Saturday, December 8, 2012

Nutrisi kucing yang perlu anda check yang bagus antioksida



Kesihatan kucing juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan nutrisi yang seimbang. Doktor Veterinar telah mengenalpasti bahawa setiap peringkat umur kucing mereka memerlukan pemakanan nutrisi yang berbeza. Malahan cara atau gaya hidup kucing itu sendiri mempengaruhi keperluan nutrisi yang secukupnya.

Apakah ciri-ciri atau criteria kucing itu sihat?


Mari kita lihat satu persatu,


  •       Tinja – kecil, tidak terlalu keras, kurang bau.
  •             Tapak kaki – kasar tapi tidak terlalu keras
  • ·        Otot – tegap dan pembentukan lengkap
  • ·        Hidung – bersih, lembut dan perlu sedikit lembap
  • ·        Gigi – kuat, gusi merah sihat dan pernafasan tanpa bau busuk
  • ·        Mata – cantik dan bersinar
  • ·        Bulu – berkilat dan tebal
  • ·        Tulang – kuat dan pembentukan sempurna

Pemakanan kucing yang bernutrisi atau tinggi nutrisi perlu mempunyai formula antioksida bersama vitamin C, karotin beta, selenium dan mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi. Dengan keseimbangan yang saya sebutkan mampu untuk member perlindungan daripada radikal bebas yang merbahaya kepada kucing dan memastikan sistem imuniti kucing kuat.

Apakah pakej lengkap pemakanan kucing yang bernutrisi tinggi untuk melindungi dari radikal bebas.

Seperti yang saya sebutkan, pemakanan kucing yang bagus untuk antioksida perlu mempunyai kadungan yang akan saya sebutkan dibawah:

  • ·     Vitamin E – membantu proses pemulihan tubuh badan dari penyakit. Membantu mengurangkan kemungkinan penyakit jantung dan saraf. Mengurangkan kesan penuaan
  • ·   Vitamin C – akan memberikan kuasa tambahan atau boster kepada keupayaan vitamin E. Membantu melindungi daripada penyakit kanser.
  • ·       Selenium – meningkatkan keupayaan keperluan vitamin E. Membantu menghasilkan enzim tertentu untuk melindungi badan dari kerosakan proses oksida.
  • ·        Beta- carotene – membantu membina sistem imuniti yang kuat. Kompenen penting untuk melawan kebanyakan penyakit kucing

Sumber makanan vitamin E boleh didapati dari bijirin, manakala vitamin C boleh didapati kebanyakan buah-buahan seperti sitrus. Manakala selenium didapati dari makanan laut serta bawang putih, dan akhir sekali sumber makanan bagi beta-carotine sudah tentu dari lobak dan tomato.

Dengan kombinasi komponen makanan antioksida di atas maka ia dapat membantu kucing anda :
·        











  •      Membina sistem imuniti yang sihat dan kuat
  • ·        Melindungi kucing dari risiko penyakit
  • ·        Secara klinikal mampu mengurangkan kerosakan sel.


Jadi secara kesimpulan saya boleh katakan keperluan nutrisi yang betul perlu mempunyai komponen anti oksida yang mana terbukti boleh member pelbagai manfaat bagi anda dan kucing. Ingat apabila membeli makanan kucing yang pelbagai brand, perlu ada komponen antioksida yang tinggi iaitu vitamin E, vitamin C, selenium dan beta-carotine. Insya-Allah, tanpa usaha pasti tidak berjaya itulah ramuan ke arah pemakanan sihat.


Sehingga kita berjumpa lagi pada tulisan saya yang lain. Semoga hidup anda dan kucing anda dirahmati tuhan. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...