Tuesday, August 20, 2013

ANAK kucing anda hari ni sihat tiba-tiba terus kena sawan dan mati... sedih tapi apa puncanya

Salam sejahtera,

Saya ingin membawa anda ke satu post hari ini yang kadang-kadang boleh berlaku tapi tak selalu. Malah kita tak menjangka, sejak lahir anak kucing tu sihat tak nampak pun kecatatan. Malahan melompat bermain dam makan semua normal. Tapi setelah anda memberikan kasih syaang selama 3  bulan contohnya, tiba-tiba ia berubah dengan sekali serangan sawan. Anak kucing terus collapse, tak makan minum dan terus lembik. Akhir sekali episod sedihnya anak kucing anda mati tiba-tiba tanpa sebarang simptom meninggalkan anda selamanya.

Perkara ini pernah berlaku semasa saya bekerja di klinik dulu, anak kucing yang comel sihat bermain baru lepas vaksin. Esoknya tuan kucing datang mengadu kuicngnya collapse lembik dan kena sawan. Kejang berterusan otot-ototnya. Banyak punca kita boleh related yang sebenarnya kita pun tak perasan.

Bahan-bahan beracun di rumah juga boleh membawa maut pada anak kucing, seperti racun tikus, bunga lili, air semburan spray serangga, air bateri dan banyak lagi. Bayangkan kucing anda haus dan nampak lopak air kecil dan dia pun minum rupaya air tu dan terkena racun tikus yang meresap ke dalam air. Anak kucing anda akan mula rasa tak selesa panas badan, dalam masa 24 jam ia sawan dan badan pun kejang keras. Lalu mati. Anda kena ingat, ada benda yang merbahaya racun pada anak kucing anda terutama dan perlu waspada. Cuba perhatikan sekeliling apa perkara benda yang telah ia telan atau minum. Adakala termakan cicak pun boleh bawa kepada kematian tapi depend pada keadaan kucing itu sendiri.


Perkara lain yang boleh membawa kepada kematian kucing anda secara tiba-tiba ialah penyakit heartworm. Ianya penyakit yang common pada anjing dan boleh jadi makin common untuk kucing mengikut kawasan tertentu. Sesungguhnya penyakit ini jika terkena pada anjing akan kurang risiko untuk ia maut tiba-tiba tetapi jika penyakit ini dapat pada kucing maka risiko untuk kucing sudden maut tiba-tiba lagi tinggi. Tiada tanda awal, kucing anda akan terus jatuh dan dalanm masa 24 jam brain damage, stop function dan paru2 pun tak berfungsi, akhirnya jantung shut down mati. HEartworm disease bermula apabila seekor nyamuk yang menghisap darah haiwan lain seperti anjing, ia akan hisap darah berisi telur cacing ini. Nyamuk ini akan hisap darah kucing anda, pada masa sama telur ini secara tak sngaja sudah berada di kucing anda menetas dan menjadi larva. Lalu larva ini akan bergerak ke paru-paru dan ke jantung menjadi cacing yang akan makan sedikit demi sedikit jantung kucing dan akhirnya kucing anda mati. Apabila autopsi, anda akan menjumpai cacing banyak di dalam jantung dan mungkin di dalam paru-paru. Inilah bahaya heartworm disease, tanpa dikesan lalu menyerang kucing anda lalu mati, bertambah buruk yang kena anak kucing anda. Untuk prevention disarankan anda bersihkan rumah anda dari nyamuk atau beri makan ubat heartworm disease khas untuk kucing.

CACING YANG MENYEBABKAN HEARTWORM DISEASE

heartworm-3
INILAH SALAH SATU PUNCA KEMATIAN ANAK KUCING ANDA

heartworm-1
NYAMUK PUNCA PELBAGAI PENYAKIT, SALAH SATU KENA PADA KUCING. JADI SAMA-SAMA BANTERAS NYAMUK

Satu lagi punca yang boleh dikaitkan dengan masalah yang kita bincangkan ialah congenital heart problem. Boleh jadi anak kucing anda ada masalah jantung yang tak sempurna masa lahir, memang ia nampak sihat tiada tanda2. Tapi kucing normal bila umur 3 bulan ia akan start aktif, jantung biasa akan dapat mengepam darah keseluruhan semasa waktu aktif. Tapi kucing anda ada jantung tak normal terpaksa mengepam darah secara hiperaktif untuk menampung keperluan. Bayangkan enjin kereta yang banyak rosak dan kekurangan tiba-tiba disuruh bekerja bawa lebih 10 jam, akhirnya ia akan rosak dan mati. Sama juga dengan jantung kucing anda akhirnya ia berhenti, ketika itu kucing anda jatuh mcm kena sawan menggelepar. Kes mcm ini boleh dielakkan dengan membawa kucing anda untuk check vet semasa umur 2bulan ke atas. Buat x-ray tengok normal tak paru-paru dan jantung. Jika ada tanda tidak normal maka doktor vet akan sarankan rawatan sewajarnya.

SALAH SATU MASALAH JANTUNG YANG BERLAKU SEJAK KELAHIRAN, JANTUNG TERLEBIH BESAR




OK lah semua setakat ini post kali ini untuk panduan bagi ibu-ibu dan bapa-bapa kucing di luar sana. Saya pun turut bersedih atas kehilangan kucing tersayangnya seorang kenalan FB saya.Sesungguhnya membela kucing menambahkan pahala anda ditambah bila anda berbuat baik pada kucing itu sehingga akhir hayatnya, maka kucing itu akan menjadi saksi di depan Allah dan penjamin anda untuk masuk ke syurga kelak, Wallahualam.

Insya-Allah jumpa lagi, dan kalau ada persoalan saya akan cuba sedaya upaya membantu pertolongan anda.

Wassalam

17 comments:

  1. salam dr. thanks atas perkongsiannya....menitis airmata saya bc post dr ni, sbb sya teringat pada arwah si molly....kerjaya sbg dr haiwan sama penting dgn dr manusia, kerana, cabarannya lebih, bcoz haiwan x bley nak bgtau yg dia sdg sakit...dr haiwan yg terpaksa mncari punca....kekadang rs, kalaulah waktu boleh diputarkan, sy nak tukar bidang, instead of jd lawyer, sy nak jd dr.haiwan...supaya sy boleh bantu selamatkan makhluk Allah yg paling sy sayang..iaitu HAIWAN!!thanks utk advise yg dr. bg haritu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe sekarang ini tak perlu jadi doktor haiwan, jadi seorang yg cintakan haiwan pun sudah mencukupi. Mcm nampak kucing tepi jalan hampir kena langgar bawakan ia ke tempat selamat ker. Nampak kucing berehat tegur dia belai dia, Nabi Muhamad pun buat mcm tu. Saya kalau makan di kedai nampak kucing minta sikit, saya tka sanggup biar, bagi juga secebis untuk dikongsikan, at least itu yg boleh saya bantu. Malah kadang2 kalau saya nampak kucing atau anjing tu biasa lepak kat tempat tu, sy belikan something mcm frieskies bagi dia makan bila time saya singgah. Walaupun anjing saya pasti haiwan itu tahu kita nak buat baik. Walau saya pernah bertugas sebagai doktor vet di zoo negara dan beberapa klinik saya masih belum puas walaupun dah mcm2 haiwan dari yg buas hingga yg paling comel saya rawat. Saya harap lagi ramai orang yg akan mcm awk ingin bantu dan sayang haiwan

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Seminggu lepas sy terjumpa si comel di semak berdekatan rumah sy.. Ada rantai dilehernya dan sy percaya ada tuannya. Namun yg menyedihkan rantai tersebut telah bersilang dgn tangan kanan dan menyebabkan luk serta berulat.. Sy bw pulang n luka tersebut sy bersihkan. Dh alhamdulillah telah sembuh.. Di telinga dan mata byk kutu babi.. Dua tiga hari ni, si comel secara tiba2 mengalami kejang kaki dan dua masih hendak bergerak.. Esoknya dia ok.. Dan hari ini berlaku lagi kejang.. Tapi utk kedua2 kaki blah hadapan.. Dia hanya mengerang spt marah.. Sy hanya peluk n tenangkn dia.. Adakah ni dinamakan sawan? Sy tiada bajet utk membawanya ke klinik.. Sy hrp si comel kuat.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kucing saya kejang2 after 1.minit dia jd normal dn berulangkali terjadi lagi..sedihnya

    ReplyDelete
  4. sme seperti sye..hmm hmm sye bru bce artikel nie..selepas kematian..hnya allah sajew yg thu btapa sdihnya sye..hmmm dia demam kuning sambil kne sawan..kami dh bwk doktor veterinar malngnya dia hanya bg kytaan yg dia dmm biasa dan memberi ubat demam biasa jer..pde awal pg 7.1.2015 dia terkena sawan hampir 1 rmah dia berlari..pde jam 6 pg sehinggalah pnamatnya dia terjun dri tingkat 1 rmah kami sebak melihat dia jtuh dlm keaddan mnusia jtuh..dia msih hidup dlm keaadaan nazak..Allah..ksian sngt berdarah mke krna jtuh..kmi sempt mmbawanya ke hospital veterinar di cheras mlngnya tiada wad kecemasan untuk diberithu sehinggalah staff di sne nmpk keadaan nazak dn mnyuruh kami msuk dlm satu bilik rwatan..mlngnya dia btul2 sakit..dia berjuang untuk hidup sebak melihat air mata dia mngalir..kami x smpat.dia pon dh mninggalkan dlm pangkuan kami.trasa berslh ..stu keluarga...sekiranya kucing anda tidak mau mkn dan x aktif bwlah dia medical check setiap hari..kcing sye dmm hampir 2 minggu dmam dan swan datg pde 2 hari terakhir sebelum dia meninggalkan kmi..hmm..wlaupun bru 5 blan mnjadi sebahagian ahli keluarga kami..kami dh anngap seperti adik bradik mlh lbih lagi..itulah stu2nya kucing pertama dan terakhir..kami dh x mmpu bg dia mkn ssb dia x nk mkn walaupun selera ade..mudhan dia mati dlm keadaan aman..kebetulan dia adlh kacukan parsi..dia comell sangat..bnyak permainan kami belikan sebelum dia skit..semuanya hanyalah tinggal kngan

    ReplyDelete
  5. Saya pun baru kehilangan kucing 5 ekor semuanya. Memag betul sangat menyedihkan bila hilang semua haiwan kesayangan. Sampaikan termimpi-mimpi. Sebelum ini saya tak pernah membela kucing. Semua kucing ni say ajumpa di pejabat dan saya bawak balik. Dibela bersama dengan adik ipar. Ni kali pertama dan semuanya mati dalam masa seminggu. Mungkin ada kaitan dengan penulisan Dr di atas. Tak tau apa puncanya. Sampai ke saat ini saya rasa sangat terkilan sebab tak bawak semuanya lebih awal ke klinik untuk divaksin atau apa2 yang sepatutnya. Apa-apapun, saya harap diampunkan segala dosa atas tindakan saya yang terlambat bagi rawatan pada mereka. Semuanya hanya kenangan. Semua makhluk akan kembali pada Allah SWT. Semuanya mati masa kami tak berada di sisi.

    ReplyDelete
  6. Saya pun baru kehilangan kucing 5 ekor semuanya. Memag betul sangat menyedihkan bila hilang semua haiwan kesayangan. Sampaikan termimpi-mimpi. Sebelum ini saya tak pernah membela kucing. Semua kucing ni say ajumpa di pejabat dan saya bawak balik. Dibela bersama dengan adik ipar. Ni kali pertama dan semuanya mati dalam masa seminggu. Mungkin ada kaitan dengan penulisan Dr di atas. Tak tau apa puncanya. Sampai ke saat ini saya rasa sangat terkilan sebab tak bawak semuanya lebih awal ke klinik untuk divaksin atau apa2 yang sepatutnya. Apa-apapun, saya harap diampunkan segala dosa atas tindakan saya yang terlambat bagi rawatan pada mereka. Semuanya hanya kenangan. Semua makhluk akan kembali pada Allah SWT. Semuanya mati masa kami tak berada di sisi.

    ReplyDelete
  7. Saya baru kematian 2 ekor anak kucing dalam masa satu hari...tak tau ape punca...tgk2 dah lembik kepala dah terlentuk...tengok perut buncit maksudnya dia dapat susu yang cukup...mula2 bunyi merengek then terus mati...ibu kucing suka pindah2 kan anak dia..then saya kurung dalam kandang semua sekali...tapi rupa2nya mati gak 2 ekor..huhu sedih...mata dah hampir nak terbuka tapi sayang tak sempat ....usia baru cukup seminggu.

    ReplyDelete
  8. Kucing yg saya bru bela dalam seminggu pun bru shaja kelmarin muntah2 tak berhenti setiap kali syringkan air kelapa n air gula, lepas stgah jam mesti muntah balik air2 tu sedih rasa tgk. Malam semalam mmg vet tak buka la kan. Hrini makin teruk. Harini dia sawan pulak huhu. Rasa bersalah yg teramat sbb saya rasa berkemungkinan dia terminum air yg tercemar dengan semburan bilik TT. Sbb tu mula2 dia muntah tak berhenti lepas makan rumput n then esoknya tu sawan. Huhu. Hrini terpaksa diward di vet. Mohon doa kalian. Mudh2an dia dpt survive. Terima kasih di atas perkongsian yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  9. Huhu arini anak kucing baru 2 minggu dilahirkan..tiba2 kepala terlentok ke blakang..dibgunkan x dapat bangun..cmnerr ni..prut buncit..nk minum susu pun x dpt nk bgun.hmm.

    ReplyDelete
  10. Salam...pagi ni anak kucing sy baru je mati...xtau la.punca ape..dye mmg sk tido dgn sy. Sy sk tgk ank2 kucing sy berkali2.. tibe pg ni sy tgk dah lembik bdan msih pnas ag.. selang sejam dah keras. Pdhal dye aktif x skit pun ...bermain shj. Sdihnnye sgt. Sblom ni sy mmg x sk kucing sbb bulu nye bt sy alah... selsema..tp sjk ibunye tinggal kan dye sy rs kesian..nk biar kan so sy jaga. Bagai menatang minyak yg penuh..beri ksih syg. Emm tp dye pergi tinggal kan sy jgk. Tmpa skit pe pun.. sdih nye sgt2. Dye ckup manja dgn sy..

    ReplyDelete
  11. Kucing saya tiba tina jadi lembik Dan kepala terlentok.Boleh tahu SBB APA?

    ReplyDelete
  12. Lepas injection kurap keesokan harinya kucing saya terus macam nak lumpuh dan sekor lagi terus lumpuh.. Pada mulanya saya bawa ke vet semua ok bila jadi mcm tu sedih sangat. Kucing yang sekor beransur pulih dlm tempoh 3 hari manakala yang sekor lagi hanya terbaring kepala lembik tapi kadangkala dia cuba angkat tapi kaki mcm tk boleh diri langsung. Nafsu makan masih ada... saya suap ikan n bagi minum kat dia.. kekadang kakinya menggigil mcm terkena sawan. Lidahnya juga suka terjelir. Sedihlah macam ni.

    ReplyDelete
  13. Kucing saya kaki takboleh jalan secara tiba2,dia cuba nak berdiri takboleh.

    ReplyDelete
  14. Salam, mohon bantuan.. Kucing saya kekejangan otot lebih 2 bulan. Kejang sampai x mampu berjalan normal lagi. Kencing berak dia pun x terurus. Ada apa2 petua x disini. Mohon share ye. Rindu nak tengok dia sihat dan aktif macam dulu kala.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt...
    Ada cara atau ubat utk kucing yg terkena sawan?

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...