Sunday, January 15, 2012

Pemakanan khas untuk kucing baka asli

Selamat pagi semua,

Hari ini Doc kembali dengan satu topik perbincangan terbaru. Ia berkaitan pemakanan untuk kucing baka asli, contoh paling senang kucing parsi, macam yang saya ada di rumah. Selain parsi, kucing siam dan maine coon dikategori sebagai baka asli.

Kucing baka asli secara am aspek pemakanan memang macam kucing lain, cuma ada pertambahan dari segi memastikan kecantikan bulu kucing terjaga, penjagaan gigi melalui pemakanan dan meningkatkan pertahanan imuniti badan. Kenapa saya kata begitu, sebab kucing seperti ini telah dilahirkan dengan bulu kucing yang istimewa lebat dan berkilau cantik, serta mereka mempunyai set gigi yang agak berlainan bergantung pada bentuk muka seperti parsi. Juga kucing baka asli mereka mempunyai keunikan penyakit genetik yang hanya ada pada baka mereka, maka peningkatan pertahanan badan memang sangat perlu untuk dititik beratkan. So jangan ingat nak bela kucing baka asli ini sama macam jaga kucing kampung biasa, jika anda kurang mengambil berat perkara ini ia akan jadi masalah pada anda kelak.

Kita mulakan perbincangan pada peringkat anak kucing. Anak kucing pertumbuhan saya boleh letakkan ada 2 peringkat. Iaitu dari lahir sehingga umur 4 bulan, dan dari 4 bulan hingga umur setahun. Kenapa saya letakkan umur 4 bulan, kerana pada umur itu gigi kekal anak kucing akan mula menggantikan gigi susu. Secara tidak langsung pemakanan pada umur itu perlu diubah.

Dari umur lahir hingga 4 bulan, struktur badan dan tulang anak kucing akan dibina secara pantas. Malah semasa itu anda akan lihat berat badannya akan meningkat dari 5 hingga 7 kali ganda dalam 8 minggu. Ketika itu keperluan tenaga anak kucing sangatlah tinggi dan perlu di sokong dengan pemakanan berkhasiat supaya ia tidak bergantung kepada keperluan susu ibu sahaja.

Seterusnya dari umur 4 hingga 12 bulan bertumbuhannya akan mula perlahan. Ini kerana ia memberi ruang pada dalaman badan seperti tulang dan otot untuk menjadi kuat. Sebab itu kita lihat pada waktu umur ini anak kucing bertambah lincah dan sangat gemar bermain. Itu adalah fasa untuk badan kucing meningkatkan ketahanan tubuh, maka saya sarankan anda biarkan jika anak kucing terlalu cergas. Pada masa ini, keperluan tenaga anak kucing juga masih tinggi.
Pada kala umur ini juga, keperluan susu ibu kucing makin kurang, dan anak kucing itu sendiri akan mula membentuk petahanan badan sendiri. Pada ketika ini anda perlu perhatikan simptom pada anak kucing jika ia sakit. Walaupun ia berupaya membina pertahanan imuniti badan, tapi masih belum sempurna.

OK sahabat saya akan sambung sedikit masa lagi bab ini, sebab ia tajuk yang luas maka ia akan masa cukup untuk introduction. Harap anda enjoy membaca kerana ia boleh membantu sedikit sebanyak. Jumpa lagi

Wassalam
Dr H

1 comment:

  1. Salam kucing saya DLH baru 3bulan dia sakit mata berair dah merah saya letak ubat gentacimin 3 kali sehari namun makin mudarat sampai merebak ke mata sebelah. Sekarang dua dua mata dia sakit merah dan berair. Dr ada penyelesaian tak?

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...