Friday, July 29, 2011

TIP untuk kesihatan kucing : Rawatan Kutu, Hama

Salam sejahtera,

Saya mulakan malam indah ini dengan sedikit tips kesihatan kucinglah, just ringkas-ringkas. Rawatan kutu dan hama atau dipanggil 'Flea Treatment' ini bukan sahaja penting untuk kucing luar atau kucing outdoor, malahan dilihat ramai tuan kucing lupa bahawa ia merupakan aspek kesihatan penting untuk kucing dalam rumah atau Indoor cat.

Kalau kucing kita ini suka berjalan luar rumah berkawan dengan kucing-kucing baru, mencari pasangan hidup ker..memang patut kita mementingkan sangat rawatan untuk kutu ini.

Tapi kalau anda, dan saya ni bekerja dengan kucing seperti menjadi vet, kerja di klinik atau pusat kebajikan kucing dan sebagainya..kita juga boleh membawa kutu hama ni ke rumah. Maka di rumah pula kutu hama akan berpindahlah ke kucing indoor secara tak sengaja.

Penting juga anda dan saya sebagai pemilik kucing, pencinta kucing membuat penilaian jenis rawatan kutu hama yang perlu diamalkan. Di pasaran ada pelbagai jenis ubat untuk tujuan ini, sebagai satu contoh yang saya pakai Frontline Spot On. Perlu dipastikan ubat-ubat ini mendapat perakuan veterinar yang sah serta selamat digunakan. Kadangkala kedai Haiwan biasa mereka akan menawarkan juga ubat kutu anjing sebagai ganti ubat untuk kucing kita. Ubat kutu anjing adalah sangat toksik pada kucing dan pernah berlaku kes kucing mati akibat kelalaian ini.

Maka nasihat saya perlu ambil tahu keperluan ini, dan juga dapatkan maklumat jenis ubat yang sesuai dipakai.

Sekian dari saya

Berilmu Berbakti

6 comments:

  1. Salam Sejahtera.

    Disamping itu, elok sekali kalau berikan ia ubat berunsur tradisional bagi mengekalkan kesihatannya di:

    Sihat Cergaskan Kucing Kesayangan Anda

    Semoga sukses hendaknya. Tq.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Dr,
    bagaimanakah cara untuk menggunakan Frontline Spot On? Adakah ubat itu diletakkan di bahagian depan atau belakang tengkuk kucing ?

    ReplyDelete
  3. frontline spot on perlu diletakkan dikawasan betul2 hadapan tengkuk. senang cerita iaitu kawasan yang tidak mudah kucing anda jilat. yang penting bukan area yang perlu diletakkan. tapi caranya, perlu pastikan dikuis bulu kucing kawsan itu sampai anda dapat merasa kulit kucing tersebut, dan ubat itu perlu dibubuh betul2 atas kulit kucing sebaik-baiiknya dan bukan di bulunya. sekian

    ReplyDelete
  4. salam DR, saya ingin tnya pasal kucing yg demam, macam nk rawat secara tradisional melainkan pergi ke vet? sbb dah dua kali saya p ke vet tk sembuh juga smpaikan makan pun tk ada selera

    ReplyDelete
  5. salam dr.kucing saya berusia dua bulan.badannya berkutu.dalam telinga pun ad...badannya kurus sgt sms saya ambil n jg kucing tu.setakat ni dah tujuh hari dlm jagaan saya.dia taknak makan.cuma minum air masak jer.hari kelima saya ada bawak ke vet kerajaan.bila ambil suhu badan didapati demam.bila saya bertanya pasal ubat kutu,sy diberitahu ubat kutu byk jenis.n dapatkan di kedai.tapi sya xpasti ubat jenis mana yg sesuai untuk kucing yg berusia dua bulan.n buat pengetahuan dr, sehingga ke hari ni kucing trsebut xmakan.saya ad bagi susu.adakah dgn hanya minum susu dapat mbntu tumbesarannya?n kucg tersebut byk tido.jnis kucg mix prsian.tq

    ReplyDelete

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...