Wednesday, November 6, 2013

Soalan dari Siti Norfadzillah

Assalamualaikum doktor..saya nk minta tolong doktor..kucing saya selalu meleleh air mata bercampur dengan tahi mata,dia pown yg dulu suka minum susu,sekarang dah xsentuh air susu yg saya selalu buat cm biasa..kucing sya dh xlincah,asyik duduk dan rehat atau tido,saya persan gak ada ketulan dekat perut tepi kaki kanan dia..mcmmana ni doktor,apa yg perlu saya buat?



W'salam Ila ok begini perkara yang awak perlu buat. Ada banyak kemungkinan dan saya rasa perubahan kucing disebabkan ada infection awal. Maybe ada jangkitan bakteria dan menyebabkan ia banyak duduk dan mungkin tengah menahan sakit. Cuba pegang ketulan bawah perut tu panas tak, kalau pegang dia sakit tak mcm tak suka dipegang. Kalau benda ini berlaku bermaksud tolong bawa ke vet, maybe ia termakan sesuatu dan membesar dalam perutnya, tak tahulah kalau ia termakan benda tak sepatutnya makan. Atau ada jangkitan dalam perut sampai membesar. Ok ada dia nak makan benda lain tak, kalau boleh bagi makanan dalam tin tu. Rasa badan dia panas tak, kalau panas ia demam so kena bagi minum banyak air, maybe guna picagari suap dalam mulut sikit2. gunakan towel basahkan sedikit dan lap badannya untuk turunkan panas badan. kebersihan kena tetap dilakukan, so kena bersihkan mata juga nanti ia akan kurang kalau ada ubat mata yang mcm gel tu letak sikit kat kelopak mata bawah. Tapi yg penting awak bawa ke vet, sebab vet ada antibiotik untuk kasi kuat imunisasi badannya. Apa yg saya minta Ila buat, itu kena buat kat rumah disamping bawa ke vet. Sekurangnya kucing itu tahu tuannya risaukan dia dan nak dia sihat, jadi ini sebagai motivasi untuk kucing ila sihat. Selamat berjaya

No comments:

Post a Comment

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...