Friday, July 29, 2011

10 cara memastikan kucing anda selamat dan selesa dari KEPANASAN (HEAT STROKE)









Salam semua.

Saya datang lagi.. esokkan cuti so malam ni lebih sikit saya menaip. Banyak tips dan perkara-perkara yang ingin saya kongsi berkenaan penjagaan kucing yang terbaik dan boleh dilakukan di rumah. Nak masuk bulan Ramadhan ini, kebiasaannya cuaca akan menjadi lebih panas daripada kebiasaan, maka saya ada tips untuk pastikan kucing kekal sihat walau hari panas terik.

Kali ini saya akan terangkan serbaringkas, 7 cara yang boleh digunakan untuk memastikan kucing kita semua selamat dari mengalami keadaan kepanasan atau heat stroke. Bayangkan jika kita sebagai manusia berat lebih dari 50 kg duduk atau berada di dalam bilik yang hangat panas ataupun berada di tengah panas.. Pasti kita akan cari jalan untuk lari dari keadaan itu, dengan minum air ker berteduh ker. Maka samalah kucing, jadi jangan biarkan kucing anda terseksa.

7 cara adalah:

1)ELAKKAN KERETA- kita mungkin gemar membawa kucing bersiar menaiki kereta. Atau untuk membuat rawatan ke vet perlu juga dibawa kucing menggunakan kereta. Point penting saya ialah jangan tinggalkan kucing anda di dalam kereta dalam keadaan lama, walaupun anda hanya nak ke tandas kemudian dimatikan enjin. Walaupun anda hanya keluar 10 min sahaja, kucing akan cepat menunjukkan perubahan reaksi disebabkan kehangatan yang terhasil didalam kereta. Suhu dalam kereta akan naik mendadak walaupun anda biarkan kucing selama 10 min. Malah kalau anda biarkan tingkap kereta dibuka sekalipun, perkara seperti 70% boleh berlaku. Rakan saya pernah mengalami ini apabila ditinggal kucing selama 15 min, kucing mula menunjukkan simptom sesak nafas. Kucing baka jenis brachycephalic iaitu kucing hidung kemek seperti Persian lebih tinggi risiko berbanding kucing kampung mendapat Heat stroke.



2)Pastikan kucing diberi bekalan atau mendapat air minum secukupnya dan mempunyai kawasan yang redup untukkucing anda berehat. Ini penting untuk waktu tengahari apabila matahari panas terik, dah tu sangkar kucing anda betul2 tidak dilindungi daripada hangat matahari. Maka kucing anda akan mudah sesangat mengalami masalah ini. Tolong berikan mereka jumlah air secukupnya seperti dalam bowl. Kucing jika terasa haus mereka akan automatik pergi mencari sumber air terdekat untuk hilangkan haus. Jika rumah anda mempunyai air-cond bawalah kucing anda berada di dalam bilik penghawa dingin itu untuk dalam 2 jam.

3)Jangan diberi exercise yang mencabar pada kucing ketika hari panas terik. Maksudnya kalau anda suka dan gemar bermain kucing, ia akan cepat letih. Jika suka bawa kucing anda berjalan-jalan, pastikan dibawa waktu pagi dan petang, kalau perlu dibawa ke vet atau boarding center pastikan dibawa ketika waktu pagi atau lewat petang.

4)Jalan raya atau jalan bertar juga boleh membunuh kucing anda. Ketika waktu panas terik, kucing mungkin akan berada di atas jalan bertar seperti di laman rumah, atau jenis kucing outdoor. Pernah berlaku paws kucing atau tapak kaki kucing tercedera malah terkoyak akibat kepanasan yang terlampau di jalan raya. Kurungkan kucing untuk 2 jam di waktu tengahari, dan mungkin boleh lepaskan kucing anda selepas pukul 2 atau 3 petang apabila matahari kurang terik.



5)COOL DOWN - jika anda dapati kucing asyik terbaring kelihatan lemah dan keletihan dan anda dapat rasakan badan kucing panas tidak seperti biasa, perlulah basahkan bahagian kepala kucing dengan air yang sejuk. Atau ambil pek ais dan bungkus dengan towel untuk diletakkan di bawah antara kaki kucing, dekat pinggang kucing.



6)Kenali tanda-tanda kucing anda mengalami heat stroke -

  • kucing akan kelihatan tercungap (panting),
  • air liur yang pekat akan keluar dari mulut secara berterusan, jika diperiksa gusi kucing akan kelihatan merah menyala (keadaan normal gusi kucing patut berwarna pink).
  • Suhu kucing menjadi terlalu tinggi iaitu 40 ke 41 celcius.
  • Apabila ia berada di dalam suhu ini, organ dalaman akan berhenti berfungsi seperti dalam keadaan koma. Ketika itu hanya rawatan kecemasan VET boleh membantu menyelamatkan kucing anda.


7)Bawa kucing ke VET jika ternyata kucing anda alami masalah heat stroke. Ini kerana ia dikira kes kecemasan, kebanyakan kes heat stroke adalah yang tidak boleh berbalik (reversable), bermakna kucing itu tidak dapat mengembalikan sistem badan normal. Malah yang lagi teruk, kucing boleh juga jatuh pengsan atau collapse dan tidak dapat dibangunkan semula, sangat sadis. Apabila keadaan ini berlaku bermakna ia kritikal, organ badan dalaman telah shut down system. Cuba dapatkan towel basah atau blanket basah dan sejukkan kucing ini sehingga ia sampai ke klinik VET untuk rawatan selanjutnya.


NASIHAT YANG BOLEH DIBERIKAN SAYA, CUBA ELAK DARIPADA MENGUBATI. KASIHANILAH KUCING-KUCING INI.

WASSALAM

p/s- segala foto di atas bersumberkan internet.

No comments:

Post a Comment

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...