Tuesday, August 31, 2010

Anak kucing 2 bulan dan keperluan

Setelah anda dapatkan anak kucing, just pastikan ia tidak terlalu lemah atau kelihatan sakit. Ini kerana kebiasaan jika anak kucing lemah dan sakit, peluang untuk tersu hidup adalah tipis.

Umur bawah 2 bulan

Ok, seterusnya tengok jika anak kucing anda boleh makan ape. Selalunya jika masih umur bawah 2 bulan, pastikan dapat susu gantian. Ini penting untuk mencuci perut dan untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Pemberian susu ini perlu dilakukan paling kurang 2 kali sehari.

Tidak perlu mandi dengan air yang banyak atau dengan shampu. Cuma gunakan tuala dan basahkan dengan air suam, kemudian lap sahaja.

Untuk anak kucing bawah 2 bulan, sebaiknya sediakan kotak atau bakul yang sesuai dengan saiznya. Jika kotak pastikan ianya tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi kerana ia mungkin akan melemaskan anak kucing anda. Untuk bakul perlulah mempunyai ruang untuk bergerak. Jangan tinggalkan anak kucing anda di luar, letakkan kotak itu di dalam rumah sebaiknya. Supaya ia tidak kesejukan. Sediakan juga beberapa kain kasa, atau baju lama ataupun tuala untuk alas tempat tidurnya supaya dapat menyimpan haba.

Kebersihan amat penting pada waktu ini, kerana seekor emak kucing akan selalu membersihkan anaknya. Jadi pada saat ini, kitalah emaknya. Pastikan tempat tidurnya tidak kotor dan berbau, selalu tukar tuala atau kertas yang sudah dikotorkan.

Jadi bila lagi nak bagi makanan keras. Tunggu!

7 comments:

  1. Brapa sukatan untuk buat susu,..and apa susu yang sesuai untuk anak kucing,..sbb selalu nya kucing akan alami alahan seperti cirit birit berterusan apabila diberi susu tepong yang dbeli dari petshop,..saya pernah beri ribena untuk kucing saya,..dia sihat dan saya berjaya tgk dia sampai usia 4 bulan,..dia jatuh sakit setelah terkena selsema apabila bmain dgn kucing2 dewasa,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya saran Wan cari susu yg dalam bentuk cecair kira dah siap untuk minum. Memang susu dalam bentuk tepung tu tk berapa bagus. jenama petalac, animalac, tu memang bagus. Sukatan bergantung sebenar pada jenis susu tu,macam susu tepung kalau nak guna. satu sudu teh susu tu, kemudian masukkan at least 4-5ml air masak. Kalau susu yang wan beli dalam cecair, takde sukatan sebb ia dah siap untuk terus minum. Bagi anak kucing tu sebaiknya 2 jam sekali setiap hari tapi kalau sibuk kerja, sebaiknya 6 kali sehari.

      Delete
  2. Salam...saya ada ank kucing yg baru kematian mak dia..sblm ni dia nyusu ngan mak dia la then bila mak dia mati sy pegi ke petshop cari botol n susu..tp sshla nk bg dia minum pakai botol..dia xnak..mcm mn ni..kesian kat dia..n for ur info ank dia baru berumur sebln lebih..mcm mn nak bg dia susu or boleh ke ajar dia mkn dryfood?..n bila sy dok belai dia ada nmpk kutu..mcm mn nak hilangkan kutu tu..kesian betul ngan sikecik ni..plsss da buntu nk pikir ni..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mama Q ok u dah ada susu yg dibeli di petshop, dan susah nak bagi pakai botol susu. Maybe botol susu terlampau besar, cuba beli yg paling kecil dalam 2 ml ker. Satu lagi cara awak beli kapas/ cotton wool basahkan dengan susu dan letak kat depan mulut, mcm biar dia gigit dan isap cotton tu, cara tu saya guna juga. Ada cara lain, beli picagari 1ml, ambil susu 1ml guna picagari tu, suap sikit-sikit kt mulut, jgn laju sebab anak kucing mudah masuk susu dalam paru2 dan buat ia mati. Dryfood boleh diberi selepas umur 2 bulan ke atas, cara nak introduce, lembikkan dryfood dulu mcm bubur n tambah sikit susu yg dibeli. Umur dia sekarang tk sesuai dry food. kutu nak hilangkan salah saut beli sikat kutu, ada jual petshop sikatkan nanti ia akan tarik kutu keluar. Satu lg beli rantai leher kutu. Kalau nak spray kutu masih tk sesuai sebab umur muda kena tunggu 3 bulan ke atas, sama juga kalau nak mandi shampoo ubat kutu kena tunggu besar sikit. Itu aje lah yg boleh dbuat untuk masalah kutu.

      Delete
  3. assalamualaikum...sy ad bella kitten y takde mak y berumur kurg dr 2 bulan...msalah skarang badan dia kurus n kotor...sy slalu bersihkan tp kotoran tu still lekat kat bulu dia..nak mandikan kecik sgt lagi susu pun sy kerap bg,..tp dia still kurus...tolong ye..buntu dah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam

      begini kucing bawah 2 bulan kebiasaan tak pandai membersihkan diri, secara natural maknya akan menjilat bulu anak kucing itu sehingga 3 bulan. apa yang boleh dibuat ialah mcm awak selalu buat bersihkan setiap hari. Saya juga ada anak kucing parsi yang masih tak pandai membersihkan diri, malah bahagian belakang penuh dengan tahi melekat, so seminggu sekali saya sentiasa kena bersihkan dan mandikan. anak kucing saya tu pun baru 2 bulan.

      untuk mandikan kucing dari pengalaman saya kalau dah sebulan ke atas hampir 2 bulan tiada masalah untuk mandikan, awak penuhkan besin dengan air suam dan letak kucing dalam tu macam dalam kolah. ini penting supaya dia biasakan diri dengan air.

      ada kemungkinan kekotoran yang kerap pada kucing itu sebabkan kutu hama, selalukan untuk menyikat bulu kucing untuk membuang parasit itu.

      keadaan kurus kena lihat pada jenis susu diberi. susu kmr, kitten milk replacer adalah yang terbaik, akan membantu menaikkan berat badan dalam 5%. mungkin ia ada masalah cacing, adakah perutnya terlalu buncit. itu kena check, kalau ada cacing kena beri minum ubat cacing.

      satu lagi jika umurnya hampir 2 bulan, tidak jadi halangan untuk awak introduce padanya makanan wetfood, supaya ia tidak bergantung pada susu, cuba belikan dalam tin kecil sebagai permulaan. semoga berjaya

      Delete
  4. Salam.sya ada anak kucing saya ambil di jalanan . Saya rsa baru bwah 2 bulan.sya ada belikan susu tepung jenama yewmi selalu sya bancuh 1 gelas air 2 sudu makan susu.tapi sejak beberapa hari ni dia mcm tiada tenaga bila jalan sekejap dia pandai tejatuh.selalu saja tidur.nak popo pun dia rasa susah lagi2 klu kencing.sya silap bancuh susu tepung ka?bleh x bantu saya?

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...