Salam sejahtera da Assalamualaikum
Bertemu kembali maaflah sebab saya cuba menulis sebanyak mungkin tapi masa tu jadi masalah. Ok Sekarang mari saya bawa anda kepada masalah flea lice serta kaum keluarga ectoparasit dan kucing.
Sebelum mari kita lihat foto-foto diambil dari internet, ni keadaan bulu kucing kalau mereka terkena masalah di atas.
Saya faham mesti ramai geli tak suka dan rasa jijik tengok kucing ada masalah ini. Malah ada orang sampai sanggup buang kucing mereka ke pasar sebab tak sanggup hadap masalah mcm ini. Mereka pun mula menyalahkan kucing, kata pengotor tak pandai jilat bulu la.
Ok yes memang ini masalah haiwan, tapi puncanya 70% bukan berasal dari kucing. Kalau 10 punca kucing dapat masalah ini, hanya 3 sahaja punca sebabkan oleh masalah kucing itu sendiri, tapi 7 lagi punca masalah datang dari faktor luaran. Ini bukan rekaan saya, tapi ia datang dari apa yang saya belajar sebagai doktor vet, dari pengalaman member saya di klinik vet, dari research study yang orang buat.
Tahukah anda klimate negara kita khatulistiwa pada suhu tropika macam ini adalah suhu yang sangat sesuai untuk parasit macam ini hidup riang ria membiak tanpa rasa terancam. Macam manusia la, mana ada manusia hidup di kutub selatan yang sejuk giler. Malah masalah ectoparasit ini dibuktikan kurang berlaku di negara iklim terlampau sejuk dan terlampau panas. Sebab ectoparasit ini tiada kulit luar untuk melindungi dari cuaca terlampau. Jadi jangan nak salahkan kucing, lihat dahulu bahawa negara kita beriklim sesuai untuk parasit ini hidup membiak.
Tahukah anda karpet, sofa, mahupun katil kita ini juga jadi punca kucing dapat masalah ini. Bayangkan sofa fabrik tidak dispray basuh atau dibersihkan guna fabriks spray, maka semua jenis parasit boleh hidup bawah tu senyap-senyap. Malah, awak mungkin terperanjat jika saya kata, maybe sofa awak jadi tempat sarang parasit letak telur mereka. Bila telur menetas barulah parasit ini cari mangsa. Jadi walaupun awak kata dah mandikan kucing dengan shampoo mahal pun, tapi katil sofa dan karpet anda tidak dicuci bersama kucing awak still akan mendapat masalah ini kembali. Ingat bila awak mandikan kucing, cuci dan bersihkan bersama sofa dan kawasan dalam rumah. Ada juga kucing suka duduk di pakaian baju, kalau dilihat bawah mikrskop pasti awak terperanjat apa ada pada baju awak. Sebab tu kadang2 awak gatal sebab, benda ni ada tapi takdelah sampai hisap darah anda, cuma ia buat anda allergik.
Next, haiwan lain seperti arnab mahupun burung boleh jadi sebagai punca masalah di atas. Sebab mereka ini boleh jadi sumber pengangkut untuk parasit pergi ke kucing anda. Burung memang tidak akan menjadi mangsa pada parasit ini sebab tapi ia membantu menyebarkan masalah ini. Tapi selalu yang kita tengok bukan haiwan lain yang bawa masalah ini ke dalam rumah tapi kita sebagai manusia. Bayangkan anda baru pergi petshop, belek-belek kucing lawa kat situ, lalu melompat satu flea kat kepala awak. Memang agak gatal kepala, tapi flea itu flea kucing tkkan makan darah awak. Jadi awak bawa flea itu ke rumah, kat rumah awak terus jumpa kucing kesayangan dan terus peluk cium. Tatkala awak peluk cium anak kesayangan awak tu. maka lompatlah flea masuk celah bulu kucing. So faham maksud saya, better bila awak dah balik rumah dari mana-mana pun bersihkan diri, kaki rambut. Mandi dulu ker lepas balik kerja, baru jumpa anak kesayangan awak tu.
Perkara yang perlu anda takut ialah telur mereka, sebab apabila betina mula bertelur, minmum telur dihasilkan ialah 100 biji. Malah telur mereka ini mempunyai lapisan kerak sangat tahan lasak, dah tk mudah pecah. jadi jika ia jatuh ke tanah atau ke lantai rumah awak, ia masih boleh kekal di situ selama 2 minggu hingga menetas. Tahukah anda?Apabila parasit betina keluarkan telur ia memerlukan masa 2 minggu untuk menetas. Jadi sebab itulah apabila awak buat rawatan untuk bunuh parasit samaada guna injection ivermectin, awak kena datang ke balik untuk suntikan kedua 2 minggu kemudian sebab masa tu telur mereka baru menetas. Boleh lah kita bunuh anak-anak diorang sekali.
Kucing sebaiknya kalau dah tahu kena masalah ini jangan dibiar main ke luar rumah sebab kita tak tahu diorang ini akan bermain dengan kucing lain ker. bergaduh dengan anjing ker. Takut macam-macam penyakit dan masalah dibawa, seperti masalah ectoparasit ini.
Anda pernah lihat kucing menjilat jilat bulu. Ok itu mekanisme mereka mandi, gunakan air liur. Mereka jilat bulu, sambil tu akan makan apa jua ectoparasit ada pada kulit. Sebab tu kadang-kadang anda lihat kucing ambil berjam-jam lamanya menjilat. Kucing saya pun macam tu, dia ni suka jilat sampai bulu dia putih bersih takde pun kotor. Tapi kenapa masih ada juga kita jumpa flea celah bulu, dia ada earmites? Macam saya kata , setiap ekor parasit betina ini boleh hasilkan 100 telur dalam masa 2 minggu. Kucing kita dha cuba sebaik mungkin membunuh parasit ini tapi malangnya terlampau banyak. Itu yang still dapat dilihat bulu gugur, ada copak la..Jadi dah jadi peranan kita sebagai mak bapak mereka ini, dapatkanlah rawatan sewajarnya. Beli sendiri frontline spray buat kat rumah, mandikan setiap hari dengan spray ini mampu membuatkan kucing anda happy. Jadilah peminat kucing bertanggungjawab, jaga kesihatan kucing anda sepanjang masa.
Saya rasa cukup untuk malam ini walau saya ada lagi nak tulis sebab ia hanya sebahagian kecil naper kucing boleh dapat masalah ektoparasit.Apa!! apa itu ektoparasit. Ok moh saya bagitau, parasit itu benda yang tak elokkan ia merosakkan perumah, ia ada 2 jenis satu ekto bermaksud kat luar kulit, satu lagi endo maksud dalam atau di dalam badan macam cacing.
Jadi moga tulisan saya jadi sedikit pedoman berguna, maaflah dengan bahasa saya. Sebab dah terbiasa. Semoga kita faham kucing adalah pembersih, sepanjang masa mereka groom diri. bersihkan diri sahaja itu kerja mereka. Tapi masalah ini tak berakhir disebabkan punca luaran.
UBAT INI SANGAT BERGUNA ANDA SENDIRI BOLEH LAKUKAN DI RUMAH
Ok wassalam moga temu kita lagi
Dr Hafidz
salam @ hai..sya nk tnye..sye ade kucing persian umur 2 bln lebih..die ade mslh menbuang air besar dlm litter box..kadng2 najis akn melekat pada punggung..sye dah gunting sedikit bulu pada bhgian punggung..tp bila die buang air besar yg agk lembik akn melekat jugak..harap dapt berkongsi suggestion..
ReplyDeletesalam photoseenthesis, persian umur 2 bulan lebih baru nak mengenali litter box. apabila najis lembik slaah satu disebabkan perutnya atau ususnya tidak hadam makanan yang diberi sepenuhnya. Atau dgn kata perut meragam sebab makanan x sesuai, kena lihat jenis mknan sesuai tak. Kucing jika selalu tukar jenis mknn blh buatkan perut meragam, dan najis lembik tapi bila dah lama2, dia takkan ada masalah kalau dah biasakan makanan itu. najis yang baik ialah tidak keras sgt dan tidak terlalu lembik, ini dipengaruhi jumlah air diminum atau susu. banyak tk susu minum, kalau kurang ambil susu atau air nanti najis jadi lembik, letak satu bowl air sebelah makanan untuk dia biasa minum air. kucing yg masih kecil x biasa bersihkan diri atau groom, sy pernah tgk kucing sy ada masalah sama. kalau mak dia tk jilatkan najisnya, buatkan najis tu masih melekat. kalau kucing dah besar sikit dalam 5 bulan dia akan pandai groom, kalau ada najis melekat dia akan jilat sendiri. so takes time untuk biasakan, kita sebagai tuan kucing kena rajin bersihkan mandikan supaya latih dia untuk jd pembersih. bagi saya ni masalah penyesuaian diri, jadi perlu ambil masa tuan kucing perlu ajar dan bantu mcm biasakan bersihkan dia.
Delete