salam semua,
ok hari ni saya akan berbincang hal atau masalah kucing secara santai. flutd atau feline lower urinary tract disease adalah masalah biasa yang boleh berlaku pada kucing. kenapa saya cakap macam tu, sebab apabila kucing mula makan makanan kucing yg dibuat kilangmaka pelbagai ragam dan masalah kesihatan boleh timbul. saya bagi contoh mudah, pernah dengar smartheart cat food, brand mempunyai kandungan garam atau sodium yang lebih tinggi dr makanan kucing biasa. so ia boleh memberi masalah terutama pada kucing baka parsi.
baiklah, saya akan cover part pertama perbincangan iaitu simptom atau sign lower urinary tract. antara sign yang biasa diketahui ialah kucing anda akan mula kencing di kawasan merata rata. maksudnya kucing anda tak sempat nak ke tandas lah tu. sign kedua yang perlu anda awasi ialah resah dam tak senang duduk kucing anda. kucing anda sentiasa menjauhi diri dan tak nak makan, sebab pundi kencing dia sakit. so bila sakit pundi kencing, ada kucing lak akan selalu ke pasir kucing. kucing juga akan kelihatan berasa sursah nak kencing. payah nak keluar air kencing. kalau dapat kencing pun anda akan dapat lihat air kencing berdarah.
semua sign di atas berlaku kerana kucing anda mempunyai saluran kencing yang tersumbat. ini mungkin terjadi kerana pemakanan yang kurang sesuai dan tak sihat. punca lain ialah kucing anda kurang bersenam atau membuat aktiviti fizikal asyik duduk dalam rumah ajer. atau kucing anda kurang pengambilan air secara harian. ada sebab kenapa kucing anda kurang pengambilan air. salah satu kerana kucing tidak akan minum air dalam mangkuk yang tidak penuh, atau mangkuk itu terlalu kecil, atau diletakkan di kawasan yamg bising atau diletakkan dekat dengan pasir kucing. kucing yang mengalami obesiti juga ada kemungkinan untuk mendapat masalah flutd jadi beringat lah kucing tabby pun tak bagus juga.
so apa yang terbaik untuk kucing anda jika masalah ini datang. yang terbaik anda kena bawa ia ke klinik vet kerana kami doktor vet biasa hadapi masalah ini dan tahu cara untuk membantu memulihkan.
ok lah ini sahaja dulu dari saya, semoga bertemu lagi.
wassalam
DR.H
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
salam Dr H. saya nak tanya sikit. kucing saya demam hari tu. bawa pergi vets doktor bagi ubat antibiotik dan liver protection. lepas bagi dia makan ubat tu. kucing saya hilang selera makan dan minum. tahi dia keluar air dan sedikit darah. masalah ni dah berlanjutan selama seminggu. saya risau. apa pandangan doktor tentang masalah ni ?
ReplyDeleteAqel, ada kemungkinan kucing itu ada mslah g.i.t, atau sistem pencernaan perut. Samaada bakteria yg serang demam tu dah efek perut. Dia keluar tahi berair dan darah itu bermaksud perut panas dan ada jangkitan dalaman. Saya risau juga kalau antibiotik tu sesuai ke tak, sbb ubat tu pun ada side efek kalau salah bagi, blh saya tau apa nama ubat tu. Pandangan saya ialah beli makanan dalam tin nama i.d diet atau a.d diet, bg kat kucing sebab diet tu untuk kembalikan selera makan. Untuk darah yg keluar dr tahi perlu bw ke vet, sebab mereka ada ubat untuk kurangkan simptom ini, mungkin kena masuk air sikit. Kalau tk dpt bw ke vet cepat, beli air kelapa bg minum untuk cuci sikit perut. Tp yg pasti sy cdngkan bw ke vet untuk mungkin ada side efek dari demam tu. Hopefully dapat membantu
ReplyDeletevet hari tu saya pergi dekat klinik veterinar ampang. doktor tu masuk air, bagi ubat antibiotik dan liver protection. tadi saya bawa ke vet saujana impian. doktor tu cakap kucing cirit birit sampai stress menyebabkan hilang makan. doktor tu bagi ubat selera makan dan antibiotik. alhamdulillah dia mula nak makan sikit sekarang ni. doktor tu suruh cek tahi dia selama seminggu. kalau dah mula keras baru ok. doktor H ada buka vet ? senang saya berjumpa doktor. saya tinggal di ampang. sebelum tu. terima kasih sebab sudi membalas komen saya dan memberi info tentang penyakit ni :)
ReplyDeleteSaya sedang mencari tempat sesuai nak buka klinik vet. Kalau ada cadangan sila beritahu, insya Allah ada rezeki cepat saya buka. Try untuk elak stress kat kucing tu untuk seminggu, perut kucing lagi sensitif dari manusia.
ReplyDeleteSalam Dr H.. Kucing sy kena FLUTD ni.. Ubat dh abis tgal antibiotik je still ade lg.. Soalan sy ialah berapa lama tempoh kucing sy akan kencing secara normal.. Skrg ni dia kencing masih mcm air paip yg x tutup rapat (menitik2)...
ReplyDeleteIs your vet ada bg diet atau mknn kucing khas untuk masalah flutd. Jika saya, saya akn bg mknn khas tu dn kucng awk kn mkn ia untuk selama 6 bulan sekurng2nya untuk pulihkan salur kncing yg dh rosak. Nama mknn prescribe diet urinary diet, u.d tk silap. Klau dlm keadaan awak skang ia mgkn lama nk smbuh, mgkin 5 bulan dn kmgknn ia berlaku blh terjd kembali. Sy pernh rawat kcing yg ada mslh kcng tk lawas, sh cuma suapkan 1ml air lobak putih yg dikisar sgt halus sekurng sekali sehari. Sy buat untuk 2 bulan dh pulih. Tk perlu guna antibiotik. Itu shj pndangan sy, dan sy sudi mmbantu lg
ReplyDeleteassalamualaikum dr. thanks utk info ni...bcoz my cat pun skang tgh suffer batu karang, betul2 buat saya serabut....n thanks atas explaination yg dr. bagi ms sy call dr. td...
ReplyDeleteSlamay sjahterah doktor. Saya bak tanya nie.. sah sminggu kucing sya tak makan.. dia klihatan lmah.. dan bau kucing sya sperti bangkai.. saya kesihan tgk kucing sya tu.. pada hari pertama kucing saya sakit dia sperti sesak nafas. Macam agak sukar utk bernafas. Dia sempat lahirkan dua baby kucing tapi tak cukup bulan. Dua anaknya mati sebab tak dberikan susu disebabkan ibunya sakit.
ReplyDeletesalam rozor, dia ada masalah semasa melahirkan baby. itu yang dia sesak naafas dan juga sangat lemah. provide kan makanan wetfood dalam tin tu unutk 2 malam, sebab itu tenaga segera yang boleh kita berikan selepas dia beranak. Kalau tak nak juga try paksa, pasal bau itu sebab masalah peranakannya maybe uri tu tak dimakan tu yang berbau. makanan yang terbaik dan sentiasa disukai kucing wetfood so try pun wetfood yang ada bau depan mulut, calit sikit dia hidung untuk dia bau. tolong update kesian saya dengar.
Deletesalam Dr. kami baru mula membela seekor anak kucing jantan yg kami selamatkan dari dilanggar lori di jalanraya. Sejak mula menjaga kucing tersebut, kami perhatikan kencingnya seperti tidak lawas. Kadangkala normal, kadangkala cuma setitik dua, kadangkala kencing semasa tidur. Dua minggu bersama kami, kucing ini sangat aktif bermain. Tetapi, baru minggu ini, kucing tersebut tidak lalu makan, lesu dan tidak boleh buang air. Kami sangka kucing kami sembelit, dan kami telah menghantarnya ke vet selepas 2 hari sakit. Hari pertama di klinik, vet telah memasang tiub di saluran kencing kerana terdapat jangkitan kuman pada pundi kencingnya. Kencingnya ada darah dan nanah. Hari kedua selepas rawatan klinik, tiub tidak dpt dimasukkan lagi dan vet kata saluran kencingnya semakin sempit. Sekarang kami dinasihatkan oleh vet supaya mengurut / menekan sediki t pundi kencingnya bagi membantu mengeluarkan air kencing. Kucing kami masih sakit lagi. Berapa lama keadaan ini akan pulih? Apa pendapat Dr?
ReplyDeleteSalam sofia, kesian kucing dilanggar. Impak perlanggaran tu pundi kencing telah rosak. Sepatutnya tiub itu dibiarkan agar segala nanah, darah boleh keluar, kalau saya tiub tak perlu keluar seminggu sebab kita risau benda ini akan berlaku. Selalunya kucing macma option 1 ada diberi ubat untuk mengurangkan rasa sakit dan membunuh kuman di pundi kencing. Dan bab urut tu maybe kena bertahan at least sebulan paling cepat, ia boleh sampai 4 bulan. Tapi saya lihat option kedua boleh membantu, operation ia akan membetulkan pundi kencing jika pecah. Malah ia akan menstabilkan keadaan saluran kencing. Cuma ia memang mahal boleh mencecah rm1k depend pada vet. ada cuba bagi minum air reverse osmosis, ia boleh membersihkan semua nanah dan darah kotor. Semoga kucing ini sihat semula, memang mengambil masa lama
ReplyDeleteWsalam Dr. Masa jumpa tu, kucingnya hanya hampir dilanggar, belum dilanggar. Tetapi, sebelum menjumpainya, memang kami tak tahu asal usul kucing tersebut dan kami percaya dia datang dari semak-samun seberang jalan. Tiub tersebut menurut pendapat vet yang kami temui, tidak perlu dijahit sebab kucing kami masih kecil, dipercayai berumur dalam 2-3 bulan dan mungkin disebabkan perkara tersebut, tiub tersebut tertanggal dari saluran. Walaubagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Kucing kami mati pada 25/7 ketika vet (vet lain dari sebelumnya) sedang merawat/cuba memasang tiub pada saluran kencingnya.
Deleteooo umur 2-3 bulan ker. Memang susah la nak masukkan tiub, selalu kalau kucing dewasa akan dijahit tiub tu. Anak kucing memang agak sukar kalau berlaku perkara macam ini dan susah untuk survive. Takziah yang penting kita sebagai manusia telah berusaha membantu daripada hanya melihat tanpa melakukan usaha
DeleteAssalamualaikum Dr... berapa lama kucing akan bertahan sakit kencing x lawas nie jika x dirawat ??semalam dan harini klinik tutup,, :'( saya xtahu nk buat macam mana lagi,,, sekarang nie perut dia dah mengeras,,, risaunye saya dr,,, Allah je tahu :'(
DeleteSalam kucing pundi kencing boleh tahan lama dalam 24 jam sepatutnya. Paling teruk 2 hari ajer. Jika dah keras bermaksud pelbagai kemungkinan ada, batu karang dah besar atau pundi kencing lebih muatan. Try prevent dia untuk kurangkan minum atau beli makanan royal kanin untuk kencing tak lawas iaitu s/d or c/d diet. Ia untuk mengurangkan pembentukan batu karang. Good luck
DeleteAssalamualaikum Dr.. Saya Nora, 21 thn. Saya mempunyai kucing berbaka Parsi. Kucing saya kini mengalami masalah seperti dalam article yang dipost dalam blog Dr iaitu kencing kucing berdarah.. saya nak tanya apa tidakan yang boleh saya lakukan sementara menunggu ayah bawa kucing saya berjumpa vet.. dan.. adakah masalah ini jika berlarutal boleh mendatangkan bahaya kepada kucing saya? Harap Dr. boleh bantu saya secepat yang mungkin. Terima kasih. Semoga Allah swt merahmati Dr. Amin.
ReplyDeleteAsiah terima kasih. Begini salah satu ialah kita tolong kucing tu flush kotoran darah dalam air kencing dengan bagi minum air berion untuk membetul aliran osmosis air kencing supaya ia dapat bersihkan darah tu. contoh macam 100plus. next kurangkan makan dryfood mcm biskut sebab itu buatkan pembentukan garam dalam air kencing. tukar makanan cari dryfood khas yang nama u/d diet atau s/d diet. yang ni khas untuk ada masalah kencing. diet ni ada di petshop juga rasa bawah brand prescription diet. selamat berjaya
DeleteDr.kucing saya baru terjatuh dari tingkat 5,tapi ada darah keluar di kemaluannya..dan ia meraung kesakitan ketika membuang air besar,saya khuatir sekiranya ada organ dalamannya yg pecah terutama organ seperti undi kencing,maka apakah tindakan terbaik untuk saya lakukan sebelum bawa ke vet..
ReplyDeleteSalam semua biasa kalau jatuh dari tempat tinggi akan ada pendarahan dalaman sekiranya kucing tu tak mendarat dengan baik. Tapi ketahuilah kucing juga mampu mendarat dengan selamat jika ia jatuh dari tempat tinggi. Untuk kes seperti ini jika berlaku pada anda, kurangkan beri air minum kerana khuatir jika yang pecah itu pundi kencing dan air kencing yang toksik itu pasti akan masuk ke dalam kawasan organ lain, sangat bahaya. lebihkan makan wetfood sebab kalau dryfood meyebabkan tinjanya keras dah sakit bila nak buang air besar. Selain itu tolong bawa ke vet dalam masa 48 jam sebab lebih dari itu jika ada organ yang cedera dan rosak, maka susah nak kita rawat nak perbaiki
Deletesalam sejahtera dr, saya mempunyai seekor kucing parsi yang menghidap FLUTD, dan rawatan telah diberikan oleh vet dan kucing saya diberi ubat dan antibiotik serta makanan khas utk rawatan salur kencing jenama royal canin urinary s/o . Kucing saya telah diberi makan rc urinary s/o tersebut selama 3 minggu lebih, dan selepas habis sahaja makanan rc urinary s/o 1.5kg tersebut, saya telah membeli makanan kucing jenama royal canin juga tetapi jenis sensible khas utk jaga penghadaman dan salur kencing kucing.Oh ya, kucing saya sudah tak kencing berdarah dan kencing sudah lawas tidak seperti sebelum mendapat rawatan. Tetapi saya ada sedikit ragu2 utk bagi kucing saya mkan royal canin sensible kerana saya tak pasti smada terlalu awal utk bagi mkanan selain royal canin urinary s/o , oleh itu saya nak tanya dr adakah tidak elok utk sya bgi makanan lain kepada kucing saya.
ReplyDeleteSalam Chris Tine maaf lambat balas, kepada semua pembaca juga. ini dari pengalaman saya untuk kes FLUTD ini, kami akan menyarankan pemakanan S/O ini untuk tempat 2 bulan hingga 3 bulan. Ini kerana S/O diet ini bagus untuk keadaan permukaan pundi kencing serta pemulihan pundi kencing.
DeleteSalam Dr. Smlm sy prasan pundi kencing kucing sy kotor. Mula2 ingan najis dia. Sy cuba lap guba wet tissue plahan2. Sy cuba bau, tp tiada bau najis. Malahania smcm darah yg dah hitam blumur dan kering pd pundi kencing. Sy cuba cuci dgn shampoo dia mlm td. Pg ni sy tgk masih kotor. Kucing sy umur sekitar 2thn stgh dan beratnya 5.9kg. Normal ke Dr? Sy pernah bawa ke vet. Masalah yg sama dan Dr. Suruh tgglkn 1mlm utk pantau air kencing dia. Kemudian Dr. Bgtau sy dia ok sy g dia mk premium equilibrio sblm ni. Skrg ni sy bg mkn brit yg special utk pjagaa bulu. Bole Dr. bg pndapat?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDoc nak tnye mcm kucing saya ni
ReplyDeletesaya mmg kerap bg dia mkn makanan yg di jual di pasaraya sejak kecil..
now dia dah berusia lebih kurang 6tahun
2hari yg lepas kucing saya tiba2 kencing berdarah..
dan darah tu byk warna terang
tu dia kena pada hari pertama..
dan hari kedua pagi kencing darah dia sgt pekat
saya nak bawak g vet tapi tutup
jadi saya tgu hari ketiga baru bawak..
saya syak dia kena batu karang
jika di biar boleh membahayakan nyawa kucing ke ?
dan langkah2 berjaga utk mengelakkan terjadi lg ape perlu saya buat..
Kucing saya ni jenis susah bg makan ubat biji atau cecair..
Kalau bg ubat masuk mulut dia akan keluarkan balik
sangat leceh tapi kena sumbat jugak utk kebaikan kucing trrsebut
Salam sejahtera..kucing saya jd tdak bermaya..pada mulanya asyik keluar masuk pasir tetepi tdak jgk kencing..saya bawak g klinik doktor periksa kantung kencing dh penuh..pada mulanya dia ckp batu karang..setelah diperiksa doktor ckp salur kencing ada nanah..doktor masukkan tiub dn kuarkan air kencing..setelah sehari lebih saya dapati kantung tersebut kembali penuh..saya bwk ke vet pula..mereka beri suntikan untuk beri senang kencing..setelah pulang air kencing meleleh seperti tdak boleh kontrol kencing..kemudian nmpak mcm ok skit..setelah dua hari nmpak jd kembali lg..my cat jd tdak lrat kembali..mnta pandangan doktor....
ReplyDeletehai doc, sy ada kucing yg kencingnya berdarah..sy dah bawa ke vet, vet bg antibiotik dan ubat batu karang katanya... vet check pundi kencingnya tidak penuh... sy risau... huhu
ReplyDeleteSalam Dr, kucing saya jatuh dari tingkat 10 dan sya tlah bawa ke vet kemudian doktor mengatakan kos rawatan utk kucing sya rm10,000++ sya tidak mampu merawat kucing sya dgn kos nyer terlalu mahal..doktor mengatakan pinggang kucing saya patah dan sekarang kucing sya hanya terbaring di rumah dan kencing berdarah.
ReplyDeleteSalam doc. Kucing saya sekarang admitted di vet kerana mengalami cirit birit dan muntah buih. Dia x mau makn dan mimun. Dr vet bru call dia ckp keadaan kucing saya tu masihbx berubah walau dah msuk drip and antibiotics. Najis dia berwarna hitam dan masih muntah. Ada perlu buat pemeriksaan darah. Harap Dr dpt memberi pandangan.
ReplyDeleteSalam doc sya ingin meminta pendpt doc kucing mgalami kesukaran kecing dn kecing berdarah sya tlh bwa ai ke klinik dh pasang tiub tersebt dn mereka membri ubt antibiotik dan kos mahal jgk tetapi sya berkorbnlah demi kucing dan selepas dua hri yg lps kucing sya membuka tiub tersebt yg bru dipasang itu saya bgn pgi kucing sya kembali sakit seperti kesukaran kencing dan sya runsing memikirkn prkarra trsebt sya ingin minta pendapat atau cara untk kucing sya pulih doc hrp doc jwb pertnyaan sya
ReplyDeleteAs salam doc. Bagaimana cara utk merawat sndri kucing sy?
ReplyDeletesalam doc.saya ada kucing jantan yg non stop kencing. xsmpi lagi tahap smpi kencing berdarah or ape. sbb smpai dia tidur still ternampak air kencing terkeluar sikit. apa patut saya buat?
ReplyDeletesalam doc, kucing jantan saya baru operate dari batu karang dan sekarang dia macam x lawas kencing & berak...klau dia tidur ada titis2 sikit air kencing dia..adakah dia kena flutd dan saya perasan pundi kencing dia ada terkeluar sikit.
ReplyDeleteAs salam..
ReplyDeletesy punyai kucing jantan yg alat sulitnya brdarah tnpa henti, x pasti ianya brpunca dr prgaduhan atau penyakit krn ini kali prtama.. hrp doktor dpt berikan jwpn jg cara ubatinya, terima kasih byk :)
Assalamualaikum..baru2 ni sy tukar dryfood kucing ke evo sblm ni orijen. kucing sy xberak 2 hari. sllunya tiap2 hari dia akn berak. adakah dia sembelit? dia just kencing tp xberak. tq doc
ReplyDeleteSalam doc..kucing sy ada mslh pundi kencing,stiap kali kucing sy kencing,air kencing b'cmpur dgn darah..kucing sy juga s'prti tiada selera mkn?ape mslh kucing sy doc?
ReplyDeletesalam doktor...pd 5 ari yg lepas..kucing sy dah flushing..dan sy pntau di rumah..sy bg mkn ubat antibiotik dan ubat lawas..dan sy ade terbaca bg minum jus lobak putih..sy turut bg sejak 3 ari yg lepas..tp..pagi hari ini..dia betmbh selera mkn dan minum..tetpi kencing nya berdarah pula...kenapa ye?...adakah bahaya?...dia juga msh rutin yg same menjilat bulu..cume kurg pergerakan...adekah darah itu bahaya atau slh stu kesan utk klurkn batu karang?
ReplyDeleteSalam dr..boleh sya tau..klinik dr nie dekat mana..supaya sya boleh menghantar kucing sya..yg sedang ada masalah kencing tak lawas, serta bila meneran untuk kencing..kucing sya berak cair sekali..
ReplyDeletesalam dr.nie sy nk tye.kucing jantan sy kne batu karang.tp sy dh msuk kn tiup.lpas buku tiup dy msih kecing bdrah.dh kskrg nie kmluan ny kluar kn lendih putih.knp ya dr
ReplyDeleteSalam doktor. Kucing sy ni slalu sgt buang air. Tapi dia mcm xsedar pon yg dia buang air. Tgh baring pon dia blh buang air. Nk buat apa doc
ReplyDeleteAssalamualaikum doc..kucing saya dah 2 hari kencing berdarah non stop atau tanpa kawalan..wlupn tengah duduk or berjalan kencing berdarah menitis merata tempat..quantity kira sedrhana byk..kucing sy xde selera mkn dh 2 hari tiba2 mcm itu..sy nak bwk pegi clinic tp sy tkt sy xmampu byr kos perubatan kerana sy pernah dpt info yg kos operation anggaran rm600 keatas..sy sungguh stress dan kasihan tgk keadaan kucing sy mcm tu..how i wish ada vet clinic yg mampu milik kos perubatan...what should i do
ReplyDeleteAssalamualaikum Doc, sejak akhir2 ni kucing saya kerap terkencing semasa tidur, kenapa ye..? Usia kucing sudah mencecah setahun lebih(betina).maklum balas doc amatla saya hargai.
ReplyDeleteTerima kasih doc