Monday, July 25, 2011

Anorexia





Salam seMalaysia, hehe hari ini saya ingin membawa anda kepada satu tajuk yang ringan.

walaupun ringan tapi kucing-kucing boleh mempunyai masalah jika tidak diberi perhatian sepenuhnya. Iaitu masalah anorexia, atau dalam bahasa seharian ialah masalah pemakanan yang tidak seimbang. Ok la kalau manusia yang ada masalah anorexia anda akan lihat kesannya ialah orang tersebut sangat kurus, kalau makan pun dia mungkin ada memilih atau ada simptom di mana dia akan memuntahkan kembali makanan itu.

Kucing juga boleh mendapat masalah ini. Kalau anda nak lihat macamana rupa kucing anorexia atau anorexic, cuba tengook kucing-kucing jalanan yang tidak dijaga. Kebanyakannya kurus sampai nampak tulang, cengkung nampak sangat kekurangan makan. Tapi kucing-kucing ini bukannya kurus sebab nak cantik macam yang selalu tengok manusia cuba buat sampai dapat penyakit scurvi. Dia ada punca kenapa jadi macam ni pada kucing, tanda-tanda menunjukkan ke arah anorexic dan jalan penyelesaian. Kesemua ini akan saya ulas dengan cara ringkas dan mudah faham.

Anorexic yang berlaku pada kucing adalah kerana ia hilang keinginan untuk makan, bukannya mereka kebuluran atau lapar. Kalau kucing anda di rumah dapat bekalan makanan diberi 3 kali sehari minum lak air REVERSE OSMOSIS tu bukan disebabkan kucing tidak mendapat zat secukupnya. Ini adalah disebabkan kucing anda mempunyai masalah kehilangan apetite atau selera makan.

Keinginan untuk makan ini dipengaruhi oleh Sistem saraf pusat dan interaksi dengan sistem saraf lain dalam badan. Banyak punca yang boleh saya terangkan dan senaraikan, tapi untuk bacaan ringan ini biarlah saya senaraikan punca-puncanya terdahului supaya boleh dilihat idea kenapa masalah ini boleh terjadi.

  • masalah keseimbangan asid bes dalam badan
  • masalah ubatan yang diberi dan toksin
  • kesakitan yang dirasai sistem badan berpunca dari masalah-masalah tertentu
  • kegagalan jantung
  • SERTA MASALAH-MASALAH LAIN
Senang kata, anorexic dalam kucing adalah masalah am, kalau dia sakit sikit sahaja seperti selsema berpanjangan, dia akan hilang selera makan dan mulalah buat hal tak nak makan sikit pun. Maka, sebelum kucing mula taknak makan kita kena cari punca masalah. Kalau kucing mula tak nak makan agak sukar nak kembalikan kepada normal.

Konsepnya begini, kalau kucing tak selesa disebabkan sesuatu masalah, dia tak akan merasa selamat dan tenteram. Maka sistem dalam badan akan mula shut down temporary sistem-sistem tertentu untuk menyelesaikan masalah utama badan seperti selsema, batuk ker. Tak kecuali selera makan. Oleh itu wajib kita selesai masalah utama seperti bawa kucing itu berjumpa VET dan dapatkan penyelesaian masalah yang terbaik dari VET. Jika kucing menjadi tak mau makan lebih dari 3 atau 4 hari, ia boleh menjurus kepada kerosakan hati yang tidak boleh dibaiki, iaitu HEPATIC LIPIDOSIS. Kebanyakan kes-kes hepatic lipidosis ini berakhir kepada kematian, tapi jika kita cepat merawat dan di bawa ke klinik VET, maka rawatan yang diberi juga terbaik boleh membantu menyelamatkan kucing kita.

Jika masalah utama kucing itu dapat dibereskan, kita fokus pada masalah sekunder iaitu tak mau makan. Antara rawatan yang biasa dilakukan ialah memberi air secukupnya untuk badan iaitu menghidrasikan badan, memberikan makanan yang mempunyai tinggi tenaga bagi mengecas kembali ion-ion badan berfungsi seperti biasa. Selalunya kalau makanan tinggi tenaga dan mudah dimakan adalah soft food yang dalam tin. Ia bagus sebab mudah dihadam dan senang dimakan.

Ada juga ubat-ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini, tetapi saya sebagai vet menggalakkan masalah kucing anda diselesaikan dengan cara yang saya cadangkan. Ia adalah lebih selamat dan jimat kos anda.




Harap ini dapat memberi pemahaman yang terbaik kepada anda semua dan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi ini. Sehingga brjumpa lagi bye bye.

Sekian Terima Kasih

Berilmu Berbakti

dR hAFIDz

3 comments:

  1. Salam Doctor,

    Anak kucing saya yg Berumur x smpi 1 bulan telah mati tadi. Akibat dr xnak minum selama 2 hari. Puas dh paksa/suapkan. Apakah punca agaknya? Persekitaran kwsn adalah dijaga dgn bersih. Tlg bsntu Doctor.. terima kasih

    ReplyDelete
  2. banyak faktor anak kucing mati begitu sahaja, kalau anak kucing less 1 month perlu diberi secukupnya susu, kalau ibu kucing tiada perlu dapatkan kmr atau milk replacer. ia ada dalam bentu serbuk dan cecair.

    perlu diketahui keadaan ibu kucing itu, ia sihat tidak. pernah ada bawa penyakit lain ker?
    kenapa ibu kucing tersebut tidak menyusukan anaknya.

    selalu kes anak kucing less 1 month tak makan minum lemah memang sukar nak selamatkan jika tiada ibunya.

    sebab mereka sangat bergantung pada susu ibunya untuk mendapatkan imuniti badan, jika lain kali ada berlaku perkara sebegini cuba dapatkan ibu tumpang untuk tumpang menyusu.

    anak kucing hany akan mendapat imuniti badan dan bertambah kuat lebih kurang 3 bulan ke atas, maka risiko jangkitan atan anak kucing mati 3 bulan ke bawah memang tinggi.

    Saya harap ambil iktibar, jika ada anak kucing less 1 to 3 month sakit, cari susu untuk diberikan. panaskan badan kucing itu seperti selimutkan dan kalau tak jalan juga bawa kucing itu ke klinik vet untuk diwad.

    Harap sedikit penerangan boleh membantu

    ReplyDelete
  3. Kucing saya baru diagnos kena jaundice. Vet nak buat full blood test n hospitalise utk 1 minggu (drip n force feed). Masalahnya saya betul2 tak mampu. Skg dia mkn anti-biotik, ubat jaundice n 2 jenis supplement. Saya juga force feed dia soft food n air. Perlukah saya kurung dia dalam sangkar? Walaupun dah neuter dia masih suka keluar (jenis free-roaming).

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...