Tuesday, July 19, 2011

Kenapa Vets but not human doctor?



Salam Sejahtera, pertama sekali terima kasih kerana melawat blogku ini. Untuk permulaan saya mulakan cerita berkenaan vets. Kenapa dipilih kerjaya vet, apakah vet dan siapakah vet ini..

Sejak bila bidang veterinar ini bermula. Pada zaman dinasti China iaitu sebelum 1800 lagi, telah terdapat usaha-usaha awal yang boleh didakwa mempunyai kaitan dengan perubatan veterinar. Pada masa itu haiwan kuda memang amat diperlukan di dalam perang mahupun pengangkutan. Maka aspek penjagaan kuda diberi perhatian, malah pada masa itu ubat-ubatan yang cuba digunakan pakai untuk kuda yang bermasalah kesihatan adalah daripada herba dan tumbuhan semulajadi. Satu-satunya teknik yang diguna pakai dan masih kekal sehingga hari ini untuk merawat masalah urat saraf kuda adalah dengan teknik akupuntur.. menarik bukan..



Bukan itu sahaja terdapat rujukan awal yang tidak berapa pasti kesahihannya mendapati masyarakat zaman Firaun juga ada terlibat dengan bidang perubatan veterinar. Namun sejak berlakunya peperangan-peperangan di Eropah dalam tahun-tahun 1800 dilihat haiwan juga telah terlibat sama dalam perang. Anjing terutamanya digunakan menjadi ahli intipan perang. Ada kala anjing juga tercedera, maka pada masa itu tiada perubatan veterinar yang sebenar, rawatan kecederaan yang diberikan pula hanya menggunakan prinsip rawatan manusia.

Hanya mulai tahun 1900 sahaja, dilihat aktiviti berkaitan perubatan veterinar mula berkembang. Terutama di Eropah dan Amerika Syarikat iaitu puluhan sekolah veterinar dibuka. Pada masa itu, tumpuan skop perubatan veterinar hanya tertumpu pada perubatan haiwan ladang.

Sehingga ke hari ini walaupun bidang veterinar mengalami zaman kemerosotan akibat kurangnya sokongan kerajaan di Eropah sana, namun perubatan veterinar masih bertahan sehingga masa kini. Malah perubatan veterinar kian berkembang dan tidak mustahil bidang ini akan menjadi kegemaran dan pilihan para pelajar negara kita untuk melanjutkan pelajaran bidang ijazah pertama kelak. Semoga semakin banyak sekolah veterinar dan peluang untuk anak-anak muda memasuki bidang veterinar dibuka kelak. HIDUP VET.

Baiklah itu bahagian pertama topik saya. Skang mari kita bongkar pula apakah maksud veterinar atau veterinarian yang sebenar supaya yang nak tahu lebih tahu pasal veterinar. Veterinar perkataan ini datang dari bahasa Latin 'veterinae' bermaksud 'working animals. Mungkin dari pemahaman sebenar bermaksud bekerja untuk haiwan. Yup so siapa-siapa yang nak jadi vet dan dah jadi vet mesti tau yang Veterinarian ni memang bekerja untuk haiwanlah dalam bahasa kasarnya.



Di seluruh dunia kalau anda tengok nama doktor tu kat belakang ada akronim, DVM tu memang la dia vet. Tapi ada gak dari sesetengah negara mereka yang mempunyai ijazah tertentu masih boleh jadi vet contoh : (Doctor of Veterinary Medicine), DVM., VMD ( Veterinaria Medicina Doctoris), MVB (Medicina Veterinaria Baccalaureate), BVS (Bachelor of Veterinary Surgery), BVMS (Bachelor of Veterinary Medicine and Surgery), BVetMed or VetMB (Bachelor of Veterinary Medicine) or B.V.Sc. & A. H. (Bachelor of Veterinary Science and Animal Husbandry). So kalau mengikut akta Vet 1974 sekiranya sseorang berkonvo dengan kelulusan seperti di atas terutama DVM maka layak anda berdaftar sebagai vet dan dipanggil doktor vet.


Seharusnya kita apabila menjadi doktor vet atau dapat berjaya mengharungi tahun-tahun sebagai pejar vet dan bergraduasi mungkin ada yang ambil masa 4 atau 5 tahun, mungkin 6 7 tahun bergantung dari kemasukan diploma laa dan seharunya kita patutny berbangga mempunyai title Dr. Kerana vet memang layak mendapatnya dan layak dipanggil doktor. Bagi saya apabila dipanggil doktor Hafidz, saya merasakan diri saya lebih bertanggungjawab. Kerana ketika kita akujanji sebagai vet bertauliah, kita akan menyandang title doktor vet tu keseluruh dunia. Jika kita memandu dan melihat anjing keadaan kehausan atau keadaan seperti memerlukan pertolongan perlulah sebenarnya vet membantu. Kerana itulah janji kita pada hadapan semua manusia dan janji kita pada Yang Maha Esa.



Apa sebenarnya kerja vet ni, macam2 ada yang kata kerja dia mencabul lembu betina.. sebab kena masuk tangan dalam dubur lembu tu... nak check lembu tu hamil tak. Ada lagi contoh kerja lain vet:

Macam-macam kerja lah kalau saya nak simpulkan tugasan vet ni, kira semua masalah haiwan boleh dibereskan. Vet ni memang all rounder dan sangat-sangatlah hands on doctor. So next things want to share is that vet ni kerjaya bukan sahaja di klinik rawat anjing kucing. Ada vet kerjanya di hutan memastika haiwan liar sentiasa dapat hidup normal, ada kerja di zoo supaya kebajikan dan kesihatan haiwan zoo ini tip-top, ada yang kerja di laut, kolam sebab mereka fokus pada ikan, haiwan laut sahaja, malah ada kerja dengan haiwan2 kajian seperti tikus. Dan ada juga yang kerja tak jumpa haiwan langsung sebab kerjaya dia hanya pada benda-benda halus mcam virus dan kerja hanya buat ujian makmal.. So memang meluas, saya sendiri dah berada di beberapa subbidang veterinar dan saya boleh katakan setiap subbidang ni seronok sangat bekerja, setiap masa ada sahaja perkara baru belajar.



So kalau orang tanya kenapa pilih vet saya boleh katakan sebab saya seronok kerja vet. Saya seronok merasa pengalaman kena gigit tikus makmal, gigit kucing. kena macam2 lagi. Pengalaman merbahaya juga ada dirasai apabila bekerja dengan singa di zoo, tapi itu yang membuatkan vet ni sangat berdisiplin sebab segala tugasannya perlu ikut prosedur dan tak boleh main2..



Kalau tanya saya orang macam mana leh jadi vet, well orang tu yang penting mesti suka haiwan sangat2 sebab kalau ada rasa geli dan jijik nak pegang kambing so agak susah sangat nak jadi vet ni. Orang tu kena kuat semangat sebab kalau doktor manusia pun nak bagi habis belajar dah susah, jadi student lagi banyak susah. Tapi saya lihatlah walau sussah mana, bila kita dah jadi vet ni semua akan nampak lebih senang..



Maka nasihat saya, jangan malu-malu memilih kerjaya vet. Semua sektor terutama biotek industri terutama sangat memerlukan vet. Selamat menempuh hari baru. WAssalam..

1 comment:

  1. hey i like this post. just goggling stuff abt veterinarian and found your blog! rasa naik semangat nak amik vet. harap2 dpt ler kuikui

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...