Thursday, October 6, 2011

Apakah nama kucing anda yang paling sesuai?

Baiklah kali ini perbincangan saya kali ini agak ringkas iaitu berkenaan nama kucing. Apakah perlu untuk diberikan nama pada kucing? Macam Tompok, Hitam dan sebagainya. Well, saya telah hidup sejak kecil bersama kucing-kucing, macam-macam nama kucing saya diberi. Saya kucing nama Jerry, Ritchie, Blackie, Pearl, Mike.. semua kucing saya kenal nama tu.

Jadi apabila saya panggil mereka dengan nama diberi mereka akan berpaling, pandang.. Saya beranggapan di hati mereka, kucing ini akan lebih menghargai tuannya jika diberi nama. Membuatkan mereka kenal tuannya dan menjadi lebih manja.

Persoalan seterusnya ialah apa nama yang sesuai untuk kucing-kucing. Ok saya berpendapat jika nak bagi nama pada haiwan kesayangan tak kira kucing atau apa juga pun yang paling penting nama kena pendek.. Ada kala orang panggil kucing dengan nama yang terlalu panjang seolah nama manusia. Boleh sahaja jika kita berminat nak beri nama kucing kita dengan panggilan yang agak panjang. Cuma risau kucing tu akan menjadi agak keliru, bukan leh baik untuk panggil nama yang pendek seperti Tom, Manja

Walau apa pun nama yang anda berikan, kena pastikan nama itu ringkas sesuai dengan nama kucing dan perlu dipraktikkan selalu supaya kucing anda sentiasa ingat pada kita. Lebih baik diberikan nama daripada tidak bernama, manalah tahu bila kita diSyurga kelak kucing tu akan menjadi peneman kita.

Itu sahaja bingkisan pendapat dan perbincangan saya pada petang yang tak panas dan tak basah tapi macam nak huja je kat UPM ni..

Kita bertemu lagi INSYA ALLAH, dengan topik yang lagi berat dan tertumpu pada masalah kucing dan haiwan kesayangan lain.

Love
Dr Hafidz

No comments:

Post a Comment

Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024

 Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...