Friday, January 11, 2013

PERSOALAN PENJAGAAN KUCING SELEPAS PEMBEDAHAN

Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya.

Dibawah adalah soalannya.


salam,utk pngtahuan Dr kucing sy bunting masa di vaksin utk dimandulkan.kami xtau tanda2 bunting n vet mungkin x perasan.masa dia berank ank dia mati n tetinggal uri n sekor lg dlm perut.kami da operate dlm 3hr leps.sy nak tau tips pnjagaan slpas operate?asked by nurshazuanee

Begini, selepas operate, kita akan biarkan kucing di dalam sangkar agar tidak bebas lepas untuk sekurangnya 3 hari sehingga seminggu mengikut keadaan luka operation. Makan minum perlu diberi sekurang 2 kali sehari. Sekiranya ada ubat diberikan oleh vet, jadi berikan mengikut masa ditentukan. Penting sekali, periksa luka jahitan 2 kali sehari, pagi dan petang. Pastikan jahitan tidak tertanggal terbuka. Pastika tiada pendarahan, kesan darah ataupun ada cecair keluar dari luka itu. Pemeriksaan luka jahitan perlu dilakukan sekurangnya untuk 4 hari 5hari pertama. Tengok juga aktiviti kucing itu, kalau ia mcam agresif nakal selalu gigit atau usik kawasan luka sila ke vet. Kita risau kucing dah gigit atau buang jahitan itu. 

Check kawasan luka kalau bengkak, merah dan panas. Kalau bengkak sangat macam ada bisul sila bawa ke vet, kemungkinan ada local infection. Saya saran awak beli solcoceryl jelly kt farmasi dan sapu kawasan luka sehari sekali untuk mempercepatkan luka sembuh. Sila monitor kucing, kalau nampak ia macam pasif duduk diam tk macam biasa, kemungkinan dia demam. Jgn tunggu lama sila bawa ke vet. Selalunya selepas 2 minggu, benang akan tanggal sendiri dan luka dah sembuh dan kulit dah bercantum. Kalau tak sembuh dan nampak benang lagi, sila bawa ke vet untuk dibuang sendiri vet. Chances untuk kucing sakit demam selepas surgeri seperti di atas 30%. - 40%. Ini kerana ia adalah major surgeri, jadi perkara ini perlu dilihat serius. Ingat jika ada perubahan pada luka dan juga behaviour kucing dalam seminggu selepas operation, bawa ke vet. Itu sahaja jawapan dari saya. Semoga kucing awak sihat dan sembuh cepat.

Untuk pengtahuan awak, kalau kucing itu bunting puting susu akan membengkak, dia akan sedikit agresif kalau perut dipegang. Kucing bunting 2 bulan lebih sahaja, So mudah untuk melihat perubahan fizikal kucing,

Sekian wassalam

Dr Hafidz

10 comments:

  1. Kalau kita sapu ubat solcoceryl jelly lepas Tu kucing Tu jilat tak merbahaya ker

    ReplyDelete
  2. Hi solcoceryl jelly tak bahaya sebab ia mengandungi bahan organik dari lembu yang baik untuk mengurangkan pendarahan. Setakat pengalaman saya, kucing ada jilat dan tidak melihat sebarang kesan sampingan. Yang terbaik ialah selepas apply, keringkan ia atau bila apply tu pastikan ia tidak tebal, satu lapisan nipis sudah mencukupi.

    ReplyDelete
  3. Assalam doc..sy nk tanya kucing sy lukanya mcm terbuka lpas 4 hari di spay...ia suka jilat luka tu...apa perlu sy lakukan..boleh x sy sapu solcoceryl jelly kt tempat operate yg terbuka tu n balutkannya...adakah bahaya jika tempat operate tu terbuka..?

    ReplyDelete
  4. Salam , Sy nk tanya juga ni. Kucing fmale sy pnh kena opret sebab baby mati dlm kandungn dia coz kata doc baby dia bersaiz besar so dia xdpt branak nomal . Persoalannya skrg ni . Sy risau takut dia xdpt hamil lg. Coz br ni dia ada kawin ngn male klu ikutkn kandungn dah masuk usia sebulan . Tp perut dia xnampak besar . N satu lg soalan sy Apa tanda2 kucing gugur? Sebab sy perasan ada tompok2 darah kat lantai.tp xbnyak.

    ReplyDelete
  5. hooo, baru tahu ada tips begini, dulu ada kucing jugak, tapi bela kejap je huhuhu

    SUSU BEBAS GST ?

    ReplyDelete
  6. Salam doc, kucing syaa ni dah 2 minggu kat vet sbb ibu tkut la nak jaga kan ,lpastu vet ni suh jaga kat umah and kurung dia dlm cage. Kucing saya ni dh mcm agresif dh dlm sngkar .luka perut pun dh ok saya tgok tkde pun keluar nanah atau berdarah ke ,bengkak tu mcm tkde je .benang pun ade lagi cumanya mcm dh terbukak je .saya risau la sbb dia agresif sgt ..apa perlu buat ni ..vet tu saya tnya dia mcm endah tak endah je 😂

    ReplyDelete
  7. Hai sye nk tnye...kucing sye bru lpas operate sebab kaki dia patah..n kicing agak lasak...lepas smggu operate dah jln sne sini...adakah itu salah...luka jahitan masih baru

    ReplyDelete
  8. Hai sye nk tnye...kucing sye bru lpas operate sebab kaki dia patah..n kicing agak lasak...lepas smggu operate dah jln sne sini...adakah itu salah...luka jahitan masih baru

    ReplyDelete
  9. hai,
    kucing saya baru dimandulkan.bileh tak saya letak myk gamat pada luka jahit tu?

    ReplyDelete
  10. hai,saya nak tanya...kalau kucing xnak makan lepas operate xpeke

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...