Bertemu lagi dan kali ini saya akan memberikan info tentang perkara asas untuk anda lakukan jika berlaku kecemasan di rumah yang berkaitan kucing kesayangan anda. Bayangkan anda balik rumah tiba-tiba nampak kucing anda berdarah ntah apa sebabnya, begitu juga jika anda nampak kuicng anda baru terjatuh dari tingkat 10 ker dan masih hidup. Atau ada lebah masuk rumah anda cuba halau dan tiba-tiba ia kena pada kucing anda. So keadaan macam ini mesti tak sempat anda bawa ke vet, tapi ada perkara pertama anda boleh lakukan.
SENGATAN LEBAH
Bila kucing anda terkena sengatan lebah ini atau penyengat, tanda yang anda nampak maybe lebam, pedih, kucing kesakitan mengiau, tak boleh nafas secara tiba2. Anda tengok jika ada kesan lebam dibadan dahulu untuk mengesahkan punca masalah. Dan ia perlu dilakukan dalam 10 saat pertama, ingat jangan panik tapi bertindak pantas sebab tindakan selepas ini akan menentukan nyawa kucing anda berjaya diselamatkan.
- Jika kawasan gigitan lebam itu boleh dikesan, apa yang awak perlu lakukan ialah gunakan bucu kredit kad atau sebarang kad yang keras atau gunakan kuku anda untuk mengopek kawasan gigitan itu. Ini kerana cecair sengat itu akan terkeluar sekali dan ini akan mengelak cecair sengat itu tidak masuk ke dalam sistem badan. Ok tapi kena ingat, jika anda ada alergi pada sengatan lebah minta orang lain buat atau gunakan alat.
- Ambil ais atau benda yang sejuk untuk ditekan atau diletak dikawasan luka selama 2-3 minit.
- Buat satu krim dari baking soda dan air untuk dietakkan di kawasan luka itu untuk neutralkan sengat itu.
- Kemudian bawa ke vet untuk dapatkan ubat tahan sakit atau pemeriksaan lanjut vet.
- TAPI KENA INGAT - bila nak keluarkan sengat itu jangan guna penyepit sebab sebab bila awak menekan sengat ia akan menyebarkan cecair itu ke dalam badan lagi cepat. Dan jangan cuba untuk memberikan ubat tahan sakit manusia kepada kucing seba semua ubat ini toksik pada kucing ok.
PENDARAHAN
ok perkara ini boleh berlaku akibat kecederaan, gaduh, kemalangan, didera atau perkara yang kita tak dapat bayangkan kan kan. Dan kena ingat pendarahan boleh berlaku luaran atau dalaman. Luaran kita boleh lihat macam dari hidung atau luka gigitan, gaduh. Tapi pendarahan dalaman agak sukar sebab selalu takde tanda-tanda luka tapi ia akan memenuhi kawasan dada dengan darah atau perut dan ia selalu dikaitkan dengan pendarahan organ dalaman seperti hati, paru-paru atau usus. Maka dengan ini saya akan terangkan perkara utama perlu dilakukan before awak hantar ke vet.
Untuk pendarahan luaran
- Dapatkan kucing yang cedera dengan berhati-hati kerana kebiasaan kucing yang cedera lebih agresif dan boleh mencederakan kita.
- Apabila dah tahu kawasan yang luka, letakkan gauze atau kapas pada luka untuk menghentikan pendarahan. Anda boleh guna kain atau apa sahaja kerana jika tidak dihentikan kuicng anda boleh kehilangan darah dengan lebih banyak.
- Tekan luka itu sebolehnya selama 10 minit, sambil itu usapkan kucing anda dan tenangkan ia.
- Jika kain yang ditekapkan luka itu telah basah dengan darah jangan dibuang, letakkan lagi kain atau kapas lain di atas supaya kain itu berlapis-lapis.
- Ingat jangan cuba untuk tanggalkan kain atau kapas yang menutup luka sebab ia akan membuatkan luka itu terkoyak kembali.
- Akhir sekali balut luka itu dengan kain pembalut seluruh kawasan itu. Kemudian bawa ke vet untuk rawatan lanjut seperti ubat untuk tahan sakit dan tambah darah.
Pendarahan dalaman
Selalu kes ini lagi merbahaya dan sukar dikesan jadi perkara pertama anda perlu lakukan ialah dengan melihat tanda-tanda berikut:
- Gusi kelihatan pucat tak merah
- Rasa tapak kaki atau kepala dah sejuk dan tak seperti biasa
- Lebih laju bernafas
- Perut nampak lagi buncit dan seperti ada cecair di dalam
- Tiba-tiba tak sedar diri
- Lemah yang teramat sangat tak lalu nak bangun
PERKARA INI YANG PATUT ANDA LAKUKAN TAU:
- Tenangkan kucing supaya ia tak bernafas laju.
- Panaskan kucing dengan gosok badannya , atau letak lapisan tuala sekeliling badan agar lebih badan. Sebab dengan badan lebih panas maka organ akan still berfungsi dan darah masih berjalan baik
- Last sekali bawa ke vet, ingat kena bawa ke vet supaya mereka boleh tarik darah keluar.
OK BUAT MASA INI SAHAJA DULU SAYA AKAN SAMBUNG KEMUDIAN UNTUK LAGI 3 FIRST AID YANG BOLEH ANDA LAKUKAN, IAITU KES TERBAKAR BADAN, TERMAKAN RACUN DAN BEBERAPA MASALAH LAIN. INGAT JIKA BERTAMBAH TERUK KENA BAWA JUGA KE VET, APA YANG SAYA SARANKAN DI ATAS IALAH STEP 1 SAHAJA AGAR KECEDERAAN ITU DAPAT DILAMBATKAN.
boleh menyebabkan kematian tak kalau kucing yang disenggat tidak diubati ?
ReplyDelete