Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kita bertemu lagi selepas beberapa dekad menghilang. Haha saya bergurau maafkan saya jika sedikit terlebih ceria. Baiklah hari ini ingin saya berkongsi satu tips khasiat atau pun kegunaan kulit telur yang tidak banyak diketahui umum.
Maybe ada yang tahu kulit telur tiada gunanya akan tetapi ia ada boleh menyumbang untuk kebaikan manusia. Apa kegunaannya, bukan untuk dimakan tau dan bukan untuk diminum.
Ok begini ia berguna untuk menghalau dan maybe untuk membunuh serangga perosak seperti lipas, cicak, ulat gonggok ke. Jika anda ada masalah serangga perosak terutama yang merayap di rumah, ini mungkin penyelesaiannya yang murah dan mudah dan tidak menyusahkan sesiapa pun.
Baiklah kulit telur semua jenis haiwan boleh digunakan. Tak kira telur ayam atau telur itik ker. So manfaatkan kegunaan mereka. Caranya mudah, kalau dah guna isi telur kan, kulit telur tu dikeringkan dahulu, jangan dupecahkan. Biarkan kering sampai dah betul2 kering. Kemudian grind atau hancurkan kulit telur sampai jadi serbuk, tak kiralah apa jua cara yang anda nak gunakan samaada blender ker. Bila dah jadi serbuk kecil-kecil, simpan dalam balang kaca semalaman.
Esoknya tabur ditepi-tepi dinding dan juga di kawasan anda syaki adalah sarang mereka. Tunggu 1-2 malam dan anda tengok ada diantara mereka dijumpai mati atau dijumpai melarikan diri.
Itu sahaja tips kegunaan kulit telur, saya berharap anda mencubanya. Jika kurang berjaya ceritakan kepada saya apakah yang tidak berjayanya. Semoga berjaya.
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
No comments:
Post a Comment