri pada kucing. Makanan harian ini biasa anda makan untuk menambah tenaga di permulaan hari. Ingat jangan beri kucing anda makan telur mentah, tak kisah laa telur ayam atau telur itik ker. Memang dari segi logik, telur boleh memberi tenaga tetapi kajian menunjukkan ia ada bahaya. Kerana telur mentah mempunyai jumlah koloni bakteria E.coli dan Salmonella yang tinggi dan boleh membuatkan keracunan perut. Telur putih pula mempunyai sebatian dinamakan avidin dan ia boleh mengganggu pengambilan atau penyerapan vitamin B iaiitu biotin oleh badan. Ini juga boleh memberikan masalah kulit pada kucing anda memandang biotin amat penting bagi kecantikan dan kesihatan bulu kucing.




OK-ok ada satu lagi makanan yang biasa anda bagi kepada kucing tetapi sebenarnya ia memudaratkan kucing tersebut. Apa dia yerk???

Hah makanan yang saya sebutkan ialah ikan dan daging  mentah, tolonglah sangat-sangat jangan diamalkan kepada kucing. Kerana pertama sekali ia adalah mentah dan boleh mengundang kepada keracunan makanan. Malah enzim dalam ikan mentah boleh memusnahkan thiamine di dalam tubuh badan kucing, Apa itu Thiamine, ia adalah vitamin B1. Vitamin B1 ini penting untuk penukaran karbohydrat dalam badan menjadi glukosa yang akan digunakan sebagai sumber tenaga utama badan. Kekurangan thiamine akan menyebabkan masalah neurologi pada kucing dna lalu koma.




Jangan bagi hati kepada kucing anda, tak kisah laa hati lembu ker hati kambing ker. Kerana ia boleh memberikan masalah keracunan toksik vitamin A. Sebab ia boleh menyebabkan kekurangan vitamin A dalam badan dan menjurus kepada masalah kerapuhan tulang seperti osteoporosis.


OK la sahabat itu sahaja maklumat saya hendak kongsikan sekiranya ada kesangsian atau perkongsian sila bersama-sama dikomen. Sama-sama kita memberikan yang terbaik untuk kucing kita, tak kira la kucing kampung sekalipun kerana Rasulullah SAW mampu menjaga kucing begitu juga kita, banyak pahala dan manfaatnya Insya Allah.

Dr H

Tuesday, July 24, 2012

aDAKAH BAWANG PUTIH ATAU gARLIC SELAMAT UNTUK KUCING ANDA?


Penggunaan bawang putih dalam haiwan peliharaan mungkin telah disalahfaham. Bawang putih dapat memberi juga manfaat dan ia juga boleh memudaratkan, bahkan maut kepada kucing. Apabila bawang putih berbahaya, ia menyebabkan anemia teruk atau kekurangan sel darah putih.




Kesan anemia bawang putih
Kucing yang mempunyai anemia akan mengalami denyutan jantung yang pantas kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membawa jumlah oksigen yang normal dalam darah mereka. Jantung haiwan kesayangan anemia berdenyut lebih pantas untuk mengedarkan oksigen dan menyimpan otak, buah pinggang, hati, dan otot berfungsi.

Sumsum tulang haiwan kesayangan kucing anda yang anemia cuba untuk menghasilkan RBCs baru pada kadar yang pantas, menarik nutrien, termasuk zat besi iaitu iron dan vitamin B daripada makanan dan tisu mereka. Limpa atau spleen membesarkan kerana ia berfungsi untuk mengenal pasti dan mengeluarkan semua RBCs yang yang telah dirosakkan oleh bawang putih. Jika badan tidak bertindak balas dan mengekalkan tahap hemoglobin yang normal, haiwan kesayangan akan memerlukan pemindahan darah atau perlu dapatkan bekalan darah dari kucing lain untuk terus hidup.

Mengapa kucing begitu mudah untuk bawang putih?
Kucing adalah lebih terdedah kepada anemia bawang putih akibat daripada anjing kerana hemoglobin kucing adalah berbeza daripada anjing-anjing. Hemoglobin adalah bahagian RBC yang membawa oksigen. Molekul dalam hemoglobin telah dioksidakan oleh sulfoxides dalam bawang putih, dan ini  merosakkan RBC secara kekal. Limpa akan menapis RBC dan membuang mereka yang mengalami kerosakan, menjadikan darah kucing anda tidak pekat tetapi cair Ujian darah menunjukkan kami bagaimana "cair" darah adalah dari jumlah hematokrit atau pack cell volume dan slaid darah menunjukkan kita yang Heinz body duduk dalam sel-sel darah merah.

Apakah dos toksik bawang putih?
Dos toksik untuk haiwan peliharaan adalah 1-2 ulas / kg, jadi haiwan peliharaan 4-kg menerima 4 atau lebih ulas sehari boleh mati. Satu sudu teh serbuk bawang putih adalah sama dengan 1 ulas. (Ulas bawang putih dan satu sudu teh serbuk bawang putih berat kira-kira 9 g.) Jadi, 4 sudu teh serbuk bawang putih (36 g) akan menjadi toksik kepada haiwan kesayangan 4 kg, seperti kucing purata anda.

Apakah dos yang selamat bawang putih?
Dos yang selamat bawang putih untuk kucing yang sihat adalah sekeping bawang putih 2-3 ulas kali seminggu. Walaupun ini dos bawang putih yang selamattetapi ia tidak cukup untuk deworm haiwan kesayangan atau menyembuhkan penyakit virus, ia mungkin merangsang sistem imun yang baik. Di samping itu, bawang putih mampu menyediakan "haba" untuk badan dari perspektif perubatan tradisional Cina (TCM), dan "haba" adalah bermanfaat untuk haiwan kesayangan lemah, kesejukan,demam, atau lebih tua.

Sekiranya terdapat gejala anemia; gusi pucat, degupan jantung yang pantas, edema, lemah, demam kuning. Jika mana-mana ini berlaku,segera ke Vet berhampiran.

Semoga anda mendapat sedikit manfaat darinya.

Saturday, July 21, 2012

Sedikit tips yang saya belajar: Makanan yang tidak patut anda beri pada kucing..

Salam sejahtera, ada kalanya kita suka beri makan kucing kita sesuatu yg biasa kita makan seharian, ataupun makanan tersebut menjadi kesukaaan kucing kita. Seperti makanan biskut jenama tertentu atau ikan mentah dan sebagainya.

Wahai sahabat kalian, tahukaH anda terdapat makanan ini adalah sebenarnya merbahaya pada kucing kita secara tak sengaja jika diberi kerap kali. Mari saya terangkan satu persatu, moga anda ambil tauladan darinya,

Pertama, tuna dalam tin. OK ia adalah makanan manusia yg dibubuh dalam tin, mcm sardin. Adakala kita ingt ia bagus untuk kucing maka diberilah. Memanglah kucing kita tu suka sangat tapi sebenarnya diet seperti itu tidak langsung seimbang.

Kedua, makanan kucing yg mengandungi onion atau bawang, garlic atau halia. YA saya tahu ada beberapa jenama makanan biskut kucing yang terkenal mengandungi halia, dan bawang. Jangan terperanjat, apabila kucing anda gemar memakan perisa ini, ia akan menjuruskan kepada simptom anemia atau kekurangan darah merah. Ini kerana bahan-bahan ini mampu memecahkan bahan yg membuat sel darah merah kucing lalu berlaku kekurangan darah merah. Maka kucing anda akan menjadi kurang bertenaga, tidak banyak berjalan, tidak aktif dan sebagainya. Ialah macam manusia kalau baru lepas derma darah mesti mcm lembik sikit. Malah makan bawang dalam jumlah yg besar juga boleh menjuruskan kucing anda mengalami keracunan bawang. Dasyat juga masalah ini yerk.

Ketiga ialah susu, ok memang lah masa anak kucing boleh minum susu. Tapi sebahagian besar kucing dewasa memang tak boleh tolerate susu. Malah usus mereka tidak dapat memproses susu dengan baik lalu menghasilkan masalah cirit-birit..

Keempat ialah alchohol. Sememangnya kita tak minum akohol tetapi sekiranya kita memberi makanan yg berakohol kucing akan menjadi koma kerana tahap keracunan itu sgt tinggi bagi otak.

Ok la shabat sy beri separuh dahulu, separuh lagi sy beri keesokan hari maklumlah nak tido. Esok dh mula puasa, nak bangun awal sahur. Selamat bersahur dan puasa pada Umat Islam

Wasalam

Dr H

Tuesday, July 17, 2012

Kenapa nak bela kucing??? yerk

Salam sejahtera, Assalamualaikum wahai pembaca sekalian,

Baiklah topik saya kali ini agak santai tapi mungkin akan memberi sedikit buah tangan untuk dibaca dan difikirkan. Tengok orang lain bela kucing, tiba-tiba lak kita ada keinginan nak bela kucing juga. Eh tunggu takkan senang camtu jer nak bela kucing. Ye la kan mentang2 kucing kampung jer takpun kucing kutip.Walau apa kucing sekalipun kena lah ingat bela kucing macam membela anak angkat, dan perlu tanya dulu naper saya dan bela kucing.

Terfikir atau tidak ramai orang bela kucing sebab pelbagai perkara, sayang, nak buat duitlah, bosan sorang-sorang. Haha saya sendiri ada 5 ekor kucing di rumah, tapi saya part time jer, yang full time my ibu. Ni pun ada newly birth 6 ekor, hope survive. So semua sekali dalam 11 ekor kucing parsi.

Ok la berbalik pada soalan, naper nak bela kucing. Saya bagi faktor-faktor yang mungkin berlaku..

1. Nak sayang kucing
2. Bosan sorang-sorang di rumah takde teman
3. Leh buat duit terutama jual anak  kucing eksotik macam Bengal.
4.Nak tangkap tikus
5. Sunnah Nabi
6. Halau hantu
7. Sebab minat / hobi
8. Nak jadi doktor vet
9. Kesian
10. Lain-lain

Ok la pembaca sekalian, anda di dalam kategori mana yerk.. Jom kita tengok satu-satu kelayakan atau faktor di atas. Kalau nak bela kucing sebab suka sayang kucing, itu bagus dan itu part yg best sebab dapat sayang kucing. Tapi part yang tak best nak kena bagi makan kucing, buang tahi kucing mandikan kucing dan macam-macam hal kebersihan diri kucing. Kalau anda jenis tak suka kotor-kotor najis like that lupakan.

Kedua sebab bosan, well thats nice sebab bosan nak bela laa kucing sebab jadi peneman. Malah jenis macam ni boleh la habiskan masa bosan itu dengan beri makan kucing, mandikan kucing, bersihkan tahi kucing, groom kucing.  That is ok la kalau anda sedang mencari kucing untuk menghilangkan kebosanan. Tapi takut lak bila dah tak bosan, kucing dibiarkan. Nanti kucing itu lak bosan.

Ketiga ni jenis bisnes punyer, dia sanggup kena kotor najis kencing kucing sebab nak pastikan kucing itu cantik molek dan dapat dijual.At least boleh beri balik modal jaga kucing. Kucing parsi di pasaran sekarang dalam RM 800 ke atas untuk yang anak kucing. Bayangkan awak ada 10 ekor anak kucing parsi dijual harga RM800. Mahu dapat RM8000 semudah itu. Jenis macam ini kurang penyayang, dan tau bermain duit. Takpelah bairkan luncai terjun dengan labu-labunya laa.

Nak tangkap tikus, eh biar betul nak bela kucing sebab nak tolong tangkap tikus rumah. Hampir semua kucing yang pernah famili saya bela langsung tak pandai tangkap tikus. So good luck laa bagi yang memilih faktor itu.

Sunnah Nabi, satu niat yang murni. Nabi Muhammad SAW memang ada seekor kucing yang rapat degan baginda. Baginda tak pernah mencederakan haiwan seperti kucing ini. Malah Nabi memberi nama Muazza pada kucing nabi. Nabi memberikan segala keperluan secukupnya untuk kucing baginda. Jadi bagaimanakah keperluan yang diberikan anda pada kucing, sangat memuaskan atau tidak.

Halau hantu ker... hahahaha ini first time saya dengar. Mentang-mentang la kucing ini sejak dari zaman Nabi Musa ada, maka macam2 cerita seperti ini berlaku. Well bagi saya it is least likely, walau orang Mesir kata Kucing ini boleh menakutkan Mumia dan Hantu. Bagi diri saya amat-amat kurang percaya.

Hobi dan minat bela kucing itu suatu nawaitu baik untuk menjaga kucing. Mereka ini jenis yang sangt suka dan penyayang pada haiwan terutama kucing. Malah ada diantara mereka sangat tahu menguruskan seharian kucing, malahan juga ada mereka yang lebih pandai dalam hal-hal berkaitan kucing seperti kesihatan daripada doktor vet sendiri.

Sebab nak jadi doktor vet maka u kena bela kucing. Haha, maybe sebab nak biasakan diri dengan haiwan so kena la pandai jaga kucing. Tapi sebenarnya tak berapa perlu laa.

Kesian, itu terms yang selalu didengari oleh tuan punya kucing di klinik haiwan terutama . Bila ditanya kenapa ambil kucing busuk tu dari sampah, si anak menjawab kesian ayah kaki dia kena potong la cederala. U memang bagus dan dapatlah pahala, tapi kena kuat hati menjaga kucing ini sebab ia bukan kucing kamu dan mungkin tuannya mencari maka u kenan bagi balik. Sekarang ini banyak sentimen bencikan kucing berlaku di negara kita, ada yang kena potong kaki sebab curi ikan la, kena air panas la.

Dan lain-lain faktor itu mungkin faktor yang tak terrungkai...

Oklah sahabat, saya cuma bagi sedikit mukadimah terbaru berkaitan hal ehwal kucing dan penjagaan,
Sehingga ketemu lagi lain hari, mata pun dah ngantuk nak tido. Byeee Wassalam

Dr H

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...