Sunday, February 3, 2013

Apakah yang berlaku setelah dikateter atau urinary catheterisation bagi kucing jantan


ur_male_cat.jpg (106635 bytes)

Salam sejahtera,


Kembali lagi saya kini bercerita sedikit tentang kebaikan dan pos-prosedur selepas urinary catheterisation bagi kucing jantan. Prosedur ini dijalankan untuk membuang atau flush pundi kencing yang tersumbat. Kucing jantan kita mempunyai masalah tak boleh kencing, malah dekat hujung penis kita akan dapat lihat, maybe jumpa yellowish plug atau darah beku. Ok itu simptom atau sign awal masalah saluran pundi kencing dah tersumbat.

Jadi dengan menggunakan catheter atau tiub kateter yang sesuai dengan saiz dan kegunaan, doktor haiwan akan mengukur dahulu kepanjangan tiub yang akan dimasukkan sehingga ke dalam pundi kencing kucing itu. Sebabnya kalau terlalu dalam masuk ia boleh menyebabkan tiub itu akan tertusuk dinding pundi kencing lalu menyebabkan pundi kencing bocor. Air kencing akan melimpah dalam perut dan komplikasi berlaku. Maka itulah kerja doktor haiwan terlatih perlu mengukur sedalam mana ia perlu menyalurkan tiub. Apa sebab kena salur tiub, well prinsip macam ni tiub seperti membuka saluran baru untuk air kencing keluar. Sebelum ini saluran sedia ada dah tersumbat disebabkan batu karang, darah beku mungkin, atau nanah yang menjadi plug. Ok tiub tu akan menolak halangan itu kembali ke dalam pundi kencing lalu membuatkan saluran kembali terbuka. Doktor haiwan akan menolak perlahan2 nak mengurangkan trauma pada dinding salur kencing. Apabila dah masuk pundi kencing maka dengan perlahan-lahan air kencing keluar bersama kotoran, darah dan sebagainya. Tapi selalu air kencing boleh jadi susah keluar juga, maka dengan menggunakan teknik betul, doktor haiwan akan mengepam perlahan-lahan atau menekan pundi kencing dari keluar untuk memberikan tekanan pada air kencing ditolak keluar. Ini terjadi apabila pundi kencing selama ini tersumbat, jai pressure dalam tu dah tak kuat, malah otot pundi kencing sudah lemah. Sebab itu doktor vet akan membantu kucing mengeluarkan air kencing. Tahukah anda, kalau air kencing tidak dibuang untuk beberapa masa yang lama, bukan sahaja menyebabkan air kencing boleh bertukar menjadi batu karang dalam bahasa kita atau urolith, malah normal flora dalam pundi kencing yang terdiri bakteria baik akan membiak terlalu banyak sebab keadaan dalam pundi kencing terlalu kotor. Apabila bakteria menjadi banyak ia akan mula memakan segala sumber nutrent yang ada termasukkan dermis atau tisu pundi kencing.

Ok selepas dah dijalankan prosedur catheter sehingga kempis pundi kencing dibuatnya. Adakalanya, kucing akan dicatheter untuk suatu jangka masa lama maybe seminggu dan diwajib duduk wad untuk bet monitor. Sepanjang duduk wad, tiub itu akan sentiasa berada di dalam salur kencing kucing ini untuk membantu kucing kencing.Tapi biasalah kucing tak berapa suka. Sepanjang dicatheter, vet akan beri kucing ubat untuk lawas kencing dan sentiasa kencing, seperti flush pundi kencing sampai bersih.  Malah diberi antibiotik yang sesuai untuk mengelak jangkitan sampingan dari bakteria terutama. So vet akan biarkan tiub berada dalam saluran kencing sehingga disahkan masalah ini berakhir.Apabila habis dipastikan tiada lagi tersumbat, atau ada darah, baru dikeluarkan. Apabila tiub dikeluarkan, maka kucing akan still diberi antibiotik untuk dihabiskan dose.

So selepas prosedur ini, Tuan kucing perlu pastikan ubat yang diberi digunakan sebaiknya. Selepas ini, pemakanan kucing perlu diubah, kena makan makanan khas yang baik untuk kesihatan pundi kencing untuk mengelak tersumbat lagi. Saya saran beri makanan seperti prescribtion diet dari hills diberi nama U/D diet, dan C/d diet, rasa kedai vet ada, kalau kedai petshop tak pasti. Makanan ini memang tak disukai kucing sebab takde perisa, tapi kita sebagai tuan perlu latih kucing kita makan. Ia bagus untuk penyembuhan dan mengelakkan berlaku masalah batu karang dimasa sama.



 Pada masa sama, saya saran untuk kucing yang ada masalah ini tidak digunakan pasir kucing sebagai tandas sebab ia akan membuatkan bahagian bawah trauma, jadi seeloknya dibubuh ceraian surat khabar sebagai tandas kucing. Ini lebih berguna kerana tuan kucing akan tahu berapa banyak kucing kencing, dan kalau tiada kencing maka boleh diinformkan kepada vet untuk tindakan penbetulan.




8 comments:

  1. assalamualaikum dr hafiz....thanks ats info ni.....at least now i know yg batu karang sangat bahaya kpada kucing, n dry food tu x elok sbnarnya....Olen, my cat yg kna baru karang tu pun dah meninggal pagi tadi......x pa la at least dia dah x menderita lagi......nway thanks ya dr atas semua infonya.....teruskan menulis info kesihatan haiwan, at least ia boleh buat semua pencinta haiwan lebih aware dgn mslh ksihatan haiwan2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. I try jg yg the best untuk bantu, still sedih sikit olen tk mampu bertahan.im sorry

      Delete
  2. Dr kucing sy bru lepas diflush air kencing keluar sbb beberapa hari x kencing..after doc flush keluar semuakucing sy dibenarkan bawa pulang dan x diward kan..tp semalamn kucing sy x kencing atau berak..sy bwk ke vet kerajaan dan dorang cucuk ubat bg lwas kencing..lepas tu kucing sy mcm xboleh control kencing.. ni dh dkt smggu..anti biotik habis dh..tngal ubt utk kuatkn salur kncing..kencing dia asyik mengalir keluar me..macam mane ye doc? Sy risau sgt2...

    ReplyDelete
  3. dr saya tak tau la knp dengan kcing jantan saya ni...dia jalan kengkang dan sentiasa jilat dia punya alt kmluan dia n bila saya tengok dia punya telur dia mcm bengkak...kkdng ade klua air kncing..tu mslh yg sama jugak ke??

    ReplyDelete
  4. Kucing saya baru tgh hari td melalui prosedur tu..doc kata ptt jam 8pm dia akan sedar.tp ni masih lum sedar g...nafas dia mcm laju..kain alas badan dia abis basah dgn kencing...normal kah begitu? Sbb doc kagta patut saya beri dia makan, minum. Dan ubat lps sedar..tp dia masih belum sedar..

    ReplyDelete
  5. Oh ya.ni dah jam 10.30 mlm...masih x sedar

    ReplyDelete
  6. Kucing saya baru tgh hari td melalui prosedur tu..doc kata ptt jam 8pm dia akan sedar.tp ni masih lum sedar g...nafas dia mcm laju..kain alas badan dia abis basah dgn kencing...normal kah begitu? Sbb doc kagta patut saya beri dia makan, minum. Dan ubat lps sedar..tp dia masih belum sedar..

    ReplyDelete
  7. Kucing saya baru tgh hari td melalui prosedur tu..doc kata ptt jam 8pm dia akan sedar.tp ni masih lum sedar g...nafas dia mcm laju..kain alas badan dia abis basah dgn kencing...normal kah begitu? Sbb doc kagta patut saya beri dia makan, minum. Dan ubat lps sedar..tp dia masih belum sedar..

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...