Friday, November 16, 2018

Motivasikan Diri ANda - Jumaat mulia

Hari ini sungguh indah. Ini kerana hari ini adalah hari Jumaat yang mulia. Jadi lebih baik kita memotivasikan diri untuk bertemu hari minggu yang ceria.

Dalam diri setiap orang, memotivasikan diri sendiri adalah penting. Kali ini saya ingin berbincangkan perihal memotivasikan diri dari sudut kata-kata positif dan negatif.

Pertama, yang mudah dahulu adalah kata positif. Semua orang suka apabila diri dipuji, diberi kata-kata semangat. Seperti anda hebat, anda berjaya lakukan. Malah kalau bos atau orang atas anda mahupun ibu bapa anda memuji anda pasti akan ada rasa aura baru memasuki diri anda. Malah untuk individu seperti ini, memang amat dahagakan pujian, kata semangat setiap hari. Jika tiada pujian, maka lembik la diri itu sepanjang hari. Oleh itu untuk individu seperti ini perlu dikeliling orang yang sentiasa positif dan gembira. Jika anda buat salah sekalipun, mereka tidak akan salahkan anda tapi mereka akan kata cuba lagi, takpe anda dah lakukan yang terbaik. Bukan itu sahaja anda juga perlu sentiasa berkata positif terhadap diri anda. Bangun pagi terus kan aku hebat, aku nak maju ke hadapan. Kata-kata positif ini bukan sahaja memberi kesan positif terhadap dalam diri malah ia boleh jadi doa.

Selain itu, kata-kata positif amat penting untuk kanak-kanak dan remaja. Golongan ini memang amat perlukan galakan positif. Walaupun mereka gagal, mereka buat silap atau mereka tidak mencapai prestasi yang diingini, yang penting kata positif boleh menjadikan sebaliknya. Bahayanya untuk golongan umur seperti ini ialah jika disajikan dan dijamu dengan kata- kata negatif seperti marah, kejian atau segala sumpah seranah, maka mereka akan membesar menjadi seorang yang penuh perasaan negatif. Dan tak mustahil mereka akan menjadi seorang yang berisiko untuk melakukan jenayah, atau berperilaku negatif seperti pembuli dan sebagainya. Kita lihat beberapa orang penjenayah terkenal Amerika, seperti pembunuh hacksaw dan sebagainya. Jadi penting bila anda ada anak, dan mood anda di rumah perlu lah selaraskan ke arah positif untuk mengelakkan ia menjangkiti keluarga anda.

Pemikiran positif juga mampu memberikan aura baik, untuk hari anda. Ambil contoh, mungkin di tempat kerja atau di kelas ada daya penarik yang cantik atau kacak. Jadi itu boleh menjadi penarik positif anda untuk bersemangat dan maju ke hadapan di pagi hari.

Jadi perlu diingat pemikiran positif, kata positif atau aura positif boleh memainkan peranan besar dalam hidup kita. Malah ada kajian mengatakan kita perlukan positif side lebih dari 60 peratus berbanding negatif side di dalam hidup kita.

Baiklah untuk setakat ini sahaja dulu, nanti saya sambung ceritakan bagaimana untuk pemikiran negatif baik untuk kehidupan dan memotivasikan diri kita. Sama-samalah kita menceriakan diri kita dan orang sekeliling. Manfaat kan hidup dari awal pagi hingga kita mati.


Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...