Salam pagi Ahad untuk semua,
Pagi ini saya ingin berkongsi satu tajuk ringan yang boleh menjadi panduan pada anda, iaitu berkenaan pasir tandas atau litter untuk kucing.
Untuk yang prihatin kepada pekerluan kucing pasti akan menyediakan kotak pasir untuk mereka menjadi tandas membuang air.
Kalau ada yang belum menyiapkan pasir litter, saya nasihatkan buat. Sebab ini menjadikan kucing anda berdisplin dan juga membantu kucing menzahirkan naluri sebagai kucing. Kerana memang apabila kucing perlu untuk membuang air, naluri mereka mesti mencari pasir untuk mengkais dan menutupi najis mereka kembali.
Ini adalah 4 tips untuk memulakan latihan membina tandas kucing,
Dapatkan tempat pasir kuicng atau bekas atau kotak yang sesuai dengan kucing anda. Kalau kucing itu berat 3 hingga 5 kg semestinya saiz kotak perlu yang paling besar,kalau kucing tersebut berat antara 1 hingga 3 kg dapatkanlah saiz yang sederhana. Kucing ada cara tersendiri untuk menjalankan kewajipan membuang, malah tekniknya juga ada yang berlainan.. Saya takut kalau kotak tersebut kecil dan tidak sesuai maka apabila kucing tersebut membuang air besar maka tahinya akan landing diluar kotak. Maka bertambahlah kerja kita. Bekas macam ini banyak dijual di Pet Shop, saiz dan pelbagai reka bentuk.
Gunakan pasir atau litter yang sesuainya. Di pasaran banyak jenis, salah satu yang biasa kucing saya guna ialah pasir yang boleh clumping atau berketul dan tidak berdebu. Ada yang murah tapi pasir tu tidak clumping dan ia berdebu, malah ada juga jenis kayu dan silikon. Beli satu yang anda rasa sesuai atau tanyakan di kedai haiwan, cuba di rumah. Sekarang ini ada yang saiz kecil dan saiz bungkusan besar. Jadi perlu lihat kebiasaan kekerapan untuk menukar pasir. Saya sarankan kalau pagi diberi pasir baru, petang perlulah tukar.
Letakkan kotak itu ditempat betul. Mungkin di kawasan laluan kucing anda hendak makan dans sebagainya. Jangan diletakkan di bawah meja makan kita, takut apabila berbau kita yang muntah. Atau jangan diletak ditempat mudah hujan, kan dah basah.
Selalu tukar pasir macam saya kata tadi, pagi tukar pasir baru petang pergi periksa balik mesti dah kotor. Kucing ada kala boleh jadi pembersih, maka apabila dia lihat kotak dah penuh dengan tahi kucing sanggup tahan tak nak lepas hajat. Maka ini merbahaya untuk kesihatannya.
Jadi saya harap 4 tips tersebut boleh membantu dan panduan la untuk memulakan satu tugasan baru iaitu menyediakan tempat pasir kumbahan kucing anda. Semoga anda dan kucing anda dilimpahi rahmat Tuhan di pagi Ahad dan bahagia selalu. Jumpa lagi.
Love
DR Hafidz
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
Salam doc,tq for the info :-)
ReplyDelete