Salam pagi untuk semua yang dah bangun hari Isnin
Hujung minggu saya yang lalu dipenuhi dengan kursus, iaitu kursus pra-perkahwinan yang banyak saya belajar tentang perkara yang berkaitan nak kahwin. Malah ada juga beberapa perkara yang saya belajar tentang akidah.
So kali ini saya nak menyampaikanlah 2 perkara yang telah dipelajari dari ustaz penceramah. Apa dia? Baiklah ianya mengenai kebersihan dalam Islam. ?Ini boleh dipraktikkan oleh orang lain juga.
Dalam Islam sekiranya bab najis, untuk membersihkannya perlu sehingga hilangan bau, rasa dan fizikal najis tersebut.
Ok jika kawasan rumah kita atau lantai dalam rumah terkena air kencing anak kecil, kucing atau apa jua najis ringan dan sederhana. Maka memang diperlukan membersihkannya. Setelah dibersihkannya secara fizikal hingga hilang tak nampak najis itu. Perlu dimop, tapi bukan seperti yang kita lihat cara makcik cleaner mop. Setelah kita masuk mop dalam cucian dan di perah lalu di mop lantai tersebut. Kita tidak boleh memasukkan mop itu ke dalam baldi balik kerana ia akan dianggap najis. Apa yang perlu dibuat ialah ambil mop perah ia, dah bilas di bawah air yang berjalan iaitu di bawah air paip sehingga diyakini bersih. Barulah kita masuk mop dalam baldi untuk cucian seterusnya. Begitulah cara yang betul untuk membersihkan lantai mengikut akidah dan Islam.
Ok seterusnya mengenai membersihkan baju, kalau dulu-dulu basuh baju tak pakai mesin basuh. Tapi sekarang semua moden, semua pakai mesin basuh, apabila semua mesin basuh habis semua baju masuk bersama. Jika ada baju baby yang dah kena kencing atau ada kesan najis, mahupun baju atau seluar kita terkena najis kucing atau apa jua binatang, maka perlu lah diasingkan baju kotor tersebut. Dimasukkan baju ayng bersih dahulu untuk dicuci dalam mesin basuh. Habis pusingan untuk baju bersih, dikeluarkan baju bersih untuk disidai darulah dimasukkan baju yang kotor terkena najis. Apabila nak di sidaikan baju yang terkena najis walaupun dah dibasuh guna mesin basuh, ada ulama menyarankan baju tiu perlu dilalui air yang bergerak seperti air paip baru bilas dan disidai. Ini untuk memastikan baju itu suci dan bersih dan diyakini tanpa was-was.
Oklah setakat ini sahaja post saya kali ini, salam sejahtera untuk semua.
Dr Hafidz
Blog berkenaan kucing, dunia haiwan, haiwan makmal, kerjaya veterinar dan bisnes. Macam-macam ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Berpuasa, Ahln wasahlan Ramadan 2024
Selamat tahun baru 2024 Serta selamat menyambut kedatangan Ramadan 2024 Sedikit sahaja lagi kita nak sambut Syawal Tapi seperti biasa bulan...
-
Gambar-gambar di atas adalah merupakan contoh bagaimana rupa kucing anda jika dijangkiti penyakit ini. Yang pasti ianya membuatkan anda tida...
-
Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua, Saya kembali untuk menjawab persoalan anda secepat mungkin dan tahun ini saya berazam u...
-
Terima kasih Nurshazuanee bertanyakan soalan. Maka saya akan jawab sebaiknya. Dibawah adalah soalannya. salam,utk pngtahuan Dr kucing s...
Aslmkm Dr.. nak tanya, kalau terkena kencing kucing,, bahaya x? dn bgmna cara terbaik utk membersihkan tilam yg terkena kencing kucing.. trima kasih..
ReplyDelete